E-MAJALAH MASARAU EDISI KE-51
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, e-majalah
MASARAU edisi ke-51 sekali lagi berjaya diterbitkan oleh pihak Sidang Redaksi khusus untuk tatapan warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Walau bagaimanapun, lipatan sejarah yang mengungkap warna-warni kejayaan pastinya telah mengundang pelbagai cabaran dan dugaan seperti wabak Covid-19 ini. Namun, pihak kami tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menangguhkan penerbitan MASARAU bagi tahun 2021. Oleh itu, e-majalah MASARAU buat julung kalinya berjaya diterbitkan bagi mengatasi masalah tersebut.
E-majalah MASARAU edisi ke-51 ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat
mereka yang sememangnya terpendam lama. Tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan pelajar akan dapat
dijadikan kenang-kenangan, terutamanya bagi yang akan meninggalkan SMK Dato’ Sheikh Ahmad .
Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan sehingga e-majalah MASARAU dapat diterbitkan. Tahniah juga saya ucapkan kepada warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad yang berjaya mengharumkan nama sekolah.
Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada kesilapan dan kekurangan dalam penghasilan e-majalah MASARAU edisi ke-51 ini. Semoga sekolah kita akan terus maju ke arah kecemerlangan pada masa akan datang.
NUR SABRIENA BINTI ZAKI
(KETUA EDITOR MASARAU SMK DATO' SHEIKH AHMAD)
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload