The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzanastar03, 2021-12-17 21:48:56

NILAI MASYARAKAT

PENYELASAIAN MASALAH

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

WADAH MEMBENTUK MASYARAKAT BERPANDANGAN JAUH

DISEDIAKAN OLEH;

SUZANNA A/P MUNIANDY
33DFO20F2006

PENSYARAH KURSUS:
ENCIK MOHD FIRDAUS MAMAT JUNOH

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF KAJIAN - 3

PENGENALAN - 4

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA - 5

RUKUN NEGARA - 7

PRINSIP RUKUN NEGARA - 7 - 10

MATLAMAT RUKUN NEGARA - 11

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA - 12

RUKUN NEGARA ASAS PERPADUAN, PEMBINAAN NEGARA BANGSA - 13

RUKUN NEGARA KUNCI KEHARMONIAN - 14

KESOPANAN DAN KESUSILAAN DEMI KESEJAHTERAAN SOSIAL - 15

PRINSIP RUKUN NEGARA PERLU DIAMALKAN, DIHAYATI – BELIA - 16

CARA-CARA MEMUPUK MENGHAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA - 17 - 19

LAMPIRAN - 20

KESIMPULAN - 21

RUJUKAN - 22

OBJEKTIF

• Untuk mengukuhkan kefahaman mengenai rukun
negara dan prinsipnya.

• Untuk memahami matlamat rukun negara

• Untuk mengetahui kepenting prinsip rukun negara

• Untuk mengetahui bahawa rukun negara merupakan
asas perpaduan dan pembinaan negara bangsa

• Untuk memahami bahawa rukun negara
merupakan kunci keharmonian

• Untuk mengetahui cara-cara memupuk menghayati
prinsip rukun negara

• Untuk mengenal pasti kesopanan dan Kesusilaan
demi kesejahteraan sosial

• Untuk belia menghayati prinsip rukun negara

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat resam antara
kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangun sebuah masyarakat yang
progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik bertitik tolak daripada
kebijaksanaan pemimpin menerap semangat Perpaduan dalam kalangan rakyat.
Tanpa perpaduan, negara akan lemah dan boleh mengakibatkan kedaulatan
negara terjejas, berlaku huruhara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.
Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang memegang teguh kepada Rukun
Negara. Lima prinsip Rukun Negara sekiranya diamalkan, dipraktikkan dan
dijadikan pegangan setiap hari, mampu menjadikan seseorang itu hebat dan
seterusnya mengukuhkan kedaulatan negara.

SEJARAH PEMBENTUKAN
RUKUN NEGARA

Kedatangan penjajah Inggeris telah Berikutan itu, sistem kerajaan
menukar bentuk masyarakat negara ini. berparlimen telah digantung
Di bawah dasar pecah dan perintah dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Kerajaan Kolonial Inggeris, tiga kumpulan ditubuhkan bertujuan untuk
etnik iaitu Melayu, Cina dan India telah mengembalikan keamanan,
dipisahkan dari segi tempat tinggal dan menegakkan semula undang-undang
pekerjaan. Keadaan ini telah negara dan memupuk suasanaharmoni
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam dan saling percaya di antara
kalangan setiap kaum. masyarakat berbilang
kaum.
Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa
dan bekerja di sektor pertanian. Kaum
Cina pula tinggal di bandar dan
melibatkan diri dalam perniagaan
manakala kaum India tinggal dan bekerja
di estet-estet. Setiap kaum juga
dipisahkan dari segi pendidikan dengan
mempunyai sekolah aliran masing-masing
tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum
yang sama.

Hubungan kaum semakin keruh apabila Anggota-anggota Majlis Perundingan
parti-parti politik membuat provokasi Negara terdiri daripada seorang
antara satu sama lain yang akhirnya
membawa kepada pergaduhan. Ia Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak
semakin serius sehingga mencetuskan bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah
peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kesan MAGERAN), tiga orang menteri
peristiwa itu, kerajaan telah mencari satu (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’
formula bagi mengatasi masalah Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew
pergaduhan kaum supaya ia tidak Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan),
berulang lagi wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-
wakil daripada tokoh-tokoh agama,
badan-badan profesional, perkhidmatan
awam, kesatuan sekerja, wartawan,
persatuan guru-guru dan wakil-wakil
kumpulan kecil.

Anggota-anggota Majlis Perundingan
Negara terdiri daripada seorang

Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak
bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah
MAGERAN), tiga orang menteri
(Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’
Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew
Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan),
wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-
wakil daripada tokoh-tokoh agama,
badan-badan profesional, perkhidmatan
awam, kesatuan sekerja, wartawan,
persatuan guru-guru dan wakil-wakil
kumpulan kecil.

Setelah berbincang serta mengkaji Rukun Negara menggariskan objektif
sedalam-dalamnya selama beberapa masyarakat Malaysia yang mahu
bulan, Majlis Perundangan Negara telah dibentuk iaitu mencapai perpaduan yang
merumuskan bahawa satu ideologi yang lebih erat dalam kalangan seluruh
mampu mengatasi garis pemisah antara
kaum perlu diwujudkan di negara ,masyarakat, memelihara satu cara hidup
ini. Berasaskan keputusan tersebut, maka
lahirlah Rukun Negara yang telah demokratik mencipta satu masyarakat
diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan yang adil di mana kemakmuran negara
Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 dapat dinikmati bersama secara adil dan
sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan saksama.Rukun negara juga membentuk
negara. satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-
bagai corak, dan membina sebuah
masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi
moden.memberi pendedahan kepada
generasi muda agar dapat menghayati
prinsip Rukun Negara, menyemarakkan
semangat patriotisme dalam diri dan
membentuk keperibadian sebagai satu
bangsa Malaysia yang bersatu padu.

RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MAKSUD 5

PRINSIP

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas
kehidupan beragama merupakan prinsip
penting kehidupan rakyat di negara kita.
Sebarang bentuk ideologi atau ajaran
yang menolak kepercayaan kepada
Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis
tidak akan mendapat tempat di negara
ini. Ini adalah kerana agama telah
menjadi unsur penting dalam membentuk
rohani (spiritual) masyarakat kita.

beragama secara positif yang boleh
membangun “pemikiran luhur” dalam
hubungan pelbagai kaum serta dapat
membina jati diri yang padu.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan Setiap penganut agama sewajarnya
sendiri menetapkan bahawa Islam adalah menjadikan agama masing-masing sebagai
agama rasmi Persekutuan dan asas membina keharmonian dan
kepercayaan atau agama-agama lain perpaduan, bukannya menggunakan
boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip agama sebagai alat mencipta permusuhan.
Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya Justeru, semua kepercayaan agama di
dapat menerapkan kepercayaan negara ini harus menolak sebarang bentuk
ekstremisme agama, sebaliknya
mengamalkan fahaman kesederhanaan
yang dapat menyubur sikap persefahaman
dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Di negara kita, Raja dan Negara Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai
mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini Perlembagaan Persekutuan. Prinsip
adalah kerana negara kita mengamalkan Keluhuran Perlembagaan bermaksud
sistem demokrasi berparlimen dan Raja ketinggian dan keagungan undang-
berpelembagaan. Perkara 32 undang atau perlembagaan itu sendiri.
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas Keluhuran Perlembagaan Malaysia
menyebut bahawa Yang di-Pertuan terletak kepada kedudukannya sebagai
Agong (YDPA) adalah ketua negara. undang-undang tertinggi yang menjadi
Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA sumber dan punca kepada semua
adalah sebahagian daripada komponen undang-undang seperti yang disebut
yang membentuk Parlimen di negara ini. dalam Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan
kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan Perlembagaan menjadi asas penting
ciri penting dalam soal kewarganegaraan di untuk menjamin keadilan, kerjasama,
negara ini. Setiap warganegara Malaysia kesepakatan dan kepentingan bersama
perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur antara Kerajaan Persekutuan dan
dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat
negara. Di peringkat negeri pula, rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang
dikehendaki menumpukan taat setia kepada sama di sisi undang-undang. Justeru,
raja yang memerintah negeri tempat mereka perlembagaan memberi jaminan
bermastautin tanpa mengurangkan taat terhadap hak asasi, kebebasan rakyat
setia kepada Yang di-Pertuan Agong. dan keadilan sosial untuk semua kaum di
Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu negara. Badan yang
membentuk satu bangsa Malaysia yang dipertanggungjawabkan memelihara
patriotik dan bersatu padu kerana Raja keluhuran dan ketinggian perlembagaan
adalah “payung negara” yang menaungi ialah badan kehakiman. Badan ini
seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi berkuasa menentukan kesahihan sesuatu
raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau undang-undang.
dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama
sekali

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang- Namun, kebebasan asasi tidak
undang untuk mengawal dan bermakna kita bebas melakukan apa
mewujudkan satu masyarakat yang sahaja sehingga melanggar undang-
aman, tenteram, stabil dan makmur. undang dan Perlembagaan Negara.
Justeru, kedaulatan undang-undang Misalnya, adalah menyalahi undang-
menjadi elemen penting bagi memastikan undang dan Perlembagaan Negera
undang-undang berjalan dengan lancar. apabila ada pihak yang mahu
Kedaulatan undang-undang bermaksud menggulingkan kerajaan sama ada
setiap rakyat adalah sama tarafnya di dengan kekerasan atau dengan cara-
sisi undang-undang negara tanpa cara yang tidak menurut Perlembagaan
sebarang driskiminasi kaum, gender kerana ia bukan termasuk dalam
mahupun kedudukan (status sosial). pengertaian kebebasan dan hak asasi.
Didalam Perkara 149 Perlembagaan
Oleh itu, keadilan merupakan elemen Persekutuan dengan jelas menyebut
penting dalam menegakkan kedaulatan bahawa undang-undang menentang
undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam perbuatan subversif, tindakan yang
konteks undang-undang adalah merujuk memudaratkan ketenteraman awam dan
kepada autoriti perundagan ynag paling sebagainya.
tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan
untuk menegakkan kedaulatan undang-
undang pula dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Ini penting bagi menjamin kebebasan
asasi semua warganegara Malaysia.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini mempunyai kaitan yang Kehidupan yang bersusila dan
rapat dengan perkembangan dan bersopan santun amat penting dalam
pembangunan personaliti individu yang konteks perhubungan etnik, terutama
seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip dalam masyarakat pelbagai kaum di
ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai negara ini. Dalam konteks ini, setiap
moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini warga negara sewajarnya tahu
mesti menjadi panduan seluruh menghormati orang lain dengan
masyarakat supaya perilaku masyarakat mengawal diri daripada membangkitkan
sentiasa terpelihara dan berkembang persoalan-persoalan sensitif kepada
sesuai dengan kemajuan dan sesuatu kaum berkaitan
pembangunan tamadun negara yang kewarganegaraannya, asal
berasaskan keperibadian bangsa dan keturunannya, bahasa, kebudayaan serta
nilai-nilai murni. kepercayaan dan agam yang dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk Kesimpulan, Rukun Negara harus
membentuk masyarakat yang bersopan dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau
santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. kuasa dalaman yang dapat mengikat
Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai perpaduan dan semangat patriotisme di
Murni yang dianjurkan kerajaan adalah kalangan rakyat. Objektif dan prinsip
bertujuan mewujudkan sebuah yang terkandung dalam Rukun Negara
masyarakat yang memiliki sifa-sifat itu masih releven untuk membentuk jati
mulia, beradab, bersopan santun, diri dan keperibadian rakyat.
bertoleransi, saling memahami dan
cintakan kedamaian. Ia selari dengan
prinsip kelima Rukun negara itu.

MATLAMAT RUKUN NEGARA

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat di Malaysia.

Memelihara cara hidup demokratik dalam
masyarakat di Negara Malaysia.

Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar
kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang
harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu
sama lain di kalangan masyarakat.

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi untuk mengembang kan lagi ilmu
pengetahuan masyarakat pada hari ini.

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

1. SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN
- Dengan pelbagai perbezaan di antara masyarakat yang tinggi di
malaysia, sebuah ideologi kebangasaan diperlukan supaya dapat
menyatukan pemikiran dan melahirkan semangat cinta akan negara.

2. MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
Setiap warganegara perlu mendukung cita-cita dalam membentuk satu negara yang bersatu
tanpa mengira perbezaan kaum dan kepercayaan masing- masing. Sikap hormat- menghormati
harus diamalkan dalam masyarakat.

3. MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK
Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara yang menjamin kebebasan hal asasi
warganegar asalkan tidak melanggar undang-undang negar serta batasan agama.

4. KEADILAN MENJADI TUNJANG
Setiap anggota masyarakat mempunyai peluang dan ruang yang sama untuk
menikmati perolehan dan kekayaan negara. Begitu jugak dengan hukuman yang
sama rata terhadap pelaku jenayah yang melanggar undang- undang negara.

5. MEMBENTUK SIKAP LIBERAL DALAM MASYARAKAT
Rakyat malaysia bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing
selari dengan matlamat perpaduan negara. Justeru, kita perlu mempelajari agama, adat resam,
dan kebudayaan yang dimiliki supaya dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.

6. MEMBINA MASYARAKAT PROGRESIF
Demi mengecapi kemajuan sejagat dan bersaing diperingkat global, masyarakat perlu bersikap
terbuka dan meraikan perbezaan untuk berjaya. Dengan keperibadian yang utuh serta nilai-nilai
pekerti yang baik, masyarakat pasti dapat menghasilkan kejayaan- kejayaan untuk negara.

RUKUN NEGARA ASAS PERPADUAN, PEMBINAAN
NEGARA BANGSA

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan
Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan
Zainal Abidin.Rukun Negara
diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei
1969 yang mengganggu-gugat
perpaduan etnik di Malaysia.

Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada
kempen pilihan raya yang menimbulkan
isu perkauman sensitif. Seperti
diperkatakan Tun Tan Siew Sin, pilihan
raya membuktikan cara paling mudah
untuk memancing undi adalah dengan
mengapi-apikan isu
perkauman.Tercetusnya tragedi 13 Mei
didakwa berpunca perasaan tidak puas
hati antara satu sama lain kerana orang
Melayu jauh ketinggalan dalam bidang
ekonomi dan pendidikan.

Keistimewaan diberikan kepada Melayu juga
mengakibatkan etnik lain terasa dianaktirikan
dan peluang ekonomi mereka terancam. Ini
menjelaskan ketidakpuasan hati dalam kalangan
rakyat mengenai kedudukan istimewa orang
Melayu, Islam, bahasa Melayu, institusi beraja
dan kewarganegaraan sehingga menimbulkan
konflik berpanjangan jika tidak ditangani dengan
baik. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan
utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh
dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti
rakyat Malaysia.

RUKUN NEGARA KUNCI KEHARMONIAN

Prinsip dalam Rukun Negara jelas kunci Dalam kepelbagaian hidup masyarakat
kepada keharmonian dan perpaduan majmuk, setiap bangsa dan agama
kaum demi kestabilan Malaysia, bertujuan seharusnya mampu menerima dan
menyemai nilai murni dalam kalangan menghormati pegangan agama masing-
masyarakat, nilai keagamaan, kesetiaan masing, mengamalkannya dengan aman
kepada Raja dan negara, kepatuhan harmoni, dengan kedudukan Islam
kepada Perlembagaan dan undang- diangkat sebagai agama rasmi.Prinsip
undang serta masyarakat yang sopan kesetiaan kepada Raja dan negara pula
dan bertatasusila.Nilainya perlu difahami, mengangkat kedudukan Yang di-Pertuan
dihayati dan diamalkan semua lapisan Agong selaku ketua negara dan peranan
masyarakat kerana keharmonian negara rakyat pula adalah merafak setia.Prinsip
bergantung kepada masyarakat yang keluhuran Perlembagaan memaparkan
tinggi disiplin dan cintakan negara.Rukun pentingnya Perlembagaan dalam
Negara mempunyai maksud tersurat dan sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun
tersirat, perlu pemahaman dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
penghayatan yang sepatutnya tidak negara, baginda menjalankan tugas
menghadirkan sebarang masalah kepada berpandukan Perlembagaan
rakyat. Kita boleh lihat kurangnya Persekutuan. prinsip kedaulatan undang-
penghayatan Rukun Negara dalam undang, jelas menyatakan undang-
masyarakat kerana adanya isu tidak undang adalah elemen utama
menghormati Jata Negara, Jalur pemerintahan sesebuah negara yang
Gemilang dipasang terbalik, dihitamkan mengikat kerajaan dan rakyat dan wajib
jalurnya dan lain-lain yang menyentuh mematuhinya. Rukun kesopanan dan
sensitiviti semangat kenegaraan.prinsip kesusilaan, menggambarkan cara hidup
Rukun Negara mudah difahami, dan norma diamalkan rakyat Malaysia.
dimulakan dengan prinsip pertama, iaitu
kepercayaan kepada tuhan yang Pada pendapat kami,
mengambil kira komposisi rakyat percaya rakyat negara ini
Malaysia berbilang bangsa dan pegangan mampu hidup aman dan
agama. harmoni disebabkan
kesopanan dan peradaban
yang diamalkan. Apabila
kelima-lima prinsip ini
digabungkan, dapatlah
diwujudkan panduan
sebagai wadah
pembentukan masyarakat
Malaysia berpandangan
jauh dan holistik.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN DEMI
KESEJAHTERAAN SOSIAL

Meletakkan nilai yang baik pada tingkah Untuk kesusilaan, pertamanya kita
laku, beradab sopan dan mengikut tekankan akhlak dan moraliti. Itu sudah
peraturan menjadi amalan yang sentiasa tentu ada kaitan dengan kebaikan. Sudah
dituntut mengikut falsafah Rukun tentu akhlak itu dan (berkaitan) hal-hal
Negara.Apabila ada tindakan individu tentang integrity.kurikulum pendidikan
atau kumpulan yang melampaui batas, memainkan peranan penting menyemai
kurang ajar dan tidak sopan terutama aspek Kesopanan dan Kesusilaan. yang
melibatkan isu sensitif, pasti akan lebih tua perlu memperlihatkan
menimbulkan rasa tidak puas hati hingga kesopanan dalam erti tingkah laku yang
ada yang mempersoalkan ke mana baik dan juga ada susilanya di situ
hilangnya adab masyarakat hari dengan akhlaknya yang baik untuk diikuti
ini.Sememangnya, tidak akan sempurna terutama oleh generasi muda.
jati diri seorang warganegara itu
sekiranya tidak memahami, menghayati Oleh itu, ibu bapa perlu memperlihatkan
dan menjiwai prinsip kelima Rukun tingkah laku yang baik dalam konteks
Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan kesopanan dan juga akhlak yang baik
terutama bagi mengekalkan perpaduan dalam konteks susila itu. Selain itu, guru di
dan keharmonian dalam masyarakat sekolah turut memainkan peranan
berbilang kaum di negara ini. penting menunjukkan teladan yang
baik.Keperibadian nilai murni datang
Jelas sekali, teras kelima prinsip itu daripada nilai sopan, susila dan moral,
memberi penekanan terhadap aspek nilai malahan pembentukan identiti seseorang
kemanusiaan supaya setiap warganegara adalah berdasarkan kepada sejauh
boleh menghormati dan menerima manakah kita mampu memperkukuhkan
perbezaan masing-masing bagi jati diri tanpa sama sekali mengganggu-
kesejahteraan sosialUsaha itu, menurut gugat apa yang sudah dipelajari dan
beliau, ditonjolkan menerusi dua konsep dibina dalam diri seseorang.kesopanan
iaitu kesopanan yang berkisar tentang dan kesusilaan itu juga membentuk
tingkah laku baik, manakala kesusilaan bukan sahaja diri kita, tetapi juga
pula berkaitan dengan akhlak dan kedua- mempertahankan identiti nasional di
dua elemen tersebut memerlukan peringkat kebangsaan.
pengisian dan perincian. Pada pendapat
saya, jika hendak meningkatkan Sebahagiannya masih lagi kekal dengan
kesejahteraan sosial, maka kesopanan itu menghayati nilai kesopanan dan
perlulah diterapkan dari rumah dengan kesusilaan, tetapi ada segelintir golongan
mengajar anak-anak tentang tingkah yang merasakan mereka mahu
laku dan kelakuan baik. memberikan tafsiran tersendiri terhadap
nilai itu tanpa mahu bersetuju dengan
apa yang telah diperakukan oleh majoriti
masyarakat.

PRINSIP RUKUN NEGARA PERLU DIAMALKAN,
DIHAYATI – BELIA

Lima prinsip Rukun Negara perlu digenggam Rukun Negara sangat penting kerana ia
kemas setiap lapisan masyarakat kerana ia merupakan panduan kepada rakyat
terbukti menjadi kunci kepada keutuhan Malaysia agar membentuk sebuah
perpaduan dan keharmonian antara kaum masyarakat yang bersatu padu,
sejak sekian lama di negara ini. Menyifatkan menghormati dan mematuhi undang-
penghayatan terhadap prinsip berkenaan undang.Sebagai rakyat Malaysia, kita
adalah perlu oleh belia bagi memastikan perlu menerapkan amalan serta
negara terus makmur, membangun dan mematuhi kesemua prinsip dalam Rukun
berdaya saing serta gemilang di masa negara. Mengambil contoh prinsip kelima
hadapan.Menurut Lulusan Universiti Sains iaitu Kesopanan dan Kesusilaan misalnya,
Malaysia (USM), Pulau Pinang, Sin Run Hui, 24, masyarakat harus mengelakkan diri
berkata setiap rakyat bukan sahaja perlu menyebarkan berita palsu, fitnah,
mengetahui bahkan perlu memahami makna menyentuh isu sensitif dan buli siber.
tersurat dan tersirat Rukun Negara ia
mewujudkan satu kesedaran kepada rakyat
mengenai perpaduan selepas 13 Mei 1969.

.

Rukun Negara merupakan asas panduan
kepada kehidupan rakyat dalam membentuk
jati diri yang kukuh.Penghayatan prinsip Rukun
Negara ini mampu membentuk jiwa bangsa
Malaysia yang mempunyai semangat patriotik,
bersatu padu dan patuh kepada peraturan
ditetapkan.pada pandangan saya lima prinsip
rukun negara mampu memupuk semangat
cintakan tanah air serta mewujudkan nilai
murni dan toleransi yang tinggi dalam
kalangan rakyat.Ini sangat penting jika kita
mahu negara kita kekal aman, makmur dan
berjaya menjadi negara maju pada masa akan
datang. semua masyarakat perlu Bersatu
padu tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik bersama-sama berganding
bahu memajukan serta melakukan terbaik
untuk negara.

CARA-CARA MEMUPUK MENGHAYATI PRINSIP RUKUN
NEGARA

1. MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN

Tujuan: menanam dan menghayati
prinsip rukun negara dalam diri individu.

Masyarakat zaman sekarang tidak
mengambil peduli tentang rukun negara
dan kesejahteraan negara Malaysia. Oleh
itu pihak berkuasa boleh mengambil
berat dan mengadakan kepen- kempen
untuk memupuk sifat patriotik dalam
sesoerang. Pihak berkuasa juga boleh
mengambil berat untuk memupuk
perpaduan kaum dan memastikan
rakyat Malaysia mengetahui tentang
maksud rukun negara.

Contoh kempen; Kempen ‘ cinta rukun
negara’ dan ‘Bersama menghayati rukun
negara;

2. MELALUI PENDIDIKAN DISEKOLAH DAN
PUSAT PENGAJIAN TINGGI

Untuk memastikan warga pendidik
khususnya para pelajar dapat memahami
dan menghormati prinsip rukun negara.
Para guru-guru di sekolah juga mesti
mengambil berat dan mengajar tentangb
kebaikan rukun negara dan maksud
untuk para pelajar. Para guru juga boleh
mengadakan quiz atau sesi soalan
tentang rukun negara.

Contoh: di sekolah- melalui penerapan
prinsip rukun negara dalam mata
pelajaran Pendidikan sivik &
kewarganegaraan dan Pendidikan moral.

3. PERANAN MEDIA MASSA

Tujuan: untuk memastikan masyarakat
mengetahui tentang kepentingan rukun negara
dan menghayatinya.

Media massa elektronik seperti televisyen dan
internet boleh menyiarkan iklan atau program
yang memberi kesedaran kepada penonton
untuk menghayati prinsip Rukun Negara. Media
massa bercetak seperti akhbar atau majalah
boleh menerbitkan artikel tentang kepentingan
menghayati prinsip rukun negara.

Contoh: surat khabar dan iklan televisyen

4. PERANAN IBU BAPA

Tujuan : anak- anak mesti mengetahui
tentang prinsip rukun negara dan mesti
mengetahui untuk hayatinya. Hal ini
kerana masyarakat patriotic bermula dari
kanank – kanak.

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik
anak-anak mereka supaya memahami
dan menghayati prinsip rukun negara. Hal
ini, bagi memastikan anak- anak faham
dan patuh serta menghayati rukun
negara sejak kecil hingga dewasa seperti
kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’.

Contoh: ibu bapa boleh memberitah
uanak- anak tenting cerita negara
Malaysia dan menceritai tentang rukun
negara dan Langkah- Langkah untuk
menghayatinya.

5. PERANAN KERAJAAN

Tujuan: tahap kesedaran rakayt tentang Keharmonian kaum di
kepentingan rukun negara dalam kehidupan Malaysia semakin
mereka sentiasa mekar dan kekal dalam jiwa terhakis?
mereka.

Kerajaan sememangnya mempunyai
tanggungjawab yang besar bagi
memastikan rakyat di negara inin
sentiasa menghayati prinsip rukun
negara. Kerajaan boleh mengambil
inisiatif seperti menganjurkan program
yang bertemakan rukun negara bagi
memastikan rakyat sentiasa menghayati
prinsip rukun negara.

Contoh: pihak kerajaan harus
mengadakan kempen kesedaran kepada
rakayat agar menghayati prinsip rukun
negara dengan sepenuhnya. Kempen
kesedaran boleh diadakan di semua
jabatan kerajaan, sektor swasta dan
petubuhan bukan kerajaan (NGO). Pihak
yang berkenaan boleh menggunakan
media massa seperti televisyen , radio dan
laman web yang merupakan wahana
utama menyebarkan maklumat kepada
semua lapisan masyarakat dari semasa
ke semasa.

LAMPIRAN

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa
luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada
peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata
dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan
aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati
antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu
negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi,
mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Rukun Negara yang terdiri daripada lima cita-cita dan lima prinsip masih relevan kepada
pembangunan negara Malaysia. Ianya masih menjadi panduan kepada agensi kerajaan dalam
penggubalan dasar-dasar dan perangkaan undang-undang pada zaman kini. Aspirasi dan
prinsip-prinsip ini wajib diingati oleh semua warga Malaysia dan diterapkan dalam kehidupan
seharian. Hubungan negara dengan rakyatnya adalah saling bersandaran. Segala kejayaan dan
kegagalan sesebuah negara adalah tanggungjawab kolektif setiap individu warganegara dan
semua akan terkesan daripadanya. Sebuah negara yang stabil, berdaulat, makmur dan
progresif adalah aspirasi semua warga Malaysia dan aspirasi ini memerlukan komitmen yang
padu daripada setiap warga Malaysia untuk menjayakannya.

RUJUKAN

1. INTERNET

• https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2020/08/725822/rukun-
negara-wadah-bentuk-masyarakat-berpandangan-jauh
• https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2020/08/725822/rukun-
negara-wadah-bentuk-masyarakat-berpandangan-jauh
• https://www.academia.edu/16459970/Kepentingan_rukun_negara
• https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html

2. AKHBAR
• RUKUN NEGARA WADAH MEMBENTUK MASYARAKAT BERPANDANGAN JAUH -
NORAINI TAHIR (29 OGOS 2020), BERITA HARIAN
• FALSAFAH RUKUN NEGARA BUKAN SEKADAR DIHAYATI – PROF EMERITUS DATUK IR
BR MOHD AZRAAI KASSIM (4 JULAI,2020), BERITA HARIAN
• PRINSIP RUKUN NEGARA PERLU DIAMALKAN, DIHAYATI – BELIA (29 JUNE,2020),
BERNAMA

3. ARTIKEL

• PRINSIP RUKUN NEGARA MAKIN PUDAR; HUBUNGAN ETNIK PERLU DIHARMONIKAN MENERUSI
PENERAPAN NILAI PERPADUAN OLEH SIVANESAN TAMIL SELVAM, FELO PENYELIDIK MAJLIS
BELIA MALAYSIA.

Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:



Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;


Memelihara cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;



Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar

akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:


• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Click to View FlipBook Version