The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nliyanasyakirah, 2022-03-21 11:08:40

Penghasilan Produk BMMB1104

Kerja Kursus 1 BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS SARAWAK, 98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1
PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : NUR LIYANA SYAKIRAH BINTI IBRAHIM
ANGKA GILIRAN : 2021022310047
NO. KAD PENGENALAN : 030125060486
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-2
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
TARIKH HANTAR : KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
: 21 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

I

SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 (Individu): Penghasilan Produk - 1000 patah perkataan (30%)

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun
kerohanian.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.

KANDUNGAN II
Perkara
SOALAN TUGASAN Muka Surat
OBJEKTIF I
1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU III
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 1
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN MELAYU 2
5.0 RUMUSAN 3
RUJUKAN 4
5
5

III

OBJEKTIF
Pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep dam fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal

budi dalam pantun tradisional.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya “Aroma Arabica di

Alhambra” (Lampiran 1)

1

1.0 PENGENALAN

Keindahan kesusasteraan Melayu bukan sahaja terletak pada kata yang dipilih dan
kalimat beritma yang diiringi bersama, tetapi juga terkandung di dalamnya suatu
makna dan falsafah yang sangat hebat, tertentu dan mendalam mewakili akal budi
masyarakat terdahulu. Beribu-beribu karya sastera Melayu yang terakam di dalamnya
nasihat, tunjuk ajar, pendidikan dan buah fikiran yang ingin disampaikan sama ada
berkaitan dengan keluarga, masyarakat atau agama (Norazimah Zakaria, 2017).
Secara keseluruhannya, karya sastera umpamanya dengan pantun yang lahir dari
lubuk hati dan daya kreativiti masyarakat Melayu yang terisi di dalamnya suatu
pendekatan moral dan pendekatan firasat (Rahimah & Farhana, 2017).

2

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan didefinisikan sebagai
hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu. Kepelbagaian karya sastera yang dicipta membawa keunikan
masing-masing termasuklah puisi Melayu. Puisi Melayu dihias dengan gabungan hasil
daripada pembentukan pemilihan kata dan gaya bahasa untuk memperindah sesuatu
ungkapan. Menurut Nazri et al. (2020), kesusasteraan bermaksud pancaran pemikiran
yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Dari
sudut lain, susunan karya puitis ini mempunyai acuan bunyi dan rima yang diadun
dengan emosi, imaginasi dan idea untuk menghasilkan karya yang indah. Sastera
merupakan satu bidang seni kreatif dan bahasa menjadi medium pengantarnya yang
mampu membentuk tamadun dan peradaban sesebuah bangsa di samping
memperlihatkan idea dari sudut pandangan pengarangnya (Arba’ie et al., 2008, seperti
yang dinyatakan dalam Mohd Rodzi, 2008).

Perkara ini sejurusnya membawa makna bahawa karya ini terbentuk hasil
daripada nukilan bangsa yang lahir menerusi peristiwa dan persekitaran masyarakat.
Kesusasteraan Melayu juga merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada
pelbagai sifat dan bentuk. Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan
tersusun serta diksi yang sesuai dan tepat yang dapat memberi kesan penghayatan
kepada para pembaca. Hal ini juga bergantung kepada keahlian pengarang dalam
mengungkapkan dan meluahkan makna sama ada dalam bentuk sebuah perutusan,
amanat atau lontaran idea untuk direnungi bersama-sama dengan pembaca. Melalui
maksud yang ingin disampaikan, daya rasa atau sensitiviti masyarakat Melayu juga
diambil kira dengan mengolah dan menggabungkannya ke dalam karya sastera. Di
samping itu, karya sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Karya sastera
berjaya terhasil atas dorongan tertentu dengan suasana persekitaran pengarang.
Karya sastera seperti puisi juga dapat mengundang pembaca untuk memikirkan mesej
yang ingin disampaikan di sebalik perkataan yang ditulis.

3

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu sangat bernilai bagi menggambarkan pelbagai persoalan serta
peristiwa mengenai kehidupan dan budaya masyarakat tempatan. Karya sastera juga
dihasilkan oleh pengarang bertujuan untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Dari
aspek lain, karya sastera dalam bentuk yang tersusun dicipta sejak dahulu kala
dengan penggunaan bahasa yang indah bertujuan untuk melahirkan buah fikiran dan
pengalaman (A. Halim, 2013, seperti yang dinyatakan dalam Nazri et al., 2020). Di
samping itu juga, ilmu pengetahuan pengarang mengenai jenis karya yang diperlukan
oleh khalayak sebenarnya akan mempengaruhi khalayak itu sendiri. Hal ini bermakna
memberi kesan yang mutlak kepada masyarakat sama ada dari segi pemikiran atau
perbuatan merupakan tujuan utama dari hasil karya yang terbina ini (Nazri et al., 2020).

Cho, M. S. dan Mat Zaid (2020) menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu
berfungsi sebagai alat penyampaian nilai dan budaya tradisi Melayu misalnya nilai-
nilai murni yang menyatukan masyarakat Melayu iaitu nilai kesederhanaan, hormat-
menghormati, rendah diri dan sebagainya. Dalam hal ini, karya sastera berfungsi
sebagai suatu gagasan yang secara langsung memperkenalkan nilai murni untuk
mencernakan kognisi masyarakat serta persepsi-persepsi ahli melalui konsep yang
terkandung di dalamnya. Selain itu, karya kesusasteraan dapat dijadikan sebagai alat
perantaraan antara seseorang individu dengan individu lain misalnya situasi
perbicaraan antara wakil pihak lelaki dan wakil pihak perempuan dengan berbalas
pantun untuk meminang sang gadis. Melalui kesusasteraan juga, ekspresi budaya
masyarakat Melayu tersampaikan. Sejak dahulu, hampir kesemua masyarakat Melayu
yang lahir ke dunia sehingga ke alam dewasa dilingkungi oleh alam dan persekitaran
desa (Cho, M. S. & Mat Zaid, 2020). Pengarang pun mula mencipta ungkapan-
ungkapan puisi, pepatah, pantun dan seumpamanya yang dijelma menerusi elemen-
elemen semula jadi di sekelilingnya untuk mengekspresi kehidupan dan budaya
masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, lahirlah karya sastera menjadi satu
wadah untuk mengungkapkan fikiran, hasrat, pesanan dan sebagainya. Karya sastera
juga berfungsi mengungkapkan konsep jenaka. Unsur jenaka bukan sahaja
mencakupi sesuatu perkara yang melucukan, tetapi juga terkandung di dalamnya
mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

4

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN MELAYU

Masyarakat Melayu sangat mementingkan nilai-nilai murni seperti sifat rendah diri dan
kesederhanaan dalam diri seseorang manusia dengan menyampaikan mesej tersebut
melalui pantun. Menerusi pantun pertama, cedok air dengan baldi dan cedok nasi
dengan senduk adalah perlambangan bahawa sesuatu yang dilakukan mestilah diikuti
dengan atur cara masing-masing. Pembayang pantun ini mengingatkan bahawa
setiap perkara yang hendaklah diketahui dahulu asas kemahirannya. Dalam rangkap
maksud pantun tersebut pula, ia menunjukkan bahawa seseorang yang semakin
meningkat ilmu atau kenaikan pangkatnya, individu tersebut hendaklah menjadi
semakin merendah diri.

Rangkap maksud bagi pantun kedua pula bermaksud orang yang berbudi akan
dipandang mulia manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Seperti yang kita semua tahu, setiap orang menyukai orang yang berbudi bahasa dan
terutamanya masyarakat luar juga akan menilai sikap sesebuah bangsa melalui
persekitaran di sekelilingnya. Tambahan pula, kecantikan rupa dan paras muka tidak
menjamin seseorang tersebut disukai oleh masyarakat sekiranya tiada budi pekerti.
Tidak kurang juga, banyak eksperimen sosial yang dilakukan untuk menilai
kesantunan seseorang individu yang akhinya akan mempengaruhi maruah individu
tersebut dan negara.

Merujuk kepada rangkap pertama dan kedua bagi pantun ketiga, padang datar
dilambangkan sebagai padang yang luas tanpa pepohon rendang, kering-kontang dan
yang tinggal hanyalah rumput-rampai. Rusa berbelang kaki pula ditujukan kepada
seekor belalang. Pembayang pantun ini memperlihatkan bahawa padang datar
menjadi habitat serangga atau hidupan kecil, bukan haiwan yang buas atau besar.
Dalam rangkap maksud bagi pantun pula, ia ditujukan kepada seseorang individu tidak
akan dapat ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sekiranya tidak
berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tersebut. Secara
keseluruhannya, pantun ini mengajar khalayak bahawa pentingnya tahap usaha
seseorang dalam menuntut ilmu atau mengambil ikhtiar untuk mempelajari sesuatu
perkara kerana akan mempengaruhi masa hadapan seseorang.

5

5.0 RUMUSAN

Rumusannya, karya kesusasteraan Melayu amat penting untuk dipertahankan,
dikekalkan dan dijaga sebagai bukti kesenian budaya masyarakat Melayu dahulu.
Namun demikian, karya kesusasteraan Melayu moden boleh dikatakan tidak lagi
mempunyai sifat aslinya sebagaimana dengan karya kesusasteraan Melayu
tradisional yang indah dengan ungkapan dan kata-kata yang penuh estetik, disulami
dengan imejan, kiasan, irama yang seimbang serta susunan bunyi dan rima yang
sepadan (Cho, M. S. & Mat Zaid, 2020). Walaupun karya kesusasteraan Melayu tidak
digunakan secara meluas dalam sesebuah masyarakat, ia masih didendangkan lagi
pada hari ini yang menunjukkan keupayaan pengekalannya sebagai budaya Melayu
dan masih mempunyai daya tarikan.

(1050 patah perkataan)

RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
PENDETA Journal of Malay Language, 2, 99-117

Abdul Halim Ali. (2014). Konsep estetika bersepadu: Satu kaedah baharu kaedah
kritik estetik dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 84-
104

Azmi Rahman & Phat Awang Deng. (2017). Pancaran makna dalam kesusasteraan
Melayu. UUM Press

Cho, M. S. & Mat Zaid Hussein. (2020). Fungsi pantun Melayu tradisional dilihat dari
perspektif budaya dan alam pemikiran masyarakat Melayu. Jurnal Puitika.
16(1), 1-28

Mohd Zariat Abdul Rani. (2006). Kehadiran Barat dan kesannya terhadap
kesusasteraan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 17, 330-361

6

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu
tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal
Komunikasi, 31(2), 183-194

Nazri Atoh, Saipolbarin Ramli, Zamri Arifin & Zubir Idris. (2020). Konsep puisi
tradisional antara kesusasteraan dengan kesusasteraan Melayu. Journal of
Arabic Language and Education, 1(1), 1-15

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hamida
Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman &
Rosmah Derak. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89-97

Rahimah A. Hamid & Nurul Farhana Low Abdullah. (2017). Akal budi dalam sastera
rakyat naratif dan bukan naratif. Penerbit Universiti Sains Malaysia

Syed Abdullah Syed Sulaiman. (2013). Tradisi lisan: Satu penilaian semula.
International Journal of Creative Future and Heritage, 1(1), 195-205


Click to View FlipBook Version