The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 210744, 2022-11-30 07:31:55

Kemahiran membaca

LHE 3105

















PENGAJARAN






















KEMAHIRAN





















MEMBACA



































NAMA PENSYARAH: DR. HALIMAH BINTI JAMIL




































































SAIDATUL EMYLIYA BINTI SITI NURAZIQQAH BINTI MOHD


MOHD KAMIL (207304) JEFRI (210744)

ISI KANDUNGAN
















Pengenalan










Bacaan Mekanis










Standard Kandungan











Standard Pembelajaran









Bahan Bantu Mengajar










Bacaan Intensif











Standard Kandungan









Standard Pembelajaran











Bahan Bantu Mengajar










Bacaan Ekstensif








Standard Kandungan









Standard Pembelajaran










Bahan Bantu Mengajar











Kesimpulan

PENGENALAN














Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran



bahasa yang pentig dalam proses Pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran




membaca juga adalah kesinambungan kepada kemahrian asas lain seperti



kemahiran mendengar dan bertutur. Membaca adalah proses kebalikan kepada




proses menulis.Berdasarkan buku Pedagogi Bahasa yang ditulis oleh Kamarudin



Hj. Husin, mengikut fahaman dahulu membaca ialah semata-mata memindahkan




tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan



lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak



difahaminya. Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara




membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara,



kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan




kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu



mengerti apa yang dituturkannya.




Mengikut kefahaman sekarang, membaca itu bukanlah bermakna



memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan



memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan




kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang



disuarakan maka murid itu tidaklah dikategorikan sebagai pandai membaca.




Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran



membaca.




Dalam hal yang demikian , boleh didefinisikan bahawa membaca ialah



menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan




kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid-murid memindahkan



tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung




dalam bacaan itu.

jenis bacaan





















BACAAN MEKANIS





























Bacaan yang memerlukan









sebutan yang jelas dan terang,










intonasi dan irama mengikut









gaya membaca yang betul.










Bahan bacaan yang digunakan









dalam bacaan mekanis adalah










bahan bacaan yang mudah









difahami dan tidak










membebankan fikiran.

STANDARD KANDUNGAN






























2.1 Membaca secara mekanis










pelbagai bahan prosa dan puisi

































































L H E 3 1 0 5

STANDARD

















PEMBELAJARAN
























2.1.2 Membaca dan memahami laras









bahasa cerpen dengan sebutan,









intonasi yang betul dan nada yang









sesuai.



























































L H E 3 1 0 5

Bahan bantu Mengajar
















BALINGAN TAKDIR
























1. Selepas Murid melakukan aktiviti membaca teks, guru








melaksanakan aktiviti permainan bahasa.








2. Murid dikehendaki membaling penanda yang disediakan








ke arah bulatan takdir tersebut.








3. Murid perlu membaca teks cerpen yang telah








disediakan.









5. Kemudian murid akan diminta untuk menjawab soalan








6. Soalan akan diberikan mengikut turutan atau balingan








bola pada papan dart.








7.Ganjaran akan diberikan kepada murid.

jenis bacaan

















BACAAN INTENSIF
































Bacaan yang meneliti,










memahami serta mentafsir










apa yang dibaca. Bacaan










intensif ini juga usaha untuk










melanjutkan perkembangan










pembelajaran bahasa murid










dengan bimbingan guru.

STANDARD KANDUNGAN







































2.2 Membaca untuk memahami








makna perkataan,









rangkai kata, istilah,









serta ungkapan dan









ayat dalam pelbagai bahan















































L H E 3 1 0 5

STANDARD

















PEMBELAJARAN


























2.2.1 Membaca dan menerangkan









maksud istilah yang tepat









dalam pelbagai bahan









menggunakan glosari,









kamus dan tesaurus








dengan betul dan tepat.










































LHE3105

Bahan bantu Mengajar













RODA BERANI BENAR


















1. Murid dikehendaki memutarkan roda tersebut.







2. Ia akan berhenti secara rawak dimana-mana bahagian







diatas papan roda tersebut.







3. Jika berhenti di petak benar, murid perlu menjawab







soalan berdasarkan teks yang disediakan.







4. Jika ia berhenti di petak berani, mereka perlu melakukan







arahan yang diberikan oleh guru.







5. Murid perlu menjawab soalan yang telah disediakan .







6. Kemudian murid perlu membaca secara jelas soalan atau








teks yang telah disediakan.







7. Ganjaran akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul.

jenis bacaan























BACAAN EKSTENSIF



















Bacaan luas yang menekankan









aktiviti di luar kelas. Bacaan ini










menitikberatkan aspek









pengukuhan asas bacaan,










menambah kemahiran memaham









dan menaakul isi bacaan,










meningkatkan kepantasan









membaca, membina dan










mengukuh minat membaca dan









kebolehan memetik isi-isi penting

STANDARD KANDUNGAN
















































2.4 Membaca secara ekstensif









pelbagai bahan untuk








mengukuhkan penguasaan









bahasa dan meluaskan









pengetahuan bagi pembangunan









diri.










































LHE3105

STANDARD PEMBELAJARAN
















































2.4.1 Membaca dan memahami









serta mengemukakan pendapat








yang rasional tentang pelbagai









bahan fiksyen dan bukan fiksyen.































































LHE3105

Bahan bantu Mengajar

















PAPAN ToBaWab
























1. Selepas Murid melakukan aktiviti membaca teks, guru






melaksanakan aktiviti permainan bahasa.






2. Murid dikehendaki menolak botol yang disediakan di atas






papan ToBaWab.






3. Botol tersebut akan berhenti secara rawak dimana-mana







bahagian diatas papan tersebut.






4. Murid perlu menjawab soalan yang telah disediakan u






5. Kemudian murid perlu membaca secara jelas soalan atau







teks yang telah disediakan.






6. Jika murid berhenti dibahagian soalan, mereka perlu






menjawab soalan tersebut, jika berhenti di bahagian arahan






sebaliknya, mereka perlu melaksanakannya.






7.Ganjaran akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul.

kesimpulan


















Secara kesimpulannya, aktiviti kemahiran








membaca ini adalah suatu kemahiran yang perlu






dititikberatkan oleh guru kerana ia adalah








kemahiran yang saling berkaitrapat dengan






kemahiran bahasa yang lain seperti kemahiran








lisan dan kemahiran menulis. Pelbagai teknik dan






kaedah perku disusun bagi menarik minat murid








untuk melaksanakan aktiviti kemahiran






mambaca ini. Bahan bantu mengajar juga








adalah satu bahan rangsangan yang dapat guru






gunakan sewaktu proses pengajaran dan








pembelajaran bahasa Melayu. Soalan yang






diberikan sewaktu aktiviti juga perlulah








mengikut aras dan tahap penguasaan murid.


Click to View FlipBook Version