ِب ْس ِم َّل هلاِ ال هر ْح َم ِن ال هر ِحيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya, Buletin
Taman Berkarya Siri 2 tahun 2021 dapat diterbitkan. Penerbitan e-buletin ini menyajikan karya
puisi kreatif bertemakan judul di “tulang buku” nukilan warga IPG Kampus Ipoh untuk
dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembaca.
Merenung sejenak, di sepanjang pendemik Covid-19 ini melanda negara dan membataskan
pergerakan tetapi kita masih lagi mendapat karya-karya yang dihasilkan oleh warga IPG Kampus Ipoh
untuk dikumpul dan diterbitkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penyumbang karya dan barisan panel
penilai serta sidang redaksi yang bertungkus-lumus dalam menjayakan penerbitan pada kali ini.
Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua di atas kerjasama dalam
menyokong bagi memastikan Buletin Taman Berkarya untuk terus melangkah maju ke hadapan. Tidak lupa juga
kepada rakan maya Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Saya berharap komitmen dan dedikasi semua akan
berterusan dalam menyumbang karya serta menyuburkan lagi bidang penulisan.
Selain itu, penerbitan e-buletin ini juga merupakan satu usaha murni kepada warga IPG Kampus Ipoh terutamanya
pensyarah dan pelajar dalam menyalurkan pelbagai hasil penulisan. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat
mengembangkan profesionalisme, malah menghasilkan warga yang kreatif dan inovatif.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha menerbitkan e-Buletin Taman Berkarya Siri 2 tahun 2021. Semoga usaha murni dalam
menghasilkan karya ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan warga IPG
Kampus Ipoh. Selamat membaca.
“Berkarya Sentiasa, Intelektual Diperkasa”
Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor
Ketua Editor/Ketua Pusat Sumber