The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan IPGKI, 2019-11-12 22:40:25

BULETIN UNIT PERPUSTAKAAN SIRI 1/2019

PERPUSTAKAAN IPGKI Edisi pertama
Januari - April 2019

BULETINBANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

SIDANG REDAKSI BULETIN
UNIT PERPUSTAKAAN IPGK IPOH

PENGURUSAN
Pengarah IPG Kampus Ipoh
Tn. Hj. Kamarulizham Bin Hazizi
Timbalan Pengarah IPGK Ipoh

Dr. Yahya Bin Osman

SIDANG PENGARANG
Ketua Editor

Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin
Penolong Ketua Editor I

Pn. Sabariah Binti Khairuddin
Penolong Ketua Editor II
Pn. Nasimah Binti Abdul Jal

PEREKA BENTUK GRAFIK
Pn.Nazariah Binti Mat Mizar

PENERBIT
Unit Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh

PERCETAKAN
Unit Grafik

IPG Kampus Ipoh

PENTADBIRAN
En. David a/l Rayappan
Pn. Asrofah Binti Anuas
En. Mustafa Bin Isram

1

Selamat datang ke
Unit Perpustakaan IPGKI

Berkuatkuasa 2 Januari 2019, Pn. Nor 'Azah bt
Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber
III) dan Pn. Asrofa bt Anuas (Pembantu Operasi)
ditempatkan di Unit Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh. Semua staf Unit Perpustakaan
mengucapkan selamat datang kepada mereka
berdua. Semoga kehadiran mereka dapat
memantapkan lagi perkhidmatan perpustakaan.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh
Iltizam dan dedikasi.

Bengkel Teknik Penulisan Bibliografi
Gaya Penulisan Ilmiah (APA)

Pada 16 Januari 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh telah menganjurkan Bengkel Teknik Penulisan
Bibliografi Gaya Penulisan Ilmiah (APA). Bengkel ini
diadakan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada jam 2.30
petang - 3.30 petang. Bengkel ini dihadiri oleh guru pelatih
seramai 67 orang. Bengkel ini di sampaikan oleh
Dr. Devadason Robert Peter (Pensyarah IPGKI). Dr. Mohd
Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh) merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan
sepanjang bengkel ini berlangsung. Terima kasih juga buat
Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz dan Pn. Hayati Bt Mat Desa atas
komitmen yang diberikan. Diharapkan melalui bengkel ini
guru pelatih dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan
mutu penulisan yang lebih baik.

2

Perbincangan Konsep Cina Untuk
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Pada 2 Januari 2019, En. Lam Yat Chaw (Ketua Unit Pengajian
Cina) telah berbincang dengan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
(Ketua Pusat Sumber) di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh
berkaitan dengan konsep-konsep / idea / budaya masyarakat
Cina untuk diletakkan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Unit
Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih kepada
En. Lam Yat Chaw kerana sudi melontarkan idea dan
memberikan pandangan bagi merelisasikan hasrat yang
diinginkan oleh pihak pengurusan IPG Kampus Ipoh. Semoga
hasil perbincangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Perbincangan
Aktiviti Bersama
Perpustakaan Desa
Bandar Baru Putra

Pada 17 Januari 2019 , jam 3.00 petang - 4.00
petang - Pn. Hayati Bt Mat Desa, Pn. Nor'Azah bt
Abdul Aziz dan Pn. Sabariah Bt Khairuddin telah
ke Perpustakaan Desa Bandar Baru Putra untuk
mengadakan perbincangan aktiviti dalam
program yang akan datang. Semoga apa yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Insyah Allah.

DEKORASI PERPUSTAKAAN
2019

Pada 15 Januari 2019 , En. Yu Chee Han
(Pensyarah IPGKI) telah berkongsi idea dalam
mendekorasi Unit Perpustakaan yang
berkonsepkan masyarakat Cina sempena Tahun
Baru Cina. Beliau dibantu oleh seorang guru
pelatih. Unit Perpustakaan IPGKI berbesar hati
dan mengucapkan terima kasih kepada En . Yu
Chee Han atas kerjasama yang diberikan.

3

KOLOKIUM Pada 30 Januari 2019 bertempat di IPG Kampus Ipoh telah berlangsungnya
PENDIDIKAN Kolokium Pendidikan 2019 anjuran bersama PROSPEN IPG Kampus Ipoh
2019 ANJURAN dan PROSPEN IPG Kampus Darulaman. Temanya ialah Penyelidikan Pendidikan
Dalam Merealisasikan Transformasi Pendidikan Negara. Kolokium ini telah
BERSAMA dirasmikan oleh Tn Hj Kamarulizham bin Hazizi (Pengarah IPG Kampus Ipoh).
PROSPEN IPGKI Unit Perpustakaan berasa bangga kerana Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua
Pusat Sumber) telah menjadi pembentang di dalam kolokium tersebut. Tajuk
DAN IPGKD pembentangan beliau ialah Amalan-amalan Pentadbiran Negatif Dalam Teks
Drama "Buat Menyapu Si Air Mata" Karya Awang Had Salleh: Pedoman Kepada
Pentadbir. Para pembentang terdiri daripada para pensyarah UPSI, kolej
matrikulasi, UPM, sekolah-sekolah dan Bahagian Tajaan KPM.

Pameran
'Multiliteracies' dan 'Infograph Posters'

Sepanjang bulan Januari 2019 ini, Unit Perpustakan IPG Kampus Ipoh akan
mengadakan pameran bahan "Multiliteracies" dan "Infograph Posters". Bahan-bahan
tersebut akan ditukar ganti setiap minggu. Kelihatan Pn. Nor 'Azah bt Abdul Aziz dan
En. Mustafa bin Isram sedang menyediakan bahan-bahan pameran tersebut. Unit
Perpustakaan amat menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh berkunjung ke
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk menyaksikan pameran tersebut.

Sesi Temubual Bersama Guru Pelatih : Impak Pameran 'Multiliteracies' dan 'Infograph
Posters' di bawah kelolaan Pn. Nor'Azah Bt Abdul Aziz Azza Nizam boleh dilayari di

https://www.facebook.com/100012182284464/videos/662365587512845/id=100012182284464

4

5

Promosi Penggunaan Pengkalan Data Atas Talian Di

Portal e-Perpustakaan IPGM

Promosi Penggunaan Pangkalan Data Atas Talian Di Portal e-Perpustakaan IPGM

Anda memerlukan Bahan Rujukan Ilmiah / Islamik/ Pendidikan /dll - sila masuk di link berikut:...

http: //elib.ipg.edu.my
Login Online Journal

12 34

Username - ipgki1 Username - ipgki2 Username - ipgm1 Username - ipgm2

Password - ipgki@1 Password - ipgki@2 Password - ipgm@1 Password - ipgm@2

~ Tekan *Log In*
Bahan Rujukan ada dalam ni...
*EMERALD PUBLISHING*,*UDL ISLAMIC*, *i-FOCUS*, *ERIC*, *MCC MyJurnal*

**NOTA: dari Meja Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Pinjaman Buku Antara

Perpustakaan

Buku-buku pinjaman antara Perpustakaan Ipgki dan
Perpustakaan Desa Batu 8 telah diletakkan
bersebelahan sudut membaca akhbar/majalah.
Pinjaman antara perpustakaan ini bertujuan
menambah koleksi bahan bacaan . Kini semua warga
IPGKI di alu-alukan mendapatkan bahan bacaan yang
menarik ini. Unit Perpustakaan IPGKI sangat berbesar
hati atas kerjasama ini. Hanya scan QR Code untuk
dapatkan senarai buku pinjaman antara
perpustakaan.

6

PROGRAM LINGO

OUTREACH 2019

Pada 12 Januari 2019 bertempat di SK Perpaduan, Ulu Kinta telah

diadakan Program Lingo Outreach. Program ini diadakan dengan
kerjasama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan SK Perpaduan.
Program ini telah dihadiri 102 murid tahun 6 SK Perpaduan dan

dibantu seramai 29 orang guru pelatih opsyen Bahasa Inggeris IPG Program Bicara
Kampus Ipoh (unit R2 dan R3). Program ini adalah di bawah seliaan
Pn. Nor 'Azah bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Pusat Sumber III) dan
Buku Siri 1/2019dibantu oleh Pn. Hayati bt Mat Desa (Penolong Ketua Pusat
sumber II). Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan
murid-murid bertutur dalam Bahasa Inggeris di samping memberi Pada 23 Januari 2019, jam 2.30 petang - 4.00 petang ~ Unit
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan
keyakinan diri supaya berkomunikasi Bahasa Inggeris sesama Program Bicara Buku Siri 1/2019. Program ini diselia oleh
rakan-rakan mereka. Program ini telah dihadiri oleh Pn. Rogayah bt Pn. Hayati Bt Mat Desa . Turut dibantu oleh Pn. Nor'Azah Bt

Pilus (Guru Besar SK Perpaduan), En. Nizam (PK HEM SK Abdul Aziz dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan).
Perpaduan), Pn. Anne Marie (Ketua Panitia B. Inggeris SK Seramai 38 orang guru pelatih menghadiri program ini.
Perpaduan), AJK PIBG SK Perpaduan, Ibu bapa dan guru-guru SK Pn. Liew Phaik Hoon (Pensyarah IPGKI) mengisi slot
Perpaduan. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nazri bin pertama dengan buku bertajuk 'The Food Houglass' karya
Zainuddin (Ketua Pusat sumber IPG Kampus Ipoh). Semoga Dr. Krish Verburgh. Beliau berkongsi mengenai pengambilan
program ini memberi impak positif kepada para peserta. pemakanan sihat. Manakala slot kedua yang bertajuk 'How
Not To Die' oleh Dr.Jan Garavaglia. Slot kedua ini

disampaikan oleh Pn. Sellina Liew (Pensyarah IPGKI). Slot

ketiga disi oleh Cik Sanggertana a/p Kulanthavelu yang

bertajuk 'Misteri di Darjeeling' dan slot keempat disampaikan

oleh Cik Kasvina a/p Chelva Kumar dengan novel bahasa

Tamil yang bertajuk "Kesunyian Yang Indah". Sijil

penghargaan disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin

(Ketua Pusat Sumber IPGKI) kepada pembicara buku.

Semoga dengan program ini audien mendapat manafaat

untuk dipraktikan dalam kehidupan seharian.

7

TAHNIAH TAHNIAH
PEMINJAM PEMINJAM
PERTAMA 2019 KE-50 2019

Unit Perpustakaan IPG Tahniah kepada
Kampus Ipoh merakamkan pengguna Pepustakaan
IPGKI Cik Nur Syazwiena
ucapan tahniah kepada
Diveya a/p Sivakumar dari Unit U4 kerana
(guru pelatih unit S7 ) menjadi yang ke-50
kerana berjaya menjadi membuat peminjaman
peminjam buku pertama buku pada tahun 2019.

bagi tahun 2019.

PROGRAM GALAKAN

MEMBACA 2019

Pada 14 Januari 2019 (Isnin), Pn. Hayati bt Mat Desa
(Penolong Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh II)
telah memulakan Program Galakan Membaca di IPG
Kampus Ipoh dengan membaca akhbar di hadapan
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Beliau membaca
dengan menggunakan mikrofon supaya warga IPG
Kampus Ipoh mendengar dengan jelas dan berkongsi
ilmu melalui pembacaannya itu. Semoga usaha ini
dapat menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh sama
ada para pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih
dapat membudayakan sikap minat membaca.

SUMBANGAN BUKU 2019
EN AZMI BIN MOHAMAD &
DR. ARULNATHAN A/L VISURASAM

Pada 14 Januari 2019 (Isnin), En. Azmi bin Mohamad (Ketua Unit
Kajian Sosial, Jabatan Sains Sosial) IPG Kampus Ipoh telah

menyumbangkan jurnal "Cultural & Social History" volume 15 Issue 1
(Februari 2018) dan Issue 2 (Mei 2018) kepada Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh. Diharapkan sumbangan jurnal ini dapat dijadikan
rujukan kepada pensyarah / para pelajar / guru pelatih khususnya
bidang sejarah dan kajian sosial.
Terima kasih. En. Azmi bin Mohamad
Dr. Arulnathan a/l Visurasam (Pensyarah Unit Pengajian Tamil IPG
Kampus Ipoh) juga telah menyumbangkan buku tamil kepada Dr.
Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Perpustakaan IPG Kampus

Ipoh. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima
kasih kepada Dr. Arulnathan kerana sudi menyumbangkan buku-buku

untuk dibaca oleh para pensyarah / guru pelatih khususnya dalam
bidang Pengajian Tamil.

Terima kasih Dr. Arulnathan.

8

Sudut Pameran Bertema 2019 : Tahun Baru Cina

Pada 11 Februari 2019, Tn Hj Kamarulizham bin Hazizi (Pengarah IPG Kampus Ipoh) telah sudi merasmikan
Sudut Pameran Bertema bertempat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Turut hadir bersama ialah Dr. Yahya
bin Osman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh), Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber),
En. Yu Chee Han (pensyarah B. Cina / penyelaras projek), Pn. Hayati, Pn. Nor 'Azah dan beberapa orang guru
pelatih. Terima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh En. Yu Chee Han bersama-sama guru pelatih
menyiapkan bahan pameran untuk dipamerkan. Semoga pameran ini yang bertemakan Tahun Baharu Cina ini
dapat memberi impak yang besar kepada para pengunjung perpustakaan.

9

LAWATAN

PENANDAARASAN
2019 KE

PERPUSTAKAAN
UNIMAP

Pada 16 Februari 2019 ~ Unit
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah
mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra,
UniMAP, Perlis. Rombongan lawatan ini
diketuai oleh Pn. Hayati Binti Mat Desa
(Penolong Ketua Pusat Sumber II) dan
dibantu oleh Pn. Nor' Azah Bt Abdul Aziz
(Penolong Ketua Pusat Sumber III) serta
Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan).
Rombongan ini disertai seramai 26 orang
yang terdiri daripada kakitangan
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan Rakan
Perpustakaan. Rombongan Perpustakaan
IPG Kampus Ipoh telah disambut baik oleh
pihak Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin
Putra, UniMAP. Banyak perkongsian
maklumat dalam pengurusan perpustakaan
yang dapat dimanafaatkan sesuai dengan
keperluan pengguna .

10

Lawatan
Penandaarasan 2019

Ke Perpustakaan
Sultanah Bahiyah, UUM

Pada 17 Februari 2019 ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke
Perpustakaan Sultanah Bahiyah , UUM Sintok, Kedah.
Rombongan ini disertai seramai 26 orang yang terdiri daripada
Pegawai dan kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan
Rakan Perpustakaan. Rombongan Perpustakaan IPG Kampus
Ipoh telah disambut baik oleh pihak Perpustakaan Sultanah
Bahiyah, UUM. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Hayati Binti Mat
Desa (Penolong Ketua Pusat Sumber II) dan dibantu oleh
Pn. Nor' Azah Bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Pusat Sumber III)
serta Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan). Pihak
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM banyak berkongsi ilmu
dan maklumat dalam pengurusan perpustakaan bukan sahaja
koleksi buku, malah pengurusan digital serta elektronik dan juga
arkib. Pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah turut berkongsi idea
dalam menggerak fungsi Perpustakaan bukan sahaja dikenali
dengan koleksi buku tetapi fungsi sebagai tempat pembelajaran
yang baik dan selesa sesuai dengan keperluan dan kehendak
pengguna masa kini.

11

PERBINCANGAN AKTIVITI
Lawatan Tapak Ke SK Muhammad Saman, Manjung dan SK Ayer Tawar

Pada 18 Februari 2019, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) bersama Pn. Hayati Mat Desa
(Pen. Ketua Pusat Sumber II) dan Pn. Nor Hasni Yeop Ghazali (pensyarah B. Inggeris) telah mengadakan
lawatan tapak ke SK Muhammad Saman, Manjung dan SK Ayer Tawar. Tujuan lawatan ini adalah untuk
melihat lokasi dan mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah bagi mengadakan Program Language
Camp / Fun Learning. Program ini diadakan di antara Unit Perpustakaan dan Unit Bahasa Inggeris IPG Kampus
Ipoh dengan SK Muhammad Saman dan SK Ayer Tawar. Semoga program yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Insya Allah.

Sumbangan Buku 2019 PENGUMUMAN
Dr. Arulnathan Visurasam
Kini lebih mudah -Hanya scan QR code untuk
Pada 19 Februari 2019, Dr. Arulnathan Visurasam Perkhidmatan Pangkalan Data Portal rasmi,
(pensyarah Pengajian Tamil) IPG Kampus Ipoh telah e-perpustakaan, BLIS (Bernama), MyJurnal,
menyumbangkan hasil penulisan beliau sendiri bertajuk Jurnal Bahasa IPGKI, Jurnal Dedikasi
"Researh In Educatian: An Introducion" dalam versi IPGKI, u-Pustaka (PNM) dan renew
Bahasa Tamil. Menurut beliau, buku ini merupakan peminjaman buku Perpustakaan IPGKI.

merupakan terbitan yang pertama kali diterbitkan di

Malaysia khususnya dalam bidang penyelidikan dalam

Bahasa Tamil. Tahniah dan terima kasih Dr. Arulnathan.

12

Bengkel Komunikasi dan
Pengurusan Maklumat

Pada 22 Februari 2019 bertempat di Bilik Diskusi, Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh telah diadakan Bengkel Komunikasi dan Pengurusan Maklumat
yang disampaikan oleh Dr. Anna Wong (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan).
Peserta bengkel ini terdiri daripada guru pelatih DPLI PPC 1 (Beijing) seramai 15
orang. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Anna
Wong kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para peserta. Dr. Mohd
Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) telah menyampaikan sijil penghargaan
kepada Dr. Anna Wong. Terima kasih Dr. Anna Wong.

Program Bicara Karya
Prof.Emeritus Bukhari
Lubis, Tabir Alam dan

Sabariah Bahari

Pada 23 Februari 2019 (Hari Sabtu),
bertempat di Dewan Seri Melati, IPG
Kampus Ipoh. Dengan kerjasama
Persatuan Karyawan Perak, Unit
Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah
mengadakan Program Bicara Karya :
Prof. Emeritus Bukhari Lubis, Tabir Alam
dan Sabariah Bahari. Seramai 60 orang
menghadiri program tersebut. 4 orang terdiri
daripada Pembentang program. Program ini
membicarakan karya-karya Prof. Emeritus
Bukhari Lubis, Tabir Alam dan Sabariah
Bahari yang sarat dengan pengajaran dan
nilai-nilai murni dalam kehidupan. Semoga
apa yang dibicarakan dalam program ini
dapat memupuk aura positif kepada
penonton. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
(Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh)
merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Program
ini.

13

Menterjemah Katalog
Awalan 2019

Buku Bahasa Arab

Selamat Datang 1 Mac 2019 ~ Unit Perpustakaan
Ke Perpustakaan IPGKI : IPGKI merakamkan ucapan terima kasih kepada
Pn. Maiyumi Binti Ahmat En. Fouzai bin Yusof (Pensyarah IPGKI) atas
kerjasama beliau dalam menterjemah buku
(Pustakawan IPGM) bahasa Arab bagi memudahkan pihak
Perpustakaan membuat proses katalog awalan
sebelum buku tersebut diklasifikasi sebagai
rujukan kepada pengguna. Beliau dibantu oleh
En. Mustafa bin Isram.

Pada 1 Mac 2019 ~ Unit Perpustakaan
menerima kunjungan Pn. Maiyumi binti Ahmat
(Pustakawan IPGM). Beliau disambut mesra oleh
Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan IPGKI),
Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz, Pn. Nasimah Binti
Abdul Jal, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua
Pusat Sumber) dan En. David a/l Rayappan.
Kunjungan beliau ke Perpustakaan IPGKI adalah
untuk melihat tempat kursus Asas Pengurusan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang akan
berlangsung pada 02.03.2019. Selain itu, beliau
turut berkongsi pengalaman dalam pengurusan
perpustakaan. Pihak Unit Perpustakaan berbesar
hati dengan kunjungan beliau ke Perpustakaan
IPGKI ini.

Gambar Kenangan
Organisasi

Unit Perpustakaan IPGKI

Pada 1 Mac 2019 ~ Unit Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh telah bergambar kenangan bagi sesi
2019 ini. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua
Pusat Sumber) telah mengingatkan agar semua
Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan ini
dapat berkerjasama dan bertugas dalam suasana
yang harmoni.

Duduk dari kanan : Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan) ,
Pn. Hayati Bt Mat Desa ( Penolong Ketua Pusat Sumber II) ,
Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber ) ,
Pn. Nor'Azah Binti Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Pusat
Sumber III) dan En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan
Kanan)

Berdiri dari kanan : Pn. Nasimah Binti Abdul Jal (Pembantu
Pustakawan), Pn. Nazariah Binti Mat Mizar , En. Mustafa bin
Isram, Pn. Asrofah Binti Anuas.

14

KURSUS ASAS PENGURUSAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Pada 2 Mac 2019 (Sabtu) ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Kursus Asas
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertempat di Ruang Bacaan Perpustakaan IPGKI. Kursus ini
disampaikan oleh Pn. Maiyumi Binti Ahmat (Pustakawan IPGM) dan telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nazri
bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber). Seramai 20 orang guru pelatih yang menghadiri kursus ini. Kursus ini
diselia oleh Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan IPGKI) dan turut dibantu oleh Pn. Nasimah Binti Abdul
Jal (Pembantu Pustakawan). Kursus ini memberi pendedahan awal tentang pengurusan asas pusat sumber.
Pn. Maiyumi juga berkongsi pengetahuan dari aspek mengklasifikasikan koleksi Perpustakaan bagi
memudahkan pengguna Perpustakaan membuat carian semula. Kursus ini memberi manafaat kepada
guru-guru pelatih terutamanya apabila bertugas di sekolah kelak.

Kursus Bilik Pembelajaran Abad Ke-21 dan NILAM

Pada 5 Mac 2019 (Selasa) ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Perak telah mengadakan Kursus Bilik Pembelajaran Abad Ke-21 dan
NILAM bertempat di Teater Mini IPG Kampus Ipoh. Seramai 29 orang guru pelatih menghadiri kursus
tersebut. Kursus ini disampaikan oleh Pn. Azatus Sakhia Binti Shakir Maskhor (Pegawai BTP). Sijil
Penghargaan kepada Penceramah disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG
Kampus Ipoh).Beliau berkongsi ilmu pengetahuan tentang peranan sebagai guru di sekolah selain daripada
aspek pengajaran. Termasuklah menyediakan bilik pembelajaran yang dapat mewujudkan rasa seronok ke
sekolah dalam diri anak-anak murid. Ini dapat menggalakkan kehadiran anak-anak murid ke sekolah. Pelbagai
sudut diwujudkan di dalam kelas seperti Info, Sudut Membaca dan lain-lain. Beliau juga memberi peluang
kepada guru-guru pelatih memberi idea melakarkan kelas mengikut kumpulan.Selain itu, beliau juga
menerangkan program NILAM di sekolah. Dalam program NILAM tidak tertumpu kepada buku sahaja, bahan
bacaan bukan buku juga boleh dicatatkan di dalam buku program NILAM dan di sahkan oleh guru ataupun
ibubapa. Keseluruhannya, kursus ini sangat sesuai kepada guru-guru pelatih sebagai pendedahan awal sebelum
menempuhi profesion guru yang sebenar di sekolah.

15

PROGRAM BICARA
BUKU SIRI 2/2019
Pada 8 Mac 2019 (J umaat), Unit Perpustakaan IPG
Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Buku
Siri 2/2019 di Ruang Bacaan Perpustakaan. Program ini
bermula jam 8.30 pagi - 9.30 pagi. Seramai 67 orang guru
pelatih menghadiri program ini. Dr. Mohd Nazri bin
Zainuddin (Ketua Pusat Sumber) merakamkan ucapan
terima kasih kepada pensyarah dan guru pelatih yang
sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam
program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan. Beliau
menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pembicara
buku. Slot pertama program disampaikan oleh
Dr.Baskaran a/l Kannan (Pensyarah IPG Kampus Ipoh).
Beliau berkongsi pembacaan bertajuk 'Kecerdasan
Emosi'. Slot kedua disampaikan oleh guru pelatih
Dinesvary a/p Thangayah dari Unit R5. Beliau
membicarakan buku yang berjudul 'Rindu Sekampung' .
Manakala slot ketiga yang berjudul 'Anthima Kalam'
disampaikan oleh Shaarumathi a/p Arjunan, Unit R5. SUMBANGAN BUKU 2019
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan
ucapan terima kasih kepada pengacara program cik Pada 7 Mac 2019, Pn. Nor'Azah Bt Abdul Aziz
Meera a/p Seenivasan.Semoga program ini dapat mewakili Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua
membantu guru-guru pelatih untuk berucap dengan lebih Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) telah menerima
yakin di hadapan audiens. Selain itu, program ini adalah sumbangan 10 naskhah Al-Qur'an dan beberapa
salah satu ruang untuk mengeratkan silaturrahim semua
guru pelatih tidak kira perbezaan agama dan bangsa. naskhah buku agama Islam daripada pihak
Akhir sekali, program ini juga membantu memupuk sikap Masjid An-Nur Batu 8 Hulu Kinta, Perak. Pihak
suka membaca di kalangan guru-guru pelatih dan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan

seterusnya menggalakkan berkunjung ke Perpustakaan jutaan terima kasih atas sumbangan ini.

16

PERBINCANGAN AKTIVITI 2019

Pada 9.3.2019 Unit Perpustakaan IPGKI telah mengadakan pertemuan
dengan Perpustakaan Desa Batu 8, Ulu Kinta, Perak. Pertemuan ini adalah
untuk membincangkan aktiviti 'Lets Read Together 10 Minutes' yang akan
datang. Dr. Mohd Nazri Zainuddin , Puan Nor'Azah binti abdul aziz dan
Pn. Sabariah Khairuddin mengalu-alukan kedatangan Pn.Masmiza dan
rakan dari Perpustakaan Desa Batu 8. Semoga apa yang di rancang dapat
di laksanakan dengan jayanya. Insyah Allah.

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu
& Bahasa Inggeris 2019

Pada 10 April 2019 - Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat sumber),
Pn. Hayati Mat Desa (Penolong Ketua Pusat Sumber I) dan Pn. Nor'Azah bt
Abdul Aziz (Penolong Ketua Pusat Sumber II) dan 2 orang Pensyarah IPGKI iaitu
Dr. Kanakambal a/p Velusamy serta Pn. Hasni bt Yoep Ghazali telah dilantik
menjadi juri dalam peringkat saringan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu &
Bahasa Inggeris 2019 anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerjasama
BTPN Perak. Peringkat saringan ini diadakan di BTPN Perak. Pertandingan ini
diadakan sempena Pesta Buku Negeri Perak 2019. Seramai 28 orang pelajar
yang menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua peserta
pertandingan atas kesungguhan yang diberikan.

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perpustakaan IPGKI bersama
semua sektor perpustakaan di seluruh negara akan mengadakan
Program “Jom Baca Bersama 10 Minit 2019” pada 23 April 2019
(Selasa) sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang
disambut pada 23 April setiap tahun. .Unit Perpustakaan memohon
Ybrs. Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari, untuk merakamkan gambar
semasa membaca dan memuat naik gambar tersebut ke laman
sosial Facebook Perpustakaan IPGKI
dengan #Malaysiamembaca, #jombacaipgki2019
#dekadmembacakebangsaan2019.

*Gambar membaca yang menarik akan menerima hadiah
sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia.*

17

KARNIVAL PENDIDIKAN 2019 IPGKI

Pada 9 April 2019, IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Karnival Pendidikan 2019. Pelbagai
aktiviti dianjurkan oleh jabatan akademik. Di peringkat Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, telah

mengadakan aktiviti Promosi portal u-pustaka , 'Teka Bilangan Kacang' , Jualan buku terbitan
pensyarah IPGM dan jualan makanan 'oden'.

PROGRAM BICARA KARYA :
SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY

Pada hari ini 20 April 2019 (sabtu) jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari -
dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor , Unit Perpustakaan Ipgki telah
menganjurkan Program Bicara Karya : Shapiai Muhammad Ramly. Seramai 63
orang guru pelatih yang menghadiri program ini. Turut hadir Pn. Radiah
(Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan En. Hairi Yahya (Pensyarah IPG Kampus
Ipoh). Program ini dirasmikan oleh En. Amiruddin bin Md Ali Hanafiah, Ketua 1
Persatuan Penulis Johor. Melalui program ini , para pembentang berkongsi
pembacaan dan analisis mengenai karya Shapiai Muhammad Ramly. Karya
beliau menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Termasuklah aspek
hubungan manusia dan Maha Pencipta. Seramai 6 orang Pembentang dalam
program ini terdiri daripada Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat
Sumber IPG Kampus Ipoh), En.Badrul Hisham bin Ghazali (Pensyarah IPG
Kampus Raja Melewar), Dr. Hasrina Binti Baharum ( Pensyarah UPSI),
Dr.Kanakambal a/p Velusamy (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan Pn. Hayati
binti Mat Desa (Pensyarah IPG Kampus Ipoh).Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
(Ketua Pusat Sumber IPGKI) merakamkan jutaan terima kasih kepada guru
pelatih dan pensyarah yang hadir dalam program ini. Beliau juga melahirkan
rasa gembira dengan kerjasama team Unit Perpustakaan IPGKI yang komited
dalam memastikan program ini berjalan dengan baik sepertimana yang
dirancang.

18

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2019

23 April 2019 -Alhamdulillah .. Terima kasih kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang menyokong program ini.
Semoga sikap suka membaca ini menjadi budaya dalam masyarakat kita.Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat
Sumber) merakamkan ucapan syabas kerana memberi sokongan program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit ini yang
turut diadakan di seluruh negara. Buletin khas sempena program ini telah diterbitkan dan boleh dibaca di Perpustakaan.

SELAMAT BERTUKAR TUAN PENGARAH

Pada 26.04.2019 berikut adalah antara rakaman lensa yang dikongsikan kakitangan IPGKI di hari terakhir
buat warga IPGKI bersama Tuan Pengarah Hj.Kamarulizham bin Hazizi. Terima kasih kepada tuan pengarah
atas segala cadangan yang positive terhadap perpustakaan. Semoga tuan dipanjangkan umur, moga tuan
sentiasa sihat dan dipermudahkan apajua urusan. Amin.

MAJLIS PERSARAAN
EN.S.AHMAD SUHAIMI

Pada 26.4.2019 (jam 3.30 petang-5.00 petang) -Unit Pengajian Bahasa
Inggeris dan Unit Perpustakaan IPGKI telah mengadakan majlis persaraan
En.S.Ahmad Suhaimi bin S.Mohd Said. Selamat bersara En.S.Ahmad
Suhaimi , semoga dikurniakan kesihatan yang baik..aaminn. Terima kasih
kepada semua Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan IPGKI Dan Unit
Pengajian Bahasa Inggeris yang hadir. Terima kasih kepada guru pelatih
TESL turut hadir sama meraikan.

19

UNIT PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH Tel.: 05-5331311
31150 HULU KINTA, exit 1386 / 1382
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

www.instagram.com/perpustakaanipgki2019
perpustakaanipgkampusipoh.blogspot.com
www.facebook.com/Perpustakaan IPGKI
www.perpustakaan.ipgmipoh.edu.my
[email protected]

20


Click to View FlipBook Version