The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leeyijun30, 2022-08-31 04:24:40

Kesultanan Melayu Melaka

PENGASASAN
KESULTANAN
MELAYU MELAKA

Kumpulan 2

2 Amanah

Cikgu Chelvi

Lee Qian Ci
Lee Yi Jun
Leong Pei Ying
Loh Wan Xin
Chin Yun Yi
Wong Zi En
Muhammad Daniel Haiqal

ISI KANDUNGAN

1 Jadual Tugasan

Kaedah Literatur 2

3 Objektif Kajian

Kaedah Kajian 4

5 penghargaan

Latarbelakang 6
Parameswara 9I

ISI KANDUNGAN

Pemilihan Lokasi
9 yang Strategik oleh

Parameswara

Faktor 13
Kegemilangan

17 Sistem
Pentadbiran

Rumusan 21

22 Sumber Rujukan

Lampiran 23
II

TARIKH TUGASAN CATATAN

2/8/2022 Taklimat dan guru sejarah Puan Chelvi  

3/8/2022 Perbincangan dengan ahli kumpulan   Melalui
Google
Meet

4/8/2022 Membuat objektif kajian, kaedah kajian  

5/8/2022 Membuat kaedah literatur  

6/8/2022 Membuat pengenalan dan latarbelakang  
Parameswara

7/8/2022 Membuat penulisan esei tentang pemilihan  
lokasi yang strategik oleh
Parameswara- laluan

perdagangan- bentuk muka
bumi- benteng pertahanan- terlindung

dari angin monsun

8/8/2022 Membuat penulisan esei tentang faktor  
kegemilangan kepemimpinan

raja- keturunan Raja Palembang- Peranan
yang unggul - Daulat dan alat
kebesaran- Kewibawaan

9/8/2022 Membuat penulisan esei tentang sistem  
pentadbiran- Sistem pembesar empat

lipatan- Tugas pembesar

10/8/2022 Membuat rumusan dan sumber rujukan  

11/8/2022 Mengemaskini tugasan sejarah sebelum  
dihantar kepada guru sejarah

12/8/2022 Menghantar tugasan sejarah


1

KAEDAH LITERATUR

Berdasarkan tinjauan literatur lepas, terdapat
beberapa kajian yang menyentuh mengenai tajuk
ini. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Daniel
Haiqal dalam jurnalnya yang bertajuk Melaka
telah menjelaskan tentang sejarah Kesultanan
Melayu Melaka.

Seterusnya, hasil literatur telah menulis
jurnalnya yang bertajuk Kesultanan Melayu
Melaka telah menerangkan dengan terperinci
mengenai kewujudan melaka, bagaimana Melaka
mendapat nama, pentadbiran Melaka,
Keistimewaan Melaka dan perkembangan
Melaka.

2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya yang ialah untuk
mengetahui latar belakang pengasasan
Kesultanan Melayu Melaka.

Selain itu,objektif seterusnya ialah
mengkaji kegemilangan empayar
Kesultanan Melayu Melaka dari aspek
Kepimpinan Raja, sistem pentadbiran
dan sistem perundangan.

Di samping itu, mengetahui lokasi
pemilihan yang strategik oleh
Parameswara dalam membentuk
penempatan iaitu Melaka.

Akhir sekali, merumus ciri
Kepimpinan Kesultanan Melayu
mampu menwujudkan sistem
pemerintahan gemilang.

3

KAEDAH KAJIAN

1. KAEDAH PERPUSTAKAAN –
Pusat Sumber Al-Birunu, SMK Bukit
Rahman Putra

2. MELAYARI INTERNET -
https://ms.wikipedia.org/wiki/Para

meswara
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tema
sek
https://ms.wikipedia.org/wiki/Maja
pahit

4

PENGHARGAAN

Kami berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru Sejarah kami, Cikgu Chelvi yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal
lagi sejak tugasan ini diedarkan sehingga dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih
kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam
menjalankan tugasan ini sehinggan jayanya.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak memberi
sokongan dan dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat kami
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima
kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-
tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus
tersebut.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami
hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping
dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan
modal insan cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat
memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta
kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat
setempat khususnya.

5

KESULTANAN
MELAYU MELAKA

Sejarah kesultanan Melaka bermula
dengan kedatangan Parameswara,
seorang raja Srivijaya dari Palembang,
yang memerintah pada tahun 1400
hingga 1424. Nama Melaka diambil
sempena nama pohon tempat
Parameswara berteduh. Pada ketika itu,
satu perkara aneh berlaku di mana
seekor kancil putih telah menendang
anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian
itu Parameswara berasa kagum dan
memerintahkan agar kawasan tersebut
dibuka dan dinamakan sebagai Negeri
Melaka. Kesultanan ini memerintah
Melaka selama 110 tahun sehingga
ditewas oleh pihak Portugis pada tahun
1511.

6

KETURUNAN Lakaran Wajah Parameswara
PARAMESWARA

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja
pertama (1293-1309) dan pengasas Kerajaan Majapahit
menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara,
raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang
kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin
ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit.
Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari.
Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki
Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala,
dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun
1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi,
memerintah Majapahit.

Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau
Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang menjabat
sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan
Dharmasraya, dan Palembang.

Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian
memeluk agama Islam di tahun 1414. Dari agama yang
diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli
dari Srivijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka
memeluk agama Buddha. Srivijaya ketika masa lampau
adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia
Tenggara.

7

Suma
Oriental

Parameswara memeluk agama Islam

Menurut ‘Suma Oriental’, Parameswara ialah
seorang raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh
Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (‘orang yang
berani’). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri
ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama
Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak
lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh
pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk mencari tempat
perlindungan yang baru.

Salasilah Keturunan Parameswara Peta perjalanan 8
Parameswara

Pemilihan lokasi yang
strategik oleh Parameswara

1.Laluan perdagangan

Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama

antara timur dengan barat. Selat Melaka amat

penting kerana selat ini merupakan sebahagian

daripada ikatan hubungan maritime

antarabangsa yang menghubungkan dunia Timur

dan Barat. Kepentingannya sebagai jalan air dan

laluan perdagangan di antara China dan India

serta wilayah sekitarya memang telah diakui

sejak zaman berzaman lagi. Kedudukan Melaka

yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan

pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan

Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam

Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang

strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan

perdagangan antara India dan China. Ramai

pedagang yang singgah asalnya untuk mencari

makanan dan air telah menjadikan Melaka

sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran

barangan dagangan. Pelabuhan Melaka ini

akhirnya berkembang sebagai pusat

perdagangan.

9

2.Bentuk muka bumi

Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang
berbukit-bukau. Keadaan ini sesuai dijadikan

sebagai panduan kapal dagang keluar dan
masuk ke pelabuhannya. Hal ini membolehkan

Melaka semakin berkembang sebagai pusat
perdagangan. Selain itu, bentuk muka bumi ini
boleh menjadi benteng pertahanan yang baik.
Tahap pertahanan Melaka dapat diperkukuh.

Ia juga menjadi tampat yang strategik untuk
memerhatikan dan mengawasi keselamatan
Selat Melaka dan kawasan darat di sekitarnya.

10

3.Benteng Pertahanan

Melaka mempunyai kedudukan yang strategik
disebabkan lokasinya mempunyai pokok bakau
dan api-api di persisiran pantai. Hal ini
demikian kerana pokok bakau dan api-api
berfungsi sebagai benteng pertahanan dan
perlindungan semula jadi yang sukar ditembus
oleh musuh. Selain itu, benteng pertahanan
telah digunakan untuk memagari penempatan
rakyat Melaka. Dengan benteng pertahanan ini,
Kesultanan Melayu Melaka tidak mudah
diserang daripada penceroboh luar. Benteng
pertahanan juga berfungsi sebagai simbolik
penting yang mewakili keamanan kehidupan
masyarakat Melaka.

Pokok bakau api-api

11

3.Terlindung Angin Monsun

Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung
daripada tupan angin monsun. Dengan ini, kapal dagang
boleh datang dan berlabuh di Pelabuhan Melaka dengan
selamat. Perdagangan atara Barat-Timur dengan Selat
Melaka-Kepulauan Melayu amat terikat dan ditentukan
oleh arah aliran musim tiupan angin. Selain itu,
perubahan arah dan tiupan angin ini juga dilihat sebagai
faktor yang menyatukan para pedagang yang datang
dari Lautan Hindi, gugusan Kepulauan Melayu dan juga
dengan tanah besar China. Di gugusan kepulauan
Melayu, angin monsun barat membawa para pedagang
ke kepulauan rempah dan angin monsun timur
membawa mereka ke Sumatera dan pelabuhan di Selat
Melaka. Para pedagang yang tiba boleh berupaya
membeli dan mengumpul barangan berharga yang
murah. Kemudian, mereka boleh menjual semula
barangan dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan
keuntungan yang lebih kepada merata tempat. Oleh itu,
Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan
perdagangan kerana muara sungainya terlindung
daripada tiupan angin tersebut.

12

Faktor kegemilangan

KEPEMIMPINAN RAJA

1.KETURUNAN RAJA PALEMBANG

Berdasarkan teks Sulalatus Salatin ,
pemerintahan Melaka berasal daripada
zuriat keturunan anak Raja Palambang
yang dikatakan bersusur galur daripada
Iskandar Zulkarnain. Susur galur ini
memberikan taraf kedudukan yang
tinggi kepada Sultan Melaka dalam
kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

SULALATUS
SALATIN

13

2.Peranan yang Unggul

Raja mempunyai pelbagai peranan dalam system
pemerintahan. Antaranya, peranan-peranan
adalah dapat menjadi symbol perpaduan supaya
negara tidak akan kemorosotan. Selain itu, raja
juga akan merupakan ketua angkatan tentera. Hal
ini dapat meningkatkan yakin tentera negara.

Tambahan pula, raja juga perlulah mengetuai
hubungan diplomatik dan menyeleraskan
kegiatan ekonomi. Contohnya, melakukan
interaksi perniagaan dengan negara lain untuk
menjadikan negara kita lebih makmur. Di
samping itu, raja juga menjadi Ketua Agama Islam
supaya agama tetap hidup. Akhirnya, raja
patutlah menegakkan keadilan supaya rakyat
akan mempunyai seorang raja yang bijak dan
baik.

Kesimpulannya,sukar untuk menjadi seorang
maharaja, seorang maharaja bukan sahaja harus
memastikan keselamatan rakyat dan aktiviti
komersial malah juga berlaku adil dan saksama.
.

14

3.Daulat dan Alat Kebesaran

Kepemimpinan raja dikaitkan dengan konsep
Daulat dan derhaka serta pelbagai institusi
perajaan seperti adat istiadat istana dan alat
kebesaran diraja. Daulat merupakan kuasa dan
kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat
megakui kedaulatan raja dengan memberikan taat
setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka
kepada raja. Antara alat kebesaran diraja
termasuklah cap mohor, nobat, keris, lembing dan
mahkota. Alat kebesaran digunakan semasa
upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan
kemangkatan raja. Konsep Daulat, adat istiada
dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai
kedudukan yang tinggi dan istimewa. Hal ini
mengukuhkan kedudukan raja dalam system
pemerintahan kerajaan Melaka.

cap mohor Nobat

15

4.Kewibawaan

Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti
adil, berwibawa dan mengambil berat
terhadap kebajikan rakyat. Raja
memerintah berdasarkan bidang kuasa
yang ditetapkan mengikut Hukum
Kanun Melaka. Sultan Muzaffar Shah
dan Sultan Mansur Shah merupakan
pemerintah yang mengutamakan
keamanan dan kebajikan rakyat. Sultan
Mansur Shah menasihatkan puteranya,
Sultan Alauddin Riayat Shah supaya
bersikap adil terhadap rakyat,
menyiasat segala tuduhan dengan teliti
dan bekerjasama dengan pegawai-
pegawainya.

16

SISTEM PENTADBIRAN

Melaka telah dikenali sebagai sebuah
kerajaan yang mempunyai sistem
pentadbiran yang paling tersusun.
Secara keseluruhannya sultan melantik
para pembesar yang berfungsi sebagai
pentadbir, pelaksana undang-undang dan
peraturan, menghakimi perbicaraan,
mengawal keselamatan, mentadbir hal
ehwal pelabuhan, merancang hubungan
diplomatik dan melaksanakan protokol
dan adat istiadat istana. (Hasnah Hussin
dan Mardiana Nordin, 2007).

17

1.Sistem Pembesar Empat Lipatan

Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan
Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar
Empat Lipatan merupakan satu sistem yang
sistematik dan berwibawa. Sistem ini bermaksud
pada setiap peringkat pentadbiran,terdapat pembesar
yang dilantik peringkat pentadbiran, terdapat
pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi
membantu melicinkan pentadbiran. Sistem
pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem
Jemaah Menteri sekarang. Hal ini membolehkan
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat
dipertahankan.
Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar
berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga
puluh dua. Pembesar ini merupakan pentadbir
kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah,
mukim dan kampung.

18

2.Tugas Pembesar

Tugas utama pembesar ialah mewujudkan system
pentadbiran yang berkesan. Antaranya seperti
menjaga keamanan kawasan danmengutip cukai dan
hasil lain melalui system serah. Selain itu,
membekalkan tenaga tentera ketika perang dan
menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah.

Pemerintah Melaka juga mengurniakan Kawasan
khas kepada pembesar untuk ditadbir. Pengurniaan
Kawasan ini sebagai tanda untuk mendapat
sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran
yang mantap. Antaranya adalah Kawasan yang
dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali
sebagai Kawasan pegangan. Seterusnya, Kawasan
pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai
Kawasan pemakanan. Akhirnya, pembesar
dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan
menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti.

19

Pentadbiran Sistem Pembesar Empat
Lipatan yang mantap telah membawa
keamanan dan kemakmuran kepada
Kesultanan Melayu Melaka. Corak
pentadbiran Melaka ini diwarisi
kemudiannya oleh kerajaan Melayu yang
lain. Kita patut berbangga dengan
kestabilan system pentadbiran negara
kita pada masa ini yang dimantapkan
daripada warisan Kesultanan Melayu
Melaka.

20

RUMUSAN

Kesimpulannya, Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah
menjadi titik tolak yang penting dalam lipatan sejarah di
Malaysia. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
membuktikan kerajaan di Alam Melayu mampu menjadi
bangsa yang maju dan kuat.

Parameswara bijak memanfaatkan lokasi yang
strategik dan alam semula jadi sebuah perkampungan
nelayan menjadi sebuah pelabuhan yang maju.
Kebijaksanaan Parameswara memilih lokasi tersebut telah
mendorong Melaka kemudiannya muncul sebagai pusat
perdagangan antarabangsa. Hal ini membuktikan
kebijaksanaan seseorang raja penting untuk kegemilangan
sesebuah kerajaan dan juga memberikan pengajaran kepada
kita bahawa kita haruslah menghargai alam sekitar untuk
kesejahteraan hidup.

Pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan yang
mantap telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada
Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini membuktikan
bekerjasama antara satu sama lain dapat membawa manfaat
yang banyak. Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada
raja, kita patutlah berbangga dengan kestabilan sistem
pentadbiran negara kita pada masa ini dan berusaha
mengekalkan kedaulatan negara kita.

21

SUMBER RUJUKAN

1. Buku teks
Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti
nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin
Saidoo, 2017, Sejarah Tingkatan 2, Selangor,
dicetak oleh 2017

2.Buku rujukan
Azzahra Sofea, Mary Tan Swee Ee, 2022,
Masterclass PT3 Sejarah,Selangor , dicetak
oleh 2022

3.Internet :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Me
layu_Melaka
https://www.coursehero.com/file/49417521/B
ab-5-sej-f2pptx/
https://www.scribd.com/presentation/384852
004/Kesultanan-Melayu-Melaka
https://www.scribd.com/document/32197908
0/FAKTOR-FAKTOR-KEGEMILANGAN-
KERAJAAN-MELAYU-MELAKA

22

LAMPIRAN

23


Click to View FlipBook Version