The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aini ismail, 2024-06-05 22:56:02

NOTA BAHASA MELAYU - MORFOLOGI

NOTA BAHASA MELAYU - MORFOLOGI

THE STPM FACTORY NOTA BAHASA MELAYU – MORFOLOGI 1.1 Definisi Bidang Morfologi Maksud Morfologi : Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan. 1.1.1 KONSEP MORFEM • Unit tatabahasa terkecil mempunyai makna / sekurang-kurangnya yang mempunyai fungsi tatabahasa. 1.1.2 JENIS MORFEM • Morfem bebas & morfem terikat MORFEM BEBAS MAKSUD Unit tatabahasa yang terkecil mempunyai makna & wujud secara bersendirian. Morfem bebas – disamakan dengan kata tunggal, iaitu bentuk kata yang mempunyai makna & dapat berdiri sendiri tanpa imbuhan. CONTOH cantik, duduk, dermaga, sedang MORFEM TERIKAT ( TERBAHAGI KEPADA 3 ) MAKSUD • Unit tatabahasa terkecil mempunyai makna & tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata • Memerlukan bantuan dari morfem lain (sama ada morfem bebas / terikat) CONTOH • Perkataan berlawan terbentuk dgn imbuhan ber- dgn morfem lawan - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY (i) MORFEM TERIKAT SATUAN ▪ Utuh dalam bentuknya & bahagian-bahagiannya tidak boleh dipisahkan. ▪ Terdiri daripada awalan,akhiran,sisipan & kata akar. JENIS MORFEM TERIKAT SATUAN CONTOH AWALAN me-,ber-,ter-,ke-,di-,dwi-,swa-,proAKHIRAN -an,-kan,-i,-iah,-wan,-isme,-logi SISIPAN -el,-em,-er,-in KATA AKAR tani, juang, masing, nyala (ii) MORFEM TERIKAT TERBAHAGI ▪ terdiri daripada awalan & akhiran ▪ contoh : ke-…-an (kerancakan), pe-…-an (penamaan) & per-…-an (perlumbaan) ▪ jika perkataan kerancakan menjadi rancakan – tidak wujud dalam BM (iii) MORFEM TERIKAT KOMPLEKS Gabungan 2 morfem terikat atau lebih. JENIS GABUNGAN CONTOH Gabungan 2 awalan memper- (memperindah) diper- (diperluas) Gabungan awalan & akhiran me-…-kan (menyakinkan di-…-kan (dibacakan) me-…i (meragui) di-…i (dikuasai) Gabungan 2 awalan & 1 akhiran memper-…-kan (memperkatakan) diper-…-kan (diperakukan) memper-…i (mempergantungi) diper-…-i (diperkuasai) - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.1.3 KONSEPALOMORF • Maksud : bentuk kelainan / variasi sesuatu morfem • Morfem meN- : me-, mem- , men-, meng-, meny-, menge- • Awalan teR- : ter-, te1.1.4 KONSEP MORFOFONEM MAKSUD Unit fonologi yang terdiri daripada set kumpulan fonem yang hadir sebagai alomorf sesuatu morfem CONTOH ▪ peN + lari : pelari ▪ meN + makan : memakan ▪ beR + renang : berenang ▪ teR + rancang : terancang 1.1.5 KONSEP KATA ▪ Maksud : bentuk bahasa yang boleh berdiri sendiri sbg ayat minimal apabila diungkapkan dengan intonasi yang sesuai ▪ Contoh : Samad. , Makan ! , Kenapa ? (i) KATAAKAR MAKSUD ∙ morfem terikat yang bukan imbuhan ∙ bentuk yang perlu bergabung dengan morfem lain untuk bentuk perkataan ∙ kata : sebagai inti bagi sesuatu kata (tak mempunyai makna yang jelas) ∙ kata akar disertai oleh morfem bebas / terikat CONTOH ∙ kata mudi – tidak bermakna ∙ apabila kata ini hadir dengan morfem lain, baru ada makna : jurumudi (ii) KATA DASAR ▪ Maksud : kata yang menjadi dasar kepada sesuatu perkataan. ▪ Berpontensi untuk menerima imbuhan, mengalami proses pemajmukan & penggandaan. ▪ Kata dasar : terdiri daripada kata akar, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda & frasa - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY (iii) PEMBAHAGIAN BIDANG MORFOLOGI (a) Bentuk kata : binaan sesuatu perkataan dalam bahasa (b) Proses pembentukan kata : cara sesuatu perkataan itu dibina iaitu proses yang dilakukan pada k.dasar untuk menghasilkan bentuk terbitan. (c) Golongan kata : kelompok / kumpulan perkataan dalam sesuatu bahasa berasaskan makna / fungsi tatabahasa 1.2 Bentuk Kata 1.2.1 KATA TUNGGAL ▪ Maksud : bentuk kata yang terdiri daripada satu morfem bebas (kata yang tidak menerima sebarang imbuhan) ▪ Kata tunggal : kata yang tidak menerima sebarang proses morfologi kecuali akronim (i) KATA AKRONIM ▪ Maksud : kata yang dibentuk dengan cara menggabungkan bahagian daripada beberapa perkataan sehingga jadi satu perkataan baru. JENIS AKRONIM CONTOH Gabungan huruf awal beberapa perkataan ADUN – Ahli Dewan Undagan Negeri UDA – Urban Development Authority Gabungan suku kata dengan suku kata daripada beberapa perkataan berdikari – berdiri di atas kaki sendiri motel – motoris hotel Gabungan suku kata beberapa perkataan dengan huruf awal perkataan INTAN – Institusi Tadbiran Awam Negara PERHILITAN – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Gabungan suku kata dengan perkataan penuh purata – pukul rata hartanah – harta tanah Gabungan bahagian kata secara bebas Petronas – Petroleum Nasional SUARAM – Suara Rakyat Malaysia - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.2.1 KATA TERBITAN MAKSUD bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada k.dasar ▪ Imbuhan terdiri daripada morfem terikat ▪ Kata dasar ialah bentuk morfem yang dapat terima imbuhan JENIS IMBUHAN CONTOH awalan hadir sebelum kata dasar : ber-,di- (berjalan) akhiran hadir sesudah kata dasar : -kan, -i (jalankan) apitan -Hadir secara mengepit k.dasar (2 bahagian imbuhan hadir serentak di awal & di akhir k.dasar) -contoh : ke-…an, di-…i sisipan hadir di celahan kata dasar : -el- & -in- - IMBUHAN AWALAN - o AWALAN KATA NAMA AWALAN CONTOH peN - = pe- pem- pen- peng- pengeperpekejurumahapelukis, pewangi pembeli, pemberi pendatang, pencari pengguna, pengukur pengebom, pengecat perasap, pertapa pesara, peguam ketua, kehendak jurubahasa, juruterbang mahaguru, mahasiswa - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY o AWALAN KATA KERJA o AWALAN KATAADJEKTIF AWALAN CONTOH teRseterpandai, termerah, terpanjang seramai, seputih, sejernih - IMBUHAN AKHIRAN – o AKHIRAN KATA NAMA AKHIRAN CONTOH -an -wan -man -wati -isme ajaran, silaan, bacaan ilmuwan, budayawan budiman, seniman seniwati, peragawati nasionalisme, sosialisme AWALAN CONTOH meN- = me- mem- men- meng- mengememperbeRterdidipermelukis, melihat membeli, memberi mendaki,menjaja mengasuh,menghasut mengebom, mengecat memperbesar, memperoleh berkata, bersetuju berakit terkata, tersenyum diperisteri, diperbesar - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY o AKHIRAN KATA KERJA AKHIRAN CONTOH -kan -i lahirkan, ambilkan, hulurkan ikuti, jalani, sertai o AKHIRAN KATAADJEKTIF AKHIRAN CONTOH -is -wi -iah -i ekonomis, puitis rumawi, duniawi akliah, ilmiah abadi, alkali - IMBUHAN APITAN – o APITAN KATA NAMA APITAN CONTOH peN …-an : pe-…-an pem-…an pen-…-an peng-…-an penge-…-an per-…-an ke-…-an pelaksanaan, perusuhan pembukaan, pemburuan pendakian, pencucian pengunduran, penggandaan pengekodan, pengesahan perjumpaan, persamaan kecantikan, kebijaksanaan - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY o APITAN KATA KERJA APITAN CONTOH meN…-kan me-…-kan mem-…-kan men-…-kan meng-…-kan menge-…-kan ber-…-kan meN-…-i me-…-i men-…-i mem-…i diper-…i diper-…-kan diper-…i memper-…-kan memper-…i memajukan, melakukan membezakan, memberikan mendirikan, mensyaratkan menggulingkan, mengelakkan mengehadkan, mengesyorkan beralaskan, berbekalkan melalui, memiliki mendahului,mencucuri membanjiri, membelakangi diperdengarkan, diperlihatkan diperingati, diperdalami memperdengarkan, memperlakukan memperingati, memperdalami o APITAN KATAADJEKTIF APITAN CONTOH ke-…-an kemelayuan keinggerisan kearaban - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY - IMBUHAN SISIPAN - o SISIPAN KATA NAMA SISIPAN CONTOH -el- -er- -emtelunjuk, telapak, kelemumur seruling,keruping kemuning, kemuncup o SISIPAN KATA KERJA SISIPAN CONTOH -el- geledak, jelajah o SISIPAN KATAADJEKTIF SISIPAN CONTOH -el- -er- -em- -inselerak, gelembung serabut, gerodak gemilang, gemuruh sinambung - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.2.3 KATA MAJMUK ✓ Maksud : perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan 2 kata dasar atau lebih & perkataan yang terhasil membawa makna tertentu. ✓ Contoh : kerusi malas, terima kasih, biru laut, telefon dail terus JENIS KATA MAJMUK KM yang terdiri daripada rangkai kata bebas biru laut, terima kasih, tengah hari, nasi minyak, kuning langsat, beg tangan, jalan raya, balai raya KM sebagai istilah khusus Menteri Besar, mata pelajaran, kertas kerja, kaji bumi, Raja Muda, gambar rajah, guru besar, cari gali, Naib Canselor, garis pusat, pita suara, reka bentuk KM yang membawa maksud kiasan tumbuk rusuk, bulan madu, ambil angin, berat tulang, pilih bulu, kaki bangku, makan angin, telinga kuali, gulung tikar, tangkai jering, buruk siku, langkah seribu BINAAN KATA MAJMUK BINAAN KATA MAJMUK CONTOH Kata tunggal dengan kata tunggal Hapus kira, lipat ganda, kenal pasti, ubah suai, putih mata, terima kasih, pita suara, kertas meja Kata tunggal dengan kata terbitan (a) kata tunggal sbg unsur pertama & kata terbitan sebagai unsur kedua (b) kata terbitan sbg unsur pertama & kata tunggal sebagai unsur kedua mata pelajaran, surat pekeliling, buruh binaan, batu loncatan bersatu padu, mengambil alih, pilihan raya, berputus asa, membuka kata, mengubah suai Kata terbitan dengan kata terbitan pengawal keselamatan, penyiasat persendirian, pengurus kewangan, penyata tahunan, Ketua Pustakawan, tepian gelanggang - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.2.4 KATA GANDA ✓ Maksud : perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar, sama ada penggandaan penuh atau sebahagian JENIS KATA GANDA KATA GANDA PENUH kata ganda yang mengalami pengulangan secara keseluruhan (a)kata ganda penuh terdiri daripada kata dasar buku-buku rumah-rumah masjid-masjid (b)kata ganda penuh terdiri daripada kata berimbuhan ajaran-ajaran pelajar-pelajar kementerian-kementerian KATA GANDA SEMU kata ganda yang terbentuk seperti kata ganda penuh, tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan daripada kata ulangannya, tiada makna CONTOH ura-ura, kanak-kanak, labah-labah, masing-masing, undang-undang, mentang-mentang, anai-anai (boleh letak nama haiwan) KATA GANDA SEPARA Kata ganda yang terbentuk melalui pengulangan sebahagian kata dasar sahaja ▪ Kata ganda berasal daripada kata dasar pengulangan suku kata pertama (epepet) : lelaki, sesiku, jejari, lelangit ▪ Kata ganda berasal daripada kata berimbuhan (hanya berlaku pada kata dasar & tidak libatkan pengimbuhan) Penggandaan berlaku pada golongan KK, KN & KA Di bahagian hadapan kata dasar Di bahagian belakanag kata dasar Berlari-lari, mencaricari,sepandai-pandai Cinta-mencintai, bantumembantu, kejar- mengejar - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY KATA GANDA BERENTAK Kata ganda yang mengalami pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar Kata ganda berentak pengulangan vokal saki-baki, calar-balar, sayur-mayur Kata ganda berentak pengulangan konsonan tanah-tanih, kayu-kayan, mundar-mandir Kata ganda berentak bebas ipar-duai, kusut-masai, rempah-ratus, lintang-pukang KATA GANDA BERSISIPAN Kata ganda yang melibatkan pengulangan seluruh kata dasar & kata dasar itu menerima sisipan -emCONTOH jari = jari-jemari tali = tali-temali gilang = gilang-gemilang - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.3 Golongan Kata 1.3.1 KATA NAMA MAKSUD Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama. PERGOLONGAN KATA NAMA KATA NAMA AM Merujuk kepada benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya CONTOH Benda : sekolah, kereta Perkara : roh, udara Konsep : kesejahteraan, perpisahan KATA NAMA KHAS rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya KATA NAMA KHAS : (terbahagi kepada 2) 1. Hidup : Manusia & Bukan Manusia 2. Tak Hidup - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY KATA GANTI NAMA Perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas & kata nama am 1. KATA GANTI NAMA TUNJUK : (terbahagi kepada 3) ▪ UMUM, HAL, TEMPAT ▪ Contoh : itu, ini 2. KATA GANTI NAMA DIRI ▪ KATA GANTI NAMA DIRI TANYA : ▪ KATA GANTI NAMA DIRI ORANG : (PERTAMA, KEDUA, KETIGA) ▪ Contoh : apa, siapa, mana 3. KATA GANTI NAMA DIRI ORANG ▪ KATA GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMA ▪ Contoh : saya, aku, patik, kami, kita ▪ KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KEDUA ▪ Contoh : anda, engkau, kamu, awak ▪ KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGA ▪ Contoh : ia, dia, mereka, beliau 4. KATA GANTI NAMA TAK TENTU ▪ merujuk kepada sesuatu / seseorang secara tak tentu ▪ Contoh : apa-apa, siapa-siapa, mana-mana PEMBENTUKAN (i) KN TUNGGAL KATA NAMA -tempayan, roh, bapa, belantara (ii) KN TERBITAN - pendaki,penantian, pekedai, kedudukan (iii) KN MAJMUK -balai raya, deria rasa, anak emas, buku lima (iv) KN GANDA -meja-meja, kawasan-kawasan, lelangit, sayur-sayuran - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.3.2 KATA KERJA ✓ Maksud : perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. ✓ Kata kerja terbahagi kepada 2 : • kata kerja transitif • kata kerja tak transitif KATA KERJA TRANSITIF Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada kata / frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. CONTOH KATA KERJA TRANSITIF menternak ayam menjalani khusus membesarkan rumah PEMBENTUKA KATA KERJA (i) KK TUNGGAL - ada, keluar, kembali (ii) KK MAJMUK -ambil alih, beritahu, kemas kini (iii) KK TERBITAN -mewangi, diseret, memasak (iv) KK GANDA -berlari-lari, pukul-memukul, terhuyung-hayang KK TRANSITIF DENGAN OBJEK (OBJEK TEPAT & OBJEK SIPI) Semua kerja transitif menerima objek Contoh : Ibu membeli sehelai baju KK TRANSITIF DENGAN UNSUR KETERANGAN Contoh : Ahmad membaca surat itu kepada rakannya OBJEK TEPAT : objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja OBJEK SIPI : menjadi penyambut tak langsung Contoh : Ibu menjahitkan kakak baju kebaya Objek tepat : kakak Objek sipi : baju kebaya - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY KATA KERJA TAK TRANSITIF Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut / objek sesudahnya K.K. TRANSITIF TANPA PELENGKAP Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek / penyambut *kk tak transitif boleh diikuti oleh dengan unsur keterangan Contoh : tersenyum, termenung, menang, berdoa Contoh kk tak transitif dengan keterangan : bergurau dengan adiknya K.K. TAK TRANSITIF BERPELENGKAP Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk sempurnakan maksud *pelengkap ialah unsur yang hadir slps kata kerja tak transitif *ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan Contoh : beransur pulih - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.3.3 KATA ADJEKTIF MAKSUD Perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa adjektif *FA terdiri daripada suku kata adjektif / beberapa perkataan mengandungi adjektif & unsur keterangan yang lain (kata bantu & kata penguat) CONTOH BINAAN F.A. masih, sangat, belum, pandai, besar,baik, masak, sungguh, betul JENIS KATA ADJEKTIF 1.KA sifatan / keadaan : cerdik, lemah, sihat, pandai 2.KA warna : merah, ungu, biru, putih 3.KA ukuran : panjang, tebal, tinggi, kecil 4.KA bentuk : bulat, lurus, kempis, bengkok 5.KA waktu : baharu, lewat, awal, segera 6.KA jarak : jauh, dekat, hamper, nyaris 7.KA cara : deras, gopoh, perlahan, sering 8.KA perasaan : rindu, segan, ragu, benci 9.KA pancaindera : deria rasa (sedap,kelat), deria bau (harum,wangi), deria pandang (cantik,buruk), deria sentuh (halus,kesat), deria dengar (bising,merdu) PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF K.A. TUNGGAL : kasar, pahit, bujur K.A. TERBITAN : terpindah, sebesar, gemuruh K.A. MAJMUK : merah jambu, hijau daun, kuning langsat K.A. GANDA : cantik-cantik, sebaik-baik, kacau-bilau KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGAN DARJAH BIASA Hadir dalam bentuk biasa iaitu KA tanpa apa-apa tambahan Contoh : besar, lesu, sederhana DARJAH BANDINGAN Menggunakan KA dengan awalan se- bagi menyatakan bandingan yang sama Contoh : sebesar, seleper, semontel DARJAH PENGHABISAN (a) se- + KA + gandaan + KN Contoh : sepandai-pandai tupai (b) ter- + KA Contoh : terpandai (c) paling + KA Contoh : paling indah (d) KA + sekali Contoh : cantik sekali (e) ter- + amat sangat + KA Contoh : teramat buruk (f) amat sungguh sangat + KA + sekali Contoh : amat pandai sekali - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.3.4 KATA TUGAS ✓ Maksud : golongan perkataan selain KN, KK & KA yang mendukung sesuatu tugas yang tertentu dalam binaan ayat, klausa & frasa. ✓ *kehadiran kata tugas sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri i. KATA PENYAMBUNG AYAT Maksud - Kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan 2 binaan ayat / lebih / unsur-unsur ayat majmuk. a. Kata Hubung Gabungan MAKSUD Kata tugas yang menghubungkan 2 klausa utama / lebih yang setara untuk membentuk ayat majmuk gabungan. CONTOH BENTUK TUNGGAL dan, lalu, lagi, atau, maka, serta, sambal, tetapi, seraya, lantas, justeru BENTUK TERBITAN asalkan, sedangkan, malahan, melainkan, sebaliknya BENTUK MAJMUK walhal, padahal, meskipun, manakala BENTUK BERPASANGAN makin…makin, biar…jangan, baik….mahupun, bukan sahaja,…malahan, sama ada…ataupun, sungguhpun…namun Kata Hubung Gabungan Mempunyai Tugas TUJUAN CONTOH AYAT 1.MENUNJUKKAN MAKNA SERENTAK Zulaiqah makan sambil mendengar radio 2.MENUNJUKKAN MAKNA YANG BERURUTAN Qaisara memberi salam kemudian masuk ke dalam rumah 3.MENUNJUKKAN MAKNA YANG BERTENTANGAN Ainin membaca buku tetapi adiknya menonton televisyen 4.MENUNJUKKAN MAKNA PENJELASAN Setelah sekian lama Akma merantau ke negeri orang, maka dia pun pulang ke Malaysia. - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY b. Kata Hubung Pancangan MAKSUD kata hubung yang menghubungkan klausa utama dalam ayat majmuk pancangan dengan klausa kecil lain KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF -Kata hubung jenis ini – yang -KH ini menghubungkan klausa bebas dengan klausa tak bebas Contoh : Bangunan yang tinggi itu cantik KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN - KH ini berfungsi untuk menyambungkan klausa tak bebas yang menjadi komplemen / pelengkap dengan klausa utama -jenis KH komplemen : bahawa, untuk, agar, supaya KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN -KH ini berfungsi menghubungkan untuk menyambungkan klausa tak bebas (yang memberikan keterangan kepada klausa bebas) dengan klausa bebas. KH KETERANGAN CONTOH KATA HUBUNG musabab atau sebab oleh sebab, kerana, lantaran akibat hingga, sehingga cara dengan syarat Jikalau, jika, kalua, sekiranya, andai kata, asalkan waktu apabila, ketika, tatkala, sejak, sewaktu, sementara,sebelum, setelah, semasa, hingga (masa) pertentangan walaupun, sungguhpun, kendatipun, biarpun, sekalipun, meskipun, namun, walau bagaimanapun perbandingan Bagai, bagaikan, umpama, laksana, bak, ibarat, seperti,sebagaimana, seakan-akan, seolah-olah harapan Agar, supaya, semoga, moga-moga, kalua-kalau tujuan demi, untuk, bagi - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY ii. KATA PRAKLAUSA Maksud - sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa a. Kata Seru Maksud : perkataan yang berfungsi untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan b. Kata Tanya Maksud : perkataan yang digunakan untuk bertanya tentang sesuatu / untuk mengemukakan soalan MAKNA KATA SERU CONTOH KATA SERU kagum & hairan wah, ha, eh,amboi kesedihan aduhai, aduh kesakitan aduh menarik perhatian hai, wahai, helo, eh terkejut wah, eh, alamak tahniah syabas harapan wahai, oh, ya kelegaan syukur, alhamdulilah kebencian & marah cis, cih, nah sesal & kecewa wah, wuh, ah KATA TANYA FUNGSI APA Untuk menanyakan benda, hal, perkara, binatang SIAPA Untuk menanyakan orang / nama orang MANA Untuk menanyakan tempat / lokasi BILA Untuk menanyakan masa BERAPA Untuk menanyakan jumlah / urutan KENAPA / MENGAPA Untuk menanyakan sebab BAGAIMANA Untuk menanyakan cara - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY c. Kata Perintah Maksud : perkataan yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas atau reaksi daripada pendengar atau orang yang menerima perintah itu SILAAN PERMINTAAN AJAKAN PEMBIARAN LARANGAN sila jemput sudi minta tolong mohon harap mari jom ayuh biar usah jangan tak usah dilarang d. Kata Pembenar Maksud : perkataan yang hadir pada bahagian awal ayat. Contoh : hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, arakian, sekali peristiwa e. Kata Pangkal Ayat Maksud : perkataan yang hadir pada bahagian awal ayat. Contoh : hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, arakian, sekali peristiwa iii. KATA PRAFRASA DAN PASCAFRASA Maksud : sejumlah perkataan yang terletak di hadapan dan kadang- kadang selepas frasa (a) KATA BANTU ▪ Maksud : jenis kata tugas yang fungsinya membantu FK, FA DAN FSN iaitu menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu & ragam. ▪ Kata bantu aspek & kata bantu ragam KATA BANTU ASPEK Merujuk waktu / masa, sama ada masa ini / kini, masa lampau / masa hadapan MASA INI / KINI MASA LAMPAU MASA HADAPAN sedang masih tengah sudah pernah telah baru akan belum - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY KATA BANTU RAGAM Kata tugas yang menunjukkan ragam perasaan yang dikaitkan dengan perbuatan KEUPAYAAN KEMUNGKINAN KEHENDAK KEMESTIAN KEENGGANAN boleh barangkali hendak mesti enggan dapat mungkin mahu perlu wajib pasti harus patut tentu (b) KATA PENGUAT ▪ Maksud : perkataan yang mendahului / mengikuti KA & berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam KA K.P HADAPAN K.P BELAKANG K.P BEBAS terlalu makin paling cukup agak kian kurang sekali benar betul nian amat sangat sungguh - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY (c) KATA PENEGAS ▪ Maksud : partikel / penyerta yang tugasnya memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu ayat ▪ Unsur penegas terbahagi kepada 2 : i. Menegaskan perkataan yang bergabung dengannya ∙ Merupakan kata pascafrasa ∙ Kehadiran kata penegas ini berlaku apabila frasa predikat mengalami proses pendepanan ∙ Contoh : partikel -lah, -kah, -tah ii. Menegaskan subjek dan predikat ∙ Hanya boleh digunakan pada bahagian subjek / predikat dalam ayat ∙ Contoh : juga, jua, pun, memang, cuma, sahaja, saja, hanya, pula, lagi (d) KATA NAFI ▪ Maksud : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu FN, FK, FA DAN FSN ▪ Ada 2 kata nafi : - bukan : yang menafikan FN & FSN - tidak : yang menafikan FK & FA (e) KATA PEMERI ▪ Maksud : kata yang berfungsi untuk merangkaikan frasa subjek dengan frasa predikat ▪ Ada 2 jenis kata pemeri : ▪ ialah : guna untuk predikat yang terdiri daripada FN & guna untuk maksud persamaan / ekuatif ▪ adalah : guna untuk merangkaikan subjek dengan predikat yang terdiri daripada FA & FSN (f) KATA SENDI NAMA ▪ Maksud : perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. KSN bersifat prafrasa ▪ Contoh : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, bagi, demi,tentang, terhadap, seperti,sejak, dengan, akan, oleh, dalam, hingga, melalui - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY (g) KATAARAH ▪ Maksud : sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama & lazaimnya sesudah KSN untuk menunjukkan hala / jurusan. ▪ Contoh : di atas meja, ke tepi tasik ▪ Contoh kata arah lain : bawah, belakang, tengah, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan (iv) KATA PASCAKATA ▪ kata penekan & kata pembenda (-nya hadir selepas perkataan dan membawa maksud tertentu) KATA PENEKAN bentuk kata yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya CONTOH Sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya KATA PEMBENDA bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama menjadi kata nama CONTOH lajunya, sakitnya, baiknya 1.4 PROSES PEMBENTUKAN KATA 1.4.1 PENGIMBUHAN o Maksud : proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan o Contoh : (i) IMBUHAN MAJMUK ▪ boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain ▪ cara pengimbuhan kata majmuk : (a) apabila kata majmuk menerima awalan & akhiran, ejaannya tetap terpisah. ∙ Contoh : berurus niaga, direka bentuk, mencari gali (b) apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bencantum ∙ Contoh : melipatgandakan, keibubapaan IMBUHAN KATA DASAR KATA TERBITAN pem- bawa pembawa memper- kuat memperkuat - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.4.2 PEMAJMUKAN ▪ Maksud : proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu ▪ Jenis kata majmuk : (a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas ▪ bandar raya, hijau daun, terima kasih, bom tangan, campuk aduk, rukun tetangga, guru besar (b) Kata majmuk daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah ▪ deria rasa, segi tiga, medan sinaran, telefon dail terus, pita suara, segi empat Panjang (c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa ▪ kaki ayam, panjang tangan, anak emas, rabun ayam, pilih kasih, tumbuk rusuk 1.4.3 PENGGANDAAN ▪ Maksud : proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu PENGGANDAAN PENUH proses yang mengulangi seluruh kata dasar JENIS PENGGANDAAN PENUH (a) yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan ▪ Contoh : sekolah-sekolah, baju-baju (b) yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan ▪ Contoh : pelari-pelari, kekasih-kekasih PENGGANDAAN SEMU kata ganda yang terbentuk seperti kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan daripada kata ulangannya, tiada makna. CONTOH ura-ua, kanak-kanak, masing-masing, undang- undang - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY PENGGANDAAN SEPARA proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja JENIS KATA DASAR (a) pada kata dasar tunggal - melibatkan suku kata pertama - mengalami proses pelemahan - ada vokal e-pepet Contoh : jejari, sesiku, sesungut, pepohon (b) pada kata dasar berimbuhan - penggandaan berimbuhan berlaku pada KK & KA - terletak di bahagian belakang kata dasar / di bahagian hadapan kata dasar KATA DASAR BERIMBUHAN PENGGANDAAN DI BELAKANG tersenyum bercakap setinggi tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi KATA DASAR BERIMBUHAN PENGGANDAAN DI HADAPAN mencuit menari mengejar cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar PENGGANDAAN BERENTAK - proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. JENIS-JENIS PENGGANDAAN BERENTAK (a) penggandaan berentak pengulangan vocal Contoh : cerai-berai, sayur-mayur, ramah-ramah (b)penggandaan berentak pengulangan konsonan Contoh : batu-batan, kayu-kayan, tanah-tanih (c) penggandaan berentak bebas Contoh : ipar-duai, kusut-masai, lintang-pukang - The STPM Factory -


THE STPM FACTORY 1.4.4 PENGAKRONIMAN Maksud : proses yang menggabungkan, sama ada huruf awal suku kata / huruf awal dengan suku kata rangkaian kata sehingga terbentuk perkataan baharu & dilafazkan sebagai perkataan yang utuh CARA PEMBENTUKAN AKRONIM (a) cantuman huruf awal perkataan dalam rangkai kata Contoh : ADUN, ILIM (Institusi Latihan Islam Malaysia) (b) cantuman suku kata awal sejumlah perkataan Contoh : Bernama (Berita Nasional Malaysia) (c) cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan Contoh : Mara (Majlis Amanah Rakyat) (d) cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya Contoh : debunga (debu bunga), purata (pukul rata) (e) cantuman bahagianbahagian kata secara bebas Contoh : cerpen (cerita pendek), ucaptama (ucap utama) - The STPM Factory -


Click to View FlipBook Version