SIRI 3/2021
TAMAN
BERKARYA
e-ISSN 2710-6683
BERKARYA SENTIASA,
INTELEKTUAL DIPERKASA
REDAKSI
PENGURUSAN
PENGARAH IPG KAMPUS IPOH
DR. YAHYA BIN OSMAN
TIMBALAN PENGARAH IPGK IPOH
EN MOHD KHADRI BIN FAZIL RAHMAN
SIDANG PENGARANG
KETUA EDITOR
EN. MUHAMMAD NURUL AZMI BIN MAT NOR
PENOLONG KETUA EDITOR I
PN. SABARIAH BINTI KHAIRUDDIN
PENOLONG KETUA EDITOR II
PN. NASIMAH BINTI ABDUL JAL
PEREKA BENTUK GRAFIK
PN.NAZARIAH BINTI MAT MIZAR
PENERBIT
UNIT PERPUSTAKAAN, IPG KAMPUS IPOH
PENTADBIRAN
PN. SHARMILA BINTI SIRON
PN. ASROFAH BINTI ANUAS
EN. MUSTAFA BIN ISRAM
KATA
ALUAN
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Akhirnya Buletin Taman Berkarya Siri 3/2021
dapat diterbitkan pada tahun ini. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada Sidang Redaksi dan semua penyumbang
karya yang telah menjayakan penerbitan kali
ini.
Diharapkan dengan penerbitan Taman Berkarya
Siri 3/2021 ini, akan terus menyuntik
semangat warga IPG Kampus Ipoh untuk terus
menghasilkan karya yang bermutu untuk
tatapan semua. Disamping penerbitan Buletin
Taman Berkarya ini, semua pihak dapat
mencambah idea-idea bernas serta buah fikiran
yang berupaya meningkatkan lagi pengetahuan.
Saya juga berharap penerbitan Taman Berkarya
ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga IPG
Kampus Ipoh dan sentiasa menunjukkan
inisiatif serta komitmen yang tinggi dalam
usaha menjana kecemerlangan selaras dengan
visi dan misi IPG Kampus Ipoh.
Akhir kata, sekalung tahniah dan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang telah
menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha
menerbitkan Buletin Taman Berkarya ini.
Sekian, terima kasih.
“Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa”
MOHAMAD NURUL AZMI BIN MAT NOR @ AHMAD NOR
Ketua Pusat Sumber
KANDUNGAN
KREATIF
06 ARTIKEL
TAHUKAH ANDA SEJARAH, MISI
DAN MATLAMAT PENUBUHAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
(IPG) LESTARI ?
09 SAJAK
YA ROBB
10 SAJAK
SECAWAN RASA
11 ARTIKEL
TEORI PSIKOANALISIS
15 SAJAK
HUJAN YANG TURUN
16 SAJAK
PULANGLAH WAHAI TEMAN
17 ARTIKEL
IMPRESSIONISME
23 SAJAK
LIMPAHLAH KURNIA-NYA
24 SENI LUKISAN
POTRET
25 SAJAK
MENTARI
26 SAJAK
MENTARI BERSUARA
KANDUNGAN
KREATIF
27 ULASAN BUKU
SEKONDAKHATI
32 SAJAK
PEPOHONAN KEHIJAUAN
33 SAJAK
SA-RASA
34 ARTIKEL
TAHUKAH ANDA ALIRAN
PENEKANAN ISU ALAM SEKITAR
DALAM RANCANGAN MALAYSIA?
38 SAJAK
ATURAN DUNIA ORDER BARU
39 CERPEN
DIA KUNCI SYURGAKU
BERKARYA SENTIASA,
INTELEKTUAL DIPERKASA
ARTIKEL
TTAAHHUUKKAAHH AANNDDAA
SSEEJJAARRAAHH,, VVIISSII,,
MMIISSII DDAANN
MMAATTLLAAMMAATT
PPEENNUUBBUUHHAANN
IINNSSTTIITTUUTT
PPEENNDDIIDDIIKKAANN GGUURRUU
((IIPPGG)) LLEESSTTAARRII??
DR. MANI RAJAN A/L ELLAPPAN 6
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
IPG KAMPUS IPOH
Pendidikan pembangunan lestari di peringkat IPG dilaksanakan bertujuan bagi mewujudkan
kesedaran dan mendidik bakal guru dengan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan
pemeliharaannya. Dengan harapan bakal guru yang dikeluarkan oleh IPG akan bertindak
sebagai agen pengubah utama bagi pelajar dan masyarakat dalam mewujudkan kesedaran
untuk mengurus alam sekitar dengan efektif kelak (UNESCO, 2011). Pendidikan pembangunan
lestari mula diterapkan di IPG menerusi projek rintis Eco-Institute dengan berkerjasama
World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di 10 buah IPG terpilih. Menurut UNESCO (2011)
pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari di Institut Pendidikan Guru adalah melalui
pembentukan Eko Institut yang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Lestari atau IPG
Lestari. Program IPG Lestari yang diadaptasi dari program Sekolah Eko bertujuan
menggerakkan seluruh institut untuk memperkuatkan lagi bakal guru untuk mengamalkan
peranan aktif dalam membuat keputusan dan tindakan terhadap alam sekitar di Institut
Pendidikan Guru dan dalam komuniti mereka.
i. Sejarah penubuhan IPG Lestari
IPG Lestari pada mulanya dikenali sebagai Eco-Institute dan kemudiannya ditukarkan kepada
IPG Lestari pada tahun 2010. IPG Lestari mempunyai konsep yang hampir sama dengan
Sekolah Lestari dan pelancaran IPG Lestari secara rasmi di IPG Kampus Temenggong Ibrahim
pada 22 April 2012. Tujuan utama pelancaran IPG Lestari adalah untuk mengamalkan gaya
hidup yang lestari dalam kehidupan seharian seluruh warga IPG melalui saluran penyampaian
terpilih sehingga etika terhadap alam sekitar ini menjadi sebahagian daripada keperluan di
IPG secara berperingkat. Institut Pendidikan Guru yang berjaya mencapai tujuan tersebut
akan dianugerahkan Green Flag (Bendera Hijau) satu Eco-Label yang berprestij kepada
Institut Pendidikan Guru yang komited dalam pengalaman gaya hidup lestari secara
berterusan (World Wildlife Fund (WWF) Malaysia, 2012).
IPG Lestari cuba mengembangkan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan
mengadaptasikan keseluruhan pendekatan sesebuah institut dalam merekabentuk, melaksana
dan memantau Polisi/Pelan Tindakan IPG Lestari yang turut diintegrasikan ke dalam
Rancangan Pembangunan Kelestarian di IPG. Terdapat visi, misi dan objektif serta prinsip
yang ditetapkan bagi menjayakan IPG Lestari. Untuk melaksanakan program IPG Lestari ini,
sembilan tema telah dikenalpasti iaitu Sampah/Pengurang sisa buangan (Waste/ Litter),
Perubahan Iklim (Climate Change), Tenaga (Energy), Air (Water), Agenda 21 (Logal Agenda
21), Pengangkutan (Transport/ Sustainable Mobility), Gaya hidup sihat (Healthy Living),
Persekitaran Sekolah (School Grounds) dan Biodiversiti dan alam semulajadi (Nature and
Biodiversity).
ii. Visi dan Misi IPG Lestari
Visi IPG Lestari ialah IPG Pemangkin Masyarakat Lestari dan Misi IPG Lestari ialah
mengamalkan budaya hijau dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran demi
mewujudkan kelestarian alam. Selain itu, IPG Lestari yang diwujudkan adalah bertujuan
mencapai objektif i) memupuk kesedaran yang tinggi terhadap usaha melestarikan alam; ii)
membina warga yang mengamalkan gaya kepimpinan lestari; iii) mengamalkan budaya hijau
sebagai gaya hidup warga IPG; iv) menggunakan sumber secara optimum, kreatif, dan
berhemah; v) menggerakkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang memupuk budaya
lestari; vi) mengintegrasikan prinsip kelestarian dalam pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum; vii) mengaplikasikan prinsip kelestarian melalui kurikulum pendidikan guru; dan
viii) menyelesaikan masalah pengurusan melalui pendekatan kelestarian.
Logo IPG Lestari (Rajah 1) jelas membuktikan bahawa IPGM memberi fokus yang utama
dalam menerapkan pendidikan pembangunan lestari secara menyeluruh dan holistik. Simbol
daun menunjukkan simbol alam semula jadi dalam usaha menghijaukan pengurusan,
kurikulum, kokurikulum dan persekitaran. Manakala warna biru merupakan warna rasmi IPG
yang melambangkan pendidik yang bersatu padu mendukung penuh amalan budaya lestari
untuk manfaat bersama. Selain itu, warna hijau merupakan amalan dan produk yang
mempunyai elemen sosial, etika dan mesra alam.
7
RAJAH 1. LOGO IPG LESTARI
Komponen dalam IPG Lestari adalah berasaskan kepada slogan Kelestarian Melalui
Pendidikan yang memberi fokus kepada empat komponen iaitu bidang pengurusan, bidang
kurikulum, bidang kokurikulum dan bidang persekitaran. Dalam komponen bidang pengurusan,
elemen kelestarian diintegrasikan dalam pengurusan di IPGM/IPGK contohnya seperti
mengurangkan penggunaan kertas, penjimatan tenaga dan air serta perkongsian maklumat
melalui laman sesawang. Bagi komponen bidang kurikulum, elemen kelestarian diintegrasi
dalam semua kursus di IPG kampus contohnya sistem pengurusan e-pembelajaran, komunikasi
secara dalam talian dan tugasan secara dalam talian (online).
Bagi komponen bidang kokurikulum, elemen kelestarian diintegrasi dalam kokurikulum
contohnya seperti aktiviti Larian Mesra, perkhemahan, senam robik bulanan dan Program Bina
Insan Guru serta Khidmat Masyarakat. Dan bagi komponen terakhir iaitu Bidang Persekitaran,
elemen kelestarian diintegrasi dalam persekitaran di IPGM/IPGK contohnya seperti Kempen
sifar polisterina dan menghijaukan persekitaran kampus.
Secara kesimpulannya, pelaksanaan IPG Lestari dilihat merupakan salah satu inisiatif
kerajaan dalam pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari di peringkat Institut Pendidikan
Guru selari dengan pelaksanaan global dalam Dekad Pertubuhan Pendidikan untuk
Pembangunan Lestari pada 2005 hingga 2014 di mana IPG Lestari mula dilaksanakan pada
tahun 2010. Peningkatan kesedaran mengenai pendidikan pembangunan lestari dalam
pendidikan guru telah berkembang dengan pesat dari segi promosi, kemajuan dan pelaksanaan
sejak tempoh tersebut yang melibatkan penglibatan aktif guru pelatih, pensyarah serta
pentadbir di peringkat Institut Pendidikan Guru itu sendiri. Kini, kursus LASS3013 Pendidikan
Lestari Alam Sekitar, yang ditawarkan di IPG sebagai Kursus Elektif Terbuka bagi PISMP sudah
pasti akan menerapkan kesedaran dan mendidik bakal guru dengan isu-isu yang berkaitan
dengan alam sekitar dan pemeliharaannya. Diharap bakal guru yang dikeluarkan oleh IPG akan
bertindak sebagai agen pengubah utama bagi pelajar dan masyarakat dalam memupuk
semangat cinta akan alam sekitar.
KELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
8
SAJAK
YA ROBB
YA ROBB, SYUKUR AKU DILAHIRKAN MUSLIM
TIDAK PERLU MENCARI HANYA PERLU MENDALAMI
TERKADANG TERSASAR DALAM BANYAK MUSIM
SEMOGA ENGKAU, TUHANKU MENGAMPUNI
YA ROBB, DUNIA HANYA PERSINGGAHAN
TEMPAT MENCARI BEKAL SEGALA AMALAN
AGAR KELAK MENDAPAT PERTOLONGAN
SEMOGA KITA KEKAL DALAM PERLINDUNGAN
YA ROBB, SESUNGGUHNYA AKU SEORANG PENDOSA
SEDANGKAN ENGKAU SANG PENCIPTA
YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALA
TERIMALAH TAUBATKU SEADANYA
YA ROBB, TIDAK TERJANGKAU DALAM FIKIRAN
APA YANG BAKAL TERJADI DAN SEMUA
KEMUNGKINAN
HANYA MEMOHON SEGALA RAHMAT DAN BANTUAN
UNTUK DIJADIKAN PETUNJUK DAN PEDOMAN
YA ROBB, RAHMATMU SELUAS LANGIT DAN BUMI
KEPADA SEMUA YANG MENGHUNI
KUATKANLAH HATI KAMI
MENUJU KE NEGERI ABADI
EN. HAZAINI BINTI
ZAINAL ABIDIN
MOHD
PUSTAKAWAN
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
9
SAJAK
SECAWAN RASA
Kopi kau hulur semalam pahit
masih terasa pahit
pahit masih pahit
bau pahit
masih terlekat pahit
semut pun tidak singgah di cawan
Dulu kopi kau hulur manis
ada gula ada susu
bau manis
masih terasa manis
terlekat di cawan manis
semut menghirup sisa manis
Aku tidak kisah pahit kopi kau hulur
pahit kopi menjadi manis
pahit kopi menjadi tawar
bila manis senyummu
bila tawar senyummu
Dulu manis sekarang pahit bila madu menjadi
sepah dibuang
dulu sedap sekarang pahit
dibuang bersempah-sempah
Pahit dan manis hakikat hidup 10
selagi tiada kesyukuran dalam diri
bila baik semua manis biarpun pahit
bila benci semua pahit biarpun manis
EN. ABDUL AZIZ ALI
IPOH PERAK
ARTIKEL
TEORI
PSIKOANALISIS
DR BASKARAN KANNAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS IPOH
11
TEORI PSIKOANALISIS
Sigmund Freud telah memperkenalkan Teori Psikoanalisis. Menurutnya
minda manusia bagaikan ketulan ais yang besar dalam lautan. Bahagian paling
atas yang terdedah ke udara mewakili tahap sedar seseorang (conscious).
Manakala bahagian besar terpendam bawah paras air mewakili alam bawah
sedar manusia (unconscious). Seterusnya alam prasedar berada di antara alam
sedar dan bawah sedar (preconscious).
Tahap Sedar (conscious)
Kesedaran berkaitan dengan makna dalam kehidupan seharian, yang
membuat kita menyedari setiap peristiwa, tingkahlaku dan perasaan yang
dialami. Kesedaran merupakan bahagian kehidupan mental atau lapisan jiwa
individu. Kehidupan mental ini memiliki kesedaran penuh. Melalui
kesedarannya, individu mengetahui siapa dirinya, sedang buat apa, sedang
berada di mana, apa yang berlaku di persekitaran dan bagaimana hendak
memperolehi sesuatu yang diinginkannya.
Tahap Prasedar (preconcious)
Tahap prasedar ini dikenali tahap ingatan sedia ada (available memory), iaitu
peringkat kesedaran yang berada di antara sedar dan bawah sedar. Keadaan ini
merupakan tempat penyimpanan maklumat yang boleh dikeluarkan apabila
dikehendaki. Maklumat berkaitan perlakuan seharian lalu jika diberi perhatian,
boleh berada dalam keadaan sedar semula tetapi apabila tidak diberi perhatian,
maklumat ini akan ditekan semula ke bahagian bawah sedar. Maklumat yang
berada pada bahagian bawah sedar dapat muncul ketika prasedar.
Tahap bawah sedar (unconscious)
Tahap bawah sedar adalah bahagian tahap kesedaran yang paling penting
dalam Teori Psikoanalisis. Menurut Freud bahagian ini terpenting dalam jiwa
manusia kerana ia merupakan perkara yang menetukan keadaan seseorang
individu sekarang. Tahap bawah sedar itu merupakan naluri yang dibawa sejak
lahir, dan pengalaman-pengalaman traumatik (biasanya pada masa kanak-
kanak) yang ditekan oleh keadaan sedar dan dipindah ke bahagian bawah sedar.
Maklumat dari keadaan bawah sedar memiliki kecenderungan untuk bertahan
secara berterusan dalam bawah sedar tetapi mempunyai pengaruh yang kuat
dalam mengatur tingkahlaku individu tanpa disedari.
Sigmund Freud juga telah memperkenalkan tiga model struktur personaliti
iaitu id, ego, dan superego. Struktur personaliti berdasarkan teori psikoanalisis
adalah ditentukan oleh proses ketidaksedaran diri. Menurut Sigmund Freud
keperibadian personaliti seseorang terbentuk dalam 3 struktur dan ianya wujud
selepas berumur lima tahun dan berterusan sehingga tua.
12
TEORI PSIKOANALISIS
Id
Id beroperasi sebagai rasa keseronokan atau kepuasan, struktur ini akan
mencuba untuk memperoleh rasa keseronokan dan mengelakkan diri dari rasa
sakit atau tidak selesa. Walau bagaimanapun, Id ini terbentuk dalam keadaan
tidak sedar dan tidak berhubung dengan dunia nyata (unconcious), ia
mempunyai dua cara untuk memperoleh kepuasan.
Melalui tindakan reflex seperti menghembus hingus untuk melegakan rasa
tidak selesa ketika bernafas dengan segera. Dengan melalui khayalan dan
keinginan kepuasan. Ini adalah ketika kita membayangkan situasi yang
sebahagiannya memenuhi rasa naluri dan menenangkan rasa tidak selesa.
Sebagai contoh, sekiranya, kita dimalukan atau dimarahi di khalayak ramai, kita
akan mula berfikir apa yang kita perlu bercakap dan apakah tindak balas yang
akan kita lakukan untuk mendapatkan kesimbangan atau keadilan. Sebagai
contoh, seseorang yang bersin dapat memperoleh kepuasan hasil daripada
tindakan refleksnya yang mampu melegakan sensasi yang kurang
menyenangkan dengan segera.
Ego
Ego bertindak mengikut prinsip kebenaran atau realiti dan mencari cara
praktikal untuk memenuhi tuntutan Id. Ego akan menangguhkan rasa kepuasan
untuk mencegah akibat sosial yang buruk. Ego mengambil kira realiti sosial dan
norma, tingkah laku dan undang-undang ketika menentukan bagaimana untuk
berkelakuan. Sebagai contoh, Ju haus; namun dia tunggu pelayan untuk mengisi
gelasnya dengan air. Dia memilih untuk menunggu meskipun ada peluang
mengambil segelas air di meja kosong.
Superego
Superego adalah suatu keadaan yang pra-sedar. Ia adalah norma moral yang
dibentuk melalui interaksi dan komunikasi sosial (ibu bapa dan masyarakat).
Superego membandingkan tingkah laku ego dengan ego yang ideal dan
kemudian memberi penghargaan atau menghukum (reward and punish) ego
dengan sewajarnya. Sebagai contoh, Jojo ingin mencuri telefon bimbit milik
kawan. Jojo berpeluang memiliki telefon bimbit tanpa pengetahuan sesiapa.
Namun, Jojo sedar mencuri itu adalah salah lalu dia memutuskan untuk tidak
mencuri sungguhpun ada kesempatan untuk berbuat sedemikian.
Dalam teori psikoanalisi telah ditekankan tentang perkembangan awal kanak-
kanak pada peringkat lima tahun pertama dan interaksi ketiga-tiga unsur id,
ego, superego yang amat penting dalam pembentukan personaliti seseorang.
Teori psikoanalisis merupakan teori yang berusaha untuk menjelaskan tentang
hakikat dan perkembangan keperibadian manusia. Pemahaman teori ini
penting kepada pendidik bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Pada
asasnya teori ini telah meletakkan asas dan rangsangan yang positif ke arah
kewujudan teori-teori lain yang sangat berguna dalam bidang pendidikan.
13
HUJAN YANG TURUN
HUJAN
AIR YANG BERJURAIAN
DARI AWAN BERGUMPALAN
MENCURAH KE LAUT, KENALNYA AIR LAUT.
MENCURAH KE SUNGAI, KENALNYA AIR SUNGAI.
MENCURAH KE LONGKANG, KENALNYA AIR LONGKANG.
MENCURAH KE TANAH, LENYAP....
ASALNYA, SAMA..!
MANAKAH AIR HUJAN?
LEBUR DAN LARUT
MELIPUTI SEGENAP RUANG DAN MASA.
ALPA DALAM NIKMAT
LENYAP SEBUAH HIKMAT
TERHIJAB SEBUAH MAKNA
AKIBAT BERBILANG DALAM SA.
EN. AZLAN LIN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS IPOH
15
SAJAK
PULANGLAH
WAHAI TEMAN
MUHAMMAD AIMAN BIN RAZALI
PELAJAR IPG KAMPUS IPOH
Teman,
Mengapa ditunggu cinta akan manusia,
ibarat mendengar guruh di langit,
Air tempayan kau curahkan.
Kehadirannya tiadalah pasti.
Ibarat ditanam engkau pohon usaha yang sia-sia.
Penat lelah kau akan hampa.
Teman,
pulanglah kepada-Nya,
Besar cinta-Nya kepada kau wahai teman,
Namun kita tidak pernah merasakannya.
Teman,
Pulanglah kepada-Nya,
Sujud kembali ke bumi merintih kepada-Nya,
Walapun sebelum ini kau leka dari-Nya,
Namun yakinlah wahai teman,
Tuhanmu itu menunggu dirimu pulang,
Walaupun hakikatnya kau menjauh padanya.
16
ARTIKEL
IMPRESSIONISME
DR. SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF
UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL
JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS IPOH
17
IMPRESSIONISME
Impressionisme adalah sebuah aliran yang berusaha menampilkan kesan-kesan
pencahayaan yang kuat, dengan penekanan pada tampilan warna dan
mengutarakan gambaran suasana yang dilihat tanpa menitikberatkan bahagian
detail (bukan bentuk). Namun dalam kalangan akademi ada yang menampilkan
kesan garis yang kuat dalam impresionisme ini.
Aliran Impresionisme muncul dari abad 19 yang dimulai dari Paris pada tahun
1860an. Nama ini awalnya dikutip dari lukisan Claude Monet, "Impression, Sunrise"
("Impression, soleil levant").
Kesedaran tentang keindahan alam semulajadi dan alam sekeliling menyebabkan
mereka ingin keluar dari seni klasik yang lebih bertemakan politik, sosial dan
keagamaan.
Pengaruh masa berperanan untuk menegaskan keadaan cahaya yang tidak
kekal. Dalam catan yang dihasilkan mereka melihat cahaya dalam suasana yang
berbeza.
Impression: Sunrise (Impression, soleil levant) 1872: Monet
Pelukis Impressionisme juga melukis di luar studio bertujuan untuk
mendapatkan kesan cahaya. Impresionisme adalah istilah kolektif bagi
menggolongkan karya pelukis dalam tahun 1872 hingga 1882 di Perancis.
‘Sunrise’ menggambarkan pelabuhan Le Havre ketika matahari terbit, dua
perahu dayung kecil di latar depan dan Matahari merah menjadi elemen tumpuan.
Di tengah jalan, lebih banyak kapal nelayan disertakan, sementara di latar
belakang sebelah kiri lukisan terdapat kapal gunting dengan tiang tinggi. Di
belakangnya terdapat bentuk berkabut lain yang bukan pokok tetapi cerobong
kapal dan kapal wap, sementara di sebelah kanan ada tiang dan cerobong lain
yang dililit ke langit.
Bagi menunjukkan ciri-ciri industri ini, Monet menghapuskan rumah-rumah
yang ada di sebelah kiri jeti, meninggalkan latar belakang yang tidak jelas.
Berikutan kekalahan Perancis dalam Perang Franco-Prusia 1870–71, regenerasi
Perancis dicontohkan di pelabuhan Le Havre yang berkembang pesat. Sejarawan
seni Paul Tucker menunjukkan bahawa kontras unsur-unsur seperti kapal wap dan
kren pada latar belakang dengan nelayan di latar hadapan menggambarkan
implikasi politik.
Monet mungkin telah melihat lukisan ini dari laman web yang sangat komersial
sebagai jawapan kepada seruan pasca perang untuk patriotik aksi dan seni yang
dapat memimpin. Selain dilihat sebagai puisi cahaya dan atmosfera, lukisan itu
juga dapat dilihat sebagai kepada kekuatan dan keindahan Perancis yang
dihidupkan kembali.
Perwakilan Le Havre, kampung halaman Monet dan pusat industri dan
perdagangan, meraikan kekuatan dan keindahan negara yang diperbaharui
merupakan pernyataan utopia utama Monet.
Seni menunjukkan kebangkitan Perancis, penggambaran Monet mengenai
matahari terbit Le Havre mencerminkan pembaharuan Perancis.
Adegan kesan kabur, ‘Sunrise’ tersasar dari lukisan landskap tradisional dan
keindahan klasik. Paul Smith mencadangkan bahawa dengan gaya ini, Monet
bermaksud untuk menyatakan "kepercayaan lain tentang kualiti artistik yang
mungkin terkait dengan ideologi yang disatukan oleh borjuasi yang muncul dari
mana dia datang."
18
IMPRESSIONISME
Warna
Kumpulan kajian yang dibuat dari bilik hotel Monet dibuat dari kanvas dengan
lapisan dasar abu-abu dengan nada yang berbeza. Kesan berlapis memberikan
kedalaman walaupun dengan perincian yang tidak tepat, mewujudkan
persekitaran yang kaya dan nyata yang kelihatan seperti Le Havre, walaupun
bukan persamaan yang tepat.
Gordon dan Forge membincangkan sempadan dan penggunaan warna dalam
Impression, ‘Sunrise’ dengan menyatakan bahawa langit dan air hampir tidak
dapat dibezakan, antara objek tidak jelas, dan cat menjadi tempat dan kesannya,
warna cat menyatu dalam kesuramannya yang kabur, kekaburan berkabut,
kekosongan tanpa ciri, harapan yang menyerupai, kanvas kosong dan tidak
tercermin.
Mereka memberi komen bahawa biru-abu-abu dan oren yang memotong kabut
seperti pernyataan saat-saat terakhir yang harus ditunggu, bukan hanya untuk
kilauan oren tertentu yang membakar kabut dan mencari jalan reflektifnya ke air
dan mata Monet tetapi untuk kanvas itu sendiri, mengandung ruang berkabut di
luar, untuk bersedia menerimanya.
Pencahayaan terang di kanvas,
Walaupun nampaknya matahari adalah tempat paling yang sama (atau
sebenarnya, jika diukur dengan fotometer, kecerahan
pencahayaan) seperti langit.
Dr. Margaret Livingstone, seorang profesor neurobiologi di Universiti Harvard,
mengatakan, sekiranya anda membuat salinan hitam dan putih memberi kesan ;
Matahari Terbit, Matahari akan hilang sepenuhnya. Livingstone mengatakan
bahawa ini menyebabkan lukisan itu mempunyai kualiti yang sangat realistik,
kerana bahagian korteks visual yang lebih awal di otak.
Kritikan
Sebilangan besar pengkritik tidak menyangka kesan Sunrise adalah salah satu
karya yang paling terkenal. Walau bagaimanapun, ulasan pameran dan lukisan
Monet memberikan gambaran mengenai perkembangan pergerakan dan karya dan
perkembangan Monet sebagai seniman. Ia dianggap sebagai pengasas kepada seni
moden iaitu Seni dan Kehidupan.
Aliran ini terbahagi kepada 3 peringkat;
a)Impressionisme
b)Post Impressionisme
c)Neo Impressionisme
Terdapat beberapa sebab Impressionisme dianggap sebagai permulaan Seni
Moden.
Perubahan itu berdasar kepada ciri-ciri berikut;
Impressionisme
Memaparkan tema berdasarkan kehidupan seharian, keindahan alam dan
gambaran kehidupan seharian. Segala persoalan subjek dilahirkan dengan cahaya
yang berbeza. Tiada ikonografi. Hanya menggunakan warna untuk kesan
pengcahayaan.
Warna asas merah,kuning dan biru menjadi keutamaan selain warna
komplimentari (hijau, ungu dan oren) digabungkan untuk menghidupkan catan
mereka. Mereka tidak menggunakan warna hitam sebaliknya menggunakan warna
terang dengan palitan berjajar dan tarikan tebal.
19
IMPRESSIONISME
PERBINCANGAN KARYA
MONET-WATER LILIES -1906
Berdasar catan ‘Water Lilies ’- Monet, kelihatan kesan pembalikan
cahaya dari pokok teratai mempengaruhi warna air. Keadaan ini disebut
‘mud splash’.Secara stailistiknya catan impresionisme mementingkan apa
yang dilihat secara keseluruhan dan bukan detail di samping mengambil
kira perubahan cuaca. (luar studio.)
RENOIR: ‘LE MOULIN DE LA GALETTE-1876’
Catan impressionisme kelihatan seperti tidak siap seperti ada bahagian
yang perlu disempurnakan. Dari sudut estetiknya, Impressionisme tidak
memokuskan kepada perspektif dan peristiwa sebaliknya memberi tumpuan
kepada peranan warna dan kesan pengcahayaan. Ini jelas kelihatan pda catan
tokoh impresionisme Renoir dalam karya beliau bertajuk ‘Le Moulin de La
Galette-1876’.
Ini merupakan catan terbesar dan terbaik yang dihasilkan oleh Renoir.
Temanya menggambarkan suasana pemandangan di sebuah cafe terbuka.
Suasana keriangan jelas kelihatan melalui penggunaan warna terang dan
kesan pengcahayaannya.
Karya tidak lagi menggunakan ikonografi, dan struktur figura tidak dikaji
dengan teliti. Pelukis menggunakan calitan yang pendek, kasar dan
berulangkali untuk menguatkan kesan tampak terhadap objek. Karya
menggunakan cat minyak.
Moulin de la Galette adalah salah satu daripada beberapa kincir angin yang
terletak di Butte Montmartre. Di dalamnya, seseorang boleh duduk dan makan
kuih-muihnya yang terkenal, sementara di luar terdapat kawasan makan dan
menari terbuka di mana penduduk tempatan datang dan menari pada hari
Ahad, bersama dengan pelbagai pelajar dan artis. Masuk adalah percuma
untuk semua wanita di Le Moulin, termasuk mereka yang mempunyai moral
yang lebih lemah. Terpesona dengan watak campuran orang ramai yang ceria
dan ceria ini, Renoir ingin melukisnya.
20
IMPRESSIONISME
Pada tahun 1876, dengan mempertimbangkan hal ini, dia mencari dan
mencari tempat penginapan berdekatan di 78 Rue Cortot. Ia mempunyai dua
ruang tamu dan semacam kandang yang dapat digunakannya sebagai studio.
Ia memandang ke sebuah kebun besar yang terbengkalai, dengan rumput yang
ditutup dengan bunga, dan dikelilingi oleh pohon-pohon besar. Adegan ini
dijadikan latar untuk potret lain.
Memang beberapa karya besar Renoir dicat di taman ini termasuk The
Swing (La Balancoire) kerana dia tetap di sini hingga tahun 1880. (Taman dan
bangunannya kini dipelihara sebagai Musee de Montmartre.) Dia memulakan
pekerjaan sebaik saja dia berpindah.
Menurut pengkritik seni Georges Riviere (1855-1943), seorang teman baik
Renoir berkata,setiap hari, kami membawa kanvas dari Rue Cortot ke kincir
angin kerana gambar itu dilukis secara keseluruhan di tempat tersebut.
Antara senarai nama pelukis dari aliran Impressionisme ini adalah ;
a)Camille Pissaro- banyak menggunakan warna terang.
b)Paul Cezanne- penggunaan warna rata dan seimbang.
c)Edgar Degas- banyak terpengaruh dengan lukisan Jepun.
d)Claude Monet- doktrin penggunaan teori Impresionisme.
e)Alfred Sisiley- terpengaruh dengan Monet.
f)Berthe Morisot- gemar melukis lanskap.
g)Edouard Manet- digelar pelukis Impresionisme 1.
Post -Impressionisme
Ia bukanlah sebuah kumpulan yang terancang . Ia merupakan satu istilah yang
digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada
akhir abad ke-19. Mereka dipengaruhi oleh Impressionisme, tetapi
kemudiannya merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad.
Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsip tersendiri.
Post-Impressionisme adalah pelukis yang tidak meniru bentuk , tetapi
mencipta bentuk, tidak meniru sesuatu yang hidup, tetapi mencari persamaan
(seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logik dan bernas,
berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-
benda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti .
Clive Bell, seorang pengkritik seni menyebut, Post-Impressionisme
memudahkan, menolak detail, jelasnya, mereka menekankan kepada sesuatu
perkara yang lebih penting kepada seni abad ke-20 ini.
Antara prinsip:
1. Minat terhadap kekukuhanbentuk, sebagaimana yang terdapat dalam
karya-karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya
seni pada abad ke-20 seperti Kubisme, dan Seni Abstrak.
2. Minat untuk menggunakan warna, garisan dan corak secara ekspresif dan
simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan Gaugiun. Ini mempengaruhi
Ekspressionisme dan barisan pelukis terkenal dalam aliran ini adalah seperti;
1. Van Gogh- Starry Night
2. Paul Gauguin- Vision After The Sermon 1888
3. Georges Seurat- Sunday afternoon On The Island of La Grande Jatte
(1884-86)
4. Paul Cezzane- Mont Sainte-Victoire
5. Edvard Munch- The Scream 1893 Realisme.
21
IMPRESSIONISME
THE SCREAM 1893- EDVARD MUNCH
The Scream adalah nama popular yang diberikan kepada komposisi yang
diciptakan oleh seniman ekspressionis Norway Edvard Munch pada tahun
1893. Gelaran asal Jerman yang diberikan oleh Munch untuk karyanya
ialah Der Schrei der Natur (The Scream of Nature), dan tajuk Norway
adalah Skrik (Shriek ). Wajah yang terkilan dalam lukisan telah menjadi
salah satu gambar seni yang paling ikonik, dilihat sebagai melambangkan
kegelisahan keadaan manusia.
Munch teringat bahawa dia keluar berjalan-jalan saat matahari terbenam
ketika tiba-tiba cahaya matahari yang terbenam menjadikan awan merah
darah. Dia merasakan jeritan tak terbatas yang melewati alam.
Langit oren yang tidak semula jadi, bermula dari kesan letusan gunung
berapi hingga reaksi psikologi oleh Munch atas komitmen kakaknya di
rumah sakit jiwa terdekat.
Munch merasakan ketika melukis gambar itu seperti melukis awan sebagai
darah sebenar. Warna sebagai jeritan. Karya agung tersebut sebagai
luahan perasaan beliau.
VINCENT VAN GOGH- STARRY NIGHT
Starry Night menggambarkan tafsiran mimpi tentang pemandangan bilik
artis di Saint-Rémy-de-Provence. Walaupun Van Gogh melihat kembali
adegan ini dalam karyanya dalam beberapa kesempatan, Starry Night
adalah satu-satunya kajian pada waktu malam.
Ia memberikan gambaran yang jarang terjadi pada malam hari mengenai
apa yang dilihat oleh seniman itu ketika berada dalam keadaan terasing.
Melalui tingkap besi-besi beliau dapat membuat sebidang gandum di
sebuah kandang dan pada waktu pagi dilihat matahari terbit dalam
kegemilangannya.
Bencana akhir dunia menyerang Starry Night Van Gogh, salah satu tanda
kiamat yang dipenuhi dengan aerolit dan mempunyai kesan bahawa artis
telah mengusir konflik dalamannya ke atas kanvas. Segala-galanya di sini
disusun dalam gabungan kosmik yang besar.
22
SAJAK
LIMPAHLAH
KURNIA-NYA
EN. ABDUL AZIZ ALI
IPOH PERAK
23
POTRET
Nur Filzah Arshiya 24
bt Mohamad Hairzan
UMUR: 11 TAHUN
SEKOLAH: SK MARIAN CONVENT, IPOH.
M E N TSAJAK A R I
Sinarmu menerangi jagat maya
Sinarmu menghidupkan
Sinarmu menyuburkan
Sinarmu membesarkan
Mentari.....
Sinarmu mematikan
Sinarmu mengeringkan
Sinarmu membinasakan
Mentari...
Edarmu atas perintahNYA
Tidak lalai walau sesaat
Tidak leka walau seketika
Tetap pada paksinya
Mentari....
Kau jua makhlukNYA
Kan berakhir bila sampai masanya
Binasa jua akhirnya
Tidak kekal selamanya
Mentari....
EN. SAHANUDDIN BIN YUSUF
JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS IPOH
25
SAJAK
MENTARI
BERSUARA
EN. AZLAN LIN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH
MENTARI PETANG
MENYINARI TANPA HALANG
INDAH CAMAR BEBAS TERBANG
PELAUT KEMBALI PULANG
MEREDAH DI LAUT TERBENTANG
PUTARAN DUNIA
SANG MENTARI DI PAKSINYA
HAIWAN BEBAS SENYUM RIA
MANUSIA BERBAHAGIA
RAHMAT DARIPADANYA
JELEK DIRASA
HAIWAN MULA MEMBINASA
MANUSIA MULA GUNDAH GULANA
MEMBINA CERITA DUKA LARA
KETAWA RIA LENYAP SEKETIKA
MEMBALAM MENTARI BERCAHAYA
LENYAPLAH RAHMAN DAN
RAHIMNYA
DUHAI SANG MENTARI
SINARI CAHAYA HIDUPAN INI
INDAH BERSERI KIAN BERSEMI
KEHIDUPAN YANG ABADI
26
ULASAN BUKU
SEKONDAKHATI
MEMNEJLAALYINU SRIALOAT(URRARWAHA)IMNUDSI AKNATLAARNAGAN
Penyunting : Jari Basurek @ Zabidin Hj Ismail
Penerbit : Altacom (M)Sdn Bhd
Cetakan : Edisi 1 Cetakan 1
Jumlah : 202 hlm
ISBN : 978-983-41061-6-4
Ulasan oleh, 27
Dr.Kanakambal Velusamy
Pensyarah Cemerlang,
Unit Pengajian Inggeris,
Jabatan Bahasa,
IPG Kampus Ipoh
Penyunting buku Sekondahati, Jari Basurek @ Zabidin Hj Ismail menyumbang maklumat yang amat penting kepada
masyarakat Rao di Malaysia melalui buku ini. Buku ini adalah hasil usaha ekoran daripada Seminar Melayu Rao Malaysia
yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada 25 Julai 2009. Ia memaparkan bangsa Rao
yang semakin dilupai di Malaysia. Ramai penulis telah menyumbang artikel dan dapatan mereka mengenai masyarakat Rao
dalam buku ini. Penyunting berharap bangsa Rao perlu dikenali dan diketahui oleh masyarakat di Malaysia. Sebagai
pengulas buku ini, saya sendiri telah memperoleh maklumat yang bernas mengenai masyarakat Rao ini.
Sumber bahan dalam buku ini diperolehi dari Rao, Pasaman, Sumatera Barat dan Malaysia. Penyunting telah juga
mendapatkan maklumat terperinci di perpustakaan Bung Hatta di Bukit Tinggi dan Kota Padang.Jari Basurek melihat
bangsa Rao sebagai bangsa yang cekal, pintar, berbudi pekerti, mempunyai nilai kekeluargaan dan budaya yang tinggi.
Namun mereka mempunyai sifat pendendam yang tinggi dan sanggup mati mempertahankan maruah. Bangsa Rao adalah
perantau dari Champa, kacukan darah Leco dan Lubu.
Intisari buku ini dibahagi kepada 10 bab. Bab 1 Pengenalan, Bab 2 Rao: Satu Pengenalan Ringkas, Bab 3: Isu Bahasa,
Bab 4: Tokoh, Bab 5: Adat Resam, Budaya dan Kesenian, Bab 6: Asal Usul Tempat, Bab 7: Balik Kampung, Bab 8: Coretan
Anak Rao, Bab 9: Jaro dan Bab 10 : Penutup.
Buku ini diawali dengan menjelaskan takrif tajuk buku. Sekondakhati merupakan seorang perantau dari Sumatera
Barat yang ‘tiada’ bernama sebaliknya dikenali sebagai Sekondakhati yang membawa maksud ‘ikut suka je.’ Kerana bimbang
diri akan diperapakan akibat melarikan diri dari kampung halaman, perantau ini tidak mengguna nama asalnya. Beliau
dikatakan meninggal dunia sekitar tahun 1940an di Semenanjung.Nama Sekondakhati telah digunapakai oleh Dr Zulkhaini
Hj Hussin, ahli jawatankuasa Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) dalam tajuk lagu yang digubahnya untuk
mempamerkan kecekalan perantau tersebut membuka dan meneroka hutan belantara untuk penempatan kaum Rao.
Istilah Rawa yand disebut dalam Bab 1 ini juga merujuk kepada satu etnik suku bangsa Melayu daripada perkataan Rao
di Sumatera Barat. Istilah Rawa di Malaysia dikatakan bermula daripada Haji Abdullah Nordin al-Rawi, pengasas syarikat
percetakan dan penerbit Persama Press tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang seperti yang disebut dalam Utusan
Malaysia (2007) oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah. Mengikut catatan sejarah, terdapat seorang syeikh terakhir di Makkah
di kalangan orang Rawa bernama Syeikh Jamal Rawa yang mengguna perkataan Rawa tersebut.
Negeri Rao berjiran di sebelah utara dengan Tapanuli (diduduki oleh masyarakat Mandailing) dan di sebelah selatan
bersempadan dengan Sumatera Barat (majoritididiami oleh masyarakat Minangkabau).Di sebelah barat Rao ialah Selat
Mentawai dan di timur bersempadan dengan Riau. Dalam konteks persatuan JARO, Rao ditakrifkan sebagai satu suku kaum
Melayu yang berasal dari Sumatera yang lahir dan bermastautin sebagai warganegara di Malaysia. JARO ditubuhkan untuk
mengeratkan silahturahim di kalangan masyarakat Rao di Malaysia. Selain itu, JARO antara lain berhasrat melahirkan ahli-
ahli Rao yang beriman, berilmu dan progresif melalui permuafakatan dari segi ilmu pengetahuan, kesenian dan
kebudayaan,,aktiviti ekonomi dan sosial serta penerbitan.
Bab 2 mengutarakan sejarah asal usul orang Rao. Walaupun pelbagai pandangan dinyatakan, namun versi bahawa
orang Rao berasal dari Champa sesuai kerana ianya sependapat dengan orang tua-tua di Rao dan juga melalui peninggalan
sejarah klasik Rao yang mengatakan suku bangsa Lubu menganut agama Hindu dan Buddha yang dibawa dari Champa. Suku
bangsa Lubu menyeberang ke Sumatera Barat (Rao) dari Champa mereka bukan berasal dari Pagar Ruyung atau Batak.
Imigrasi pertama mereka ke Rao adalah sekitar abad ke 2 Masehi dimana mereka mendarat di muara Sungai Batang Toru
dan imigrasi kedua pada abad ke 6 Masehi melalui Selat Malaka dan mereka menganut agama Hindu Brahmanis Sekte
Bhairawa. Orang Lubu ini membawa bersama mereka 4 kelas kasta iaitu Kasta Ompu (Brahmana), Kasta Kandang Kopuoh
(Ksatria), Kasta Mandailing (Waisya) dan Kasta Pungkut (Sudra). Dipercayai pada abad ke 16 Masehi, penerokaan orang
Batak ke arah timur dan selatan melalui asimilasi menyebabkan bahasa Melayu dikalahkan oleh bahasa Batak. Bahasa Rao
(bahasa Melayu baku) juga digeser oleh bahasa Batak dan bahasa Minang.
Perkembangan orang Lubu di Rao berkisar dengan nama asal Rao. Versi 1 mengatakan nama Rao yang terletak di
Kabupaten Pasaman di ambil sempena nama Laksamana Rao dengan salahsila sejarah keluarga dan pengikut beliau. Versi 2
pula mempunyai dua pendapat mengenai nama Rao. Pertama, daripada pemuka masyarakat Rao, ia dikatakan berasal dari
kata rawang cerita kononnya di Rao pada dahulu kala terdapat laut dan pantai dan setelah berlaku penyusutan permukaan
air, Rao menjadi rawa-rawa dan akhirnya di gelar Rao. Pendapat kedua menurut peminat sejarah, Letnan H.Bahar,
mengatakan bahawa nama Rao berasal dari istilah mangaro (bahasa orang Lubu) bermaksud bertelanjang. Ini adalah kerana
beliau mengatakan bahawa apabila orang Lubu mendarat di Lubuak Godang, mereka ternampak orang Leco menangkap
ikan dalam keadaan telanjang. Lantas orang Lubu menyebut pedalaman Sumatera sebagai mangaro dan mengikut peredaran
masa akhirnya menjadi Rao.
28
Bab 3 seterusnya mengimbas sejarah Rao, antara yang berbentuk khayalan dan yang berbentuk fakta. Dari segi
sejarah, Rao pernah memainkan peranan yang penting dalam perjuangan kemerdekaan Republik Indonesia dalam usaha
mengusir penjajah Belanda dari Nusantara. Disamping itu pertemuan piring emas (berbentuk bunga teratai), benten Rao
Lubuk Sikaping, tambo yang ditulis dengan huruf Jawi, kedudukan Rao yang strategik dengan kemasukan agama Islam dan
bahan daganganserta sebagai tempat persinggahan pedagang dan nota tulisan Thomas Bradell mengenai sejarah Negeri
Sembilan berkaitan penglibatan orang Rao dan Mandailing dalam perang Rawa 1848 antara lain membuktikan bahawa suku
kaum Rao mempunyai kesan sejarah yang penting.Masyarakat Rao didapati berhijrah ke Negeri Sembilan sekitar tahun
1848, ke Pahang sekitar tahun 1857-1863, ke negeri Selangor sekitar tahun 1867-1873, ke Perak tahun 1875-76 dan
berhijrah ke Kelantan melalui negeri Pahang.
Isu bahasa dengan dua pendapat diulas dalam Bab 3 oleh Syamsirudin (2009). Pertama, dalam buku Sejarah Mapat
Tunggul, tulisan JB Neumans, mengatakan bahasa Melayu dialek Rao digunakan di Mapat Tunggal. Kedua, bahasa Rao
adalah bahasa Melayu baku yang dibawa bersama oleh bangsa Lubu. Ditegaskan bahawa bahasa Rao adalah bahasa Melayu
baku yang digunapakai oleh sebahagian besar orang Melayu manakala bahasa Minangkabau dan Batak dipercayai sangat
berbeza dengan bahasa Rao.
Dipercayai ramai orang Rao telah berhijrah ke Tanah Melyu dari abad ke 16 lagi dan pengaruh mereka juga telah
sampai ke Negeri Sembilan. Cerita mengatakan nama Pudu Raya diambil dari nama orang Rao bergelar Pudu (idiot) dan
nama ibunya Raya. Sejarah mencatatkan bahawa bahasa Melayu tertua berasal dari Riau yang tercatat dalam archive
gurindam 12 karya Raja Ali Haji. Namun masih ada persoalan mengenai asal usul bahasa Rao sehingga ke hari ini dan kajian
mengenainya perlu diteruskan untuk mendapat kepastian.
Bab 4 memaparkan tokoh-tokoh hebat dari keturunan masyarakat Rao yang dicatat oleh beberapa orang penulis.
Tokoh keturunan Rao yang pertama yang ditonjolkan ialah Tun (Dr) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, tokoh Melayu terbilang.
Beliau anak kelahiran negeri Perak dan berkelulusan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan awam. Pengajian beliau
termasuk di Universiti Malaya, di Netherlands dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Beliau pernah menyandang
pelbagai jawatan di sektor awam dan korporat di Malaysia dan yang paling terserlah ialah penggubalan dan pelaksanaan
pekeliling kemajuan pentadbiran awam, Skim Saraan Baru. Beliau seorang yang aktif dalam pelbagai entiti awam dan
korporat, badan sukan, warisan budaya, kesenian dan penulisan.
Tokoh kedua anak jati Rao ialah Tan Sri Rafidah Aziz, anak kelahiran Perak. Seorang lulusan dari Universiti Malaya
dalam bidang ekonomi, adalah tokoh wanita Melayu unggul yang terkenal sebagai perintis kepada perkembangan dan
kemajuan negara Malaysia dalam perdagangan antarabangsa. Beliau pernah menjadi pensyarah, ketua Wanita UMNO,
Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam, Timbalan Menteri Kewangan, Menteri Perusahaan Awam, Senator
Dewan Negara dan beberapa jawatan lain yang mempamerkan bakat kepetahan bersuara dan meningkatkan ekonomi
negara sepanjang masa beliau berkhidmat.
Dato’ Seri Mohamed Khalil Hj Hussein juga kelahiran di Perak dan graduan lepasan Universiti Malaya di Singapura.
Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan dan Keselamatan dalam Negeri,
Penolong Setiausaha, Kementerian Pelajaran, Penolong Pegawai Daerah, Setiausaha Kerja Majlis Pertahanan Negara,
Controller General of Immigration Malaysia, Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
dan banyak lagi jawatan di badan sukarela dan sebagainya.
Seterusnya anak Rao jati ialah Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Noordin yang dilahirkan di Kalumpang, Selangor. Beliau juga
mendapat pendidikan di Universiti Malaya, Singapura dalam bidang sastera dan falsafah. Beliau pun berkhidmat untuk
kerajaan sebagai Penolong Pegawai Daerah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan Selangor, Ketua Pengarah Tanah
dan Galian dan pelbagai jawatan lain. Almarhum Syeikh Imam Ishak bin Muhamad Arif A-Khalidi An-Naqsyabandi Ar-Rawi
pernah diberi tauliah sebagai imam di Masjid Kariah Lechar, Raub oleh Sultan Pahang iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar
kerana Syeikh Imam Ishak sangat arif dalam bidang agama. Allahyarham pernah berguru dengan ramai ulamak dan
masyaeikh dan banyak menganjurkan amalan bersuluk, menghasilkan tulisan berkaitan dengan amalan tareqat dan
mengangkat seramai 350 orang khalifah sepanjang zaman hayatnya.Ini merupakan sumbangan agama yang sangat berkesan
daripada seorang anak jati Rao kepada masyarakat Melayu.
Datuk Abdul Wahab Majid adalah salah seorang daripada pengasas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
dan dilahirkan di Raub, Pahang. Pernah melalui liku kehidupan Perang Dunia Kedua, namun cekal dan tidak putus asa dalam
pendidikan. Beliau pernah bekerja di Nanyang Siang Pau, akhbar berbahasa Mandarin selama 10 tahun. Di sini beliau
menulis berita dalam Bahasa Inggeris dan banyak diberi tugasan yang penting sehingga ke London, Jakarta, Tokyo, Manila,
Bangkok, Afrika Timur, Afrika Utara dan Australia untuk membuat liputan berita. Beliau juga antara dua wartawan yang
dipilih menggangotai perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), New York pada tahun 1967.
Tokoh Melayu Rao seterusnya ialah Dato’ Hussamuddin Yaacob, pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., anak negeri
Kelantan. Selaku Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, sumbangan beliau amat banyak dalam bidang penulisan dan
penerbitan kreatif di Malaysia. Usaha beliau telah melahirkan pelbagai golongan penulis dan sasterawan yang menyumbang
hasil karya mereka dalam pelbagai genre untuk diterbitkan dalam akhbar, majalah, buku, novel dan sebagainya.
29
Anak keturunan Rao ini juga memberi bantuan kepada ibu tunggal dan syarikat beliau mempunyai Dana Pendidikan
Karangkraf untuk membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan.
Ketokohan dan kesungguhan perjuangan gigih Mansoor Wan Abdullah, yang lahir di Bachok, Kelantan, selaku Presiden
Avon menjadi kebanggan masyarakat Melayu Rao.Beliau adalah tulang belakang kepada kejayaan Syarikat Avon pada ketika
ini. Pengasas Tanjong Malim, AllaharyamDato’ Hj Mustapha Raja Kamala adalah ketua kaum Rao di Gali, Raub yang berhijrah
ke Tanjung Malaim sekitar tahun 1870-1871. Alkisah, allahyarham membangunkan madrasah dan mengajar penduduk
sekitar ilmu agama di tempat yang bernama Pasir Tanjung. Pada suatu hari, ketua Sabak Bernam, Raja Itam bersama wakil
kerajaan Inggeris, Tuan List, telah bertandang di sana. Mereka hairan melihat ramai orang alim bersembahyang dan taat
kepada agama Islam. Oleh kerana itu, beliau memberi nama Tanjong Malim kepada tempat berkenaan dan ianya kekal hingga
ke hari ini. Allahyarham juga dermawan dan menyumbang kepada pembangunan masjid, balai polis, membuka tanah baru,
membangunkan pasar untuk berniaga dan sebagainya. Bagi mengenang jasa, kerajaan Perak menamakan jalan di kawasan
Kampung Kubu sebagai Jalan Hj Mustapha bin Raja Kamala.
Haji Tahir Lebai Tenggam merupakan pemegang rekod perkhidmatan sukarela paling panjang di negeri Perak.
Sepanjang tempoh sebagai ketua kampung, Hj Tahir pernah menjadi guru agama dan berdakwah ke merata tempat. Beliau
dihormati kerana sifat zuhud, tawaduk dan kealiman. Penduduk di Batu Masjid mempunyai ukhwah dan silaturrahim yang
sangat erat kerana beliau. Syeik Muhammad Shalih bin Muhammad Murid al-Khalwati as-Sammani asy-Syazili ar-Rawi adalah
antara orang Rao yang mempunyai nama yang unik. Karya dan pemikiran beliau juga sangat unggul kepada masyarakat
Melayu Rao. Antara karya beliau ialah Fath al-Mubin, Kitab ash-Shaid wa az-Zabaih, Kitabul Adh-hiyah dan Kitabul Ath’imah
yang semuanya berunsurkan ajaran hadis, fikah dan cara ibadat.
Tokoh yang bernama Tuanku Tambusai adalah ulama dan pahlawan yang menyemai benih anti penjajah. Bersama rakan
taulan, Tuanku Tambusai menubuhkan Kaum Paderi dan bekerjasama dalam perjuangan menentang Belanda. Jasa besar
beliau ketika itu menyatupadukan tiga etnik iaitu Minangkabau/ Rao, Melayu dan Mandailing dan mempertahankan agama
Islam. Pengorbanan Tuanku Tambusai sangat besar dari segi tenaga, harta dan pemikiran. Tuanku Imam Bonjol adalah
gelaran yang diberi kepada guru agama di Sumatera. Nama sebenarnya ialah Peto Syarif Ibnu Pandito Bayanuddin.
Pemerintah Indonesia mengiktiraf beliau sebagai pahlawan nasional.Pihak Belanda berkali membuat perdamaian dengan
beliau tetapi semuanya gagal kerana angkara Belanda sendiri.Tipu muslihat Belanda menyebabkan Tuanku Imam Bonjol
terjebak dalam perundingan dengan Belanda dan akhirnya dihantar ke Manado dimana beliau wafat pada usia 92 tahun.
Tokoh yang amat ketara keturunan Rao ialah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Keturunan Tok Gajah asalnya dri
Rao, Sumatera Barat. Mat Kilau dikatakan pandai mengaji, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana. Beliau juga belajar
bersilat dan menuntut ilmu kebatinan dimana dipercayai beliau boleh menghaibkan diri. Ciri-ciri seorang pemimpin,
pahlawan dan berfikiran matang beliau ini menyebabkan beliau pernah bertemu dan berkongsi idea dengan residen British,
Hugh Clifford. Salahsilah nama Mat Kilau dan Mat Siam diputuskan oleh Menteri Besar Pahang pada 6 Ogos 1970 dimana
secara sah Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau dan dipercayai beliau meninggal dunia pada usia 122 tahun.
Allahyarham Haji Buyong Adil atau nama sebenar Yusof bin Adil, terkenal dengan ungkapan, ‘ Hapus sejarah hilanglah
bangsa!’ dan beliau percaya sejarah sesuatu bangsa perlu ditulis oleh bangsa itu sendiri dan bukannya orang asing seperti
yang ditulis oleh orientalis barat seperti W.G. Shellabear, R.O.Winsteadt atau Tom Pires di Nusantara pada kurun ke 19.
Beliau dilahirkan di Teluk Intan, Perak dan mendapat pendidikan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.
Beliau juga tegas mengatakan bahawa sejarah perlu diajar sebagai teras dalam sistem pendidikan sesebuah negara untuk
mengenali tamadun bangsa sendiri dan sejarah juga mengajar manusia cara menemui erti jalan penyelesaian ketika dilanda
kemelut. Sekitar tahun 1936, semangat kebangsaan telah dicetus kepada pelatih SITC oleh pensyarah seprti Ahmad
Bakhtiar, Harun Aminur Rashid dan Pendeta Za’ba. Selain Haji Buyong, lahir beberapa nasionalis di kalangan guru-guru
Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ahamad Murad Nasaruddin, Ngumba, Muhammad Yassin Makmur (Pungguk), Mohd Isa
Sulaiman, Senu Abdul Rahman dan Tun Ghaffar Baba. Haji Buyong gemar matapelajaran sejarah dan berjaya melahirkan
karya sejarah berbentuk buku. Sekitar tahun 1964 hingga 1970, beliau giat menyusun buku-buku sejarah seperti Sejarah
Johor, Sejarah Selangor, Sejarah Perak dan Sejarah Pahang yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ketika
bertugas sebagai penyelidik sejarah di DBP, Haji Buyong juga menulis buku sejarah negeri-negeri Melayu iaitu Sejarah
Sarawak, Sejarah Perlis, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Melaka, Sejarah Kedah, Sejarah Terengganu, Sejarah Kelantan
disamping menulis fiksyen kanak-kanak. Jasa beliau sebagai sejarahwan dan pendidik amat besar kepada negara.
Tokoh Asrul Sani dikenali sebagai seniman pelopor Angkatan ’45 bersama Chairil Anwar dan Rivai Apin dan juga pengasas
‘Gelanggang Seniman Merdeka.’ Beliau menyumbang lapan kuntum puisi dalam antologi ‘Tiga Menguak Takdir.’Hasil karya
sastera ketika itu kebanyakkannya membangkitkan semangat kebangsaan. Beliau pernah belajar bersama dengan
sasterawan Indonesia iaitu Pramoedya Ananta Toer, memimpin tentera pelajar, menerbitkan suratkhabar ‘Suara Bogor’,
anggota redaksi majalah kebudayaan ‘Gema Suasana’ dan ‘Gelanggang’ dan menjadi wartawan majalah ‘Zenith.’Sebenarnya
Asrul Sani hebat orangnya, selain daripada seorang penyair, penulis cerita pendek, esei, penterjemah , penulis lakon layar
drama dan filem, beliau juga seorang doktor haiwan dan pernah menimab ilmu pendidikan dalam dramatologi dan
sinematografi di University of Southern California. Asrul Sani mengabdikan dirinya pada seni dan sastera sepanjang
hayatnya.
30
Review seterusnya di Bab 5 berkisar dengan Adat Resam, Budaya dan Kesenian masyarakat Melayu Rao. Di awal bab
ini, penulis Ida Hariati Hashim berkongsi panduan hidup seorang wanita Rao yang berjiwa kental dari pelbagai aspek.
Beberapa petua dikongsi disini, contohnya, menjadi ibu yang soleh, isteri yang baik dan cara-cara mengurus anak dan
rumahtangga dengan berkesan. Seterusnya bab ini mengisahkan Mitos Pantang Tanah, contohnya, anak Raja-raja Rao
ketika lahir sehingga berusia 15 bulan, tidak dibenarkan terkena tanah, abu atau bunga kerana ia dipercayai boleh
memnyebabkan sakit perut, demam panas dan sebagainya. Beberapa kisah lain juga diceritakan mengenai pantang larang
yang perlu diikuti yang melibatkan budaya, upacara dan agama hasil tulisan Syamsiruddin.
Zabidin Haji Ismail juga menyentuh Adat Berjojak Pepaja Rao iaitu pantang tanah di kalangan masyarakat Rao
menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejakkan kaki ke tanah. Adalah
dipercayai keturunan ‘Marahsabi’ masih mengamalkan adat ini sehingga ke hari kini. Selain itu, Adat Berjojak dari sudut
pandangan seorang Mandailing juga diutarakan dalam Bab 5 ini oleh Hanifah Hj Ibrahim. Halaman seterusnya dalam Bab 5
memaparkan bagaimana sebuah keluarga yang bermastautin di Kuala Lumpur masih mengamalkan tradisi yang sungguh
unik ini dari awal hingga akhir.
Disamping itu, lakaran rumah masyarakat Rao juga ditonjolkan. Alat gunaan dapur seperti tudung saji yang
melambangkan jati diri etnik Rao diukur dengan corak motif kepentingan kesepakatan keluarga, keindahan serta budaya
unggul juga dipamerkan. Selain itu, peralatan mempelai Rao dari pakaian pengantin sehinggalah balut tepak sirih
diperlihatkan. Peralatan seperti almari, kain songket, sejadah dan lauk pauk masyarakat Rao berserta resipi disisip dalam
Bab 5 ini.
Bab 6 dalam buku Sekondakhati membicarakan Asal-Usul Tempat seperti Selama di Perak, Raub di Pahang, Kampung
Rao di Chemor Perak dan Kampung Batu Masjid di Perak. Dalam penceritaan asal usul tempat-tempat ini sangat menarik
kerana diperjelaskan betapa hebatnya masyarakat Rao dalam membangunkan tempat-tempat berkenaan.Unsur-unsur
sejarah, petempatan, lokasi dan sebagainya diterang dengan jelas dalam bab ini.
Balik Kampung adalah tajuk utama dalam Bab 7 ini. Ia antara lain memaparkan catatan Marisma dari Raub mengenai
jejak kasih ke Tanah Rao, Kembara ke Tanah Minang dan Rao di Sumatera Barat ditulis oleh Dr Talib Samat, memberi
catatan perjalanan 45 anggota JARO ke Sumatera Barat mencari saudara-mara yang terpisah. Ianya seolah satu
penghijrahan atas usaha persatuan JARO melawat kembali tempat-tempat bersejarah dan indah di bumi Sumatera. Lawatan
rombongan JARO ini mengeratkan lagi silahturrahim masyarakat Rao secara keseluruhannya seperti yang dicatat oleh Jari
Basurek.
Bab 8 membawa tajuk Coretan Anak Rao yang dicatat oleh Hanifah Hj Ibrahim dan Jari Basurek. Banyak maklumat
mengenai peristiwa kebesaran orang seperti Lebai Saat dan Haji Rao, Muhammad Rawi, Haji Abdul Kadir Sulaiman
diceritakan di awal bab ini. Coretan seterusnya mengimbau kisah Berjalan-jalan di Pulau Batam, Berjalan-jalan di Pulau
Temasik, pantun Senduduk Tak Berbunga Lagi, Meh Siko, Copek Kilan..Donga Cerita Aku Ko Ha!!!, Selamat Bersidang
UMNO: DiLambong Tak Pocah! Torompeh Endo Jamin!, Coretan dari Rao, Coretan Reski Hasan Dari Rao dan Anak Rao
Gunung esah, Gopeng Pun Berandai yang dicatat oleh Jari Basurek juga dikisahkan.
Bab 9 dalam buku Sekondakhati memberi tumpuan lebih kepada ulasan Mesyuarat Penubuhan Persatuan Jalinan Rao
Malaysia, Taklimat Khas JARO, Mesyuarat Seminar Melayu Rao, Etnik Melayu Rao dalam Kajian UKM, Mencari Bako Sutan
Sekondak Hati, Kajian Awal Tuanku Rao, Pembukaan Kertas Kerja dan Gambar Kenangan, semuanya hasil catatan Jari
Basurek.
Akhir sekali Bab 10 sebagai penutup memberi kesimpulan masyarakat Rao yang kaya dengan pelbagai aspek dari segi
kesenian, budaya dan kepakaran. Bangsa perantau ini menunjukkan kejayaan yang lebih besar berbanding di negara sendiri
kerana mereka bekerja keras, cekal, bijak dan kental adalah sifat semulajadi mereka. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu
adalah sekitar awal abad ke 19 setelah kalah di tangan Belanda. Walaupun hidup mereka pada awalnya sangat menyedihkan
kerana mereka terpaksa melarikan diri dan berada dalam ketakutan, namun mereka kental dan tidak mengabaikan agama
dan budaya mereka. Yang paling membanggakan ialah masyarakat Rao tetap Islam meskipun ditindas oleh Belanda dan
masih tebal dengan nilai-nilai agama, budaya dan kemasyarakatan mereka.
Sebagai pembaca bukan Melayu, saya memperoleh ilmu yang amat bernas mengenai keturunan Rao di kalangan
masyarakat Melayu yang saya kenali melalui buku Sekondakhati ini. Saya berpendapat mereka masyarakat yang berjiwa
besar, berani, cekal, berhati keras, mempunyai semangat kekitaan, kebudayaan sastera dan seni dan pegangan agama yang
telus dan tinggi serta sangat cerdik dalam hal pentadbiran, pendidikan dan ekonomi.
31
SAJAK
PEPOHONAN
KEHIJAUAN
KULIHAT PEPOHONAN YANG HIJAU MENAWAN
GEMERCIK AIR SUNGAI MENGALIR DERAS
BURUNG-BURUNG BERKICAU DENGAN INDAH
GUNUNG-NYA MENJULANG TINGGI DI AWAN
LIHATLAH DI SEKELILINGMU
PASTI KAU TIDAK AKAN JEMU
MELIHAT JALARAN INDAH DATANG BERTAMU
BERKONGSI ALAM DENGAN DIRIMU
LINGKARAN POHON MENAMBAH SUASANA
MENJADI TANDA BESARNYA MAHA ESA
JANGAN DISOAL MENGENAI KUASA
YANG BERDAHAN JUGA MAMPU BINASA
PEPOHONAN NAN MENGHIJAU
MEMBUAT MATA TERANG BERSINAR
TANPA KEHIJAUAN HILANGLAH SERI BUMI
AGAR PEPOHONAN SENANTIASA DISINARI SANG
MENTARI
DR HJ NOOR AZMI BIN OSMAN
UNIT KOKURIKULUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
32
SA-SRAJAKASA
Lalang dewasa
Penuh semarak jiwa
Membungkam di gerimis senja
Bersama angin sepoi bahasa
Bergoyangan dan berdansa
Merungkai seribu bahasa
Lalang dewasa
Teguh akar perkasa
Hadapi dunia pancaroba
Menyingkap nyalarasa
Derita dan bahagia
Benih lalang berleluasa
Memenuhi bumi gersang jiwa
Meraba kemelut rasa
Adanya tuba dan gula
Indahnya dunia nan nyata
Tetap sedar pada Esa
EN. AZLANLIN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS IPOH
33
ARTIKEL
TAHUKAH
ANDA
ALIRAN
PENEKANAN
ISU ALAM
SEKITAR
DALAM
RANCANGAN
MALAYSIA?
DR. MANI RAJAN
a/l ELLAPPAN
Jabatan Sains dan Matematik
IPG Kampus Ipoh
34
Di Malaysia, kesedaran tentang alam sekitar mula diberi penekanan dalam Rancangan
Malaysia Pertama (1966-1970) sehingga yang terbaru Rancangan Malaysia Kesebelas
(2016-2020). Namun, penekanan yang lebih terperinci diberikan bermula dalam
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) iaitu di dalam topik pembangunan dan
persekitaran Bab 11 membuktikan bahawa kepentingan alam sekitar telah mula
mendapat tempat dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara.
Jadual1menerangkan aliran penekanan isu alam sekitar dalam Rancangan Malaysia
bermula dari Rancangan Malaysia Ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesebelas secara
terperinci.
Jadual 1: Rancangan Malaysia dan Pelaksanaan Pembangunan Lestari
RANCANGAN BAB / IDEA / KETERANGAN
MALAYSIA PERKARA
RANCANGAN BAB 11 • DASAR NEGARA MENGENAI ALAM
MALAYSIA PEMBANGUNAN
KETIGA DAN PERSEKITARAN SEKITAR DIPERKENALKAN YANG MEMBERI
(1976–1980)
PENEKANAN KEPADA KEPENTINGAN
RANCANGAN
MALAYSIA PENGEKALAN MUTU ALAM SEKITAR
KELIMA
(1986-1990) UNTUK KEPERLUAN PENDUDUK DAN
RANCANGAN KEPERLUAN MENGEKALKAN ALAM
MALAYSIA
KEENAM SEKITAR YANG SIHAT.
(1991-1995)
BAB 5 • ASPEK PEMULIHARAAN DAN
RANCANGAN PERSEKITARAN
MALAYSIA PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR DARIPADA
KETUJUH BAB 15
(1996-2000) PERSEKITARAN PENGUSAHAAN SUMBER-SUMBER ALAM
SECARA BERLEBIHAN DAN PENCEMARAN
ALAM SEKITAR DIBERIKAN KEUTAMAAN.
• PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA)
DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR
MENERUSI PENDIDIKAN FORMAL DAN
INFORMAL MULA DIBERI FOKUS OLEH
PIHAK KERAJAAN DALAM ASPEK
PENGURUSAN ALAM SEKITAR.
• PENEKANAN KEPADA PENGURUSAN YANG
CEKAP KE ATAS ALAM SEKITAR DAN
SUMBER SEMULA JADI BAGI MEMASTIKAN
PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG
WALAUPUN PEMBANGUNAN NEGARA TERUS
DIJANA.
• PERANAN SEMUA AGENSI KERAJAAN DI
PERINGKAT PUSAT DAN NEGERI DIBERI
TANGGUNGJAWAB SECARA LANGSUNG KE
ATAS USAHA MENGEKALKAN
PEMBANGUNAN SUMBER-SUMBER SEMULA
JADI.
• PROGRAM KESEDARAN MASYARAKAT
MENGENAI KESAN JANGKA PANJANG
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DITINGKATKAN DAN PENYEPADUAN
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN DI ANTARA
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN
PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR DIGIATKAN.
BAB 19 • ISTILAH PENGURUSAN MAMPAN TELAH
PERSEKITARAN DAN
PENGURUSAN SUMBER MULA DIPERKENALKAN
MAMPAN
• USAHA MENYEPADUKAN
PERTIMBANGAN ALAM SEKITAR KE
DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN
TELAH DIPERTINGKATKAN DAN
MEKANISME INSTITUSI, PERUNDANGAN
DAN PERATURAN JUGA DIPERKUKUHKAN
35
RANCANGAN BAB / IDEA / KETERANGAN
MALAYSIA PERKARA
• MERUPAKAN KESINAMBUNGAN ASPEK
RANCANGAN BAB 19
MALAYSIA PERSEKITARAN DAN ALAM SEKITAR DARI RANCANGAN
KELAPAN PENGURUSAN SUMBER
(2001-2005) LESTARI MALAYSIA KETUJUH.
RANCANGAN PERKARA 92 • DASAR ALAM SEKITAR NEGARA MULA
MALAYSIA MEMASTIKAN
KESEMBILAN PEMULIHARAAN DIPERKENALKAN.
(2006-2010) ALAM SEKITAR DAN
PENGURUSAN SUMBER • PENEKANAN DIBERIKAN KEPADA ISU
RANCANGAN SECARA MAMPAN
MALAYSIA PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN SUMBER
KESEPULUH IDEA KE-9
(2011-2015) MENGHARGAI DAYA DALAM BERSEPADU DAN HOLISTIK.
KHAZANAH
RANCANGAN ALAM SEKITAR • MENGATASI PENCEMARAN UDARA,
MALAYSIA
KESEBELAS BAB 6 MENGURANGKAN DEGRADASI SUNGAI,
(2016-2020) MENUJU KE ARAH
PERTUMBUHAN MENINGKATKAN KUALITI MARIN DAN AIR
HIJAU BAGI
MENINGKATKAN BAWAH TANAH, SERTA MENANGANI ISU
KEMAMPANAN
DAN DAYA TAHAN SAMPAH SECARA KOMPREHENSIF.
• MENYENTUH GALAKAN AMALAN
PENGURUSAN SUMBER ASLI IAITU SUMBER
TANAH, AIR, HUTAN, TENAGA DAN MARIN
SECARA LESTARI/MAMPAN.
• PERANAN NGO BERKAITAN DENGAN ALAM
SEKITAR SEPERTI PERTUBUHAN NGO ALAM
SEKITAR MALAYSIA (MENGOS) DAN PIHAK
BERKEPENTINGAN DALAM MENGUKUH
KERJASAMA DAN INTEGRASI DALAM USAHA
MEREKA BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN
TERHADAP ISU ALAM SEKITAR DAN SUMBER
ASLI SERTA MEMBERI INPUT, KOMEN DAN
MAKLUM BALAS KEPADA KERAJAAN.
• ISTILAH TEKNOLOGI HIJAU TELAH MULA
DIPERKENALKAN
• MEKANISME SEPERTI FEED-IN-TARIFF DAN
INSENTIF FISKAL DIPERKENAL UNTUK
MENGGALAK PELABURAN BERASASKAN
TEKNOLOGI HIJAU
• BIDANG FOKUS A:
MEMPERKUKUH PERSEKITARAN YANG
MENYOKONG PERTUMBUHAN HIJAU
• BIDANG FOKUS B:
MENGGUNA PAKAI KONSEP PENGGUNAAN
DAN PENGELUARAN MAMPAN
• BIDANG FOKUS C:
MEMULIHARA SUMBER ASLI UNTUK
GENERASI MASA KINI DAN MASA HADAPAN
• BIDANG FOKUS D:
MEMPERKUKUH DAYA TAHAN TERHADAP
PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM
SUMBER: DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARIPADA UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN
PERDANA MENTERI (2015)
36
Kesimpulannya, arah tuju pembangunan lestari di
Malaysia masih dikekang oleh pelbagai faktor ekonomi,
sosial, budaya dan politik dan pada masa yang sama
pembangunan ekonomi dan sosial perlu diteruskan. Justeru
menurut Shaharudin (2011) pembangunan yang
mengorbankan sebahagian alam sekitar seiring dasar
pembangunan negara masih boleh diteruskan tetapi perlu
ditunjangi oleh inti pati pembangunan lestari. Sehubungan
itu, pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) (2013-2025) oleh kerajaan juga merupakan satu usaha
kearah mewujudkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan
pelajar atau generasi muda. Anjakan ketiga dalam PPPM
membuktikan hasrat kerajaan dalam melahirkan rakyat yang
menghayati nilai akan membantu dalam mentransformasikan
sistem pendidikan negara dalam menerapkan konsep
pembangunan lestari kelak.
RUJUKAN
EKONOMI, U. P., & MENTERI, J. P. (2006). RANCANGAN MALAYSIA
KESEMBILAN 2006-2010. UNIT PERANCANG EKONOMI. JABATAN
PERDANA MENTERI. PUTRAJAYA.
EKONOMI, U. P. (2010). RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH 2011-
2015. PUTRAJAYA: JABATAN PERDANA MENTERI.
MALAYSIA, K. (1976). RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980).
KUALA LUMPUR, PERCETAKAN NEGARA.
MALAYSIA. (1986). RANCANGAN MALAYSIA KELIMA, 1986-1990.
DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA.
MALAYSIA.(1991). RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
MALAYSIA. (1996). RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH 1996-2000.
UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI.
MALAYSIA. UNIT PERANCANG EKONOMI. (2001). RANCANGAN
MALAYSIA KELAPAN, 2001-2005. PERCETAKAN NASIONAL
BERHAD.
SHAHARUDIN, I. (2011, JUN 7). MENELUSURI LALUAN
KELESTARIAN PENDIDIKAN. RUANGAN MINDA INTELEK, BERITA
HARIAN. DIPEROLEH DARIPADA
HTTP://WWW.UKM.MY/LESTARI/DOC/POPULAR/DOCUMENT(18).P
DF
UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI. (2015).
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA HINGGA KESEBELAS.
PUTRAJAYA: UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA
MENTERI. DIPEROLEH DARIPADA
HTTP://EPU.GOV.MY/MS/RMK/RANCANGAN-MALAYSIA-
PERTAMA.
UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI. (2017).
RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA. DIPEROLEH DARIPADA
HTTP:/ DIPEROLEH DARIPADA
/EPU.GOV.MY/MS/RMK/RANCANGAN-MALAYSIA-KESEBELAS-
2016-2020
37
SAJAK
ATURAN DUNIA
ORDER BARU
(PERISTIWA AKHIR KURUN)
TN HJ AMIR BIN HASSAN
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL, IPG KAMPUS IPOH
DUNIA ORDER BARU SEMUANYA TELAH DIKHABAR BAGINDA 38
DUNIA KAN SEMENTARA, AKHIRAT ABADAN ABADA
DISABDAKAN BAGINDA ISYARAT DAN TANDA
AGAR UMATNYA TIDAK LALAI TIDAK LEKA
BACALAH DAN PERHATI PELBAGAI PETANDA
SUNGAI EUFRAT MENGERING DI IRAQ
MUARANYA DI NEGARA TURKI
PERUTNYA DI NEGERI SYAM
HILIRNYA DI NEGARA IRAQ
DI WILAYAH INI GUNUNG EMAS PUN MENJELMA
NAH..KAUM ADAM DARI SEGENAP INCI DUNIA
BERLUMBA-LUMBA MENGGALI MENGGADAI NYAWA
AKHIRNYA PEREBUTAN BERTUKAR MENJADI PERANG SENGKETA
TIADA JANJI SYAHID SEPERTI PEJUANG AGAMA
KHABARNYA SETIAP SERATUS SATU YANG HIDUP BERNYAWA
JELEKNYA BAGINDA MELIHAT RASA DAN SUASANA
DUNIA ORDER BARU SEMUANYA TELAH DIKHABAR BAGINDA
SUNGAI EUFRAT MENGERING SUDAH ALIRNYA
PETANDA KIAMAT SEMAKIN HAMIR TIBA
TENTERA ROM PUN DIBERITA BERGERAK KE SANA
LAGAKNYA GAH POLIS DUNIA
MEDAN TEMPURNYA DI LAUT CINA SELATAN
DUNIA TERBELAH DUA BLOK NEGARA
SATU KIBLATNYA KE BARAT
SATU LAGI MENDATAR TERNGADAH BLOK TIMUR
DUNIA ORDER BARU SEMUANYA TELAH DIKHABAR BAGINDA
DIBERITAKAN, ISLAM KAN BERDAMAI DENGAN BARAT
BERKIBAR MENERANGI TIMUR BERSAMA PANJI-PANJI DUSTA
PERSAHABATAN PALSU AKHIRNYA RUNTUH JUA
ROM BERKOKOK MENDABIK DADA DI DAMASKUS
MENGIBAR JALUR GEMILANG SALIB SERATA DUNIA
HINGGA TERLUPA KAWAN BERTUKAR JADI LAWAN SENGKETA
DUNIA ORDER BARU SEMUANYA TELAH DIKHABAR BAGINDA
UMATNYA TAK RELA DITINDAS DAN DIPERSENDA
ISLAM PUN BANGKIT MENGANGKAT SENJATA MEMERANGI SALIB NAN
CELAKA
AKHIRNYA MENGIBAR PANJI KEMENANGAN DI ARMAGEDON
AL-MALHAMAH AL-KUBRO DI SYAM
GHOUTA, KOTA AGMAQ DAN DABIQ
LANTAS DUNIA BERLUMBA MENGIBAR GENDANG PERANG
CELAKA ROM BERUSAHA BERBAIAH DENGAN ARABIA DAN ISLAM
DUNIA ORDER BARU SEMUANYA TELAH DIKHABAR BAGINDA
AYUH…KUSERU BERSIAPLAH WAHAI PARA MUJAHID SEMUA
AYUH...UMMAT INILAH MASA FASA AKHIR ZAMAN
PERISTIWA ISTIMEWA SERBA LUAR BIASA
PERANG BIOLOGI SENJATA BUKAN LAGI SENAPANG BOM ALA TENTERA
AWAS DUNIA ORDER BARU SEMUANYA TELAH DIRESET SEMULA.
CERPEN
DIA KUNCI
SYURGAKU
WARDAH SINA
PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN JABATAN PENGAIRAN DAN
SALIRAN MALAYSIA
39
26 Disember 2017.
Tanggal ini akan terus segar dalam memoriku selagi jasad dan nyawa
masih bersatu. Bagaimana mungkin aku dapat melupakan kerana hari
itu anak ketigaku, Uwais Al-Qorni yang ketika itu berusia empat tahun
disahkan menghidap gangguan spektrum autisme ringan (Mild Autism
Spectrum Disorder). Walaupun berat untuk aku terima namun
perkataan ‘ringan’ memberikan sedikit harapan. Aku berpaut pada
enam aksara itu agar tidak terbawa arus kekecewaan.
Rasa remuk yang aku rasa tatkala mendengar berita itu aku bungkus
kemas, ikat ketat dan tanam jauh ke lubuk hati. Ada urusan lebih
penting yang perlu aku dan suami selesaikan.
Hari itu, doktor menyerahkan Borang Permohonan Pendaftaran Orang
Kurang Upaya dan surat diagnosis. Manakala dokumen permohonan
intervensi awal di Pusat Permata Kunia, Sentul, Kuala Lumpur
difakskan terus oleh pihak hospital. Semua nasihat dan saranan doktor
kami patuh dan turuti demi kebaikan Uwais.
Julai 2018, Uwais memulakan sesi intervensi dan sudah pun berakhir
pada Mac 2021. Terlalu banyak perubahan dan perkembangan positif
sepanjang tempoh itu. Terlalu banyak juga peristiwa yang berlaku
namun aku mensyukuri setiap apa yang terjadi dan setiap seorang
yang aku temui.
Uwais mula bertutur tiga patah perkataan dalam satu ayat menjelang
usianya lima tahun dan sehingga kini pun, dia masih mengalami
kesukaran untuk berkomunikasi. Ketidakupayaannya menzahirkan
kemahuan melalui pertuturan menyebabkan emosinya sukar dikawal
serta mudah mengamuk hingga kadang-kadang mencederakan orang di
sekelilingnya.
Pernah satu ketika, hanya disebabkan dia mudah mengamuk, dia
dikatakan dirasuk hantu. Sesungguhnya tuduhan itu terlalu pahit
untuk aku telan. Jujur, aku terluka dan marah. Aku kecewa. Aku
berikan ruang pada diri untuk melayan rasa sedih namun cepat-cepat
aku kutip kembali semangat yang berkecai. Aku pujuk diri. Aku perlu
kuat untuk Uwais.
Sehingga ke satu tahap, mungkin hati aku sudah setegar karang, aku
tidak lagi ambil peduli mengenai pandangan orang sekeliling. Aku juga
abaikan kata-kata serong mereka. Misi aku hanya satu iaitu
menggunakan apa saja cara untuk membantu Uwais berdikari.
Uwais Al-Qorni adalah satu-satunya anak yang ketika aku kandung,
aku sentiasa titipkan doa khas untuknya dan sehingga kini aku simpan
kemas doa itu. Aku percaya dan yakin, cepat atau lambat Uwais pasti
berjaya mencapai apa yang aku telah doakan untuknya. Jika tidak di
dunia ini, di syurga sudah pasti! Dan biarlah doa itu menjadi rahsia
antara Allah dan aku.
Cukup sampai di sini aku berkongsi cerita mengenai Uwais. Aku ingin
tetap menjaga harga dirinya. Persoalan yang lebih besar bukanlah
mengenai dia tetapi tentang aku. Sama ada aku tetap redha dan
menikmati hikmah seorang Uwais dalam hidupku atau sebaliknya.
40
Kuatkah aku?
Ya Allah, kuatkah aku?
Pertanyaan itu berlegar-legar di minda. Aku mempersoalkan keupayaan
diri untuk mendidik dan membesarkan Uwais. Sungguh pun aku tahu
Engkau tidak akan menguji melampaui kemampuan namun aku juga
sedar; aku hanyalah seorang pendosa yang imannya ada pasang surut.
Pun begitu, aku terus melangkah mengutip hikmah di sebalik semua
ini walau kaki sakit tertusuk duri, walau hati selalu terluka, walau
mata seringkali menangis.
Sejujurnya, menguruskan anak autisme dengan tiga adik-beradiknya
kadang-kala menguras tenagaku sehingga tidak berbaki. Memberikan
kasih sayang seadilnya kepada empat orang anak tatkala salah seorang
daripada mereka memerlukan perhatian khusus bukanlah hal yang
mudah.
Anak-anak aku masih muda. Malahan yang bongsu itu saja baru berusia
empat tahun. Memahamkan mereka bahawa hero seorang ini berbeza
dengan mereka bukan topik yang boleh dibicarakan semudah A, B, C.
Adik yang seorang ini cara layanan, didikan, pertuturan, makanan,
pakaian, pandangan, emosi, perspektif dan persepsinya tidak sama
dengan mereka. Hampir segalanya berbeza dan ia cabaran besar yang
menuntut sepenuh perhatian bukan hanya dari aku tetapi seluruh
keluarga.
Semua anggota keluarga perlu memahami dengan jitu perbezaan dan
keunikan yang ada pada diri Uwais. Dan, proses memahami itu adalah
satu perjalanan yang panjang. Terlalu banyak cara kami cuba agar
dapat mendekati dan memahami dirinya tanpa ada adegan amukan.
Menangani kecelaruan anak-anak autisme perlu ‘try and error’, kadang
menjadi kadang gagal. Tidak ada cara khusus untuk memahami mereka
dengan pantas.
Pernah beberapa kali aku menitipkan pesan kepada abang dan kakak
agar terlebih dahulu bertanyakan pasangan kesanggupan mereka
menjaga Uwais.
“Abang, kakak… esok-esok kalau nak kahwin, tolong tanya pasangan
masing-,asing, mereka nak ke… sangup ke sama-sama jaga Uwais?”
“Memang takde la mama. Abang dengan kakaklah jaga Uwais sama-
sama,” jawab anak sulungku.
Aku terkedu. Terbit rasa bangga dan lega kerana jika aku pergi
meninggalkan dunia ini buat selamanya, aku yakin, Uwais akan dijaga
dengan baik oleh abang, kakak dan adiknya. Bagaimanapun, terselit
rasa risau bahawa tanggungjawab itu akan membataskan pergerakan
mereka.
Kenapa? Kerana aku juga tidak rela jika kehidupan anak-anak
terhalang dalam usaha mereka mengejar impian, mengehadkan
keinginan mereka sedangkan mereka juga punya hak untuk menikmati
kehidupan semaksimanya. Hakikatnya, mereka banyak berkorban
dengan menafikan hak sendiri demi kasih pada Uwais.
41
Siapa yang akan menjaga Uwais jika aku pergi dahulu? Perlukah aku
mohon kepadaNya agar aku dan Uwais ‘diambil’ bersama?
Kedengarannya kejam bukan? Sedangkan Uwais juga punya hak untuk
menikmati kehidupannya, meneroka pelbagai perkara baharu. Tetapi,
hanya mereka yang dianugerahkan anak istimewa sahaja akan
memahami betapa dahsyatnya pergolakan dalam diri.
Seorang sahabatku pernah berkata..
“Semakin kita diuji, semakin tinggi darjat kita di sisi Allah jika kita
terus sabar dan redha”.
“Jangan risau tentang siapa yang akan menjaga Uwais, Allah kan ada.
Dia yang akan jaga Uwais”.
Terima kasih sahabat, kata-kata itu membuat hatiku benar-benar
terpujuk. Dada yang sesak dengan emosi serta minda yang penuh
dengan persoalan terasa lapang. Jiwaku yang selama ini membawa
segunung beban terasa ringan seperti kapas berterbangan bebas di
udara. Alhamdulillah, semakin aku syukuri segalanya semakin
dimudahkan perjalanan hidupku dan semakin aku dikelilingi orang-
orang yang tulus.
Apa yang mampu aku lakukan adalah mengadu kepadaNya. Mohon
dilembutkan hati agar tidak berbolak-balik menerima qada’ dan qadar
yang Allah sudah tentukan untuk aku, Uwais serta seisi keluarga.
Bagaimana mungkin aku memohon seribu rahmat jika aku ingkar
nikmat?
Bagaimana mungkin aku menangis mohon dilhilangkan resah gelisah
jika kuncinya aku tidak kisah?
Bagaimana mungkin aku memohon taubat jika aku lepaskan kuncinya
yang hebat?
Bagaimana mungkin aku meminta segala kebaikan jika kuncinya aku
nafikan?
Bagaimana mungkin aku merayu dimudahkan urusan jika kuncinya aku
remehkan?
Bagaimana mungkin aku menginginkan kebahagiaan jika kuncinya aku
biarkan?
Bagaimana mungkin aku mengimpikan syurga jika kuncinya tidak aku
jaga?
Bagaimana mungkin aku nikmati kehidupan ini jika tanpa Uwais Al-
Qorni?
Uwais, tetap sempurna dalam ketidaksempurnaannya. sesungguhnya,
kekurangannya memberikan kelebihan buat aku. Bukankah melangkah
masuk ke syurga itu memerlukan ‘kunci’? Semoga Uwais Al-Qorni
menjadi kunci syurga buat kami sekeluarga.
42
MEMBACA SENTIASA,
INTELEKTUAL DIPERKASA
MEMBACA SENTIASA,
INTELEKTUAL DIPERKASA
BULETIN PERPUSTAKAAN 2021
KOLEKSI TAMAN BERKARYA
PERPUSTAKAAN