4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi. 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan memberikan respons peribadi tentang sinopsis, tema dan persoalan dengan betul, rasional dan penuh penghayatan.
CERPEN: OREN ( SAIFULLIZAN YAHYA )
SINOPSIS
SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
TEMA Kasih sayang kepada binatang Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.
PERSOALAN i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut.
PERSOALAN ii. Konflik antara Oren dan Kelabu Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.
PERSOALAN iii. Berkongsi minat yang sama Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
WATAK DAN PERWATAKAN Ayah Kelabu Oren ❖ Bapa kepada tiga orang anak. ❖ Suka akan kucing. ❖ Bersifat belas kasihan. ❖ Berasa gelisah apabila Oren tidak pulang ke rumah. ❖ Ketua keluarga yang baik. ❖ Dihantui perasaan bersalah kerana mengabaikan Oren. ❖ Mudah tersentuh hati. ❖ Kucing yang berbulu Oren. ❖ Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah. ❖ Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang. ❖ Bersikap pasif. ❖ Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya. ❖ Kucing yang berwarna kelabu. ❖ Menunjukkan reaksi yang lebih manja. ❖ Semasa kecil, Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat. ❖ Pada awalnya Kelabu kurus dan tidak terurus. ❖ Selepas dipelihara oleh ayah dan anggota keluarganya, Kelabu semakin tembam.
LATAR Masa Tempat/ruang Masyarakat ❖ Kehilangan Oren selama empat hari. ❖ Sudah seminggu hujan turun. ❖ Setiap malam. ❖ Hujung pertengahan Disember. ❖ Makan malam. ❖ Dua hari yang lalu ❖ Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah. ❖ Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah. ❖ Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis. ❖ Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu. ❖ Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah. ❖ Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya. ❖ Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing. ❖ Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara. ❖ Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu.
GAYA BAHASA Simile Sinkope seperti ada yang membersihkannya Kata Ganda tika (ketika) Personifikasi Oren cemburu akan kehadiran Kelabu Mengusap-usap, berbual-bual, mengiau-ngiau
NILAI Kasih sayang Keprihatinan ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka Baik hati Ayah begitu prihatin akan Oren yang masih belum pulang ke rumah Bertanggungjawab ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya
PENGAJARAN Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia. Kita wajar bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling kita supaya kita dapat mengambil tindakan dengan segera. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain.