BMMB3083
(Dr. Sara)
NYIUR GADING
JESSIE JELENIE
IVY JENUN
NORELIZA
AMENDA PRESCHIA
Soalan
Secara berkumpulan, anda diminta untuk menulis skrip drama pendek
yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dengan memberikan
penekanan pada aspek berikut:
▪Tema dan isu
▪Penyerapan aspek tatabahasa
▪Unsur didik hibur
▪Gaya bahasa
Tajuk:
Bintang yang Sombong
Babak 1
Sinar sedang berkemas-kemas…
Mak Senah: Apa yang awak nak buat dengan bakul tu, Sinar? Awak nak ke mana tu?
Kan dah lewat petang ni.
Sinar: Err… (teragak-agak)
Bintang: (Memandang ke arah Sinar dan terus berjalan) Hei Sinar, cepat sikit awak
berjalan! Apa yang awak terhegeh-hegeh lagi tu? Lembab macam siputlah awak ni.
Sinar: (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Bintang) Ye, Cik Bintang. Saya
datang ni.
Bintang: Apa yang awak pegang tu?
Sinar: Bunga, Cik Bintang. Cantikkan?
Bintang: Ini yang awak cakap cantik? Bunga ni hanya layak untuk orang macam awak
je, bukan saya. (Sambil melempar bunga dan memijak bunga itu)
Sambungan Babak 1…
Sinar: Cik Bintang, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga-bunga itu.
Bintang: (Mendengus kasar) Diamlah awak, menyibuk je. Daripada awak bercakap, baik
awak pegang bakul tu elok-elok.
Semasa mereka berjalan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang mengerang kesakitan
di sebalik semak.
Sinar: Cik, ada terdengar bunyi tak?
Arnab: Erghh… sakit… Tolong saya!
Sinar: (Mencari-cari lalu terpandang Arnab dan terus menuju ke arah Arnab tersebut)
Babak 2
Sinar mencari-cari si Arnab.
Sinar mencari-cari si Arnab.
Bintang: Hei, awak nak ke mana tu? (Sambil cekak pinggang)
Sinar: Arnab tu sedang dalam kesakitan, Cik Bintang. Marilah kita tolong dia.
Bintang: (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah Arnab itu). Awak nak tolong ke?
Dahlah kotor, busuk lagi tu. (Sambil menutup hidung).
Sinar: Kasihan si Arnab tu, Cik Bintang. Dia pun makhluk Allah juga seperti kita.
Bintang: Kalau awak nak, awak jelah yang tolong.
Sambungan Babak 2
Setelah jauh berjalan…
Bintang: Eh, kita kat mana ni, Sinar? (dalam keadaan cemas).
Sinar: Shhh… sa…ya… rasa kita sudah tersesat ni, Cik Bintang.
Bintang: Apa? Kita tersesat? Ni semua salah awak. Kalau awak tidak tolong Arnab itu
tadi, tentu perkara seperti ini tidak terjadi.
Sinar: Maafkan saya, Cik Bintang. (Sambil menangis)
Bintang: (Berjalan ke arah pokok di pinggir sungai) Sinar, saya nak tidur sekejap. Awak
jangan ke mana-mana.
Sinar: Baik, Cik Bintang.
Babak 3
Sinar menangis meratapi nasib sambil bernyanyi dan diperhati oleh Arnab. Lagu tiba-tiba
terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria
Katak 1: Wah, cantiknya tempat ini!
Katak 2: Yalah. Jom kita pergi mandi.
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
Lompat si katak lompat
Lompat tepi perigi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah gosok gigi
Yipee
Sambungan Babak 3
Bintang: Siapakah yang buat bising ini? (sambil terbangun dan mencari arah bunyi
tersebut).
Sinar: Saya rasa itu bunyi sekumpulan katak yang bernyanyi riang.
Bintang: (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak yang bernyanyi
riang). Pergi manin jauh-jauh!
Katak 1: Perempuan jahat!
Katak 2: Awak akan terima balasannya.
Sinar: Apalah nasib saya. Dahlah selalu kena marah, sekarang sesat pula. Malangnya
nasib ku ini. (sambil mengusap-usap badan Arnab)
Arnab: Janganlah bersedih Sinar yang baik hati. Orang yang baik pasti akan ditolong
Allah.
Akibat keletihan, Bintang telah bermimpi.
Bintang: (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan). Di manakah saya ini?
Bintang mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di
sekelilingnya.
Bintang: Aduh, sakitnya kaki saya!
Bunga 1: Hei, budak sombong. Awak nak pergi ke mana tu?
Bintang: Siapa? Mana Sinar?
Bunga 2: Awak lupakah? Saya yang awak rentap dan buang sesuka hati.
Arnab: Saya yang awak hina, saya yang awak ejek, busuk dan buruk.
Bunga 1: Saya yang awak pijak-pijak.
Mereka mengutuk Bintang beramai-ramai sambil mengeruminya.
Engkau yang sombong
Engkau yang bongkak
Babak 5
Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat kepada Bintang.
Nenek tua: Inilah balasan di atas perbuatan jahat awak, Bintang. Sikap awak yang sombong
dan tidak berperikemanusiaan. Awak seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak
mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Sinar yang selalu menjaga awak.
Bintang: Siapa awak? Saya tidak kenal awak. Pergi!
Nenek tua: Tidak mungkin awak akan berubah. Hati awak keras seperti batu! (sambil berlalu
pergi)
Bintang: Nenek, tunggu… Jangan pergi! Nenek… nenek…nenek…
Sinar: Cik Bintang! Bangun! Kenapa ini? (sambil menggerakkan Bintang yang sedang
mencari-cari nenek dalam tidurnya)
Bintang: (Terkejut dan terus memeluk Sinar) Maafkan saya, Sinar. Maafkan saya, Arnab.
Sinar yang kebingungan pun terus memeluk Bintang sambil tersenyum.
Tema dan Isu
Tema bagi drama Bintang yang sombong adalah kesedaran tentang pentingnya
bersikap baik. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap Bintang yang sentiasa
angkuh, mementingkan diri kerana dia merasakan diri golongan bangsawan lalu
boleh melakukan sesuatu sesuka hatinya. Bintang melayan orang
disekelilingnya dengan sikap yang kurang elok kerana dia menganggap mereka
bertaraf rendah seperti Bintang melayan Sinar dengan teruk kerana dia hanya
menganggap Sinar sebagai orang bawahan sahaja.
Isu perilaku tidak bermoral:
Hal ini digambarkan melalui watak Bintang yang mempunyai perilaku laku yang
tidak bermoral, degil dan mementingkan diri sendiri. Misalnya, Bintang sentiasa
memandang rendah dan keji terhadap semua makhluk ciptaan Tuhan seperti
Sinar, arnab, katak dan bunga. Bintang mulai sedar apabila dia bermimpi
tentang bunga yang pernah dipijak dan dikeji mengutuk Bintang dan didatangi
nenek tua yang memberi nasihat. Jelaslah bahawa, kita harus bersikap baik
dengan semua makhluk Tuhan kerana semuanya ciptaan Tuhan yang indah.
Aspek 1: Penggunaan golongan kata yang
mudah
Drama Bintang Yang Sombong mempamerkan penggunaan golongan kata yang mudah. Antara
golongan kata yang terlibat dalam drama tersebut ialah kata nama, kata adjektif dan kata tugas yang
terdiri daripada kata sendi nama. Contoh kata adjektif yang terdapat dalam drama tersebut ialah kata
adjektif sifat/keadaan seperti perkataan cantik, jahat dan sombong. Misalnya:
Sinar: Bunga, Cik Bintang. Cantikkan?
Katak 1: Wah, cantiknya tempat ini!
Nenek tua: Inilah balasan di atas perbuatan jahat awak, Bintang. Sikap awak yang sombong dan tidak
berperikemanusiaan. Awak seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan perasaan
orang lain terutamanya Sinar yang selalu menjaga awak.
Jelaslah bahawa, penggunaan golongan kata mudah di dalam drama membolehkan murid-murid
membaca dengan lebih mudah sekaligus memahami golongan kata adjektif yang terdapat di dalam
drama yang dibaca.
Aspek 2: Pembentukan kelompok ayat yang
mudah.
Skrip drama kanak-kanak haruslah menggunakan ayat tunggal kerana ayat ini lebih
mudah dan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas. Hal ini
dikatakan demikian kerana penggunaan ayat yang terlalu panjang tidak sesuai dengan
tahap kognitif kanak-kanak malah menyebabkan kanak-kanak keliru dan tidak mampu
memahami keseluruhan cerita dengan baik. Tuntasnya, drama skrip kanak-kanak
haruslah menggunakan ayat yang mudah bagi mengelakkan kekeliruan serta
kebosanan kepada murid malah kanak-kanak dapat memahami jalan cerita dengan baik
sekiranya skrip tersebut menggunakan ayat yang mudah.
Contoh Skrip drama Bintang Yang Sombong:
Katak: Kau akan terima balasannya.
Unsur Didik Hibur
Unsur didik hibur yang digunakan dalam skrip drama Bintang yang Sombong adalah nyanyian. Hal ini
ditunjukkan pada watak katak yang bernyanyi.
Contoh lagu :
Lompat si katak lompat (lompat)
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
Lompat si katak lompat
Lompat tepi perigi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah gosok gigi
Yipee
Gaya Bahasa
1. Simile
Bintang: (Memandang ke arah Sinar dan terus berjalan) Hei Sinar,
cepat sikit awak berjalan! Apa yang awak terhegeh-hegeh lagi tu?
Lembab macam siputlah awak ni.
2. Sinkope
Sinar: Cik, ada terdengar bunyi tak? (tak – tidak)
dBeinktaatn,gn: iE–hi,nki i)ta kat mana ni, Sinar? (dalam keadaan cemas). (kat –
3. Pengulangan (Repitasi)
Bintang: Nenek, tunggu… Jangan pergi! Nenek… nenek…nenek…
Sekian, terima kasih.