Koleksi Cerita KanakKanak Beserta Nilai Murni Buku cerita kanak-kanak Iffah, Yasmin & Faain
BUKU INI KEPUNYAAN :
Cetakan Pertama 2022 daripada Iffah, Yasmin, Faain Pengurus Skrip Nurul Iffah Binti Nasri Nurul Faain Binti Li Yasmin Binti Mohd Azrin Pengarang Nurul Iffah Binti Nasri Nurul Faain Binti Li Yasmin Binti Mohd Azrin Penyunting Nurul Faain Binti Li Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daropada terbitan tidak dibenarkan sama sekali diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada apa sahaja bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, fotokopi mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat keizinan pemilik hak cipta terlebih dahulu. TERBITAN DAN CETAKAN PERTAMA TAHUN 2022
PENGHARGAAN Terlebih dahulu, segala puji bagi Allah yang Maha Esa atas limpahan kurniaanNya, kami berjaya menyiapkan buku kami dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah ICT400 kami, TS Mudiana Mokhsin @ Misron kerana memberi peluang kepada kami untuk menerbitkan buku ini dan untuk bimbingan yang tidak ternilai sepanjang penulisan buku ini. Tanpa kritikan, komen dan idea yang membina, buku ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kami di atas sumbangan yang sangat baik dan besar, kerjasama, persahabatan, persefahaman, kesabaran, empati dan rasa humor yang hebat semasa perbincangan merangsang yang kami ada bersama untuk penyelidikan dan penyediaan buku ini dan juga untuk mencerahkan tajuk di pandangan pertama tajuk buku. i
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT PENGHARGAAN ..................................................... i ISI KANDUNGAN....................................................... ii KATA PENGANTAR..................................................... iii PRAKATA.................................................................... iv PENGAKUAN............................................................... v PENGENALAN............................................................ 1 CERITA 1 : Arnab dan Kura-Kura.......................... 2-4 CERITA 2 : Semut dan Merpati............................. 5-7 CERITA 3 : Anjing dan Ayam Jantan................... 8-10 CERITA 4 : Serigala dengan Anak Biri-Biri........ 11-14 CERITA 5 : Singa dan Arnab................................. 15-18 KATA AKHIR............................................................. 19 KESIMPULAN............................................................ 20 POSKRIP................................................................... 21 ii
KATA PENGANTAR Pada awal May 2022, tiga pengarang buku itu bertemu secara maya di platform media dan mengumpul maklumat berdasarkan pengalaman mereka dan sumber kedua daripada enjin carian dalam talian untuk penerbitan pertama. Dalam buku ini, penulis menawarkan kepada pembaca terutama kanak-kanak untuk menarik minat dan mengetahui nilai-nilai murni serta mempratikkan lagi dalam kehidupan seharian. iii
PRAKATA Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Buku Cerita Kanak-Kanak beserta Nilai Murni ini berjaya diterbitkan. Kami berharap dengan wujudnya buku cerita ini dapat menarik minat membaca di kalangan kanak-kanak. kami juga berharap, kanak-kanak juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. iv
PENGAKUAN Nurul Iffah Binti Nasri (pelajar Teknologi Maklumat UiTM Universiti Shah Alam, Selangor) Nurul Faain Binti Li(pelajar Teknologi Maklumat UiTM Universiti Shah Alam, Selangor) Yasmin Binti Mohd Azrin(pelajar Teknologi Maklumat UiTM Universiti Shah Alam, Selangor) Kami mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi lain. Kami juga mengaku bahawa ini adalah hasil karya kami. Pengarang ini termasuk: v
PENGENALAN Buku cerita terdiri berbagai jenis cerita iaitu Semut dan Merpati, Anjing dan Ayam Jantan, Singa dan Arnab, Serigala dan Anak biri-biri dan Arnab dan Kura-Kura. Buku cerita ini mempunyai pengajaran serta nilai murni. Ibu bapa digalakkan memperkenalkan buku ini dengan anak - anak mempunyai matlamat untuk berkongsi sifat-sifat yang baik. Kanak- kanak suka kepada buku cerita membolehkan mereka berimaginasi dan fantasi, mengenalpasti watak kemanusiaan, ingin memenuhi impian dan harapan, pengembaraan, ingin tahu, aksi, kesedaran diri, pelbagai visual dan menghayati perkataan. 1
Arnab dan Kura-Kura 2
Pada suatu hari, arnab pergi berjalan-jalan. Arnab itu melihat seekor kura-kura yang bergerak perlahan. Arnab pergi melihat kura-kura itu dengan segera. "Hahaha"arnab ketawa, "Kura-kura berjalan sangat perlahan" kata arnab. "Awak nak berlumba lari dengan saya ke? " tanya arnab kepada kura-kura. Kura kura pun menjawab "Boleh sahaja". Pada Keesokan hari, "Satu, dua, tiga!" arnab membilang. Perlumbaan pun bermula. 3
Arnab terus memecut laju ke hadapan, meninggalkan kurakura yang bergerak perlahan. Di pertengahan jalan, arnab berehat sementara di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab pun tertidur. Kura-kura terus berjalan. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat. Arnab pun tersedar daripada tidurnya. Arnab terus berlari laju tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat. Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu. 4
SEMUT DENGAN MERPATI 5
Pada suatu hari yang panas, semut sedang mencari air untuk diminum. Setelah penat mencari, ia menjumpai subuah tasik. Untuk masuk ke dalam tasik itu, semut memanjat rumput. Ketika semut memanjat rumput, semut tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik. Semut ditolong oleh merpati yang sedang bersiar-siar di tasik itu. Lalu merpati pun menggigit sehelai daun, kemudian menjatuhkannya dekat dengan semut yang sedang terkapai-kapai itu. Semut bergerak ke arah daun, lalu memanjat daun itu. 6
Akhirnya, daun hanyut ke tebing tasik. Semut terus naik ke tebing tasik, lalu berjalan ke pangkal pokok. Tiba-tiba, seotang pemburu burung hendak melemparkan jeratnya ke arah merpati. Semut dengan pantas menggigit kaki pemburu. Pemburu burung merasa kesakitan dan melepaskan jeratnya. Merpati dengan segera terbang dari jarat itu untuk menyelamatkan diri. 7
Anjing dan Ayam Jantan 8
Pada suatu hari, anjing dan ayam jantan pergi berjalan-jalan. Mereka berjalan-jalan hingga senja. Kemudian, mereka mencari tempat untuk tidur. Anjing tidur di pangkal pokok. Manakala Ayam jantan tidur di atas dahan pokok yang tinggi. Apabila matahari terbit pada keesokan harinya, ayam jantan berkokok, "Kok-kok-kok." Kokokan ayam jantan telah menyebabkan musang terjaga. Ia terus pergi ke tempat ayam jantan itu untuk makan ayam jantan itu! Apabila mendapati ayam jantan ada di dahan yang tinggi, ia mendapat akal. 9
Musang menyuruh ayam jantan, "Turunlah, ayam jantan. Mari kita bersahabat." Ayam jantan menjawab, "Saya akan turun. Tetapi sebelum itu kejutkan kawanku di pangkal pokok." Musang buat sebagaimana disuruh ayam jantan. Anjing sangat marah kerana dikejutkan daripada tidur. Ia menyalak pada Musang. Musang sangat takut, menyebabkan ia lari dari situ.Ayam jantan dan anjing itu pun pergi mencari sarapan. 10
SERIGALA DENGAN ANAK BIRI - BIRI Pada Suatu Hari, seekor anak biri - biri sedang meragut rumput dengan sekawan anak biri - biri yang lain. Ia menikmati rumput yang segar di tepi padang, sehingga ia pun semakin lama, semakin jauh daripada biri - biri lain. Anak biri - biri itu sangat gembira dapat menikmati rumput itu. Semakin lama biri - biri itu tidak sedar bahawa seekor serigala datang semakin hampir dengannya. Serigala itu terus menerkam anak biri - biri itu, anak biri - biri itu pun cepat - cepat merayu, "Tolong, jangan makan saya. Sekarang perut saya penuh dengan rumput. Jika kamu tunggu sekejap, saya bertambah sedap dimakan" 11
12
Serigala fikir itu perkara yang baik, lalu dia pun duduk untuk menunggu. Kemudian, anak biri - biri itu berkata, "Jika kamu benarkan saya menari, rumput di dalam perut saya akan dihadam dengan cepat" serigala pun bersetuju dengan permintaan anak biri - biri. Ketika menari, anak biri - biri mendapat satu idea. Ia berkata, "Tolong ambil loceng pada leher saya. Kamu bunyikan loceng itu sekuat mungkin, dan saya boleh menari dengan lebih cepat. Serigala pun mengambil loceng itu, lalu membunyikannya sekuat mungkin. Anjing yang menjaga anak biri - biri itu terus mencari anak biri - biri yang hilang. Apabila anjing ternampak bahawa ada serigala cuba untuk makan anak biri - biri, anjing itu menyalak dengan kuat. Salakan anjing itu menakutkan serigala, terus serigala melarikan diri dan anak biri - biri pun terselamat dari menjadi mangsa serigala 13
14
SINGA DAN ARNAB Suatu masa dahulu, ada seekor singa yang sangat kelaparan kerana sudah beberapa hari cuba memburu tanpa berjaya menangkap apa - apa untuk dimakan. "Nampak seperti aku akan kelaparan lagi!" fikirnya. Kemudian dia ternampak seekor arnab sedang tidur di bawah pokok. Dia menuju ke arah arnab dengan perlahan, sambil berfikir, "Akhirnya! Di sini ada hidangan yang enak!" Apabila dia hampir menangkap arnab itu, tiba - tiba singa ternampak seekor rusa lalu berhampirannya. Singa yang kelaparan itu berfikir, "Ini hidangan malam yang lebih menyelerakan!". Dia menoleh, lalu mengejar terus rusa itu dengan sepenuh tenaga yang ia ada. Bunyi bising telah mengejutkan arnab, lalu segera arnab melompat pergi kerana takut menjadi mangsa buruan 15
16
Setelah lama, mengejar singa semakin penat dan telah pun gagal menangkap rusa yang masih laju berlari dari singa. Keletihan singa itu kerana gagal menangkap rusa, dia kembali untuk mencari arnab tanpa mengetahui bahawa arnab telah pun melarikan diri. Setelah sampai ke kawasan arnab tadi, singa terkejut dan menyedari bahawa arnab telah pun melarikan diri. "Alangkah malangnya nasib aku! kerana ketamakan diri aku untuk mendapatkan makanan lebih, kini aku kelaparan lagi" kata singa yang sedih dengan perut yang berbunyi. 17
18
KATA AKHIR Muka depan buku ini mengandungi ilustrasi dan tajuk yang ditunjukkan untuk pembaca lebih memahami tujuan buku ini. Buku yang ditulis oleh pengarang ini jelas menggambarkan bahawa Koleksi Cerita Kanak-Kanak Beserta Nilai Murni mempunyai potensi tinggi atau peluang untuk mendapat tempat di hati pembaca. Di dalam buku ini, pengarang menerangkan tentang kisah-kisah yang mempunyai pengajaran & nilai murni yang boleh dijadikan ikutan untuk para pembaca. Akhir kata, pengarang berharap agar pembaca dapat menimba ilmu melalui pembacaan buku ini yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian. 19
KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat banyak pengajaran dan nilai murni yang terdapat dalam buku ini yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian. Buku ini merupakan koleksi cerita kanak-kanak yang penuh dengan nilai murni yang boleh membentuk karakter positif. Terdapat kisah-kisah haiwan di dalamnya. Disusun dengan menarik dan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak, lengkap dengan ilustrasi berwarna yang menggambarkan suasana jalan ceritanya 20
POSKRIP "Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masingmasing." - Arnab dan Kura-Kura "Perbuatan yang baik di balas baik." - Semut dan Merpati "Pandai-pandailah memilih sahabat." - Anjing dan Ayam Jantan "Tiada guna badan yang kuat tanpa kepandaian." - Serigala dengan Anak Biri-Biri "Jangan menjadi tamak, atau kelak kamu akan kehilangan segalanya." - Singa dan Arnab 21
Koleksi Cerita KanakKanak Beserta Nilai Murni Buku cerita kanak-kanak Masa kanak-kanak adalah masa emas (golden age), penuh dengan daya imaginasi dan rasa ingin tahu yang besar. Oleh kerana itu, ibu bapa atau guru perlu melatihnya dengan cara yang menggembirakan. Caranya adalah dengan memberi buku cerita atau membacakannya. Buku cerita boleh menjadi media untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan kecerdasan, sekaligus membentuk karakter anak, kerana di dalamnya terdapat nilai-nilai murni yang boleh dipelajari. Buku ini merupakan koleksi cerita kanak-kanak yang penuh dengan nilai murni yang boleh membentuk karakter positif. Terdapat kisah-kisah haiwan di dalamnya. Disusun dengan menarik dan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak, lengkap dengan ilustrasi berwarna yang menggambarkan suasana jalan ceritanya. Selamat membaca, ya! ISBN 978-1-23-456789-7