The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan IPGKI, 2019-11-12 22:48:47

BULETIN UNIT PERPUSTAKAAN SIRI 2/2019

MEI - JULAI 2019

PERPUSTAKAAN IPGKI Edisi ke-dua
Mei - Julai 2019

BULETINBANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH

WAKTU HARI MASA

ISNIN-KHAMIS 8.15 pagi - 4.45 petang

WAKTU SEMESTER

& WAKTU JUMAAT 8.15 pagi - 12.15 tengahari

PEPERIKSAAN 12.15 tengahari - 2.45 petang (TUTUP)

2.45 petang - 4.45 petang

_______________________________________________________________________

ISNIN-KHAMIS 8.15 pagi - 1.00 petang

1.00 petang - 2.00 petang (TUTUP)

CUTI SEMESTER 2.00 petang - 4.45 petang

JUMAAT 8.15 pagi - 12.15 tengahari
12.15 tengahari - 2.45 petang (TUTUP)

2.45 petang - 4.45 petang

SIDANG REDAKSI BULETIN
UNIT PERPUSTAKAAN IPGK IPOH

PENGURUSAN
Pengarah IPG Kampus Ipoh
Dr. Yahya Bin Osman
Timbalan Pengarah IPGK Ipoh
En. Mohd Khadri Bin Fadzil Rahman

SIDANG PENGARANG
Ketua Editor
Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin
Penolong Ketua Editor I
Pn. Sabariah Binti Khairuddin
Penolong Ketua Editor II
Pn. Nasimah Binti Abdul Jal

PEREKA BENTUK GRAFIK
Pn.Nazariah Binti Mat Mizar

PENERBIT
Unit Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh

PERCETAKAN
Unit Grafik
IPG Kampus Ipoh

PENTADBIRAN
En. David a/l Rayappan
Pn. Asrofah Binti Anuas
En. Mustafa Bin Isram
Pn. Siti Hajar Binti Ibrahim

Pernilaian Akreditasi MQA DINI & PPC 2019

Pada 2 Mei 2019-Unit Perpustakaan IPGKI telah dikunjungi oleh pegawai Penilaian Akreditasi MQA DINI
dan PPC iaitu Prof.Dr.Amir Hasan Dawi dari UPSI. Terima kasih Prof. atas cadangan dan pandangan yang
diberikan dalam menambah baik perkhidmatan Perpustakaan IPGKI dan sumber pendidikan.Dr. Mohd
Nazri bin Zainuddin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pasukan UPIGKI .

PROGRAM WORLD 05 JUN 2019 / 1 SYAWAL
#quranhour 2019
IKHLAS DRPD:
Alhamdulillah di kesempatan 25 Ramadhan 1440 Hijrah UNIT PERPUSTAKAAN
bersamaan 30 Mei 2019 Unit Perpustakaan telah INSTITUT PENDIDIKAN
membawa seramai 23 peserta yang terdiri daripada Staf GURU KAMPUS IPOH
IPG Kampus Ipoh ke Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Perak utk mengikuti Program
WORLD #quranhour. Antara pengisian program adalah
tazkirah dan tadabbur bersama Ustazah Norazizah dan
Cik Husna. Syabas dan tahniah kepada semua peserta
WORLD #quranhouripgkampusipoh
Sebelum memulakan acara para peserta mengambil
kesempatan melawat seluruh sudut dan perkhidmatan
yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Perak seperti Sudut Karyawan, Koleksi Khas
Negeri Perak, Koleksi Nadir Negeri Perak termasuklah
Manuskrip Perjanjian Pangkor.

GURU, OBOR HEMAH MENYINAR PERTIWI

PERADUAN
“I LOVE
IPGKI

LIBRARY”

12 hari lagi umat Islam menjalani ibadah puasa di

bulan Ramadan al mubarak.

Kian hari makin terasa kemeriahan Aidilfitri.

Perpustakaan IPGKI juga tidak ketinggalan merasai

kemeriahan ini dengan membina photo booth Aidilfitri .

Sempena Aidilfitri ini, Unit Perpustakaan IPGKI menganjurkan
peraduan "iloveIPGKIlibrary' kepada semua warga IPGKI
(KECUALI Pegawai dan kakitangan Perpustakaan IPGKI )
di alu-alukan merakam gambar kenangan di sini .
syarat-syarat /cara-cara menyertai peraduan ialah:

SUMBANGAN HARI RAYA 1.Add Facebook Perpustakaanipgki
2. See first Facebook perpustakaanipgki
28 Mei 2019 - Sumbangan kuih raya dari Tuan Haji 3. Bergambar bersama buku kegemaran
Yeop Ghazali..En Jaafar Sani..Puan Nor Hasni 4. Berpakaian sopan
Yeop. Puan Hanizah Hanizah Abdul Bahar..Puan 5. Penyertaan sah untuk seorang sahaja
Norhani Bebe Hani Altamiah, Puan Norbiha 6. Upload di ruang komen post ini dengan has-
Jahya..dan Hajah Nor Hashimah Mohamed tag #iloveIPGKIlibrary
Saidkepada kakitangan pembersihan dan 7.Keputusan pemilihan pemenang adalah like/react sahaja
keselamatan IPG Kampus Ipoh.. Terima kasih di yang terbanyak pada gambar tersebut.
atas kerjasama Dr Mohd Nazri dan kakitangan Keputusan adalah muktamad.
Unit Perpustakaan IPGKI. 8.Hadiah misteri menanti pemenang.
9. Peraduan ini sah sehingga 21.6.2019 (17 syawal 1440H)
jam 12.00 tengah hari sahaja.
#iloveIPGKIlibrary

LAWATAN PENANDA ARASAN DARIPADA
UNIVERSITI SONGKHLA RAJABATH THAILAND

11 Jun 2019 - Seramai 10 orang Pelajar Fakulti Pendidikan dari Universiti Songkhla Rajabhat Thailand
mengadakan lawatan ke Perpustakaan Ipgki . Pihak Perpustakaan IPGKI amat berbangga diatas kunjungan ini.
Semoga penerangan dan perkongsian ilmu yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua.

SUMBANGAN BUKU SELAMAT DATANG GURU PELATIH

12 Jun 2019. Unit AMBILAN JUN 2019
Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh merakamkan jutaan 18 Jun 2019 - Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit
terima kasih kepada Pn. Perpustakaan) telah menyampaikan Taklimat Perkhidmatan
Salmah (Staf Sokongan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kepada 25 orang guru pelatih
IPG Kampus Ipoh) kerana PDPP Beijing. Beliau di bantu oleh Pn.Sabariah bt Khairuddin
sudi menyumbangkan (Pustakawan), Pn. Asrofah binti Anuas dan Pn.Nazariah bt Mat
buku untuk bacaan Mizar. Diharapkan sesi ini dapat membantu guru pelatih dalam
pengunjung perpustakaan. mendapatkan bahan rujukan di Perpustakaan. Selamat datang
Terima kasih Pn. Salmah ke IPG Kampus Ipoh.
Binti Yazid.

TAKLIMAT MAKLUMAT

DI HUJUNG JARI

Pada 19 Jun 2019 Puan Saba Khairuddin (Pustakawan) telah

memberi taklimat tentang penggunaan web OPAC

di Perpustakaan Ipgki . Menerusi web OPAC ini pengguna boleh

mendapatkan buku di rak buku dengan mudah dan dapat

mengetahui status buku tersebut.

Sesi ini turut sertai oleh Pensyarah Dr. Kanakambal a/p

Velusamy Diharapkan taklimat ringkas ini dapat membantu

pengguna membuat carian semula buku yang dikehendaki.

Majlis Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi

Pada 26.6.2019, Unit Perpustakaan IPGKI telah mengadakan Majlis Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi.
Majlis ini di rasmikan oleh En.Shaddin bin Shaari (KUKP IPGKI) . Dalam majlis ini, Dr. Mohd Nazri bin
Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan penghargaan kepada Pn. Hayati bt Mat Desa
(mantan Penolong Ketua Unit I) dan Pn. Nor'Azah binti Abdul Aziz (mantan Penolong Ketua Unit II) atas
kerjasama dan komitmen dalam meningkatkan perkhidmatan dan aktiviti Perpustakaan. Dalam majlis ini juga,
Unit Perpustakaan telah mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Gambar Membaca Buku yang Paling
Menarik sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit iaitu Pn. Zaharah bt Abdul Manap, Dr.Mohamad
Zakaria bin Mat Khazani dan Pn.Hjh.Nor Hashimah bt Mohamed Said. Pemenang bagi Peraduan Bergambar
di Photobooth Aidil Fitri #IloveIPGKIlibrary bagi kategori Pensyarah ialah Dr.Saidah bt Haris, Dr.Mohd.Yusri
bin Bakir, Pn. Selina Liew dan Dr. Baskaran a/l Kannan. Manakala pemenang bagi kategori kumpulan
sokongan ialah Pn.Taslimah bt Sairi dan Pn. Hjh Salmah bt Yazid.

FORUM 2019 : RANJAU HIDUP

SEORANG PUSTAKAWAN

Pada 27.6.2019, Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Nasimah bt Abdul Jal
(Pembantu Pustakawan) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar telah menghadiri Forum yang bertajuk
Ranjau Hidup Seorang Pustakawan : Satu Catatan Pengalaman Peribadi sempena Hari
Pustakawan 2019. Forum ini di anjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Persatuan Pustakwan Malaysia dan Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Forum ini juga diadakan di Perpustakaan Tun Razak ,Ipoh.
Moderator forum ini ialah Tn.Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perak. Panel forum ini terdiri daripada Tn. Haji Mohd.Pisol Ghazali, Dr.
Ghazali Mohamed Fadzil dan Pn.Hjh.Norma bt Mohd.Darus. Dalam forum ini membicarakan tentang
liku-liku kehidupan Pustakawan dalam membangunkan perpustakaan sebagai medium menyampai
ilmu dan maklumat kepada pengguna sejajar dengan peredaran zaman.

GOOGLE CLASSROOM (GC)

Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog
VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google
Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran
alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan
1BestariNet Fasa 2 KPM.

Sehubungan itu, bagi membantu para guru untuk
berkongsi maklumat atau cadangan dan sebagainya,
disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google
Classroom Training di pautan ini:
https://t.me/GoogleClassroomTraining.

Untuk maklum lanjut dan bantuan teknikal boleh
menghubungi 016-6628915 atau
[email protected].

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANGLIBATAN TUGAS DI LUAR TAKLIMAT PERKHIDMATAN
IPGKI 2019 PERPUSTAKAAN :

Pada 4 Julai 2019, Dr.Mohd Nazri bin GURU PELATIH PDPP BEIJING
Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPGKI) telah
bertugas sebagai hakim Pertandingan Puisi dan
Lagu Peringkat Kinta Utara yang di adakan di Pada 9.7.2019 Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua
SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Unit Perpustakaan) telah menyampaikan Taklimat

Perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

kepada 25 orang guru pelatih PDPP Beijing. Beliau di

bantu oleh Pn.Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan)

En.David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan

Kanan) ,Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu

Pustakawan) dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar.

Diharapkan sesi ini dapat membantu guru pelatih

dalam mendapatkan bahan rujukan di Perpustakaan.

Selamat datang ke IPG Kampus Ipoh.

SELAMAT DATANG KE ORGANISASI

UNIT PERPUSTAKAAN IPGKI :

PN. SITI HAJAR BT IBRAHIM

Pada 9.7.2019- Pn.Siti Hajar Bt Ibrahim telah melapor diri di Unit
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai Pembantu Operasi. Dr.
Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) sangat
mengalu-alukan kehadiran kakitangan di Unit Perpustakaan bagi
memantapkan perkhidmatan Perpustakaan. Terdahulu, Pn.Siti
Hajar Bt Ibrahim bertugas di Unit Pentadbiran ,IPG Kampus Ipoh
sebelum beliau bercuti Tanpa Gaji selama 5 tahun . Diharapkan
Pn.Siti Hajar dapat bertugas dengan gembira dan membantu
mengukuhkan team Perpustakaan.

MAKLUMAT DI HUJUNG JARI SUMBANGAN BUKU

Pada 2 Julai 2019, En.David a/l Rayappan telah Pada 2 Julai 2019, Pn.Flory
berkongsi pengetahuan literasi maklumat kepada 7 orang
guru pelatih Bimbingan Kaunseling. Beliau di bantu oleh Juliana Fernandez (bekas
Pn.Nasimah bt Abdul Jal.
Pensyarah IPGKI) telah

memberi sumbangan

buku-buku beliau kepada

Unit Perpustakaan.

Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin

(Ketua Unit Perpustakaan)

berbesar hati menerima

sumbangan buku ini.

Taklimat Ringkas Penggunaan WebOPAC
Kepada Guru Pelatih Unit V12

Pada 3.7.2019 - atas permintaan Pensyarah Unit Pengajian Bahasa
Melayu iaitu Pn.Hayati bt Mat Desa, En. David a/l Rayappan memberi
taklimat ringkas kepada 26 orang guru pelatih Unit V12 mengenai
penggunaan WebOPAC di Perpustakaan. Selain daripada
memudahkan pencarian buku di rak, web ini juga membantu
pengguna menyemak rekod peminjaman.

PROGRAM FUN LEARNING : SK WIRA JAYA IPOH

Pada 13 Julai 2019 , dengan kerjasama Unit Perpustakaan dan Unit Pengajian Bahasa Inggeris,
Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh telah berkolaborasi bersama SK Wira Jaya,Ipoh mengadakan Program
'Fun Learning' di bawah 'Highly Immersive Programme'. Program ini di rasmikan oleh Pn.Suraya bt Harun,
Ketua Jabatan Bahasa, IPG Kampus Ipoh. Program ini melibatkan guru pelatih Unit T7 (TESL) seramai 18
orang di bawah bimbingan Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz , dan 54 orang murid-murid SK Wira Jaya. Sebanyak 6
aktiviti yang di jayakan sepanjang program ini. Terima kasih kepada Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit
Perpustakaanipgki) Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu
Pustakawan), Pn.Nazariah Mat Mizar, Pn.Astofah bt Anuas dan Pn. Siti Hajar bt Ibrahim dalam membantu
membuat persiapan dalam memastikan program ini berjalan dengan baik. Keseluruhannya program ini
mencapai matlamat iaitu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris secara 'Fun Learning' di
kalangan murid sekolah rendah.

KUNJUNGAN PERTAMA TIMBALAN PENGARAH
KE PERPUSTAKAAN IPGKI

Pada 15 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan Tuan Mohd. Khadri
bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Beliau di iringi oleh En.Shaddin bin Sabri (KUKP)
dan En. Abu Kassim bin Ali Musa (Pensyarah JTP). Beliau disambut oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
(Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan). Beliau melawat ke Kaunter
Pinjaman & Pemulangan, Sudut Kanak-Kanak, Bilik Rujukan, Bilik Red Spot, Bilik Diskusi, rak Koleksi
Terbitan IPG Kampus Ipoh dan Sudut Pameran KIK. Di samping itu, Dr. Mohd. Nazri bin Zainuddin
memperkenalkan Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan. Terima kasih tuan atas kesudian tuan
mengunjungi Unit Perpustakaan. Selamat datang tuan dan selamat bertugas di IPG Kampus Ipoh

MESYUARAT SIDANG REDAKSI MESYUARAT AJK MEDIA
SOSIAL (FACEBOOK) 2019
BULETIN ICETD
17 Julai 2019 jam 3.00 petang Unit Perpustakaan telah
16 Julai 2019 jam 3.00 petang Unit Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat AJK Media Sosial (Facebook)
mengadakan Mesyuarat Buletin ICETD 2019 bersama-sama Sidang Bil.1/2019. Pihak Perpustakaan amat berbangga diatas
Redaksi Buletin yang telah dilantik. Pihak Perpustakaan perlantikan dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh
mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama padu yang pihak pengurusan bersama-sama ahli lain yang dilantik
diberikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Tn. Hj. Mohd Taufik , dari Unit ICT Pn. Siti Zubaidah binti Harif Fazilah, dari

Pn Hjh Nor Aziah, Pn. Nor `Azah Aziz dan Pn. Sabariah Khairuddin Unit Khidmat Pelanggan Cik Maizatul Awra binti Abd
bersama pelatih yang terlibat Cik Nurul Atiqah, Cik Arina, Nur Wahab, dari Unit Grafik En. Megat Mohd Firdaus bin
Fatin Izyani. Semoga perjalanan menjayakan Buletin ICETD Megat Ahmad dan dari Unit Perpustakaan sendiri Dr.
peringkat antarabangsa ini berjalan dengan lancar. Mohd Nazri bin Zainuddin dan Pn. Sabariah binti

Khairuddin. Diharap kerjasama ini dapat membantu pihak
institusi dalam melaporkan setiap aktiviti yang dijalankan

dengan padat dan pantas.

SEMINAR KLIK, SHARE JEMPUTAN KE
DAN VIRAL PESTA BUKU IPG 2019
Pada 17 Julai 2019. Bertempat di Dewan Seri Moh warga IPG Kampus Ipoh menyertai
Tanjung, IPG Kampus Ipoh telah diadakan Seminar Klik, Program #malaysiamembaca yang dianjurkan
Share & Viral yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam oleh Perpustakaan IPGM Cyberjaya yang akan
Perak dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh. Seminar ini diadakan di IPGK Pulau Pinang sempena Pesta
telah dihadiri oleh pelbagai jabatan dari sekitar Ipoh; di Buku IPG. Sijil disediakan oleh pihak penganjur.
antaranya Mahkamah Syariah Ipoh, IPG Kampus Ipoh Sila imbas pautan pantas yang disediakan di atas
(pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih), Kementerian poster ini untuk penyertaan peringkat
Dalam Negeri, Politeknik Ungku Omar, Kolej Komuniti kebangsaan. Jangan lupa temu janji kita di sana
Sungai Siput, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut pada 27 Ogos - 29 Ogos 2019 di IPGK Pulau
Latihan Perindustrian.Seminar ini terbahagi kepada dua Pinang.. Sama-sama kita meriahkan Pesta Buku
slot. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Ahmad IPG 2019.

Munawir bin Salahudin (Jabatan Agama Islam Perak)
yang bertajuk "Fitnah: Media Baharu". Manakala slot
kedua pula oleh Ustaz Mohd Faizal bin Mohd Akhir
(Jabatan Agama Islam Perak) yang bertajuk "Gara-gara
Obses Media Sosial". Seminar ini telah dirasmikan oleh
Datuk Mohd Yusof bin Husin (Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak).

SELAMAT DATANG KE

PERPUSTAKAAN IPGKI 2019

17 Julai 2019 jam 8.15 pagi Unit Perpustakaan amat
berbesar hati menerima kunjungan Pustakawan Politeknik
Ungku Omar Ipoh, Pn Norlaina Mohd Razi. Terima kasih atas
kunjungan ini semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan
bersama. Nantikan kunjungan balas kami di sana ya..

PROGRAM BICARA BUKU SIRI 3/2019

Pada 19 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Pr ogram Bicara Buku
Siri 3/2019 bersama Pn.Sellina Liew. Program ini diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan. Seramai 26 orang
guru pelatih dri unit T8 dan U8. Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan
penghargaan kepada guru pelatih yang hadir. Turut hadir pensyarah Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz Azza Nizam .

MENONTON SIARAN LANGSUNG PENGUMUMAN 2019

SELAMAT PAGI MALAYSIA @ TV1 Alhamdulillah ..terima kasih atas sumbangan kewangan
daripada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Pn. Sabariah
Gambar : suasana pagi di Perpustakaan IPGKI menonton Khairuddin , Pn.Nasimah bt Abdul Jal dan En.David a/l
siaran langsung Selamat Pagi Malaysia @TV1 slot Rayappan bagi mendapatkan 'Waktu Perkhidmatan
Penyelidikan Guru Bertaraf Global - Sempena ICETD 2019 Perpustakaan IPG Kampus Ipoh' untuk di paparkan kepada
yang menampilkan Dr. Mohd Nasruddin bin Basar pengunjung Perpustakaan ini.
(Timbalan Rektor, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan
Inovasi, IPGM) dan Dr. Yahya bin Osman (Pengarah IPG
Kampus Ipoh).

PENGUMUMAN

2019

Hanya scan QR

Code untuk

dapatkan senarai

buku pinjaman

antara

perpustakaan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATION
AND TEACHER (ICETD 2019) HOTEL CASUARINA

@ MERU IPOH, PERAK - HARI PERTAMA

Pada 23 Julai 2019 International Conference on Education and Teacher Development (ICETD)
telah di adakan di Dewan CCC1 Hotel Casuarina @Meru , Ipoh. Ucaptama 1 ialah Prof.Stephen
Dobson (Global Opportunities and Challenges : Development Early Career Teacher). Terdapat
booth pameran di luar dewan. Antaranya ialah Globe Dream Ride Anita Yusuf IPGKI, SMK Bandar
Baru Putera, SMK Dato' Abdul Rahmn Yaakub, Pasca Siswazah USAS Kuala Kangsar, Pendidikan
Islam dan Tokoh Guru Agama Perak, USAS, Inovasi dan KIK IPGKI, Guru Futuristik Malaysia IPGM,
Urban Farming KV (Pertanian) Teluk Intan , Kesinambungan Smart Jawi BDN dalam PAK 21, JPN
dan Mybiorobotics Kit PPD Kuala Kangsar & USM. Berikut rakaman lensa sekitar hari pertama
persidangan tersebut .

SUMBANGAN BUKU 2019

Pada 22 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPGKI telah
dikunjungi oleh Dr. Hj.Zabidin Ismail, Presiden Persatuan
Karyawan Perak. Beliau di sambut mesra oleh Dr.Mohd
Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaanipgki). Dalam
kunjungan ini, beliau menyumbangkan 3 buah buku terbitan
Persatuan Karyawan Perak yang berjudul Dikotomi
Pemikiran (Pengarang : Zabidin Haji Ismail) , Puigrafi :
Kumpulan Puisi Biografi (Pengarang : Zabidin Haji Ismail)
dan Salju Sarajevo : Sajak-sajak Kembara Dunia
(Pengarang : M Zaki Arif). Terima kasih Dr.Haji Zabidin atas
sumbangan buku-buku ini.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATION
AND TEACHER (ICETD 2019) HOTEL CASUARINA

@ MERU IPOH, PERAK - HARI KEDUA

24 Julai 2019, Casuarina @Meru Ipoh - Selain daripada sesi selari 1 , program hari kedua ICETD
ini turut berlangsung forum yang berjudul Addressing The Challenges of Education in 21st Century.
Ucaptama II yang berjudul Positive Education and Future Proofing Our Youth.
Berikut adalah rakaman lensa yang dapat dijadikan kenangan ICETD 2019.

SUMBANGAN BUKU 2019

Pada 26 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
telah menerima sumbangan buku prosiding ICETD 2019
daripada En. Roslan bin Saari (Ketua Jabatan Matematik) dan
Dr. Ravikumar. Semoga sumbangan buku ini dapat
dimanfaatkan oleh warga IPG Kampus Ipoh dan pengunjung
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Program Karnival Kesihatan
Perpustakaan Desa Kg Tersusun Bt 8 Ulu Kinta

Pada 25 julai 2019 - Unit Perpustakaan IPGKI telah dijemput untuk ke Program Karnival Kesihatan
Perpustakaan Desa KG Tersusun Batu 8 Ulu Kinta,Perak. Seramai 10 org peserta terdiri daripada
staf Unit Perpustakaan, Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan menyertai program ini. Antara aktiviti
yang diadakan, senaman erobik, ceramah tentang golongan autism, pemeriksaan kesihatan,
pemeriksaan pergigian, pemeriksaan mata, derma darah, pameran perangi denggi, pertandingan
mewarna , dan terdapat gerai-gerai jualan.

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH Tel.: 05-5331311
31150 HULU KINTA, exit 1386 / 1382
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

[email protected]

www.instagram.com/perpustakaanipgki2019
perpustakaanipgkampusipoh.blogspot.com

www.perpustakaan.ipgmipoh.edu.my
www.facebook.com/Perpustakaan IPGKI


Click to View FlipBook Version