The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Salmi Yusop, 2021-08-21 00:17:04

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1 2021

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID BIL 1 2021

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Sungai Ular

09000 Kulim, Tel:04-4952153

Kedah darul Aman Faks : 04-4906064

Email :

[email protected]

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
(BIL 1 /2021)

Tarikh : 18 Januari 2021
Hari : Isnin
Masa : 8.30 -10.30 pagi
Aplikasi : Googlemeet (https://meet.google.com/ock-qsph-gtq)

BIL NAMA GURU JAWATAN
1. PN NORZITA BINTI ABDULLA GURU BESAR
2. PN ZURAIDAH BINTI AHMAD PK.PENTADBIRAN
3. PN WAN KAMAAZURALIZA BT WAN KAMARUDIN PENOLONG KANAN HEM
4. EN MUHAMAD NURJUWAIDI BIN JAAFAR PK. KOKURIKULUM
5. PN ZURAIDAH BINTI YAACOB PENOLONG KANAN PETANG
6. AZAMY BIN LATIF KP BAHASA MELAYU
7. AZMAN BIN SALLEH GURU BESTARI
8. BASHIRAH BINTI OMAR GURU BAHASA MELAYU
9. CHE FADZLINA BINTI ABU BAKAR SU PEPERIKSAAN
10. FATAHIYAH BINTI MAT LAZIM GURU BIMBINGAN KAUNSELING
11. HANIZA BINTI HAMZAH GURU MATEMATIK
12. HARYANTI BINTI MUSA GURU P.ISLAM
13. IDZA ZALINA BINTI ISMAIL PENYELARAS TAHUN 5
14. KAMALA A/P KUPUSAMY KP BAHASA INGGERIS
15. KASTURI BAHAI A/P LETCHUMANAN
16. MANIMALAR A/P SUPRAMANIAM SU LDP
17. MARDIAH BINTI ABD RAHMAN GURU AKSES
18. MASRUPAWAN ASMUNY BT ABD GHANI SU MESYUARAT GURU
19. MAZLINA BINTI OTHMAN GURU MATEMATIK
20. MERDUWATI BINTI ALI@ISMAIL KP BAHASA ARAB
21. MOHD FAUZI BIN ISMAIL
22. MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI KP PJK
23. MUHAMAD AFIF BIN AHMAD FADZIL GURU MATEMATIK
24. MUHAMAD IRWAN BIN ABDUL KHADIP KP PENDIDIKAN ISLAM
25. MUHAMAD SHUHAIMY BIN ABDUL AZIZ PENYELARAS TAHUN 4
26. MUHAMAD NAHAR BIN DIN
27. NAFISAH BINTI AHMAD SU PIBG
28. NHUNG NHUT A/P CHUANG GURU PEMULIHAN
29. NOOR ASMAH BINTI ABU BAKAR GURU BAHASA INGGERIS
30. NOOR HAFIZAH BINTI OTHMAN PENYELARAS TAHUN 3
SU KOKURIKULIM
31. NOORUL MUHIROH BINTI MAD JAZID PENYELARAS PSS
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PENDIDIKAN ISLAM

1

32. NOR BASHIRAH BINTI ABDUL RASHID GURU PENDIDIKAN ISLAM
33 NOR FAIZAH BINTI BAHAROM KP SAINS
34 NORMAWATI BINTI HUSSAIN
35 NOR SALLIZA BINTI MAHAMAD ALI GURU DISIPLIN
36 NOR ZAHIRAH BINTI MOHD ZUKI PENYELARAS PRA SEKOLAH
37 NORZALINA BINTI MD ISMAIL
38 NORZIAH BINTI YAACOB PENYELARAS NILAM
39 NUR AIN BINTI KHAIRUL ANUAR GURU BAHASA INGGERIS
40 NUR FARIZAN BINTI AHMAD
41 NUR SYUHADA BINTI IBRAHIM PENYELARAS SPBT
42 NURUL HUDA BINTI ROZALI GURU BAHASA MELAYU
43 NURUL SYAKIRAH LIM BINTI ABDULLAH PENYELARAS PBS/PBD
44 NURYUSRINA BINTI MOHD RODZI
45 ROKIAH BINTI AMIN SU SKPMg2
46 ROSLELAWATY BINTI ABDUL AZIZ GURU PENDIDIKAN ISLAM
47 ROZILAWATI BINTI RAWI
48 RUSMAWANI BINTI MAT ZAIN PENYELARAS HIP
49 MOHD ALIF AMIN BIN SAMAD KP SEJARAH
50 SALMAH BINTI SAPAR
51 SITI MUNIRAH BINTI MANSOR GURU BAHASA MELAYU
52 SITI NAZLIAH ‘AKIDAH BINTI ROSLI PENYELARAS TAHUN 2
53 SYARAH AISYAH BINTI SUDARMAN
54 THAMARAI VALLI A/P ALAGAPPAN GURU SAINS
55 THILEGAWATHY A/P THARMALINGAM GURU PENDIDIKAN ISLAM
56 VANJIT KAUR A/P VISAN SINGH
57 WAN NORYATINI BINTI MAHMOOD K.P PENDIDIKAN SENI
58 YAP JOW FUNG PENYELARAS TAHUN 1
59 YUSMANIZA BINTI MOHD YUSOF
60 ZALNI BINTI ZAKARIA SU HEM
61 ZARINAS BINTI ABDULLAH GURU MATEMATIK
62 ZAWATI BINTI HASAN GURU BAHASA ARAB
63 ABDUL KADIR BIN ABDUL MANAF
64 MUA’ZZAH BINTI MUSTAFA BAKRI GURU DATA
65 NURUL HUSNA BINTI MD ZAIN SU MBM/MBI
66 SHANMUGAM A/L MAGALINGAM
67 NURIY NURHANE BINTI JAMIL SU PAK 21
68 NORAINI BINTI ZAKARIA PENYELARAS PLC
69 NURATIQAH BINTI MOHD SABRY KP BAHASA CINA
PENYELARAS TAHUN 6
GURU DATA APDM
GURU PENDIDIKAN ISLAM

KP MUZIK
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PENDIDIKAN ISLAM

GURU MATEMATIK
GURU RBT

GURU BAHASA MELAYU
GURU BAHASA MELAYU

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Siti Khairul Murni binti Abd Rahman ( Cuti Bersalin )
2. Hasliza binti Jali ( Cuti Bersalin )
3. Noor Hafizah binti Harun ( Cuti bersalin )

HADIR : 69 orang
TIDAK HADIR BERSEBAB : 3 orang
JUMLAH : 72 orang

2

AGENDA I: PERUTUSAN PENGERUSI

1. Guru Besar Puan Norzita binti Abdullah mengalu-alukan kehadiran
semua guru. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran
semua guru dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Kali Ke-1
bagi tahun 2021. Beliau memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab
Al-Fatihah.Beliau juga berharap guru-guru memberi fokus hala tuju KPM
untuk kemenjadian murid dan mengucapkan tahniah kepada semua
guru di atas kerjasama dan komitmen setiap program yang dijalankan
sepanjang tahun 2020 walaupun dalam situasi Pandemik Covid19.

AGENDA II: VISI DAN MISI

2. Seterusnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Puan Wan Kamaazuraliza
binti Wan Kamaruddin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas
komitmen semua guru yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan
program HEM yang telah dijalankan untuk tahun ini seterusnya menyentuh
tentang 5 Aspirasi, 9 Bidang dan 11 Anjakan yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

2.1) Aspirasi:

i) AKSES

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun
2020.

ii) KUALITI

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun.

iii) EKUITI

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar,sosioekonomi dan gender) menjelang tahun 2020.

iv) PERPADUAN

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
v) KECEKAPAN

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.

3

2.2) Bidang :
i) Memartabatkan profesion keguruan.
ii) Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
iii) Meningkatkan kualiti sekolah.
iv) Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
v) Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
vi) Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai

rakan kongsi dalam pendidikan.
vii) Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan

tinggi dan pasaran kerja.
viii) Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber.

ix) Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian
pendidikan.

2.3) Anjakan :
i) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
ii) Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris.
iii) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
iv) Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
v) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
vi) Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
vii) Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
viii) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
ix) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
x) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
xi) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

4

2.4) Dasar Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah :

i) Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada bidang Kurikulum.

ii) Penyertaan semua murid adalah wajib.

iii) Penyertaan guru dalam mengelola Kokurikulum juga adalah wajib.

3. Visi HEM:

Melahirkan murid-murid yang berakhlak tinggi, bersikap positif, dan unggul
dalam semua bidang ke arah merealisasikan matlamat sekolah
cemerlang.

4 .Misi HEM :

Melengkapkan pelajar dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk
memantapkan perkembangan sahsiah, bermotivasi, dan mempunyai
keazaman selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

5.Sasaran HEM:

5.1) 100% penyertaan murid yang layak dalam program RMT, PS1M,
KWAMP, SPBT dan bantuan - bantuan lain.

5.2) ZERO Defect penglibatan penagihan dadah, merokok dan keruntuhan
akhlak.

5.3) Kurang daripada 10% kes salah laku (kes ringan) dan melanggar
disiplin.

5.4) 96% kehadiran ke sekolah.

AGENDA III: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LALU

6. Puan Siti Munirah binti Hj Mansor selaku Setiausaha HEM membentangkan

Minit Mesyuarat HEM Bil 4/2020 dan memohon semua guru untuk membuat

semakan dan seterusnya mencadangkan minit mesyuarat berkenaan

diterima dan disahkan serta disokong.

7. Puan Nor Zahirah binti Mohd Zuki mencadangkan minit mesyuarat berkenaan
diterima dan disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh Puan
Mazlina binti Othman

Makluman : Semua Guru

5

AGENDA IV: PERKARA BERBANGKIT

8. Agenda VI muka surat 6 perkara 7 : Transisi Tahun 1 akan diadakan pada 10
Januari 2021 pada pukul 8.30 pagi dan tertakluk kepada sebarang perubahan
akibat pandamik Covid -19.

9. PK HEM memaklumkan Transisi Tahun 1 akan dilaksanakan pada 20 Januari
2020 secara maya dalam group Tahun 1 2021

Makluman : Semua Guru

AGENDA V : AHLI JAWATANKUASA INDUK HEM 2021

10. PK HEM mengucapkan tahniah kepada guru-guru di atas pelantikan Ahli
Jawatankuasa Induk HEM 2021 dengan merujuk kepada Pengurusan dan
Perancangan Sekolah tahun 2021
Makluman : Semua Guru

AGENDA VI : PENGURUSAN MURID DAN KELAS
11. PK HEM memaklumkan Enrolmen murid 1070 orang (Pra sekolah – Tahun 6)

TAHUN BILANGAN
PRA SEKOLAH 50
TAHUN 1 171
TAHUN 2 176
TAHUN 3 171
TAHUN 4 175
TAHUN 5 157
TAHUN 6 170

12. Puan Wan Kamaazuraliza binti Wan Kamaruddin meminta Guru Kelas hendaklah

memastikan kelas mempunyai
 Jadual waktu
 Jadual bertugas
 Carta organisasi kelas
 Peraturan Kelas dan SOP kelas
 Pelan lantai - ada nama murid dan nombor telefon waris di meja murid
 Pelan Kecemasan
 Visi dan Misi sekolah
 Kata -kata hikmat
 Hand sanitizer dan rekod bacaan suhu murid

13. Pertandingan kebersihan kelas akan dijalankan apabila sekolah dibuka.

14. Guru Kelas Tahun 1 hendaklah mendaftar nama murid dalam buku besar.

Tindakan : Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas
6

AGENDA VII : TRANSISI TAHUN 1

15. PK HEM memaklumkan penggunaan Kit Transisi tahun 1 bagi tahun 2021

16. Ada 3 Fasa
A. Fasa 1 : Persediaan
B. Fasa 2 : Penyesuaian
C. Fasa 3 : Persediaan

17. Perbincangan bersama Jawatankuasa Transisi akan diadakan pada hari Selasa
19 Januari 2021.

Tindakan : Jawatankuasa Transisi

AGENDA VIII : APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

18. Guru Kelas Tahun 1 hendaklah mengemaskini semula data dan kenalpasti murid
yang layak untuk bantuan RMT dan KWAPM mulai Februari 2021

19. Data murid boleh dikemaskini mulai 18 Jan 2021.

20. Borang maklumat murid boleh diedar untuk mengemaskini data jika perlu.

21. Penggunaan Buku Kehadiran Murid oleh guru kelas untuk rujukan sendiri dan
pihak sekolah sekiranya berlaku kecemasan serta mempunyai maklumat murid
seperti nombor kad pengenalan murid dan nombor telefon waris. Semua
maklumat boleh dicetak dan ditampal dalam Buku Kehadiran Murid.

Tindakan : Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas

AGENDA IX : DISIPLIN

22. Unit disiplin perlu merancang program untuk peningkatan sahsiah murid dengan
bekerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

23. PK HEM memaklumkan SSDM – tiada masalah disiplin yang melibatkan kes salah
laku berat.

24. Semua guru hendaklah mengisi Amalan Baik murid dalam SSDM.

Rujukan online : SSDM V2.0 ID : KBA5018 PW : dispkba5018

25. Gunapakai Buku Peraturan Sekolah ; guru bertugas hendaklah membaca semasa
di perhimpunan mengikut keadaan semasa.

26. Laluan/sudut disiplin. Unit disiplin hendaklah mengemaskini maklumat.

7

27. Sekiranya terdapat murid 3 hari ponteng, guru kelas hendaklah menghantar surat
amaran.

28. Kuasa merotan hanya untuk Guru Besar dan kuasa penurunan merotan oleh
Guru Besar diberi kepada beberapa orang guru sahaja.Guru lain tiada hak untuk
merotan. Murid perempuan tidak boleh dirotan manakala murid lelaki boleh
rotan hanya di punggung yang berlapik sahaja.

29. Unit disiplin perlu menyediakan kad keluar kelas dan diberi kepada semua kelas.
Murid yang yang akan keluar kelas diwajibkan memakai kad tersebut.

30. Pemeriksaan mengejut displin terhadap murid akan dilakukan dari semasa ke
semasa mengikut keperluan.

Makluman : Semua guru

AGENDA X : PENGAWAS SEKOLAH

31. Badan Pengawas hendaklah merancang program untuk pengawas . Kem
Kepimpinan Pengawas akan diputuskan kemudian.

32. Perjumpaan bersama pengawas sekolah dilaksanakan

33. Lantikan Pengawas, Ketua Murid, Penolong KM, Pengawas PSS, Pengawas
SPBT, PRS dan dan Guru Disiplin pada akhir Januari.

34. Majlis Penurunan Kuasa merotan pada guru-guru yang terlibat.

35. Jadual bertugas pengawas disediakan.

36. Sudut / Info mengenai pengawas dikemaskini.

Makluman : JK Pengawas

AGENDA XI : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

37. Unit Bimbingan dan Kaunseling hendaklah merancang program untuk
peningkatan sahsiah murid dengan kerjasama Unit Disiplin.

38. Guru Bimbingan dan Kaunseling lantikan sekolah ialah Puan Nur Yusrina binti
Mohd Roodzi untuk membantu Puan Fatahiyah menjalankan sesi individu dan
kelompok serta program- program yang lain.

39. Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang, menyelaras pelaksanaan program .

40. Unit Bimbingan dan Kaunseling menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling
serta laporan lengkap.

41. Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang dan melaksanakan program kebajikan
dan orentasi bagi murid-murid baharu.

8

42. Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang dan melaksanakan program untuk
mendapat kemudahan bagi memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan.

43. Unit Bimbingan dan Kaunseling membuat penilaian yang berterusan terhadap
kegiatan Bimbingan.

44. Unit Bimbingan dan Kaunseling perlu mengadakan pameran poster dan lain-lain
bagi tujuan membimbing dan memberi motivasi kepada pelajar.

Makluman : JK Bimbingan & Kaunseling

AGENDA XII : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
45. PK HEM memaklumkan tidak perlu ada lambakan buku di sekolah. 1 Judul hanya

boleh 3 buah sahaja dan tidak perlu buku yang elok untuk simpanan.
46. PK HEM memaklumkan sekiranya terdapat kekurangan buku teks hendaklah

mohon kepada sekolah yang berdekatan jika ada lebihan buku.
47. Jawatankuasa SPBT Mengedar dan mengumpul kembali borang G daripada

semua guru.
48. Jawatankuasa SPBT memilih tarikh yang sesuai untuk mengedarkan buku teks.
49. Buku stok perlu dikemaskini dengan menghapuskira buku SPBT dan penerimaan

buku Teks yang baharu.
50. Bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
51. Mendapat kerjasama dari semua guru bagi mempastikan buku teks terpelihara

dan dibaik pulih.
52. Mengurus pemulangan buku-buku teks setiap akhir tahun.
53. Membuat anggaran keperluan buku teks untuk tahun berikutnya.
54. Mengurus tindakan pampasan ke atas murid-murid yang kehilangan buku teks

atau rosak.
55. Mengemaskini fail-fail berkaitan SPBT.
56. Keceriaan Bilik BOSS

Tindakan dan makluman : JK SPBT

9

AGENDA XIII : RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

57. PK HEM memaklumkan bantuan RMT bermula pada 1 Januari 2021 dengan
jumlah murid 53 org (Tahun 2 hingga 6) yang layak.

58. Tahun 1 dan murid yang nama tercicir akan bermula pada bulan Februari.

59. Pendapatan (KIR) RM 604 Perkapita :RM151 untuk yang layak.

60. Setiausaha RMT hendaklah mengemaskini papan kenyataan RMT dan fail
pengurusan RMT dan Buku Pengurusan RMT dijadikan sebagai panduan.

61. Jawatankuasa RMT hendaklah memantau penyediaan RMT pada waktu rehat:
 kualiti dan kuantiti makanan

62. Jawatankuasa RMT hendaklah menulis laporan harian di dalam buku laporan
RMT/PSS/Kantin

63. Bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

64. Jawatankuasa RMT hendaklah sentiasa memastikan kebersihan makanan dan
penyediaan makanan murid di kantin.

65. Segera memaklumkan kepada PK HEM /Guru Besar jika berlaku kemalangan
atau keracunan.

Makluman dan tindakan : JK RMT

AGENDA XIV : KANTIN

66. PK HEM memaklumkan Penguasaha Kantin masih dalam kontrak setahun
sehingga 30.11.2021

67. Makanan yang dilarang untuk dijual kepada murid
 Aiskrim
 Donat/Kuih keria
 Nugget/sosej/kentang

68. Memastikan pekerja-pekerja kantin mendapat suntikan kesihatan.

69. Bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

70. Mengemaskini fail berkenaan kantin.

71. Sentiasa memastikan kebersihan makanan dan penyediaan makanan murid di
kantin.

72. Segera memaklumkan kepada PK HEM /Guru Besar jika berlaku kemalangan dan
keracunan.

10

73. Norma baharu , Murid makan di dalam kelas dengan pemantauan guru. Makanan
ditempah melaui guru kelas dan pekerja kantin mengedar makanan ke setiap
kelas.

74. PK HEM memaklumkan kerjasama dari Pengusaha Kantin dan Jawatankuasa
Kantin untuk keceriaan,

Makluman dan tindakan : Jawatankuasa Kantin

AGENDA XV: KWAPM, e-Kasih dan EMK

75. Pn Mazlina telah mengurus borang permohonan 2021 kepada murid yang layak
dan disah oleh Guru Besar.

76. PK HEM memaklumkan Pendapatan (KIR) RM 960 Perkapita :RM244 bagi yang
layak.

77. PK HEM meminta Setiausaha KWAPM mengemaskini fail-fail berkaitan dan
menyediakan senarai murid penerima bantuan.

78. PK HEM memaklumkan terdapat isu yang sering timbul : Murid tidak dapat
KWAPM. Jawapan yang perlu diberi : Bantuan KWAPM bukan diwarisi setiap
tahun.

79. Guru Kelas Tahun 1 kenalpasti murid layak menerima bantuan dan kemaskini
APDM sebelum 30 hb Jan 2020.

80. Jawatankuasa KWAPM perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid
penerima bantuan.

81. Murid Bukan Warganegara (BWN) tidak layak menerima bantuan KWAPM dan
bantuan-bantuan lain.

82. EMK : Seorang murid Tahun 6 Aqil Rayyan yang layak.
Makluman dan Tindakan : JK KWAPM

AGENDA XVI : SEKOLAH PENYAYANG

83. PK HEM memaklumkan Setiausaha Sekolah Penyayang ialah Puan Rusmawani.

84. Program penyayang dijalankan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

85. Antara amalan penyayang ialah :
 Sambut murid di pintu pagar
 Sambutan hari lahir ( dengan kerjasama Kelab kebajikan guru)
 Mentor mantee ( keterlibatan semua guru )

86. Guru bertugas dan wakil pentadbir menanti dan menyambut kehadiran murid di
pintu pagar sekolah.

11

87. Semua program sekolah penyayang perlu dibuat dokumentasi untuk pemantauan.
Tindakan dan makluman : JK Penyayang dan semua guru

AGENDA XVII : 3K ( KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KESIHATAN )

88. PK HEM memaklumkan SU Keselamatan : online SPKS, keselamatan murid di
sekolah, dlm perjalanan, papan tanda, fire drill dan pengawal keselamatan.

89. Kebersihan : persekitaran sekolah, kantin, tandas dan gotong royong untuk
membersih kawasan sekolah.

90. Keselamatan : Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun
dan sekali bersama dengan pihak bomba.

91. Mengadakan ceramah /taklimat/pameran/demontrasi dengan agensi yang
berkaitan.

92. Merancang ,melaksana dan memantau program aktiviti untuk mengekal dan
meningkatkan tahap persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.

93. Memastikan persekitaran bersih dan selamat dan mengenal pasti tempat-tempat
yang bahaya.

94. Menjalankan gotong royong membersihkan kawasan dan program pencegahan
aedes dan lain-lain.

95. Kesihatan :Denggi,pemeriksaan kesihatan, rekod kesihatan, pergigian, bilik
kesihatan, bilik rawatan, Kotak Ubat

96. Maklum semasa perhimpunan dan guru bertugas rekod dalam buku laporan
bertugas.

97. Membuat laporan tentang murid sakit (berhubung dgn guru bertugas sekiranya
murid perlu dihantar pulang)

98. Pemeriksaan Kesihatan untuk prasekolah, thn 1 bulan Mac 2021 dan tahun 6

pada 14/7/2021 dan 15/7/2021 . Sedia KSK dan borang kesihatan T1, buku

biru T6. Borang ada di bilik PKHEM

Tindakan dan makluman : JK 3K

12

AGENDA XVIII : PPDa

99. Program PPDa akan bermula pada bulan Februari 2021.

100. Program dijalankan juga 5 minit semasa perhimpunan. (Selang seli dengan
PPPM).

101. JK PPDa sedia maklumat untuk guru bertugas membaca semasa perhimpunan.

102. Sudut dan laluan PPDa dikemaskini dan boleh melaksanakan program PPDa

waktu Kokurikulm.

Antara aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan :
 Sajak
 Nyanyian
 Poster / Mewarna
 Ceramah
 Pameran
 Dokumentasi

Makluman dan tindakan : JK PPDa dan semua guru

AGENDA XIX : SARANA IBUBAPA

103. Wujud Jawatankuasa KSIB : Gurubesar, PK Hem, YDP, NYDP, SU dan
Bendahari PIBG, AJK PIBG, sukarelawan, komuniti

104. Perkasa Sarana dengan melibatkan mereka yg berkepentingan di sekolah
seperti Imam, JKKK, pegawai perhubungan sekolah dan lain-lain.

105. Mesyuarat PIBG bentangkan pencapaian sek :Contoh Pencapaian UPSR, data
ponteng, murid terlibat salahlaku disiplin.

Makluman dan tindakan : JK Sarana

AGENDA XX- Pencegahan Denggi

106. Memastikan kawasan persekitaran sekolah bebas aedes. Memantau kawasan air
bertakung dan menyediakan laporan bebas denggi

107. Menjalankan gotong royong membersihkan kawasan dan program pencegahan

aedes dll.

108. Memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
Hantar laporan setiap bulan ke Pejabat Kesihatan Daerah

Tindakan dan makluman : JK 3K
13

AGENDA XXI – SURAU
109. Surau belum dibuka untuk murid tetapi jika hendak menggunakan surau,

hendaklah sanitize semula selepas digunakan.
110. Kebersihan dan keceriaan surau sentiasa dalam keadaan yang

memuaskan/bersih
111. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Tidak

dibenarkan membawa keluar kecuali dengan kebenaran.
Tindakan dan makluman : JK Surau

AGENDA XXII - LAWATAN DAN PENANDA ARAS
112. Merancang, menyedia dan mengurus dokumen dan tatacara lawatan mengikut

prosedur KPM/JPN/PPD
113. Mengurus surat dan kebenaran dengan pihak yang terlibat (pengangkutan,

penginapan dan tempat)
114. Mengurus dan menyiapkan semua dokumen peserta yang terlibat termasuk surat

kebenaran ibu bapa .
115. Menyediakan tentatif lawatan dan memberikan taklimat kepada semua peserta.
116. Memastikan keselamatan peserta sepanjang program/aktiviti/lawatan.
117. Menyediakan laporan.
118. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.

Tindakan dan makluman : JK Lawatan dan Penanda Aras
AGENDA XXIII - KEDAI BUKU
119. Tahniah kpd pengurusan kedai buku kerana penjualan untuk sesi 2021 dengan

lancar.

AGENDA XXIV – SIARAYA
120. Pastikan peralatan berfungsi dengan baik termasuk juga dengan interkom di

pejabat yang kita gunakan setiap hari pada masa Covid19 ini.
Tindakan dan makluman : JK Siaraya

14

AGENDA XXV : HAL-HAL LAIN

121. Semua guru bertanggungjawab atas keselamatan dan disiplin murid. Guru perlu
prihatin dan cakna.

122. Setiap salahlaku perlu diambil tindakan segera.

123. Setiausaha HEM kemaskini Papan Kenyataan HEM.

124. Sekiranya terdapat masalah, guru-guru dialu-alukan untuk berbincang

125. Pengerusi Mesyuarat mempersilakan dan menjemput semua guru yang hadir
dalam mesyuarat untuk memberi pendapat dan pandangan tentang pengurusan
HEM untuk menambah baik dan menangani masalah yang timbul

Makluman dan tindakan : Semua guru

XXVI PENUTUP

126. PK HEM berharap guru-guru terus komited dalam melaksanakan amanah serta
tugas yang diberikan dan memberi kerjasama dengan sepenuhnya.

127. Akhir kata, PK HEM mengucapkan terima kasih atas perhatian yang telah
diberikan oleh semua guru dan sekali lagi beliau memohon maaf atas segala
kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam pengurusan HEM. Unit HEM
sentiasa mengalu-alukan idea dan cadangan guru untuk memantapkan lagi
pengurusan HEM dari semasa ke semasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

15

Disediakan oleh,
SITI MUNIRAH BT HJ MANSOR
Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK Sungai Ular,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Disemak oleh
WAN KAMAAZURALIZA BINTI WAN KAMARUDDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Sungai Ular,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Disahkan oleh,
PN. NORZITA BT ABDULLA
GURU BESAR
SK Sungai Ular,
09000 Kulim,
Kedah .

16


Click to View FlipBook Version