The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Gaya Kesantunan Berbahasa, Kesantunan Berbahasa dalam SIstem Bahasa dan Isu Kesantunan Berbahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnuraqilah64, 2023-07-06 03:22:55

Kesantunan Berbahasa (BMMB 1144)

Gaya Kesantunan Berbahasa, Kesantunan Berbahasa dalam SIstem Bahasa dan Isu Kesantunan Berbahasa

KESANTUNAN BERBAHASA (BMMB 1144) Gaya Kesantunan Berbahasa,Kesantunan Berbahasa dalam Sistem Bahasa dan Isu Kesantunan Berbahasa


Nama: Che Wan Ainnur Aqilah binti Che Wan Azri Unit: Bahasa Melayu 3 No. Ic: 040715-06-0338 Angka Giliran: 2022102310053


PENGHARGAAN Dr. Norhisham Bin Mohd Kasim (Pensyarah Subjek Kesantunan Berbahasa BMMB 1144) Setinggi-tinggi penghargaan di ucapkan kepada Dr. Norhisham bin Mohd Kasim yang merupakan pensyarah bagi subjek Kesantunan Berbahasa kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan tugasan dua pentaksiran berterusan bagi subjek Kesantunan Berbahasa (BMMB 1144) ini. Dr. Norhisham telah banyak membantu saya dengan memberi pelbagai tunjuk ajar dan panduan semasa saya menyiapkan tugasan ini.


Isi Kandungan Pengenalan Gaya dan Kesantunan Berbahasa dalam Sistem Berbahasa Kesantunan Berbahasa dalam Sistem Bahasa Isu Kesantunan Berbahasa Penutup Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6.


PENGENALAN Kesantunan berbahasa merupakan kaedah tatacara dalam berkomunikasi yang dicerminkan melalui tanda verbal atau tatacara berbahasa (Mislikhah, 2020). Kesantunan merupakan perihal atau sifat santun, kehalusan mahupun kesopanan yang baik manakala lisan merupakan kata-kata yang disusun mengikut tatabahasa yang digunakan ketika berkomunikasi antara manusia. Kesantunan berbahasa juga dapat dirujuk sebagai penggunaan bahasa yang halus dan mempunyai nilai hormat bagi menunjukkan kerendahan hati serta jati diri yang baik ketika berkomunikasi (Kiting et al., 2022).


Gaya kesantunan dalam berbahasa sangat penting ketika menjalankan komunikasi kerana ianya mampu mewujudkan hubungan serta presepsi yang baik antara kedua-dua pihak (Osman & Wahab, 2018). Gaya merupakan kaedah penggunaan bahasa yang halus ketika berkomunikasi. Kesantunan dalam berkomunikasi pula bertujuan untuk mengurangkan geseran ketika interkasi dijalankan. Gaya kesantunan berbahasa mempengaruhi beberapa aspek iaitu kesantunan status, jantina, gelaran, umur, jawatan, bangsa dan keluarga. Gaya dan Kesantunan Berbahasa Dalam Sistem Berbahasa


BAHASA TERBALIK Bahasa terbalik merupakan bahasa yang menggunakan perkataan yang berlawanan dengan maksud sebenar yang dinyatakan tetapi tetap difahami. Gaya Kesantunan Berbahasa : Bahasa Terbalik CONTOH PENGGUNAAN " Panjat tinggi lagi nanti jatuh tak sakit pun" kata ibu kepada kakak. Maksud sebenar ayat tersebut adalah untuk menyuruh kakak untuk berhenti memanjat. Memberi kesedaran kepada individu yang bersifat negatif. Menjaga air muka atau maruah seseorang. Menyatakan sesuatu perkara yang sensitif tanpa menimbulkan kemarahan atau kecil hati. FUNGSI


BAHASA KIASAN Bahasa kiasan merupakan perkataan atau ungkapan yang menggunakan makna yang berlainan dengan makna asal sesuatu perkataan. TUJUAN Menerangkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya dengan perkara yang lain sama ada membandingkanya atau tidak menyebut bandingannya. Bahasa kiasan bertujuan untuk menambahkan sesuatu bagi menyedapkan cerita. JENIS DAN CONTOH Jenis: Kiasan asal Contoh: Kecil seperti semut Jenis: Kiasan berpindah Contoh: Tidur ayam Jenis: Kiasan Permanusiaan Contoh: Ombak melambai-lambai Gaya Kesantunan Berbahasa : Bahasa Kiasan


PERIBAHASA Peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunai makna yang tertentu. Simpulan bahasa Kiasan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat KATEGORI DAN CONTOH Contoh: Ulat muka Contoh: Garang seperti singa Contoh: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa Contoh: Indah khabar dari rupa Contoh: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Gaya Kesantunan Berbahasa : Peribahasa


PANTUN Pantun merupakan puisi masyarakat Melayu yang mempunyai rangkap, kebiasaanya terdiri daripada empat baris yang dua baris pertamanya merupakan pembayang dan dua baris terakhir merupakan maksud. Berfungsi sebagai alat bagi mendapatkan gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu mengenai gaya hidup, pandangan, citacita dan sebagainya. Alat untuk masyarakat berkomunikasi dan meluahkan hasrat hati. Digunakan sebagai alat untuk mendidik, menyindir serta berdakwah. FUNGSI 1. 2. 3. CONTOH Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Gaya Kesantunan Berbahasa : Pantun


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Terdapat tiga bahagian kata ganti nama diri yang boleh digunakan formal dan tidak formal seperti aku, anda bagi formal serta teman dan demo bagi tidak formal. Bahasa sapaan merupakan satu bentuk panggilan atau gelaran ikhtisan yang ada pada seseorang. Bahasa sapaan bertujuan untuk digunakan ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Gelaran Pergaulan Formal Pergaulan formal merupakan satu komunikasi yang mempunyai sekatan sosial terutamanya dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Contoh bahasa sapaan yang sesuai digunakan adalah seperti Tuan, Puan dan Encik. Gelaran Warisan atau Keturunan Gelaran warisan atau keturunan merupakan gelaran yang diwarisi secara turun temurun. Contoh gelaran warisan ialah Tengu, Wan dan Nik. Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran ini merupakan gelaran yang dianugerahkan kepada individu yang berjasa. Contoh gelaran kurniaan kerajaan ialah Datuk, Tan Sri dan Puan Sri. Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran ini diperoleh oleh seseorang berjaya dalam bidang akademik atau ikhtisas. Contoh gelaran kurniaan ikhtisas ialah Profesor, Cikgu dan Ustaz. Gelaran Keagamaan Terdapat beberapa gelaran bagi individu yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam hal keagaamaan. Contoh gelaran keagamaan ialah Tuan Haji, Puan Hajjah serta Pak Lebai Kadut. Gaya Kesantunan Berbahasa : Bahasa Sapaan


Baik Pulih Berlaku bagi memperbaiki maruah atau air muka seseorang yang tercalar akibat berlaku pergaduhan atau konflik. Memberi kesedaran untuk menjaga maruh diri bagi memulihkan sesuatu keadaan yang tidak baik. Gaya Kesantunan Berbahasa : Pengurusan Air Muka Menjaga Berlaku ketika seseorang itu menghormati keputusan, memberi kebebasan serta memberi ruang untuk pihak lain berbicara. Hal ini bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang gangguan dari pihak lain. Tuntutan Tindakan dalam menjaga dan mempertahankan air muka serta hak diri sendiri ketika melakukan sesuati keputusan tanpa memalukan pihak lain. Beri Muka Beri muka bertujuan untuk menjaga air muka pihak lain yang memberi pendapat dengan menyokong atau mempertahankan pendapat mereka supaya mereka tidak dimalukan oleh orang lain.


Sistem bahasa merupakan aturan berbahasa yang merangkumi beberapa perkara iaitu intonasi, binaan ayat, binaan kata serta ejaan dan tanda baca. Sistem bahasa mempunyai ciri khas yang menjadi dasar, identiti serta lambang keperibadian bahasa tersebut. Penggunaan bahasa hendalah bersesuaian dengan kaedah atau aturan yang telah ditetapkan kerana ianya akan memberikan kesan kepada pihak lain ketika berkomunikasi (Wintarsih, 2019). Oleh itu, kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa sangat penting kerana ianya akan memberikan kesan yang positif selain mematuhi peraturan bahasa yang telah ditetapkan. KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA


Intonasi Ketika Berkomunikasi Menggunakan intonasi yang sopan dan lemah lembut ketika berkomunikasi mengikut kesesuaian situasi bagi mengelakkan salah faham ketika menyatakan sesuatu. Intonasi Intonasi merupakan nada suara yang tinggi dan rendah serta naik turun suara ketika berkomunikasi. Penggunaan intonasi ketika berkomunikasi hendaklah mengikut bentuk ayat dalam bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seruan. Menandakan perbezaan tatabahasa dalam sesuatu ayat sama ada pernyataan, pertanyaan, postif, negatif dan sebagainya. Menyatakan sikap atau emosi seperti marah, sedih dah gembira Membentuk gaya suara bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks oleh pembaca berita. Peranan Intonasi INTONASI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA Contoh Perang: Sejenis warna Perang: Pergaduhan yang besar Makna perkataan tersebut yang mempunyai ejaan yang sama bergantung kepada intonasi sebutan seseorang.


BINAAN AYAT Binaan Ayat Binaan ayat terdiri daripada dua jenis ayat iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Mengatur ayat ketika berkomunikasi dengan memastikan penggunaan ayat mempunyai kesantunan yang dapat memberikan perasaan positif ketika berkomunikasi. KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA Contoh Amin telah mati di hospital Ahad yang lalu Amin telah kembali ke rahmatullah di hospital Ahad yang lalu Perkataan 'mati' digantikan dengan frasa 'kembali ke rahmatullah' kerana ianya lebih baik dan sopan.


BINAAN KATA Binaan Kata Kata dibina melalui proses morfologi iaitu proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Kesantunan Berbahasa dalam binaan kata adalah dengan menggunakan perkataan yang santun serta positif ketika berkomunikasi kerana ianya akan memberi sisi pandangan yang berbeza. KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA Contoh Bini = Isteri Mengandung = Berbadan dua Tanam = Mengebumikan Mati / Mampus = Meninggal


EJAAN DAN TANDA BACA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA Ejaan dan Tanda Baca Sistem ejaan rumi mempunyai beberapa perkara yang mempengaruhi ejaan dan tanda baca iaitu aturan keselarasan vokal, kekecualian, pengejaan kata sendi nama, imbuhan awalan di dan ke, pengejaan kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk. Aleh - Alih Kampong - kampung Aneh Calon Contoh Pola Keselarasan Vokal Contoh Kekecualian Vokal


Isu Kesantunan Berbahasa Kesantunan dalam berbahasa sangat penting dalam memastikan keberkesanan dalam komunikasi. Kewujudan kepelbagaian medium komunikasi yang semakin canggih menyebabkan masyarakat terlalu bebas bersuara tanpa mempedulikan kesantunan ketika bersuara (Rahmani & Hassan, 2019). Penerapan nilai kesantunan ketika berkomunikasi tidak kira sama ada di media sosial atau kehidupan nyata sangat penting kerana ianya akan mewujudkan satu suasan yang harmoni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum (Wahab et al., 2021). Ketidaksantunan dalam berkomunikasi seperti menggunakan bahasa yang kasar dan kesat akan mewujudkan isu-isu dalam kesantunan berbahasa. Isu kesantunan berbahasa yangtelah wujud kini merangkumi isu bahasa, isu budaya dan isu sosial.


Menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi. Bahasa rojak merupakan bahasa yang mencapurkan pelbagai jenis bahasa ketika bertutur seperti mencapurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat. CONTOH "Hari ni you all jangan bagi change kepada group lagi" "Kami jual dan repair handphone" Isu Bahasa Bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain. Bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia untuk berkomunikasi adalah bahasa Melayu. Menggunakan bahasa atau perkataan yang tidak sopan kepada seseorang ketika berkomunikasi. CONTOH Memanggil seorang lelaki yang bersikap lemah lembut dengan panggilan 'pondan'. Memanggil kawan dengan perkataan carutan seperti "kau buat ape tu bodoh".


Fesyen Barat Peniruan masyarakat terhadap fesyen barat atau gaya pemakaian orang asing yang terdedah dan tidak menutup aurat. Kedatangan fesyen barat ini telah menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap pakaian tradisional orang Melayu iaitu Baju Kurung dan Baju Melayu. Isu Budaya Berlakunya pertembungan budaya yang menyebabkan masyarakat menerima pengaruh budaya asing yang kuat. Pemakanan Kemasukkan makanan segera telah menyebabkan kejatuhan identiti makanan tradisional kerana remaja kini lebih mengenali serta meminati makanan serta minuman keluaran barat berbanding makanan tradisional di negara kita. Pergaulan Bebas Pengaruh filem-filem dari negara barat yang tidak mepraktikkan penjagaan batas akan menyebabkan masyarakat mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Terdapat juga sesetengah pelajar yang menuntut di luar negara yang membawa pulang pengaruh yang tidak sepatutnya.


Isu Sosial Penggunaan media sosial yang semakin meluas sebagai satu laman kepada masyarakat untuk berkomunikasi tanpa batas telah menyebabkan timbulanya isu kesantunan berbahasa. Hal ini kerana masyarakat menggunakan bahasa yang kasar dan tidak beradab ketika berkomunikasi. Kebanyakkan masyarakat tidak mengaplikasikan kesantunan dalam berbahasa ketika berkomunikasi di media sosial. Sosial merupakan cara masyarakat hidup, berkomunikasi dan segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat.


PENUTUP Kesimpulannya, kesantunan dalam berbahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana hubungan antara masyarakat dapat dijaga melalui penggunaan bahasa yang baik. Selain itu, kesantunan berbahasa juga bukan sahaja pada penggunaan lisan, kesantunan dalam penulisan juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan komunikasi berjalan dengan lancar (Zaidi & Ahmad, 2020). Oleh itu, semua golongan masyarakat hendaklah mengaplikasikan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian bagi menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang harmoni (Wahab et al., 2021).


RUJUKAN


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version