The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan IPGKI, 2022-08-01 23:11:08

TAMAN BERKARYA SIRI 1-2022

TAMAN BERKARYA SIRI 1-2022

TAMAN
BERKARYA

E-ISSN 2710-6683

MEMBACA SENTIASA,
INTELEKTUAL DIPERKASA

PERPUSTAKAAN SIRI 1
IPG KAMPUS IPOH 2022

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

KATA ALUAN

‫ِب ْس ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ـ ِم ِهللا ا ل َّر ْح َم ِن ا ل َّر ِح ْي ِم‬



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Buletin Taman Berkarya Siri

1/2022 berjaya diterbitkan. Saya merakamkan

jutaan terima kasih kepada para pensyarah,

guru pelatih dan pihak luar yang sudi

menyumbangkan karya-karya kepada Unit

Perpustakaan untuk dimuatkan di dalam

Buletin Taman Berkarya. Terima kasih juga

kepada warga kerja Unit Perpustakaan,

khususnya Pn Nazariah bt Mat Mizar yang

telah bekerja keras dan penuh komitmen

untuk menyiapkan penerbitan ini. Semoga

penerbitan ini menjadi pemangkin kepada

seluruh warga IPG Kampus Ipoh untuk terus

berkarya dan berkongsi hasil penulisan

dalam bidang yang diminati kepada umum.

Penerbitan ini adalah salah satu usaha Unit

Perpustakaan untuk menggalakkan warga IPG

Kampus Ipoh bersama-sama untuk

mewujudkan warga Malaysia yang berilmu

dan membudayakan aktiviti membaca.

Sokongan semua pihak amat diharapkan

dalam konteks menyumbangkan lebih banyak

karya yang bermanfaat untuk dikongsikan

bersama-sama. Semoga Buletin Taman

Berkarya akan terus segar dengan info santai

dan ilmiah yang dapat mendidik masyarakat

ke arah mencintai ilmu pengetahuan.

Selamat berkarya untuk manfaat pembaca.

Berkarya penuh hikmat, agar hidup mendapat berkat,
Menulis biar lekat, agar manusia mendapat manfaat.

Puan Saidatul Nadiah Binti Shamsuddin
Ketua Unit Perpustakaan IPGKI.

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

SIDANG

REDAKSI

PENGURUSAN

PENGARAH

DR. YAHYA BIN OSMAN

TIMBALAN PENGARAH

EN. MOHD KHADRI BIN FAZIL RAHMAN

SIDANG PENGARANG

KETUA EDITOR

PN. SAIDATUL NADIAH BINTI SHAMSUDIN

PENOLONG KETUA EDITOR

PN. SABARIAH BINTI KHAIRUDDIN

EDITOR BAHASA

PN. SHARMILA BINTI SIRON
PN. NASIMAH BINTI ABD JAL

PEREKA GRAFIK

NAZARIAH BINTI MAT MIZAR

AHLI SIDANG REDAKSI

EN MUSTAFA BIN ISRAM

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

KANDUNGAN

KREATIF

ARTIKEL | 1

Bagaimana Menilai Kualiti laman Web Pembelajaran?
Kriteria Kepada Pembina

SAJAK | 5

Pagi Sebelum Petang

ARTIKEL | 6

Daulatkan Bahasa

SAJAK  |  9

Perempuan

SAJAK | 10

Indahnya Kehidupan

ARTIKEL | 11

Mengalai Di Semporna

SAJAK  |  17

Hutan Kehidupan

SAJAK | 18

Engkaukah Itu

SAJAK | 19

Secawan Rasa

SAJAK | 20

Sayangi Sungai

SAJAK | 21

Orang Kecil

ARTIKEL 2022

BAGAIMANA MENILAI KUALITI
LAMAN WEB PEMBELAJARAN?

KRITERIA KEPADA PEMBINA

EN. LEE SIONG THEAM

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MULTIMEDIA
IPG KAMPUS IPOH

1

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

Adalah penting untuk menilai kualiti laman web. Apabila menggunakan laman web
sebagai sumber pembelajaran, maka kualiti maklumat dalam laman web mesti dinilai.
Tetapi apabila kita ingin membina laman web atau menilai laman web orang lain,
beberapa kriteria mesti dipertimbangkan. Menilai kualiti laman web boleh menjadi
sangat subjektif. World Wide Web Consortium (https://www.w3.org/standards/)
mencadangkan lima kriteria yang unggul untuk laman web bagi menggalakkan akses
sejagat, penggunaan yang bertanggungjawab dan keramahan pengguna. Antara
kriteria tersebut adalah kebolehcapaian, reka bentuk, kandungan, interaktiviti dan
keaslian. Kriteria ini diambil dari kriteria penilaian di Laman Web Terbaik Dunia yang
mempunyai sistem mata lima bintang untuk menentukan laman web "terbaik" di Web .

Berikut ialah contoh beberapa tapak pembelajaran yang dibangunkan oleh pelajar
PISMP dengan berpandukan kriteria World Wide Web Consortium. Kesemua tapak
pembelajaran dibina di atas platform Google Sites. Semoga kriteria penilaian ini dapat
membantu sesiapa yang ingin membangunkan tapak pembelajaran dalam talian
dengan apa platform sekalipun.

1. Aspek Teknologi dan Interaktiviti

URL Laman Web: https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/nurinaaisyah-edu/utama

Rajah 1: Pengintegrasian video dan permainan

Laman web menggunakan teknologi baru dan bersifat multimedia Web untuk
membolehkan interaktiviti pengguna dan membuat pengalaman berbeza daripada
membaca buku, mendengar radio atau menonton rancangan TV. Antara beberapa cara
teknologi dapat digunakan untuk menjadikan laman web lebih interaktif adalah seperti
pengintegrasian video, audio, permainan dan ujian dalam talian. Penggunaan video
dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberi kesan yang positif terhadap aspek
pencapaian pengguna. Hal ini kerana tontonan video dapat meningkatkan perhatian
dan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran. Isi kandungan video adalah bertepatan
dengan objektif pembelajaran bagi membolehkan pengguna fokus kepada sesuatu
topik yang diajar sekaligus membolehkan matlamat pembelajaran dapat dicapai. Hal ini
adalah bertepatan dengan laman web yang dibina kerana isi kandungan serta
penggunaaan video disusun dengan baik sekali membolehkan pemikiran pengguna
fokus dan berkembang secara perlahan-lahan dan bukannya secara drastik dan
membebankan pengguna.

2

2. Reka Bentuk TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

URL Laman: 3. Keaslian
https://sites.google.com/epembelajaran.
edu.my/cikguabdin/home URL Laman:
https://sites.google.com/epembelajaran.
edu.my/kelas-pk-cg-bella/home

Rajah 2 Rajah 3
Arahan yang jelas memudahkan pengguna Penyampaian dengan kaedah penerokaan

Reka bentuk laman web adalah Laman web kreatif dan asli boleh
elemen yang sangat penting untuk menjadi lebih menyeronokkan untuk
dipertimbangkan ketika menilai kualiti digunakan kerana menunjukkan
keseluruhan. Laman web yang baik pembaharuan serta pembelajaran yang
mempunyai reka bentuk yang menarik bermakna. Laman web yang baik dapat
secara visual, boleh dibaca, mudah dibezakan dari laman web lain, dan
dinavigasi, dan mengukuhkan tujuan memberi sesuatu yang tidak dapat
laman web sambil memberikan rupa dan ditemui di tempat lain. Laman web
rasa bersatu. Laman web ini pembelajaran dibina berkonsepkan
mengandungi unsur mesra pengguna pengembaraan untuk meneroka topik
kerana mempunyai arahan kepada pembelajaran. Pengguna akan menjadi
pengguna yang tepat dan jelas. Arahan lebih teruja untuk meneroka laman web
yang jelas mampu mengurangkan yang dibina jika terdapat unsur kartun,
kesilapan akibat salah faham pengguna. lebih-lebih lagi kartun yang popular
Dalam laman web ini, arahan-arahan seperti Ejen Ali. Penggunaan kartun
yang jelas diberikan kepada pengguna sebagai bahan pengajaran dan
sebelum mereka menonton video, pembelajaran mampu mewujudkan
menghantar tugasan dan membaca suasana yang seronok dan boleh
nota. Seterusnya, laman ini juga mempengaruhi emosi pengguna untuk
disertakan dengan panduan pengguna. belajar dengan lebih tekun. Kartun
Arahan dan panduan untuk setiap klik adalah suatu penghasilan unik yang
akan diberikan dan disertakan bersama diminati oleh pelbagai peringkat umur.
avatar. Selain itu, pengguna juga selesa Penyertaan video, audio dan visual
apabila mengakses ke laman web ini berasaskan kartun menyebabkan
kerana mereka bebas meneroka dan pengguna tidak mengabaikan setiap
mencari maklumat. Hal ini kerana input dan pengisian pembelajaran yang
terdapatnya butang navigasi untuk disertakan dalam laman web tersebut.
membawa mereka ke halaman atau
pautan yang seterusnya.

3

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

4. Kandungan

URL Laman: https://sites.google.com/view/epmebelajaran-edu-my-edup-3053

Rajah 4 Nota yang mematuhi kandungan DSKP

Kualiti kandungan maklumat laman web dapat dilihat dari segi ketepatan,
objektiviti, terbaru dan liputan. Laman web ini mengandungi maklumat yang terkini dan
berguna kepada pengguna sasaran. Objektif pembelajaran yang berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) diletakkan di halaman utama. Dengan ini,
pengguna dapat mengetahui bahawa apa yang akan dipelajari dalam topik ‘Amalan
Pemakanan’. Begitu juga nota-nota yang padat dan ringkas telah disediakan dalam
bentuk persembahan slaid. Pada masa yang sama, bahasa dalam laman web ini
berbentuk mudah difahami dan jelas serta kosa kata yang sesuai dengan tahap umur
pengguna. Kesalahan ejaan juga diperiksa dan dibetulkan sebelum laman web
diterbitkan kepada umum.

5. Kebolehcapaian

URL Laman: https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/perkusi-tahun-1-cikgu-aqilah

Rajah 5 Laman multimedia dapat dibuka dalam masa yang cepat

Adalah penting bahawa laman web boleh diakses secara universal. Untuk laman
web yang sangat mudah diakses, ia akan memuat dengan cepat, dan dapat dibuka
dengan pelbagai browser, sistem operasi dan resolusi monitor. Ia juga akan
menyediakan akses kepada orang kurang upaya dan dari pelbagai peringkat latar
belakang pendidikan dan budaya. Laman web dapat diakses oleh semua pengguna
tanpa memerlukan akaun yang khas. Pengguna tidak perlu log in atau sign up semasa
mengakses pautan laman web ini. Pengguna juga tidak perlu membuat apa-apa
bayaran untuk mengakses masuk ke pautan laman web yang dihasilkan ini kerana
akses adalah percuma dan boleh diakses pada bila-bila masa. Tambahan pula, laman
web ini dapat diakses secara terus melalui pautan URL yang diberikan.

4

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

Di sini berhenti seketika
sebelum bangun tidurmu
fikirkan paginya
sebelum petang
renung petang sebelum pagi

SAJAK Semai hatimu untuk tidak hanyut
jaga kayuhanmu
PAGI badai gelombang sentiasa bergelora
SEBELUM perahumu selamat belayar
PETANG
Bertanya jika terputus laluan
Abdul aziz ali kekadang berpatah ke hujung jalan lebih
Ipoh Perak baik
3.7.2021 onak dan duri adalah jalan perlu dilalui
itulah dugaan
sihat sebelum sakit

Katakan tidak beralih arah
tunduklah hingga kepala di kaki
sebutlah ayat-ayat hingga dirimu
menghadam manisnya
membilas debu bersalut di hatimu
sebelum petang tiba

5

DAULATKAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
BAHASA IPG KAMPUS IPOH.

DR. HAJAH FATIMAH BINTI IBRAHIM

6

ARTIKEL TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

2022

Tanggal 31 Ogos 2022 nanti genaplah 65 Langkah ini selari dengan hasrat YAB Perdana
tahun negara mencapai kemerdekaan. Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar
Namun, kedudukan bahasa Melayu sebagai persidangan, mesyuarat dan lain-lain program yang
bahasa kebangsaan masih belum kukuh jika dihadiri mesti menggunakan bahasa Melayu. Hal ini
dilihat dari sudut penguasaan berbahasa yang demikian kerana sudah menjadi kebiasaan
Melayu dalam kalangan warganegara dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak
Malaysia. Di sebalik usaha menggunakan bahasa Melayu dalam program-
memartabatkannya terus dijalankan melalui program anjuran swasta, malah ada juga yang
aktiviti Bulan Bahasa, jelas ada dalam melibatkan program anjuran GLC dan agensi
kalangan warganegara tidak sedar atau pura- kerajaan.
pura tidak tahu mengenai kedaulatan bahasa
Melayu seperti yang termaktub dalam Ingatlah kata-kata keramat, “di mana bumi dipijak,
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
di situ langit dijunjung”. Bahasa Melayu merupakan

hak milik negara dan bangsa yang kekal abadi. Bak

kata pepatah, dikenal bangsa melalui bahasanya.

Kemunculan pelbagai teknologi baharu turut Oleh yang demikian, melentur buluh biarlah

memberi kesan kepada pelbagai disiplin ilmu, daripada rebungnya. Analogi ini tepat dalam

khususnya ekonomi dan industri termasuklah aspek konteks membentuk penguasaan berbahasa Melayu

kebahasaan. Bahasa Melayu akan terus dalam kalangan murid di sekolah. Justeru, institusi

dipinggirkan sekiranya tiada usaha dan kemahuan pendidikan yang diterajui Kementerian Pendidikan

rakyat untuk mendaulatkannya. Lonjakan teknologi Malaysia (KPM) memainkan peranan penting

dalam era Revolusi Industri 4.0 tidak wajar dijadikan sebagai institusi yang berperanan untuk

sebagai alasan untuk tidak menggunakan bahasa membentuk dan membina jati diri rakyat Malaysia

Melayu dalam pelbagai bidang. Oleh yang demikian, yang memahami bahasa kebangsaan dan

kita harus berbangga untuk berkomunikasi dalam mendaulatkannya hingga ke persada antarabangsa.

bahasa Melayu, terutama dalam konteks

penggunaannya di media sosial yang melangkaui Sehubungan dengan itu, Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) 1959 juga wajar dipinda bagi
sempadan perhubungan lebih-lebih lagi dalam era memartabat dan memperkasa penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pindaan yang
Revolusi Industri 4.0. dicadangkan ini bertujuan untuk memberi kuasa
kepada DBP mengambil tindakan terhadap pihak
Keterampilan berbahasa Menteri Alam Sekitar dan yang ingkar untuk menggunakan bahasa Melayu
Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Akta
berucap sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di Bahasa Kebangsaan 1963/67. Selaku warganegara
Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Malaysia, kita dipertanggungjawabkan untuk
Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa memikul amanah dalam memartabat dan
Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland mendaulatkan Bahasa Melayu.
telah membuka mata banyak pihak. Tindakan
beliau mengangkat martabat bahasa Melayu ke
persada dunia membuktikan bahawa bahasa
Melayu boleh mencapai tahap kegemilangannya.

7

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

Kekuatan bahasa Melayu terletak pada statusnya
sebagai bahasa kebangsaan dan faktor sejarahnya
menjadi bahasa lingua franca di nusantara dahulu.
Oleh yang demikian, dasar bahasa di Malaysia haruslah
konsisten dan ketat serta dapat memberi nilai ekonomi
kepada bahasa Melayu. Misalnya, syarikat nasional dan
cawangan syarikat antarabangsa di Malaysia
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan bagi perundingan di semua peringkat
akan dapat mendorong masyarakat untuk mempelajari
dan menguasainya. Di samping itu, penggunaan
bahasa Melayu secara meluas dalam pelbagai bidang
di institusi pendidikan hingga ke peringkat tertinggi
juga dapat mempergiat penerbitan lebih banyak bahan
bacaan dan artikel ilmiah dalam bahasa Melayu hingga
mampu mengangkat status bahasa Melayu.

Secara tidak langsung, penggunaan bahasa Melayu
dapat mempersatu semua kaum dan menggalakkan
persefahaman antara mereka. Perkembangan bahasa
juga dapat melestarikan budaya tradisional ke arah
mewujudkan keperibadian sesebuah bangsa. Bahasa
Melayu akan tetap kekal dalam kalangan masyarakat
selagi penuturnya terus berusaha mendaulatkan
bahasa dan bersungguh-sungguh melestarikannya. Jika
bukan kita sebagai rakyat Malaysia mendaulatkannya,
siapakah lagi yang akan menjunjung kedaulatan
bahasa?

8

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

SAJAK

PEREMPUAN

ABDUL AZIZ ALI
IPOH, PERAK

PEREMPUAN 9
SELUBONGMU

TINGKAHMU
SERAGAM

NANTI MEWANGI DISYURGA



PEREMPUAN
DIRIMU MULIA
DIRIMU PINTU SYURGA
UNTUK ANAK-ANAKMU



PEREMPUAN
DIRIMU TERISTIMEWA
KAU MENGANDUNG
KAU MELAHIR
KAU MENYUSU
ZURIATMU DEMI MEWARISI DUNIA INI



PEREMPUAN
KAU ADALAH IBUKU
DALAM RAHIMMU DIRIKU DIBELAI
PERIT PEDIH KAU MELAHIRKAN
KAU ADALAH PENAWAR RINDUKU
DI TELAPAK KAKIMU SYURGAKU



PEREMPUAN
SEMOGA JADIKAN SUAMIMU
PINTU SYURGA BAGIMU



PEREMPUAN
JANGAN DIRIMU TERGOLONG DALAM
RAMAINYA PEREMPUAN-PEREMPUAN
DIDALAM NERAKA

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

PUISI
INDAHNYA
KEHIDUPAN

Dr Hjh. Noradzimah bt. Abdul Majid

Jabatan Sains & Matematik
IPG Kampus Ipoh

Hari baru ini datang lagi..... Mencumbu mesra bungaku
Syukur Tuhanku, aku masih diberi dengan kehangatan..
peluang menghirup udara Menyantuni dedaunan dengan
segarmu... fotosintesamu..
Indahnyanya alam berbaur wangian Membantu lingkaran alam ..
setanggi .. Berjalan patuh atas perintah
Yang menyemarak rasa tenang dan Tuhan.
damai...
Dalam harum kasihMu... Indahnya alammu Tuhan
Seindah hidup yang Kau aturkan..
Nun di luar sana ku intai dari Seharum mawar di persada
jendela.. bumi...
Terlihat merpati dua sejoli hinggap Memberikan aroma cinta...
di laman.. Menebar wangi, pesona alam..
Bebas berterbangan menyanyi
riang .. Tuhanku.....bahagianya kehidupan
Mencari dedauan buat santapan si ini..
anak.. Kerana Kau senantiasa di sisi..
Menemani kupu-kupu malam yang Menemani dan memanduku
baru terpana.. untuk terus melangkah ..
Dek hangatnya sang suria.. Meski tak terdengar suara dari
panggilan rindu..
Aku terkesima dek indahnya Aku tahu Kau ada di sana..
bunga-bunga cintaku.. Memayungiku dengan tulus..
Yang baru kusemai di laman Mencintaiku sepenuh hati...
tangga... Menyentuhku lembut bak kasih
Elok benar kembangnya seiring ibu..Yang mesra di dalam hati..
dengan sapaan sang mentari..
Yang mencuri-curi mengintai dan
menari..

10

Mengalai di
Semporna

oleh: Hairi Yahya
IPG Kampus Tawau

11

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

PAGE 22

Jadi tak datang ke Semporna? begitulah
mesej daripada tuan rumah kepada saya
untuk yang kesekian kalinya. Dia
bersungguh-sungguh mengajak saya
sekeluarga untuk berkunjung ke rumah
mertuanya di Kampung Pokas di daerah
Semporna , Sabah kerana majlis
walimatul urus.
Hingga hari semakin mendekat, dia
terus-terusan menghubungi sambil
mengingatkan saya sekeluarga untuk
tidak menguzurkan diri menghadiri
majlis perkahwinan adik iparnya dengan
orang Semenanjung. Dihujung panggilan
telefon, dia terus berpesan agar jangan
melupakan tarikh kenduri tersebut.
Sebelum tiba tarikh yang dirancangkan, s u m b e r :
saya menempah hotel melalui sistem h t t p s : / / w w w . r e s e a r c h g a t e . n e t / f i g u r e / M a p -
online dengan harapan mendapat harga o f - S e m p o r n a - a n d - i t s - a r c h a e o l o g i c a l - s i t e s -
yang lebih murah. Tempahan secara
online juga dapat menjimatkan masa
serta mengurangkan kerisauan mencari
penginapan di Semporna nanti.

sumber: Perjalanan dari pekan kecil Balung,
https://rileklah.com/jalan-jalan?page=25 Tawau ke pekan Semporna mangambil
masa sekitar satu jam. Berjarak kira-kira

65 km daripada kediaman kami,
perjalanan ke Semporna melalui jalan

yang dikira sederhana baik. Laluan
empat lorong berakhir kira-kira lima
kilometer bila menghampiri bulatan ke

Kunak dan Lahad Datu. Dengan
pemandangan ladang kelapa sawit yang
keluasannya, saujana mata memandang,

laluan empat lorong bertukar menjadi
dua lorong sahaja sehinggalah memasuki

kawasan perbandaran Semporna.
Sempat juga kami melihat pembangunan

jalan raya Pan Borneo yang sudah
terbengkalai sejak kerajaan negeri

bertukar pimpinan.
Benarlah kata sahabat saya yang telah
lama menghuni di Negeri Bawah Bayu

ini, bahawa Tawau dan sekitarnya
adalah bumi pertanian yang subur.

Namun, bagi daerah Semporna,
kelebihannya selain pertanian adalah

sektor pelancongan kelautan yang
masyhur seluruh alam.



12

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

PAGE 10

sumber: Bandar Semporna yang
https://www.sinarharian.com.my/article/12196/PILIHAN terletak di tepi pantai Laut
-EDITOR/ Sulawesi bukan sahaja
menyediakan pulau-pulau
yang cantik untuk dilawati,
malahan menawarkan lokasi-
lokasi pelancongan yang
sangat mengujakan. Selain
pantai dan air lautnya yang
bersih, kemudahan
penginapan yang banyak
dengan berbagai kemudahan
serta pakej-pakej yang
menarik, sektor pelancongan
memberi nafas ekonomi
kepada penduduk setempat
dan sekitarnya. Malahan jika
dibandingkan antaraTawau,
Kunak dan Lahad Datu,
ternyata Semporna
mengatasi daerah-daerah
tersebut.

Perjalanan kami ke majlis Selesai solat zohor, acara sumber:
kenduri di Kampung Pokas mengarak pasangan https://katamalaysia.my/c
akhirnya tiba seawal waktu pengantin ke pelamin pun ulture/tarian-igal-igal-
majlis resepsi akan dimulakan. diadakan. Saat inilah debaran selit-wang-di-jari-penari/
Sebuah khemah besar dengan kerana keinginan ingin tahu
set pelamin untuk mula memuncak. Rasa teruja
persandingan mempelai untuk mengikuti acara
sudah tersedia untuk selanjutnya kerana saya
dimasuki. Rombongan diberitahu sebelumnya,
pengantin lelaki dari Johor dalam majlis nanti ada acara
telah tiba dengan beberapa “mengalai”. Acara tersebutlah
buah kereta. Pembawa bunga yang menjadi tarikan untuk
manggar mengiringi pasangan saya sekeluarga menghadiri
pengantin menuju ke rumah majlis khenduri pada hari
pengantin perempuan untuk tersebut. Perkataan
sesi bersuaikenal dengan ‘mengalai’ ini berasal
kaum kerabat terdekat daripada tarian tradisional
pengantin perempuan. Para kaum Bajau yang dikenali
tetamu mula mengambil sebagai ‘Igal-igal’ yang
hidangan di khemah kecil akhirnya dipanggil ‘mengalai’
yang menempatkan pihak (menari) dan
katering dengan juadah- ‘pengalai.’(penari)
juadahnya di sisi kiri khemah
utama.

13

Setelah kedua mempelai duduk TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022
bersanding di atas pelamin,
14
pengacara majlis pun menjemput
seorang dua warga tua khasnya
kerabat sebelah pengantin

perempuan memberi sepatah dua
ucapan. Selesai sahaja ucapan kedua-

dua belah pihak, muzik irama
mengalai pun dimainkan oleh ‘band’
yang diundang khas. Tampillah para
penari atau pengalai dengan tarian

mereka yang meliok-lintok. Jari-
jemari penari yang turut dihias

dengan hiasan yang bergemerlapan
menambahkan lagi seri para penari
tersebut. Tarian mereka akan lebih

meriah bila turut disertai oleh
wanita-wanita dewasa yang tadinya

sebagai penonton turut masuk
gelanggang mempertontonkan gaya-

gaya tarian yang tersendiri. Pada
pemerhatian saya, para penari atau
pengalai ini tidaklah menari selincah
tarian zapin atau kuda kepang dan

sebagainya, sebaliknya mereka
hanya memperlihatkan aksi tubuh
yang meliok-lintok sambil bergerak
dua tiga langkah sahaja. Selebihnya,

gaya mereka menghayun tangan
dengan gaya yang melentik dan jari-

jemari yang juga melintok
menggambarkan kesenian dan
kehalusan gerak tari mereka. Di
situlah terletak keanggunan wanita-
wanita Bajau dalam kehidupan

seharian mereka.



sumber:
https://www.bharian.com.my/b
hplus-old/2015/09/78715/baju-

ala-bimbang

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

Rasa gembira dan meriah mengikuti tarian mengalai pakaian tradisi etnik Bajau
tersebut akan lebih ceria bila setiap pengalai atau sumber:
penari tadi diselitkan wang kertas pelbagai warna https://twitter.com/honeyduch/status/98323
dicelah-celah jari oleh para penonton dan para para 2080514396162
tetamu. Mereka bersesak-sesak memberikan wang
kepada pengalai sebagai sokongan dan menambah
lagi kemeriahan majlis tersebut. Kerana itu, para
pengunjung disyorkan membawa kepingan wang
kertas berbagai nilai supaya memudahkannya untuk
menyelitkan wang tersebut kepada para pengalai!!
Pada pemerhatian saya juga, masyarakat tidak
memandang kepada kebolehan menghayun tangan
demi kehalusan seni tarian tersebut, sebaliknya
sesiapa sahaja yang sudi mengalai akan dibalasi
dengan selitan berkeping-keping wang kertas .
Sesiapa sahaja yang sudi melangkah untuk menyertai
acara mengalai tanpa mengira usia dan pangkat, pasti
diberi habuan oleh para penonton. Ternyata,
masyarakat sangat menghargai budaya tersebut
berbanding wang ringgit.
Kemeriahan dan kegembiraan majlis tersebut
bertambah meriah selepas para pengantin menukar
pakaian kepada pakaian adat. Dengan
berlatarbelakangkan suku kaum Bajau, pasangan
pengantin mengenakan baju dan seluar sesuai pakaian
adat kaum Bajau.

Sekali lagi alunan muzik Bajau memecah Melalui bualan saya dengan tetamu yang lain,
kegembiraan dengan lebih ramai lagi para kebiasaannya, majlis mengalai dibuat pada
tetamu turut mengalai bersama-sama waktu malam hingga awal pagi. Seluruh
dengan pasangan pengantin. Dan kampung akan hadir dan menikmati hiburan
berhamburanlah wang pelbagai warna tersebut sambil mempertahankan budaya
diselitkan dicelah-celah jari pasangan tersebut. Mengalai juga adalah hiburan
pengantin dan sesiapa sahaja yang turut tradisi selain merehatkan minda setelah
mengalai sepanjang muzik dan lagu tersebut bersungguh-sungguh menjayakan majlis
berdendang. Dengan kegembiraan yang amat khenduri pada siang tadi. Namun, keadaan
sangat, berkeping-keping wang kertas pendemik Covid 19, telah merubah keadaan
pelbagai nilai bertaburan di lantai tarian tersebut. Acara mengalai yang menjadi acara
kerana masing-masing terlalu asyik kemuncak majlis khenduri suku Bajau
menghayati muzik dan lagu mengalai terpaksa dilakukan secara sederhana.
tersebut! Seolah-olah boleh dikatakan wang
ringgit bukanlah nilai kegembiraan mereka alat muzik kulintangan
pada hari itu. Turut diperhatikan, bukan sumber:
sahaja pasangan pengantin diselitkan dengan https://www.mysabah.com/wordpress/
puluhan wang ringgit, malahan sesiapa sahaja kulintangan/
yang turut menari atau mengalai akan
diselitkan wang kertas dicelah-celah jari
mereka. Asal sahaka mereka menggayakan
tarian suku Bajau, terus diselitkan wang
kertas dicelah jari mereka. Rombongan
pengantin dari Johor tersebut ketawa
gembira kerana mereka turut menerima
limpahan rezeki walau pun pertama kali
mengalai melalui peristiwa tersebut.

15

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

generasi dewasa menjadi pemain alat muzik Bagi saya sekeluarga yang pertama kali
sumber : https://ms- melihat suasana begitu terasa sangat
my.facebook.com/PermasaUM/posts/mengenal teruja melihat kesungguhan
i-etnik-bajau- masyarakat kaum Bajau Semporna
mempertahankan warisan budaya
meski pun diancam pendemik. Majlis
yang biasanya diadakan secara besar-
besaran, kini perlu diubahsuai namun
masih mengekalkan seni dan budaya
setempat.
Amat mengujakan saya adalah generasi
tua yang memberi sokongan yang kuat
dengan turut serta mengalai bersama-
sama generasi muda dengan wajah yang
sungguh ceria. Gambaran ini
menunjukkan kebanggaan mereka
terhadap warisan agar tidak tenggelam
dimamah zaman. Tidak keterlaluan jika
dikatakan aluanan muzik suku kaum
Bajau sangat menghiburkan walaupun
hanya berasaskan ketukan gong ,
kulintangan dan gendang.

Saya juga mula sedar Saya juga dimaklumkan juga
mengapa tuan rumah tidak bahawa di majlis-majlis
mahu menerima “sampul khenduri walimatul urus di
kecil” sewaktu bersalam Semporna, saiz
sebelum meninggalkan ‘sambulayang’nya juga
majlis. Rupanya, jika kita melambangkan status
ingin memberi wang dan sosialnya dalam masyarakat.
sebagainya, waktu Semakin besar
“mengalai” itulah peluang ‘sambulayangnya’ semakin
kita untuk sama-sama kaya atau berpengaruh
memeriahkan majlis golongan tersebut.
tersebut. Sungguhpun Sambulayang ini sering
begitu, saya hanya dapat tergantung di hadapan rumah
menghayati kemerihan dan tuan khenduri yang terbuai-
kegembiraan majlis buai ditiup angin dengan
tersebut sebagai pemerhati warna kainnya merah hati dan
sahaja, belum berani bersulamkan keemasan.
‘mengalai’ lagi bah...!!! Malahan terdapat juga
sambulayangnya dihiaskan
dengan lampu berwarna- Sambulayang Suku Bajau
warni. Begitulah yang teradat Semporna :
dalam masyarakat suku Bajau
di Semporna ini. Sumber Google.

16

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

SAJAK

HUTAN KEHIDUPAN

LIHATLAH HUTAN DI SANA
HABIS GONDOL SEMUANYA, LAPANG
POKOK-POKOK HABIS DITEBANG
BAGI MENDAPATKAN DUIT, MENGISI
HARTA DAN KEKAYAAN

TIADA LAGI HAIWAN-HAIWAN LIAR
YANG MENGHUNI HUTAN KITA
HABIS MATI SEMUANYA, AMAT KESEDIHAN
DEK HILANG KHAZANAH ALAM SEMESTA

TIDAKKAH MEREKA YANG TAMAK ITU
SEDAR?
BUMI, SEHARUSNYA KITA JAGA DAN
PELIHARA
DEMI KESEJAHTERAAN KITA SENDIRI
DEMI ANAK CUCU KITA DI KEMUDIAN
HARI

SEHARUSNYA KITA INSAF DAN MENJAGA
HUTAN DAN KEHIDUPAN TIADA TERPISAH
HUTAN SUMBER OKSIGEN DAN MAKANAN
UNTUK SEMUA KEHIDUPAN DI BUMI KITA

DR HJ NOOR AZMI BIN OSMAN 17
JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

IPG KAMPUS IPOH

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

Sajak Dr. Hjh. Fatimah binti Ibrahim

Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Ipoh

Engkaukah itu

Engkaukah itu

Yang ditunggu-tunggu
Beberapa purnama mengharap menanti 18
Impian yang bertakhta kian
menggunung tinggi

Engkaukah itu
Yang membawa sinar
Menerangi kegelapan hati yang resah
Gelap malam berjuta bintang
Membawa segunung pengharapan

Engkaukah itu
Yang ditunggu-tunggu
Malam penuh barokah
Melimpahkan rahmat semesta alam

Engkaukah itu
Yang menundukkan sifat takabur
Membuang sifat mazmumah
Lantas mendidik hati
Membasahi bibir dengan zikrullah

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

Kopi kau hulur semalam pahit secawasnajak
masih terasa pahit rasa
pahit masih pahit
bau pahit ABDUL AZIZ ALI
masih terlekat pahit
semut pun tidak singgah di PENGGUNA MAYA
cawan
19
Dulu kopi kau hulur manis
ada gula ada susu
bau manis
masih terasa manis
terlekat di cawan manis
semut menghirup sisa manis

Aku tidak kisah pahit kopi kau
hulur
pahit kopi menjadi manis
pahit kopi menjadi tawar
bila manis senyummu
bila tawar senyummu

Dulu manis sekarang pahit bila
madu menjadi sepah dibuang
dulu sedap sekarang pahit
dibuang bersepah-sepah

Pahit dan manis hakikat hidup
selagi tiada kesyukuran dalam
diri
bila baik semua manis biarpun
pahit
bila benci semua pahit biarpun
manis

SAYANGI N G TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

SU SAJAK

AI

DR HJ NOOR AZMI BIN OSMAN
JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

IPG KAMPUS IPOH

SEGARNYA AIR YANG AKU TETAPI KINI SAYANG SUNGAI
MANDI YANG MENGALIR
NIKMATNYA AIR YANG AKU SEMAKIN LESU DAN
MINUM KEHITAMAN
AIR YANG AKU GUNA MEMBAWA BEBAN SAMPAH
SEHARIAN SARAP
DATANGNYA DARI SUNGAI PENUH DENGAN BUANGAN
YANG MENGALIR MANUSIA
DARI HULU KE HILIR TERUS KE NAMPAK JIJIK DAN
LAUT MENGECEWAKAN
SUNGAI YANG JERNIH LAGI
BERSIH SEDARLAH WAHAI MANUSIA
SUNGAI YANG TIADA BAHAWA AIR AKAN MENJADI
KELODAK KOTORAN EMAS
SUNGAI YANG TIDAK BERBAU BILA AIR SUNGAI TIDAK LAGI
HAMIS BERSIH
SEJUK MATA MEMANDANG BEREBUT-REBUT MENCARI AIR
HARUM BAU KASTURI DISERATA DUNIA DI SETIAP
ALAM SEMESTA

20

orang kecilTAMANBERKARYASIRI1/2022

Dr Mohamed Jefferi bin Haji Mat Lazim
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Ipoh.

Kalau kau orang kecil Kalau kau orang kecil
Diam diam saja Biar segunung intan berjasa
Lisan mu tiada bisa Biar seluas lautan keringat usaha
Ditertawa anggapnya sia-sia Biar penuh danau air mata
omong-omong kosong saja. Biar puluhan darsa warsa
menghamba jiwa raga
Kalau kau orang kecil Tetap melukut di tepi sisa
Jangan menyinga Ada,tiada tak dirasa
Kerana taring mu Akan terus dilupa.
tidak meluka
Sebaliknya kau terluka Kalau kau orang kecil
tak mampu angkat muka. Sopan beradap dikata biadap
Lurus betul dikata silap
Kalau kau orang kecil Lancar berucap dikata gagap
Biar jujur seribu bahasa Pandai dikata bengap
Tetap dikata berdusta Kerja cepat dikata lembap
Padi disemai lalang melata Kerja siap berbunyilah pahat
Kepuk dibina tuainya hampa Sakit mu dikata buat-buat
Budi ditabur balasnya tuba Mati mu katanya patut sangat.
Dipalit onar dihambur nista.

Kalau kau orang kecil

Kejayaan jangan cepat diraikan

Kerana belum tentu kedapatan

Kemenangan bisa saja dihalang

Agar kau tak merasa dijulang

Oleh tangan-tangan mengaku bangsawan

Patukan Cenderawasih di awangan

Selindung sebalik kepalsuan

Merak Kayangan... 21

TAMAN
BERKARYA

SIRI 1 2022 PERPUSTAKAAN
IPG KAMPUS IPOH

Rak Buku Maya Taman Berkarya :
http://anyflip.com/bookcase/qyclz

MEMBACA SENTIASA, INTELEKTUAL DIPERKASA

PERPUSTAKAAN
IPG KAMPUS IPOH

TAMAN

MEMBACA SENTIASA, BERKARYA

INTELEKTUAL DIPERKASA SIRI 1 2022

E-ISSN 2710-6683

TAMAN BERKARYA SIRI 1/2022

TERIMA KASIH

E-ISSN 2710-6683

TAMAN
BERKARYA

SIRI 1 2022

MEMBACA SENTIASA,
INTELEKTUAL DIPERKASA


Click to View FlipBook Version