The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Template Laporan ABS Pentadbiran Pejabat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adeeb Uwais, 2023-05-18 05:44:30

PSO PENTADBIRAN PEJABAT

Template Laporan ABS Pentadbiran Pejabat

AKTIVITI BERASASKAN SEKOLAH PENGURUSAN SUMBER DAN OPERASI MOHAMAD SANY BIN DESA SRUT 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT


AKTIVITI BERASASKAN SEKOLAH (ABS) LAPORAN PENAMBAHBAIKAN DAPATAN AUDIT PENGURUSAN KELAKUAN DAN TATATERTIB NAMA: MOHAMAD SANY BIN DESA KELAS/KUMPULAN: SRUT 3 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: SK DATO’ WAN AHMAD, JLN TUANKU SYED PUTRA, 01000 KANGAR, PERLIS GRED SEKOLAH: A A. Satu (1) isu di sekolah yang dikenal pasti berdasarkan item-item dalam Senarai Semak Pengurusan Kelakuan dan Tatatertib untuk tindakan penambahbaikan ATAU satu (1) isu yang dikenal pasti berdasarkan item-item dalam senarai semak pengurusan kelakuan dan tatatertib untuk tindakan kelestarian Menyebar dan memaklumkan Peraturan 38 iaitu jenis hukuman tatatertib kepada warga Jabatan dan Melaksanakan program berkaitan kesedaran tentang Tatakelakuan dan tatatertib untuk staf B. Punca kuasa/pekeliling yang dirujuk. 1. PPA(Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002 P.U. (A) 246/2002 . 2. PPA(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – P.U. (A) 395/1993. 3. Buku Tatacara Tindakan Tatatertib – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Cetakan 2019. 4. Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 2016. 5. Surat Edaran KSU KPM Tanggungjawab Ketua Jabatan Melaporkan Sebarang Pelanggaran Tatakelakuan di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 bertarikh 12 Oktober 2002 dan 2022. C. Tindakan penambahbaikan atau kelestarian yang dilaksanakan. 1. Mengadakan Bengkel Pemerkasaan Budaya Kerja untuk menyebar luas serta membuat penataran kepada warga sekolah mengenai isu kelakuan dan tatatertib yang melibatkan pegawai awam. Bengkel pertama telah diadakan pada hari Selasa 16 Mei 2023. 2. Berkongsi maklumat berkaitan kelakuan dan Tatatertib di dalam aplikasi Whatapps rasmi sekolah sebagai peringatan tentang perkara yang boleh memudaratkan pegawai awam jika melanggar peraturan kelakuan dan tatatertib. 3. Menjadikan budaya menulis keberadaan warga sekolah dalam aplikasi Whatapps Keberadaan sebagai perkara rasmi setiap pagi hari bekerja. Ini bagi memastikan Ketua Jabatan dan pihak berkepentingan merancang kerja penggantian serta maklum tentang keberadaan staf.


SENARAI SEMAK PENGURUSAN KELAKUAN DAN TATATERTIB Para peserta diharapkan agar dapat melengkapkan borang ini sejujur yang mungkin. Sila bulatkan (O) dalam ruang berkenaan berdasarkan amalan pengurusan pentadbiran pejabat sekolah masing-masing berdasarkan skala berikut: 1 Tidak Memuaskan 2 Kurang Memuaskan 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik ITEM AMALAN PEN. PEJABAT 1 2 3 4 5 1 Memastikan setiap pegawai baharu di dalam kawalan memahami dan menandatangani Surat Aku Janji. Bukti: Menandatangani Surat Aku Janji setiap tahun pada mesyuarat kali pertama 2 Menyediakan Carta Alir Urusan Tindakan Tatatertib. Bukti: Tidak dipamerkan cuma ada dalam buku catatan urusan tatatertib 3 Mempunyai buku panduan/pekeliling/surat siaran tentang pengurusan kes Tatakelakuan bagi pegawai dalam Jabatan. Bukti: Disimpan di pejabat sekolah 4 Mengedarkan buku panduan/pekeliling/surat siaran tentang pengurusan. Contoh: Kes Tatakelakuan bagi kumpulan pengurusan dan pelaksana kepada pegawai dalam Jabatan. Bukti: Edaran dalam dalam aplikasi Whatapps Rasmi sekolah tentang perkaitan tatatertib dan kelakuan. 5 Melaksanakan program berkaitan kesedaran tentang Tatakelakuan dan tatatertib untuk staf. Bukti: Melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Budaya Kerja Bil 1 yang menekankan isu kelakuan dan tatatertib. 6 Menyediakan senarai semak pengisytiharan harta dalam kalangan staf dalam Jabatan. Bukti: Peringatan dalam aplikasi Whatapps Rasmi sekolah 7 Menyebar dan memaklumkan Peraturan 38 iaitu jenis hukuman tatatertib kepada warga Jabatan. Bukti: Melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Budaya Kerja Bil 1 yang menekankan isu kelakuan dan tatatertib 8 Memastikan maklumat pegawai bercuti, berkursus dan bertugas di luar sentiasa dikemas kini dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat. Bukti: Dipamerkan di pejabat sekolah dan aplikasi Whatapps Rasmi Keberadaan PESERTA


Berdasarkan Senarai Semak di atas, peserta dikehendaki untuk merancang, melaksana dan melaporkan penambahbaikan dengan menggunakan templat Laporan Aktiviti Berasaskan Sekolah. Tandatangan: Nama: MOHAMAD SANY BIN DESA Kelas/Kumpulan: SRUT 3


LAMPIRAN PENAMBAHBAIKAN DAN KELESTARIAN BENGKEL PEMERKASAAN BUDAYA KERJA BIL 1 PADA HARI SELASA 16 MEI 2023


PERKONGSIAN CARTA ALIR PROSE KERJA TINDAKAN TATATERTIB


MEMBUDAYAKAN APLIKASI WHATAPPS KEBERADAAN SEKOLAH


Click to View FlipBook Version