FOLIO SAINS
BAB 4:PEMBIAKAN
DI SEDIAKAN OLEH
SITI NURHIDAHAYAH BINTI MEGAD ZAMANI
KELAS:1A2
UNTUK SEMAKAN
CIKGU LEE TIN TIN
PENGENALAN
NAMA SAYA SITI NURHIDAYAH BT MEGAD ZAMANI DARI KELAS 1A2
TELAH DIBERI TUGASAN UNTUK MENYIAPKAN FOLIO SAINS BAGI TOPIK
4 YANG BERTAJUK PEMBIAKAN IAITU TEKNIK MENGATASI KEMANDULAN
DAN TEKNIK PENCEGAHAN KEHAMILAN.
TUGASAN INI TELAH DIBERIKAN OLEH GURU MATAPELAJARAN SAINS
CIKGU LEE TIN TIN.
TUJUAN
TUJUAN SAYA MEMBUAT FOLIO INI ADALAH UNTUK MENYELESAIKAN
KERJA YANG DIBERI DAN KERANA AMANAH SEBAGAI SEORANG
MURID.SAYA JUGA MEMBUAT FOLIO INI UNTUK MEMBERITAHU APA
YANG SAYA FAHAM DAN MENERANGKAN TEKNIK MEGATASI
KEMANDULAN DAN TEKNIK PENCEGAHAN KEHAMILAN.
PENERANGAN
KEMANDULAN IALAH KETIDAKUPAYAAN SESEORANG UNTUK
MELAHIRKAN ANAK.APABILA PASANGAN SUAMI ISTERI TIDAK
BERUPAYA UNTUK MEMPEROLEH ZURIAT,SUAMI ATAU ISTERI ATAU
KEDUA-DUANYA MUNGKIN MANDUL.
1.0 KEMANDULAN
Maksud kemandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk
melahirkan anak.Apabila pasangan suami isteri tidak berupaya untuk
memperolehi zuriat,suami atau isteri atau kedua-duanya mungkin
mandul.
2.0 PUNCA KEMANDULAN LELAKI
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan lelaki mandul.
Secara umumnya, ia berkisarkan sperma yang tidak cukup kuantiti,
tidak aktif atau mempunyai kecacatan struktur.
Jika dilihat pada statistik, sekitar 15% pasangan suami isteri
mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Masalah
ketidaksuburan lazimnya hanya didiagnosis sekiranya mereka telah
mencuba sekurang-kurangnya setahun dengan kekerapan seks
yang mencukupi dan tidak mengamalkan perancang keluarga.
1. Jangkitan kuman
Sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan yang memberi kesan
kepada saluran keluar sperma (tiub uretra dan sebagainya), ia boleh
mempengaruhi kesuburan.
Proses keradangan yang berlaku boleh menyebabkan saluran
tersebut tersumbat dan memberikan simptom sakit kepada
penghidap.
2. Ejakulasi terbalik
Ejakulasi retrograd (terbalik) boleh menyebabkan lelaki mandul.
Keadaan kesihatan ini menyebabkan air mani anda masuk ke dalam
pundi kencing dan tidak keluar daripada zakar.
Kesannya, penghidap akan mengalami orgasme kering (tanpa air
mani). Ejakulasi terbalik boleh berlaku disebabkan oleh masalah
kencing manis dan penyakit saraf yang lain.
3. Testis tidak turun
Dalam embriologi manusia, proses testis turun dari abdomen ke
dalam kantung telur merupakan keadaan yang penting berikutan ia
boleh mempengaruhi kebolehan badan untuk menghasilkan hormon
testosteron.
Mereka yang mengalami masalah kesihatan ini kebiasaannya
mempunyai paras testosteron yang sangat rendah daripada normal.
Jika dirawat pada peringkat awal, paras testosteron boleh kembali
ke nilai normal semula.
4. Varikosel
Keadaan kesihatan di mana saluran vena pada testis membengkak.
Aliran darah secara berlebihan boleh menyebabkan suhu kantung
telur menjadi tidak ideal bagi proses penghasilan sperma. Ini boleh
menyebabkan lelaki mandul.
5. Isu seksual yang lain
Terdapat pelbagai jenis masalah kesihatan yang boleh
mempengaruhi minat individu untuk melakukan hubungan seks.
Perkara ini penting memandangkan ia boleh memberi kesan kepada
kekerapan melakukan hubungan seks.
Selain itu, bahan kimia juga merupakan salah satu punca
mengapa seseorang itu boleh mandul.
Pendedahan kepada bahan kimia yang lazim digunakan dalam
industri seperti benzene, toluene dan racun boleh mempengaruhi
kuantiti sperma berkualiti
Pekerjaan yang mendedahkan lelaki terhadap sinar radiasi seperti
juru imbasan x-ray dalam satu tempoh masa yang lama turut boleh
menyebabkan masalah kesuburan. Risiko ia berlaku bergantung
kepada faktor seperti pemakaian alatan pelindung peribadi (PPE)
dan sebagainya
Terdedah kepada logam berat
3.0 PUNCA KEMANDULAN WANITA
1.Masalah Proses Ovulasi
Masalah ovulasi bermaksud proses ovulasi tidak selalu berlaku
ataupun anda tidak mengalami ovulasi langsung. Ia berlaku pada
1/4 daripada pasangan yang mengalami masalah sukar untuk hamil.
Masalah pada hormon reprodukti akan menyebabkan kalenjar
pituitari ataupun masalah pad aovaru akan menyebabkan masalah
pada proses ovulasi
2. Endomteriosis
Endometriosis berlaku apabila sel yang sepatutnya berada di dalam
rahim telah berada pada kawasan luar rahim. Sel tersebut adalah sel
endometrium dan sel inilah yang menyebabkan penghasilan darah
haid.
Apabila ia hidup diluar rahim, ia juga akan menghasilkan darah dan
ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami keradangan.
Perkara ini akan menyebabkan kawasan tiub fallopio tidak berfungsi
sepenuhnya.
3.Masalah Rahim ataupun Serviks
Terdapat beberapa masalah serviks dan rahim yang akan
mengganggu proses implantasi ovum yang telah disenyawakan ke
dalam dinding rahim. Beberapa masalh tersebut adalah:
Polip ataupun ketumbuhan dalam rahim seperti Fibroid: Ketumbuhan
ini mungkin akan menyebabkan tiub fallopio tersumbat ataupun
mengganggu proses implantasi.
Bentuk Rahim yang tidak normal
Cervical stenosis: Adalah masalah serviks yang menjadi sempit
sehingga menyebabkan sperma tidak boleh masuk ke dalam
bahagian rahim.
Selain itu berikut juga adalah antara punca –punca kemandulan
bagi lelaki dan wanita.
4.0 TEKNIK MENGATASI KEMANDULAN DAN KEBERKESANAN
4.1 Hubungan kelamin semasa subur
Ia bermakna suaimi isteri mengadakan hubungan kelamin semasa
isteri subur. Ia sesuai untuk mereka yang muda dan tidak mempunyai
masalah kesuburan lain. Ovulasi dirangsang dengan ubat seperti
Clomiphene Citrate. Pertumbuhan folikel dipantau dengan
ultrasound trans-vagina (melalui faraj). Apabila ultrasound
menunjukan telur sudah matang, suntikan hcg akan diberi untuk
meransang ovulasi, kemudian pasangan akan mempunyai
hubungan seks 24 hingga 48 jam itu.
Kebanyakan kehamilan dicapai melalui rawatan ini berlaku dalam 3
atau 4 bulan pertama. Jika pasangan itu gagal untuk hamil di luar
masa ini, pilihan lain perlu dipertimbangkan.
4.2 Kaedah IUI
Ia bermaksud Inseminasi intrauterine (IUI), iaitu meletakkan sperma
suami yang bergerak pantas ke dalam rahim isteri semasa ovulasi. Ia
melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma yang
bergerak cepat dari sperma kurang bergerak atau tidak bergerak.
Tiub fallopian mestilah normal dan tidak tersumbat untuk IUI.
Rawatan ini melibatkan suntikan untuk merangsang ovari
menghasilkan telur. Kami akan mengambil sperma suami dan
membersihkannya, kemudian sperma tersebut akan disuntik ke
dalam badan wanita. Rawatan ini dipanggil ‘Intra Uterine
Insemination’. Ia lebih canggih dibandingkan dengan hanya
mengambil pil kesuburan. Kos untuk rawatan tersebut adalah tinggi,
begitu juga dengan kadar keberkesanannya. Rawatan yang ketiga
merupakan yang terbaik. Ia dipanggil bayi tabung uji atau rawatan
IVF.
4.3 Kaedah persenyawaan in vitro
Salah satu cara ialah dengan kaedah persenyawaan in vitro. Kaedah
ini digunakan apabila tiub Falopio tersumbat. Dalam kaedah ini, sel-
sel telur (ovum) yang matang diambil daripada wanita dan
disenyawakan dengan sperma suaminya di dalam piring petri di
dalam makmal.
Perkembangan teknologi
Terdapat perkembangan terbaru dalam teknologi ini khususnya
dalam aspek pembekuan embrio, menggalakkan perkembangan
embrio sehingga ke peringkat hari ke 5 perkembangan atau dikenali
sebagai blastosis and ujian genetik.
Kadar keberkesanan
Kadar keberkesanan rawatan secara keseluruhannya adalah
berbeza-beza bergantung khususnya pada umur wanita and faktor –
faktor penyumbang yang lain. Amnya, satu pertiga yang menjalani
kaedah ini akan hamil. Kadar akan menurun dengan peningkatan
umur dan kebanyakan pusat rawatan tidak menawarkan
perkhidmatan ini kepada wanita yang berusia lebih dari 42 tahun.
Faktor lain termasuklah masalah sperma lelaki yang teruk di mana
kemungkinan terdapat masalah atau keabnormalan genetik pada
pasangan lelaki atau pada sperma itu sendiri. Masalah kegemukan
atau obesiti juga boleh memudaratkan hasil persenyawaan dari
kaedah ini.
Embrio (pada peringkat 8 sel) yg diperolehi kemudiannya dimasukkan
ke dalam uterus wanita untuk perkembangan fetus yang seterusnya.
Bayi yang dilahirkan melalui kaedah ini biasanya dikenal sebagai bayi
tabung uji.
4.4 Kaedah Pembedahan
Pembedahan dilakukan terhadap wanita yang mengalami masalah
tiub Falopio tersumbatatau terhadap lelaki yang mengalami
masalah saluran ductus sperma tersumbat
4.5Kaedah Gamate intrafallopian Transfer (GIFT)
Kaedah GIFT agak berbeza daripada IVF. Hal ini kerana telur yang
diambil daripada ovari dimasukkan terus ke dalam tiub fallopio.
Proses ini dijalankan melalui kaedah laparoscope. Laparoscope
memerlukan doktor melakukan pembedahan kecil di bahagian
abdomen tertentu untuk mengambil telur dari ovari dan pada masa
yang sama memasukkan sperma ke dalam tiub fallopio.
Inilah ciri utama yang membezakan GIFT dan IVF. Namun begitu,
melalui kaedah ini sperma yang terbaik tidak dipilih terlebih dahulu.
Antara perbezaan lain ialah persenyawaan yang dilakukan tidak
melibatkan kerja-kerja di dalam makmal tetapi proses tersebut
berlaku di dalam keadaan yang semula jadi iaitu di dalam tiub
fallopio itu sendiri.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kadar kehamilan yang
menggunakan kaedah GIFT amat bergantung kepada tahap
kesihatan individu-individu yang terlibat. Setakat ini, kadar kejayaan
yang pernah dicatatkan bagi kehamilan pernah mencecah
sehingga 36% dan kadar kelahirannya pula sehingga 26%.
Dalam pada itu, GIFT terbukti sebagai rawatan alternatif yang sangat
berkesan membantu pasangan yang menghadapi masalah
kesuburan ataupun endometriosis yang tidak kritikal. Selain daripada
pembedahan secara laparoscope dapat membantu anda
memulihkan keadaan tiub fallopio yang kadangkala mengalami
masalah-masalah kesihatan dalaman seperti penyakit fibroid,
chocolate syst dan lain-lain lagi.
4.6 Kaedah ICSI
Teknik ICSI merupakan revolusi bagi teknologi kesuburan yang ada.
Kaedah ini biasanya digunakan bagi membantu kebanyakan lelaki
yang mengalami masalah dengan spermanya. Ini kerana ada
segelintir lelaki yang sukar untuk ejakulasi. Apabila hal ini berlaku,
pastinya sperma tidak dapat menembusi telur dan masalah
sebeginilah yang menyebabkan pasangan sukar untuk hamil.
Kebanyakan punca masalah berkaitan sperma berlaku disebabkan
oleh gaya hidup yang tidak sihat. Misalnya lelaki kuat merokok dan
sebagainya. Oleh yang demikian, ICSI dapat membantu pasangan
dengan menggunakan teknik penyuntikan sperma ke dalam telur
untuk disenyawakan di dalam piring khas.
Teknik yang digunakan oleh ICSI menggunakan beberapa peralatan
canggih dalam usaha memastikan embrio yang dihasilkan adalah
benar-benar bermutu. Dalam pada itu, berdasarkan kajian yang
pernah dijalankan, keberkesanan penggunaan kaedah ICSI adalah
70%.
Apabila telur disenyawakan melalui kaedah ICSI dan disuntik ke
dalam rahim, kadar kehamilan yang berlaku adalah sama seperti
kaedah IVF. Malah ada pesakit yang mencatatkan peratusan
kejayaan yang lebih tinggi.
Kaedah Biasa Pencegahan Kehamilan Dan
keberkesanan
1. Kondom
Sesetengah pengguna mempunyai tindak balas yang sensitif
terhadap bahan getah kondom. Kondom juga mempunyai
tarikh luput dan tidak sesuai untuk disimpan Kaedah kontraseptif
luaran, tidak memerlukan preskripsi doktor. Kondom berfungsi
untuk mencegah pertemuan antara sperma dan ovum. Selain
itu, menggunakan kondom juga mengurangkan kemungkinan
penyebaran Penyakit Penyebaran Seksual (STD).
Kadar keberkesanan ini berdasarkan kaedah kawalan kelahiran
selama setahun. Mereka tidak mengambil kira berapa kerap
sepanjang tahun anda sedang melakukan hubungan seks.
Sebagai contoh, penggunaan biasa, keberkesanan kondom
terhadap kehamilan adalah 82%. Ini adalah sama ada ini
adalah kali pertama anda melakukan hubungan seks atau
masa ke-300 anda. Ini tidak bermakna bahawa jika anda
melakukan seks 100 kali, anda akan hamil pada masa ke-82
anda (atau bila-bila masa selepas itu). Ia juga tidak bermakna
bahawa anda mempunyai kemungkinan 82% tidak hamil.
2. Pil Kontraseptif Oral (Pengambilan Harian)
Pil kontraseptif oral di pasaran umumnya mempunyai dua jenis:
pil mini (hanya mengandungi progestin) dan pil gabungan
(mengandungi estrogen dan progestin)
3. Pil Kontraseptif Kecemasan (Untuk Tujuan Kecemasan)
Perlu diambil dalam tempoh 72 jam aktiviti seksual yang tidak
dilindungi lepas. Keberkesanan meningkatkan lebih awal ia
diambil.
KEBERKESANAN
99% berkesan jika diambil dengan betul tetapi tidak melindungi
individu daripada penyakit yang berjangkit melalui hubungan
seks termasuk HIV/AIDS.
Cara pengambilan yang betul bermaksud patuh kepada
arahan pengambilan dos dan mengambil langkah
pencegahan tambahan sekiranya perlu.
4. Pakej Kontraseptif
Kaedah kontraseptif luaran. Biasanya disyorkan untuk
digunakan pada punggung, perut, atau lengan. 3 tampalan
kontraseptif datang dalam kotak, dan perlu diubah setiap
minggu.
5.Peranti Intra Uterine (IUCD)
Ini adalah kaedah kontraseptif dalaman. IUD mengandungi alat
plastik berbentuk kecil berbentuk T yang dibalut tembaga atau
mengandungi hormon. Pakar sakit puan (pakar perubatan
wanita) yang berpengalaman diperlukan untuk memasukkan
IUD ke dalam rahim.
Antara kelebihan atau kebaikan menggunakan IUCD sebagai
kaedah pencegah kehamilan adalah:
Kosnya murah
Sangat berkesan
Tidak mengandungi sebarang hormon (kecuali jenis MIRENA)
Selamat dipakai semasa menyusukan anak
Tidak perlu kerap untuk rawatan susulan kecuali ada masalah
dan untuk pap smear
Terus kembali subur selepas ia dikeluarkan
Untuk Mirena – memberikan perlindungan dari kanser
endometrium
Jarang mengalami kenaikan berat badan
6. Ligation / Vasectomy
Kaedah kontraseptif yang paling lama - ligation untuk wanita
dan vasektomi untuk lelaki.
Vasektomi adalah kaedah ketiga yang boleh dilakukan oleh kaum
lelaki untuk merancang keluarga serta mencegah isteri dari
kehamilan.
Menerusi cara ini, pembedahan perlu dilakukan untuk memotong
saluran vas deferens di bahgian alat sulit lelaki bagi mencegah
sperma dari keluar ketika ejakulasi.
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa prosedur vasektomi
merupakan kontrasepsi kekal yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki.
Tetapi anda tidak perlu risau kerana prosedur ini tidak akan
menyebabkan anda mati pucuk seperti kepercayaan sesetengah
orang.
7. Implan (Implan Kontraseptif)
Implanon adalah alat implantasi kontraseptif mengenai saiz
perlawanan yang dimasukkan ke bahagian dalam lengan atas
wanita
KEBERKESANAN
Kepentingan kaedah ini ialah Ia bertindak untuk mencegah ovulasi
dan menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan
pergerakan sperma. Implan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa,
walaubagaimanapun jenis implan yang terdapat di Malaysia pada
masa kini mempunyai jangkahayat untuk tempoh 3 tahun sahaja.
RUJUKAN
1. https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/lelaki-lain/lelaki-
mandul-punca/
2. https://thediagnosa.com/wanita-mandul-punca-simptom-
rawatan/
3. https://www.99.co/blog/indonesia/cara-mencegah-mandul/
4. https://www.myhealth.gov.my/kaedah-kaedah-rawatan-
kesuburan/
5. https://www.erufucare.com/ms/juliet-station/7-contraception-
methods-you-must-know-if-you-dont-plan-have-baby-yet
6. https://www.facebook.com/ScienceDanAnda/photos/pcb.183
6984639686529/1836984603019866
7. https://www.cochrane.org/ms/CD001324/FERTILREG_kaedah-
kontraseptif-kecemasan
8. https://www.slideshare.net › zealot90
9.
https://momstobe.majalahpama.my/empat_puluh_minggu/suami
-isteri-tidak-subur-masih-ada-10. harapan-rawatan-kesuburan-
ikhtiar-untuk-hamil/
11. Sains Tingkatan 1 KSSM 2016