The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23072-PRINSIP RABBANIYYAH DALAM PELANCONGAN & HOSPITALITI GROUP8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nreenqstnaa, 2022-06-09 08:50:19

MPU23072-PRINSIP RABBANIYYAH DALAM PELANCONGAN & HOSPITALITI GROUP8

MPU23072-PRINSIP RABBANIYYAH DALAM PELANCONGAN & HOSPITALITI GROUP8

PRINSIP
RABBANIYYAH

DALAM
PELANCONGAN

DAN
HOSPITALITI

GROUP 8
NUREEN QISTINA (14DCC21F1026)
AINUL MARDHIAH (14DCC21F1030)

NURUL SYAFIKA (14DCC21F1024)
NUR FARIZA (14DCC21F1014)

WAN NUR SYANIZA (14DCC21F1029)

ISI KANDUNGAN

01 02 03

PENGENALAN PRINSIP-PRINSIP
RABBANIYYAH

CIRI-CIRI
RABBANIYYAH

ISI KANDUNGAN

04 05 06

CARA MEMILIKI RUMUSAN
SIFAT

RABBANIYYAH

RABBANIYYAH
MEMPUNYAI CIRI-CIRI

KHUSUS DALAM
ISLAM

PENGENALAN

-Rabbaniyah membawa maksud
ketuhanan, iaitu segala hukum, konsep,
prinsip,nilai dan peraturan yang
terkandung dalam islam adalah
bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan
hadis. Selain itu, Rabb adalah perkataan
arab yang dinisbahkan kepada Allah.
Perkataan manusia rabbani, contohnya,
membawa maksud, manusia yang
berpengetahuan tentang Allah,
berpegang teguh dan beramal dengan
ajaran Allah.

Allah berfirman:
‫َما َكا َن ِلبَ َش ٍر اَ ْن يُّ ْؤ ِتيَهُ ّل ٰلاُ ا ْل ِك ٰت َب َوا ْل ُح ْك َم َوالنُّبُ َّوةَ ثُ َّم‬
‫يَقُ ْو َل ِللنَّا ِس ُك ْونُ ْوا ِعبَا ًدا ِل ْي ِم ْن ُد ْو ِن ّل ٰل ِا َو ٰل ِك ْن‬
‫ُك ْونُ ْوا َربَّا ِن ّٖي َن ِب َما ُك ْنتُ ْم تُعَ ِل ُم ْو َن ا ْل ِك ٰت َب َوبِ َما ُك ْنتُ ْم‬
ۙ ‫تَ ْد ُر ُس ْو َن‬

Maksudnya: Tidak mungkin bagi
seseorang yang telah diberi kitab
oleh Allah, serta hikmah dan
kenabian, kemudian dia berkata
kepada manusia, “Jadilah kamu
penyembahku, bukan penyembah
Allah,” tetapi (dia berkata), “Jadilah
kamu pengabdi-pengabdi Allah,
karena kamu mengajarkan kitab dan
karena kamu mempelajarinya”
(Surah Al-Imran79)

CIRI-CIRI RABBANIYYAH

•Bukan hasil pemikiran
dan ciptaan manusia.

•Peranan manusia hanyalah
sekadar memahami,
memperkembangkan dan
melaksanakannya dalam
kehidupan mereka.

•Contohnya, walau setinggi mana pun
kedudukan manusia, seseorang tiada hak untuk
campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti
penentuan hukum haram, halal, dosa, pahala,
nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya.

•Peranan manusia dalam hal
ini hanyalah untuk mengkaji
dan mengenal pasti hukum
Allah dalam sesuatu perkara.

•Setelah jelas kepada mereka
tentang hukum tersebut maka
mereka perlu melaksanakannya
dalam kehidupan.

PRINSIP-PRINSIP
RABBANIYYAH

1) Islam merupakan agama yang
diwahyukan oleh Allah SWT seperti
yang terdapat dalam surah Al-Imran
ayat 19

‫َم ِعا ْن َد َج ّۤال َٰلءاِ ُهاُم ْْ ِلا ْلّْسِلع ََٰلْل َالُم ُمبََۗس ْغِ َريًوْْۢيا َم ُعاَب ْياانَ ْل ُْهِخحْمتَلَۗ َسَاو َفَم ِباْنلَّ ِذيَّْي ْك َنفُ ْارُ ْوبِتُٰا ٰيوا ِتا ْلّ ِلك ٰٰلت ِا َ َفب ِا ِا َّنَّْل‬ ‫ِا َّن ال ِد ْي َن‬
‫ِم ْۢ ْن بَ ْع ِد‬

19..Sesungguhnya agama di sisi Allah
ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-
orang yang telah diberi Kitab kecuali

setelah mereka memperoleh ilmu,
karena kedengkian di antara mereka.
Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat
Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat

perhitungan-Nya.

3) Islam dan seluruh makhluk
adalah hak milik mutlak bagi Allah.

Semua makhluk mempunyai
tanggungjawab masing-masing
sebagai hamba dan khalifah di muka
bumi ini dan wajib melaksanakan

amanah

4) Allah sebagai pemberi peraturan
hidup. Allah telah menyediakan
peraturan hidup untuk memandu
sekalian makhluk supaya tidak

menyeleweng daripada mentaatinya

CARA MEMILIKI
SIFAT

RABBANIYAH

Berakhlak Mengerjakan Berjihad
dengan segala perintah dangan
mulia dan Allah S.W.T. nyawa, harta
terpuji. dan benda dan
meninggalkan fikiran untuk
segala meninggikan
larangan-Nya. syariat islam.

Bekerja dan Beriman dan yakin
berusaha dengan dengan segala rukun
bersungguh- iman
sungguh untuk
mencari keredaan
Allah S.W.T.

RABBANIYAH MEMPUNYAI CIRI CIRI

KHUSUS DALAM ISLAM

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-khashoish al-ammah lil Islam
menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah itu adalah
meliputi empat aspek:

i. RABBANIYYAH AL-GHOYAH (TUJUAN/MATLAMAT)
Rabbaniyah al-ghoyah atau rabbaniyyah dari sudut tujuan,
mengambarkan betapa setiap matlamat atau tujuan sesuatu usaha, amal,
cita-cita, sasaran, perjuangan, pengorbanan dan halatuju kehidupan
manusia haruslah dalam acuan dan kerangka menuju dan mencapai
keredhaan Allah.

Firman Allah:
‫ٰۤياَيُّ َها ا اْ ِل ان َسا ُن اِنَّ َك َكا ِد ٌح ِا ٰلى َربِ َك َك اد ًحا فَ ُم ٰل ِق اي ِۚه‬

Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju
Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya. (Surah Al-Insyiqaq 6)

‫ۚ َو َو َمبِ ٰذْحِل َياَك َياُ ِم َوْر َم َُمتاتِ َو ْاَينَ اِّالِٰلِاَ َّو َر ُل ِاب ْلاُمْل ْٰعس َِلل ِِمم ْْيي ََنن‬ ‫َص ََلتِ ْي َونُ ُس ِك ْي‬ ‫اِ َّن‬ ‫قُ ْل‬
‫َْل َش ِر ْي َك لَ ٗه‬

Maksudnya: Katakanlah: ‘sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan
matiku, hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam, tiada sekutu bagi Nya,
dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku adalah orang yang
pertama menyerah diri (kepada Allah). (Surah Al-An’am 162-163)

ii. RABBANIYYAH AL-WIJHAH (PERSEPSI)
Rabbaniyyah al-wijhah membawa maksud sesuatu persepsi, tanggapan
dan worldview adalah dilihat melalui kerangka kacamata atau acuan yang
dipandukan oleh Allah. Sebagai contoh, bagaimana Allah menyebut dalam
al-Quran bagaimana persepsi dan worldview rabbaniyyah berkaitan
dengan tentang kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah:

‫ۖيُ َِوح َْل ُّبتَ ْاب ْلغُِم ْفا ْل ِسَف ِد َسيا ََند‬ ‫َوأَ ْح ِس ْن َك َما أَ ْح َس َن ّل َّلاُ إِ َل ْي َك‬ ۖ ‫ال ُّد ْن َيا‬ ‫ِم َن‬ ‫نَ ِصيبَ َك‬ ‫تَ ْن َس‬ ‫َو َْل‬ ۖ َ‫ا ْْل ِخ َرة‬ ‫ال َّدا َر‬ ُ‫ّل َّلا‬ ‫آتَا َك‬ ‫ِفي َما‬ ِ‫َوا ْبتَغ‬
‫ِفي ا ْْلَ ْر ِض ۖ ِإ َّن ّل َّل َا َْل‬

Maksudnya: Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan pada apa yang
telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan
bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah Al-Qasas 77)

iii. RABBANIYYAH AL-MANHAJ (SISTEM)
Rabbaniyah al-manhaj bermaksud setiap sistem, peraturan, kaedah, dan
undang-undang bagi menyempurnakan kehidupan insaniah manusia adalah
berteras dan berasaskan kepada acuan Allah.

Firman Allah:

‫ثُ َّم َج َع ْل ٰن َك َع ٰلى َش ِر ْي َع ٍة ِم َن ا ْْلَ ْم ِر فَاتَّ ِب ْع َها َو َْل تَتَّبِ ْع اَ ْه َو ۤا َء الَّ ِذ ْي َن َْل َي ْع َل ُم ْو َن‬

Maksudnya: Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad)mengikuti syarai-
syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah
engkau ikuti keinginan orang yang tidak mengetahui. (Surah Al-Jathiyah18)

iv. Rabbaniyyah al-masdar (sumber)
Rabbaniyyah al masdar ialah segala sumber dan akar umbi kepada
kehidupan di seluruh alam ini adalah berpunca dari acuan Allah dan
mengembalikan sumber yang menjadi rujukan serta sandaran
peraturan kehidupan manusia seluruhnya kepada ketetapan Allah.

Firman Allah:

‫َو َما ِب ُكم ِمن نِ ْع َم ٍة َف ِم َن ّللاِ ثُ َّم إِ َذا َم َّس ُك ُم ال ُّض ُّر َفإِلَ ْي ِه تَ ْجأَ ُرو َن‬

Maksudnya: Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka
daripada Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh
kemudaratan, maka hanya kepada-Nya kamu meminta pertolongan.
(Surah An-Nahl 53)

‫َونَ َّز ْلنَا َع َل ْي َك ا ْل ِك ٰت َب‬ ‫اَ ْنفُ ِس ِه ْم َو ِجئْنَا ِب َك َش ِه ْي ًدا َع ٰلى ٰ ٰٓه ُؤ َْ ۤل ِۗء‬ ‫ِم ْن‬ ‫َع َل ْي ِه ْم‬ ‫َش ِه ْي ًدا‬ ‫اُ َّم ٍة‬ ‫ُك ِل‬ ‫فِ ْي‬ ‫نَ ْبعَ ُث‬ ‫َويَ ْو َم‬
‫َّوبُ ْش ٰرى ِل ْل ُم ْس ِل ِم ْي َن‬ ً‫تِ ْب َيانًا ِل ُك ِل َش ْي ٍء َّو ُه ًدى َّو َر ْح َمة‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan dalam
setiap umat seorang saksi atas mereka dari kalangan mereka sendiri
dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh
umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Qur’an)
untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk, serta rahmat dan
khabar gembira bagi orang yang berserah diri. (Surah An-Nahl 89)
‫َجآ َء َك ٱ ْل َح ُّق ِمن َّر ِب َك فَ ََل‬ ‫َلقَ ْد‬ ‫قَ ْب ِل َك‬ ‫ٱ ْل ِك ٰتَ َب‬ ‫يَ ْق َر ُءو َن‬ ‫ٱلَّ ِذي َن‬ ‫إِ َل ْي َك‬ ‫أَن َز ْلنَآ‬ ‫ُكن َت‬
‫تَ ُكو َن َّن ِم َن ٱ ْل ُم ْمتَ ِري َن‬ ۚ ‫ِمن‬ ‫َف ْسـَٔ ِل‬ ‫ِم َّمآ‬ ‫َش ٍك‬ ‫ِفى‬ ‫َفإِن‬

Maksudnya: Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keraguan
tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah
kepada orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya
telah datang kebenaran kepadamu daripada Tuhanmu, sebab itu
janganlah sekali-kali kamu termasuk orang yang ragu. (Surah Yunus
94)

RUMUSAN

•Islam yang bersifat Rabbaniyyah ialah
ajaran yang berasaskan perancangan Allah
S.W.T kepada makhluk-Nya.
•Allah Maha Pencipta lagi Maha
Mengetahui segala kekuatan dan kehendak
makhluk-Nya telah memberi garis panduan
dan bimbingan untuk hidup di dunia.
•Meskipun Allah telah memberitahu dalam
Al-Quran tentang perkara yang perlu diikuti
dan perkara yang perlu dijauhi atau dilarang
tetapi masih ada sesetengah hamba-Nya
yang tidak mengambil peduli dan ingkar
perintah-Nya.
•Contohnya, ketika melancong ada
sesetengah manusia memandang enteng
tentang solat, kerana dalam kalangan
mereka menganggap solat itu sudah tidak
wajib dan tidak penting dilaksanakan
walaupun ketika mereka pergi melancong.

TERIMA
KASIH

MPU23072
POLITEKNIK MERLIMAU

GROUP 8 DCC2A


Click to View FlipBook Version