1
2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1. Isi kandungan 2 2. Atur Cara Majlis 3 3. Kata Alu-Aluan Pengetua 4 4. Kata Alu-Aluan YDP PIBG 5 5. i. Kecemerlangan Kurikulum 2022 ii. Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2022 7-14 6. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 15-16 7. i. Data Mesyuarat Agung PIBG Ke 36 ii. Agenda mesyuarat Agung Kali Ke 36 iii. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2022/2023 iv. Surat Jemputan Mesyuarat Borang Usul/ Cadangan v. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 35 Tahun 2022 vi. Kehadiran Guru Sesi Pagi vii. Kehadiran Guru Sesi Petang viii. Kehadiran Ibu Bapa ix. Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/ 2023 x. Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/ 2023 19-48 8. Usul-usul Mesyuarat Agung PIBG Ke-36 i. Usul Pihak Sekolah ii. Usul Ibu Bapa 49-55 9. Jawatankuasa PIBG 2023/ 2024 56
3 8:00 pagi : Pendaftaran kehadiran ibu bapa/guru-guru : Sarapan pagi : Pergerakan masuk barisan pentadbir dan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/ 2023 ke dalam dewan : Nyanyian lagu “Negaraku” : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis : Bacaan doa : Persembahan Multimedia : Mesyuarat Agung bermula : Penyampaian sijil dan cenderamata ATUR CARA MAJLIS
4 KATA ALU-ALUAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 tahun 2023. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap pihak sekolah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SMK Taman Tasik sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini ialah hasil daripada kesepaduan muafakat semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material idea-idea yang bernas serta sokongan moral amat diperlukan. Dengan kata lain juga, sokongan seperti ini merupakan nadi penggerak semua aktiviti Pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah yang telah banyak memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPNS, PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan dalam pelbagai aspek. Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG dan semua ibu bapa yang telah memberi sokongan padu dalam menyumbangkan tenaga, kewangan dan buah fikiran untuk memajukan sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara sekolah dengan masyarakat. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Tasik Kali Ke-36. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Sekian, Selamat Maju Jaya “Salam Malaysia Madani” D’ Tasik d’ hati ZAINUN BINTI MUDA PENGETUA SMK TAMAN TASIK
5 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatub dan Salam Sejahtera. ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 untuk Tahun 2023. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian ibu bapa hadir ke mesyuarat pada pagi yang indah ini. Kehadiran ini membuktikan kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir serta para guru untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak pada masa akan datang. Tanpa sokongan padu daripada pihak ibu bapa mustahil untuk para pendidik melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Kehadiran ibu bapa turut mencerminkan bahawa ibu bapa prihatin dan sanggup melunaskan tanggungjawab sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan baik. Perjalanan persatuan ini amat memerlukan sokongan padu daripada ibu bapa. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan sekadar bertindak sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan ahli PIBG yang lain. Sumbangan dari segi kepakaran , kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli persatuan amat dialu-alukan demi kejayaan setiap program yang dirancang. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang patut dipikul sepenuhnya selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik demi kecemerlangan anakanak. Saya amat mengharapkan ibu bapa dapat menyumbangkan buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah asset yang paling berharga untuk menggerakkan persatuan ini. Akhir kata, saya menyeru agar setiap ahli memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin kejayaan negara pada masa depan. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian , Selamat Maju Jaya. SAFARIZUL BIN MUSTAFA YDP PIBG SMK TAMAN TASIK
6 KECEMERLANGAN KURIKULUM & KOKURIKULUM TAHUN 2022
7 KURIKULUM 2022 SPM 2022 ANALISA PERATUS DAN GRED PURATA MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022 BIL MATA PELAJARAN % GPMP 1 BAHASA MELAYU 99.16 4.70 2 BAHASA INGGERIS 89.79 5.11 3 PENDIDIKAN ISLAM 87.77 4.68 4 PENDIDIKAN MORAL 81.63 4.76 5 SEJARAH 92.08 5.35 6 MATEMATIK 70.34 6.04 7 SAINS 90.17 5.91 8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 100.00 3.94 9 MATEMATIK TAMBAHAN 52.44 7.49 10 PRINSIP PERAKAUNAN 88.89 6.21 11 PERNIAGAAN 96.47 6.09 12 EKONOMI 74.55 7.22 13 SAINS KOMPUTER 100.00 3.87 14 FIZIK 98.44 6.13 15 KIMIA 90.32 6.61 16 BIOLOGI 97.37 5.63 17 BAHASA CINA 100.00 3.67 18 BAHASA TAMIL 100.00 3.31 19 KESUSASTERAAN TAMIL 100.00 3.33
8 STPM 2021 ANALISA PERATUS DAN GRED PURATA MATA PELAJARAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) 2021 BIL MATA PELAJARAN LULUS PENUH (%) GPMP 1. PENGAJIAN AM 92.31 2.89 2. BAHASA MELAYU 100 3.04 3. SEJARAH 95.0 2.84 4. EKONOMI 76.47 2.68 5. PENGAJIAN PERNIAGAAN 87.23 2.60 6. MATEMATIK 83.33 2.65 7. FIZIK 100 3.0 8. KIMIA 83.33 2.56 9. BIOLOGI 87.5 2.62
9 KOKURIKULUM 2022 LAPORAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM ARUS PERDANA PENCAPAIAN (BILANGAN MURID) PERINGKAT UNIT BERUNIFORM KELAB & PERSATUAN SUKAN & PERMAINAN EXTRA KOKU CATATAN DAERAH 34 16 76 - 126 NEGERI 70 9 3 - 82 KEBANGSAAN 37 12 1 11 61 PENYERTAAN (BILANGAN MURID) PERINGKAT UNIT BERUNIFORM KELAB & PERSATUAN SUKAN & PERMAINAN EXTRA KOKU CATATAN DAERAH 74 10 89 - 173 NEGERI - 7 5 30 42 KEBANGSAAN - 2 - 17 19
10 LAPORAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6 TAHUN 2022 BIL PROGRAM TARIKH 1 e-Karnival Pandu Puteri Klover Tahun 2022 Peringkat Negeri Selangor Penyertaan dan Penglibatan 1. Johan Keseluruhan Pertandingan E-Karnival Pandu Puteri Klover Negeri Selangor Tahun 2022 2. Johan Pertandingan Tik Tok Challenge (1 Orang) 3. Johan Pertandingan Poster Digital Dengan Slogan (1 Orang) 4. Johan Pertandingan Masakan Tanpa Haba (3 Orang) 5. Johan Pertandingan Kraftangan Dari Bahan Terbuang (1 Orang) 6. Tempat Kelima Pertandingan Lukisan Atas Batu (1 Orang) 7. Naib Johan Pertandingan Masakan Tanpa Haba (3 Orang) 8. Tempat Ketiga Pertandingan Masakan Tanpa Haba (4 Orang) Tarikh Pertandingan 6 – 20 Julai 2022 Anjuran: Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor Majlis Penutup: 29 Julai 2022 SMK Bukit Gading 2 “Kpbpnb Challenge” Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022, Untuk Sekolah Kelab Pelaburan Bijak Pnb (Kpbpnb) 1. Kuiz Pelaburan Pnb Remaja Siri 3: Johan Set 3: (1 Orang) Naib Johan Set 1: (1 Orang) Naib Johan Set 2: (1 Orang) Naib Johan Set 3: (1 Orang) Ketiga Set: (1 Orang) Saguhati: (3 Orang) 2. Cabaran Santai: Permainan Congkak, Permainan Saidina, Cubic Challenge: (7 Orang) 3. Johan Keseluruhan: Treasure Hunt 29 November 2022 Di Port Dickson, Negeri Sembilan 3 Kuiz Kimia Kebangsaan 2022 Penglibatan : Semua Pelajar T6S3 Biologi dan T6S3 Fizik Anjuran: Institut Kimia Malaysia 29 September 2022
11 4 Pertandingan Malam Bakat Secara Dalam Talian Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 1. Johan Nyanyian (Duet): (2 Orang) Anjuran: Sekolah Menengah Kebangsaan Sin Min, Kedah 13 Ogos 2022 5 Karnival Pendidikan & Kerjaya Peringkat Daerah Tahun 2022 Johan : Pertandingan Deklamasi Sajak (1 Orang) Naib Johan: Pertandingan Aerodance: (2 Orang) Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling Unit Kokurikulum SMK Taman Tasik/Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2 November 2022
12 LAPORAN PROGRAM UNIT KURIKULUM TINGKATAN 6 SESI 2022/2023 BIL PROGRAM TARIKH 1 Program Pemantapan Ilmu (Ceramah Dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan) Sem 1/2022 - 11-29 Januari 2022 Sem 3/2021 – 26 Mac – 11 Mei 2022 Sem 2/2022- 1 Julai- 13 Ogos 2022 Sem 1/2023 – 8 Dis 2022- 1 Februari 2023 Sem 3/2022 – 7 Dis 2022 – 8 April 2023 2 Program Cakna Sem 3/2021 - 21 Januari 2022 Sem 3/2022 – 7 November 2022 3 Solat Hajat, Ceramah Motivasi Dan Majlis Mohon Restu Sem 1/2022 - 11 Februari 2022 Sem 3/2021 – 20 Mei 2022 Sem 2/2022 – 19 Ogos 2022 Sem 1/2023 – 28 Oktober 2022 4 Kelas Tambahan Masa Cuti – Sem 3/2021 28 Feb -3 Mac 2022 5 Program Pecutan Sem 1/2022 -24-28 Januari 2022 Sem 2/2022- 1-19 Ogos 2022 Sem 3/2021 – 18-22 April 2022 Sem 1/2023 – 2-17 Feb 2023 6 Majlis Kecemerlangan STPM/Muet Dan Majlis Penghargaan Program Towards 4 Flat 26 April 2022 7 Modul Latihan Masa Cuti Sem 2/2022 – 4-12 Jun 2022 Sem 3/2022 & Sem 1/2023 -10 -31 Dis 2022 8 Program Pengukuhan Minda Sem 3/2021 – 22 Feb-24 Feb 2022 Sem 2/2022 – 11-13 Mac, 20-30 Julai Sem 3/2022 – 31 Okt-1 Nov 2022, 16-19 Jan 2023 Sem 1/2023 – 1-5 Sept 2022, 1-4 Nov 2022 9 Majlis Kecemerlangan STPM Sem 1/2022 – 30 Julai 2022 Sem 2/2022 – 29 Oktober 2022 10 Peperiksaan Prapercubaan STPM Sem 1/2023 – 1-6 Dis 2022
13 LAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2022/2023 TARIKH PROGRAM TEMPAT PERINGKAT SEKOLAH 20.04.2022 Program Memasak Bubur Lambuk Bilik Masakan PPKI 31.05.2022 Majlis Jamuan Hari Raya Bilik PPKI Sepanjang bulan Ogos 2022 Sambutan Bulan Kemerdekaan Bilik PPKI 12.10.2022 Program Sembelihan Perkarangan PPKI 18.10.2022 Program Teknik Memasak Perkarangan PPKI 28.10.2022 Sambutan Hari Lahir Murid PPKI Januari – Disember Bilik PPKI 31.10.2022 Program Mini Kem Jati diri bersama Angkatan Pertahanan Awam Dewan Ibnu Khaldun 09.11.2022 Karnival Permainan` Dewan Ibnu Khaldun 16.11.2022 Celik Fotografi Bilik Masakan PPKI 18.01.2023 Karnival Rakyat PPKI Perkarangan PPKI PERINGKAT DAERAH 17-24.05.2022 Karnival e-Kokurikulum Pelantar ‘Google Meet’ 21-24.06.2022 Karnival e-Mahabbah Pelantar ‘Google Meet’ 22.06.2022 Pertandingan Merentas Desa MAEPS Serdang 27.07.2022 & 02.08.2022 Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 1. SMK Taman Tasik 2. Stadium Mini MPAJ Pandan Perdana 22.08.2023 Pertandingan District Infornation Technology Challenge Pelantar ‘Google Meet’ PERINGKAT NEGERI 11-13.11.2022 Karnival Dakwah Pengakap Kem Mutiara Semenyih PERINGKAT KEBANGSAAN TIADA
14 PENCAPAIAN MURID PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2022/2023 PERINGKAT ACARA PENCAPAIAN MURID DAERAH Karnival eKokurikulum Johan Nyanyian Solo Nur Azrina binti Suhaimi Ketiga Gajet Perkhemahan Muhammad Habib bin Muhammad Syukhairi Karnival eMahabbah Johan e-Hafazan (Kategori Fizikal) Muhammad Muhsin bin Yasrul Naib Johan e-Nyanyian Dakwah Nur Azrina binti Suhaimi e-Deklamasi Sajak Low Wing Kit Pertandingan Merentas Desa Tempat ke-7 Nur Azrina binti Suhaimi Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan (Acara Padang) Pingat Emas Lempar Cakera Senior Lelaki Darvinesh a/l Murugayan Pingat Perak Lontar Peluru Senior Lelaki Darvinesh a/l Murugayan Pingat Gangsa Lempar Cakera Junior Perempuan Nurin Alya Batrisya binti Abu Zahar Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan (Acara Balapan) Pingat Emas 400m Junior Lelaki Muhammad Ilman Ilmi bin Mohd Fauzi Pingat Emas 4x100m Junior Perempuan Noor Assmaisarah binti Mohd Gan Nor Azrina binti Suhaimi Nurul Arisya binti binti Muhammad Helme Nurul Anisya binti Muhammad Helme Pingat Gangsa 400m Junior Perempuan Noor Assmaisarah binti Mohd Gan Pingat Gangsa 800m Junior Perempuan Nor Azrina binti Suhaimi NEGERI TIADA KEBANGSAAN TIADA
15 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 Bil. Jawatan Nama 1 Penasihat Puan Zainun binti Muda (Pengetua) 2 Yang Dipertua Encik Safarizul bin Mustafa 3 Naib Yang Dipertua Encik Sathasivam a/l Kalimuthu 4 Setiausaha Kehormat Puan Atina binti Ab. Majid 5 Bendahari Kehormat Cik Fum Ai Xia Pemantau : Encik Wan Zulnasri bin Wan Kamal 6 Setiausaha /Jemputan Puan Atina binti Ab. Majid 7 AJK Banner & Bunting Encik Mohd Azuan bin Mat 8 Pendaftaran Puan Aishah binti Adi (K) Cik Sharniya A/P Balaih Cik Wan Nabilah binti Wan Bakar Puan Norzaila binti Yacob 9 Persiapan Tempat Sebelum Majlis: Encik Abdullah Mu’izz bin Nasron (K) Encik Mohd Faizul bin Zakaria Puan Riana Hanum binti Md Hashim Puan Nor Azhana binti Abdul Rashid Selepas Majlis: Encik Ahmad A’uni bin Shaari (K) Encik Muhammad Amir Asyraf bin Azmin Puan Ng Ah Hoy Puan Savanthala a/p Sahadavan Pemantau : Puan Mazlina binti Mohd Ridzuan 10 Perhiasan Dewan & Pentas Cik Shariza Haida binti Shamsuddin (K) Cik Nur Syarmimi binti Md Yusof Puan Atina binti Ab. Majid Puan Norzalina binti Tarmizi Puan Syafridah binti Ya’acob 11 Teknik Siaraya Encik Mohamed Erwan bin Mohd Tuhaimi (K) Encik Muhammad Aliff Afiq bin Mohd Yusof 12 Hadiah/ Cenderamata/ Sijil Puan Siti Zulaikha binti Mohd Razif (K) Puan Nurul Naddira binti Abdul Rahman
16 13 Teks Kata-kata Aluan YDP: Puan Sharifah Nor Bahiah binti Syed Abdullah Pengetua: Cik Nur Hidayah Aishah binti Zakaria 14 Buku Program Puan Noorizzah binti Mohamad(K) Puan Marlah Halimah binti Mamat Puan Mazura binti Pa’adek Puan Siti Sarah binti Othman Pemantau : Puan Halimah binti Adam Khan 15 Dokumentasi Puan Atina binti Ab. Majid 16 Pengacara Majlis Puan Norbaizura binti Haris (K) Encik Fariz Rezza bin Ahmad Subki 17 Bacaan Doa Encik Rosli bin Abd Rahman 18 Jamuan Puan Roslina binti Bahari (K) Puan Rosemarina binti Omar Puan Hamsiah binti Katimon Cik Nur Khaleesha binti Zainul Abiddin 19 Pencatat Minit Mesyuarat Cik Nur Ain Najwa binti Mohamed Asri (K) Puan Farahiyah binti Mat Zahid Pemantau : Encik Mohd Zafnida Hasrani bin Ahmad 20 Pencatat Nama Encik Muhammad Syafiq Akmal bin Arsad 21 Jurukira Encik Mohd Farid bin Md Haris (K) Tn. Hj. Adnan bin Sakimon Cik Siti Mariam binti Md Derus Cik Aina Syafiqah binti Abu Hassan 22 Keselamatan/ Parkir Encik Mohd Ruwaidi bin Mohd Shah (K) Encik Khairul Nizam bin Ja’afar Sidek 23 Jurufoto Puan Noor Azlina binti Mohd Yusof (K) 24 Persembahan Multimedia Puan Nurulfatihah binti Jusoh
17 DATA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE- 36 TAHUN 2023
18 SEK MEN KEB TAMAN TASIK 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-36 TAHUN 2023 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Ibnu Khaldun SMK Taman Tasik
19 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 TAHUN 2023 1. Ucapan Penasihat 2. Ucapan YDP 3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 5. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022 6. Memilih Jawatankuasa 7. Memilih 2 orang Juruaudit 8. Membahaskan Usul-usul 9. Ucapan Penangguhan
20 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SEK MEN KEB TAMAN TASIK SESI 2022/2023 PENASIHAT Puan Zainun binti Muda YANG DIPERTUA Encik Safrizul bin Mustafa NAIB YANG DIPERTUA Encik Sathasivam A/L Kalimuthu SETIAUSAHA KEHORMAT Puan Atina binti Ab. Majid BENDAHARI KEHORMAT Cik Fum Ai Xia AJK GURU BIL NAMA 1. Pn. Mazlina binti Mohd Ridzuan 2. En. Khairul Nizam bin Ja’afar Sidek 3. Pn. Paramesvary A/P Perumal 4. Pn. Siti Noorul Aini binti Ab Rahim 5. Pn. Savanthala A/P Sahadavan AJK IBU BAPA BIL NAMA 1. Tn. Hj. Mohamad bin Hj. Osman 2. En. Sabri bin Ab Razak 3. En. P. Ganace Segar A/L S. Paramasivam 4. En. Husni bin Mahmood 5. En. Suhairul Azam bin Mohd Shamsuddin 6. Pn. Premalatha A/P Pandurengan PEMERIKSA KIRA-KIRA WAKIL NAMA IBU BAPA Pn. Mariam binti Idris GURU Cik Nor ‘Asyikin binti Mohd Shamsudin
21 Kepada: Semua Ibu Bapa dan Penjaga, Tuan/Puan, JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA – GURU KALI KE-36 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan mengadakan Mesyuarat Agung PIB-G kali ke-36 yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 24 Jun 2023 Masa : 8:00 pagi Tempat : Dewan Ibnu Khaldun, SMK Taman Tasik 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Penasihat 3.2 Ucapan YDP 3.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 3.4 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan 3.5 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2022 3.6 Memilih Jawatankuasa 3.7 Memilih 2 orang Juruaudit 3.8 Membahaskan Usul-usul 3.9 Ucapan Penangguhan 4. Oleh yang demikian, tuan-tuan dan puan-puan adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada kecemerlangan sekolah. Sila isi Borang Usul dan Pengesahan Kehadiran melalui pautan di bawah pada atau sebelum 28 Mei 2023: 5. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………….................... (SAFARIZUL BIN MUSTAFA) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Taman Tasik PERSATUAN IBU BAPA - GURU Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan Telefon : 03-42912049 Faks : 03-42932049 Ruj. Kami : SMKTT 100-13/1/4 Bil ( ) Tarikh : 18 Mei 2023 Borang Usul dan Pengesahan Kehadiran: https://forms.gle/NMiohrTAGvuFKnSm7
22 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-35 TAHUN 2022 TARIKH : 28 MEI 2022 MASA : 9:00 PAGI – 10:30 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN, SMK TAMAN TASIK KEHADIRAN : IBU BAPA - 55 : GURU - 119 URUS SETIA MESYUARAT 1. CIK NUR HIDAYAH AISHAH BINTI ZAKARIA (K) 2. CIK AINA SYAFIQAH BINTI ABU HASSAN 3. CIK NUR AIN NAJWA BINTI MOHAMED ASRI 1.0 Ucapan Penasihat 1.1 Encik Mohamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik Bagi Tahun 2022. 1.2 Encik Mohamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah memaklumkan beberapa perkara tentang perkembangan terbaharu sekolah. Antaranya ialah: 1.2.1 SMKTT telah dilantik sebagai Pusat Peperiksaan SPM Ulangan 2021 daerah Ampang yang telah berakhir pada 18 Mei 2022. 1.2.2 Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 yang sepatutnya bermula pada 18 Mei 2022 dipinda kepada 25 Mei 2022. Peperiksaan ini akan berakhir pada 15 Jun 2022. Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang sepatutnya bermula pada 13 Jun 2022 dipinda kepada 16 Jun 2022. Peperiksaan ini akan berakhir pada 22 Jun 2022. Kedua-dua peperiksaan ini akan dilaksanakan di Blok Permaisuri. Dewan akan digunakan untuk aktiviti sekolah memandangkan banyak aktiviti sekolah yang melibatkan penggunaan dewan tidak dapat dilaksanakan kerana memberi laluan kepada peperiksaan-peperiksaan awam.
23 1.2.3 Berikutan pengumuman SOP Sekolah dan Institusi Pendidikan KPM mulai 1 Mei 2022, sesi persekolahan kini kembali beroperasi sebagaimana sebelum datangnya pandemik COVID19 dua tahun lalu. Aktiviti Kokurikulum telah bermula pada 18 Mei 2022. Tiada lagi penjarakan fizikal dalam kelas, namun murid digalakkan memakai pelitup muka. Murid-murid makan di kantin. Namun, penggiliran sebanyak tiga kali (murid sesi pagi) dan dua kali (murid sesi petang) dibuat untuk mengurangkan kesesakan. Murid-murid juga balik mengikut giliran tanpa menjejaskan masa PdP untuk kurangkan kesesakan. 1.2.4 Semua peraturan sekolah yang dikenakan kepada murid-murid boleh dijalankan semula sebagaimana sebelum datangnya pandemik COVID-19 dua tahun lalu, berikutan pengumuman SOP Sekolah dan Institusi Pendidikan KPM mulai 1 Mei 2022. Setakat ini, pemakaian uniform sekolah masih diberi kelonggaran. Namun, penguatkuasaan pemakaian uniform lengkap sekolah akan bermula selepas Cuti Penggal 1 Sesi 2022/2023, iaitu pada 13 Jun 2022. 1.3 Encik Mohamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah memaklumkan, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG terakhir telah berlangsung pada 23 Oktober 2021. Dalam masa tujuh bulan, Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program di sepanjang sesi pelantikannya untuk membantu pembangunan sekolah dari aspek kurikulum, kokurikulum, kebajikan murid dan pembangunan infrastruktur sekolah. 1.4 Encik Mohamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/ 2022 atas komitmen yang menyeluruh dalam membantu pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak SMKTT. 2.0 Ucapan YDP PIBG 2.1 En. Safarizul Bin Mustafa selaku YDP PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2021/2022 mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik Kali ke-35. 2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik Kali ke-35 ini.
24 2.3 Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak sekolah dan semua barisan AJK PIBG Sesi 2021/2022 kerana telah memberikan kerjasama yang baik dan banyak membantu sepanjang beliau memegang jawatan YDP PIBG pada sesi 2021/2022. 2.4 En. Safarizul Bin Mustafa mengimbau Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2021 yang terpaksa diadakan di luar premis sekolah kerana pandemik COVID-19. Namun, beliau bersyukur kerana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini dapat dilaksanakan di sekolah berikutan negara telah beralih ke fasa endemik. 2.5 En. Safarizul Bin Mustafa memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang beliau menerajui Jawatankuasa PIBG SMKTT Sesi 2021/2022. Beliau berharap mesyuarat pada hari ini akan berjalan lancar. 3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke -34 3.1 En Safarizul Bin Mustafa selaku YDP PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik kali Ke-34 seperti yang terkandung dalam buku atur cara dari muka surat 21 hingga 27 untuk diterima dan disahkan. 3.2 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik kali Ke-34 diterima tanpa pindaan. 3.3 Pencadang : Penyokong : En. Suhairul Azam bin Mohd Shamsuddin Pn. Halimah binti Adam Khan 4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 4.1 Pn. Atina Binti Ab. Majid selaku Setiausaha Kehormat PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2021/2022 memaklumkan kepada semua hadirin supaya membaca laporan PIBG yang telah disediakan dalam buku atur cara pada muka surat 34 hingga 37. 4.2 Pencadang : Penyokong : Pn. Norhayati binti Mohd Sedeh En. Suhairul Azam bin Mohd Shamsuddin 5.0 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 5.1 Cik Fum Ai Xia selaku Bendahari Kehormat PIBG SMK Taman Tasik membentangkan Penyata Kewangan PIBG bagi Sesi 2021/2022 seperti yang terkandung dalam buku atur cara, muka surat 38 sehingga 40.
25 5.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang menjelaskan bayaran sumbangan PIBG. YDP berharap agar semua ibu bapa yang menyumbang dapat meniatkan sumbangan untuk kebaikan sekolah dan anakanak SMKTT. YDP memaklumkan tiada paksaan kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membuat bayaran sumbangan PIBG. 5.3 YDP memaklumkan, hanya sektar 35% daripada jumlah wang yang ada dalam akaun PIBG adalah daripada sumbangan ibu bapa. Selebihnya merupakan wang sumbangan orang luar yang disalurkan ke dalam akaun PIBG. 5.4 YDP menekankan, sumber kewangan PIBG yang kukuh membolehkan sumbangan disalurkan untuk program-program yang telah dirancang oleh pihak sekolah serta membantu kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan dalam kawasan SMKTT. Oleh itu, sumbangan ibu bapa amat bermakna. 5.5 YDP berpendapat sekiranya ibu bapa mahu melihat anak-anak SMKTT berjaya, apalah salahnya jika menyumbang untuk sekolah. YDP berharap ibu bapa dapat mengubah sikap. Jika dilihat, PIBG SJKC mempunyai pendapatan PIBG yang sangat banyak sehingga dapat menyediakan prasarana yang serba lengkap untuk pembelajaran anak-anak dan kemudahan guru-guru. Sikap tidak berkira ibu bapa yang menghatar anak belajar di SJKC boleh dijadikan contoh terbaik supaya ibu bapa SMKTT turut tidak berkira dalam menyumbang kepada PIBG demi kejayaan, keselesaan, dan keselamatan anak-anak. 5.6 Pencadang : Penyokong : Pn. Premalatha a/p Pandurengan Pn. Mariam binti Idris 6.0 Memilih Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 6.1 Jawatankuasa PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2021/2022 telah dibubarkan oleh YDP. 6.2 Pengetua mencadangkan YM Raja Hazmi bin R Ab Llah sebagai pengerusi sementara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik kali Ke-35. Mesyuarat bersetuju sebulat suara YM Raja Hazmi bin R Ab Llah sebagai pengerusi sementara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik kali Ke-35. 6.3 En. Md. Zaki bin Yusoff mencadangkan agar semua ahli dalam Jawatankuasa PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2021/2022 dikekalkan untuk Jawatankuasa PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2022/2023. Namun, cadangan En. Md. Zaki bin Yusoff tidak dipersetujui oleh En. Nora Samsudin. En. Nora Samsudin
26 berpendapat bahawa AJK PIBG Sesi 2021/2022 yang kerap tidak hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa PIBG tidak layak dilantik semula. Oleh itu, sesi pencalonan untuk jawatan YDP, NYDP, dan AJK Ibu Bapa dibuka. 6.3.1 Pencalonan bagi jawatan YDP: - En. Safarizul Bin Mustafa Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik En. Safarizul Bin Mustafa sebagai YDP PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2022/2023 memandangkan tiada nama lain yang dicalonkan untuk jawatan YDP. 6.3.2 Pencalonan bagi jawatan NYDP: - En. Sathasivam a/l Kalimuthu Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik En. Sathasivam a/l Kalimuthu sebagai NYDP PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2022/2023 memandangkan tiada nama lain yang dicalonkan untuk jawatan NYDP. 6.3.3 Pencalonan bagi jawatan AJK Ibu Bapa ( enam orang perlu dipilih ): - En. Mohamad bin Osman - En. P. Ganace Segar a/l S.Paramasivam - En. Sabri bin Ab Razak - En. Husni bin Mahmood - En. Suhairul Azam bin Mohd Shamsuddin - Pn. Premalatha a/p Pandurengan Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik semua calon seperti nama di atas sebagai AJK Ibu Bapa PIBG SMK Taman Tasik Sesi 2022/2023 memandangkan hanya enam nama yang dicalonkan untuk jawatan AJK Ibu Bapa.
27 6.4 Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/ 2023 yang telah terpilih adalah seperti berikut: Penasihat/Ex-Officio En. Mohamad Zulkifli bin Ahmad Kharman Shah Yang Dipertua En. Safarizul bin Mustafa Naib Yang Dipertua Pibg En. Sathasivam a/l Kalimuthu Setiausaha Kehormat Pn. Atina binti Ab. Majid Bendahari Kehormat Cik Fum Ai Xia AJK Guru 1. Pn. Mazlina Binti Mohd Ridzuan 2. En. Khairul Nizam bin Ja'afar Sidek 3. Pn. Paramesvary a/p Perumal 4. Pn. Siti Noorul Aini binti Ab Rahim 5. Pn. Savanthala a/p Sahadavan AJK Ibu Bapa 1. En. Mohamad bin Osman 2. En. P. Ganace Segar a/l S.Paramasivam 3. En. Sabri bin Ab Razak 4. En. Husni bin Mahmood 5. En. Suhairul Azam bin Mohd Shamsuddin 6. Pn. Premalatha a/p Pandurengan 7.0 Memilih 2 Orang Juruaudit PIBG SESI 2022/2023 Pemeriksa Kira-kira Wakil Ibu bapa Pn. Mariam binti Idris Wakil Guru Cik Nor ‘Asyikin binti Mohd Shamsudin 8.0 Membahaskan Usul-usul 8.1 Usul-usul yang telah diluluskan 8.1.1 Usul-usul Pihak Sekolah i. Derma PIBG dikekalkan sebanyak RM50.00 sehingga diberitahu sekiranya ada perubahan dari semasa ke semasa. Tindakan: Bendahari PIBG
28 ii. Setiap pelajar wajib menyumbang RM30.00 untuk pembiayaan semua program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tindakan: Bendahari PIBG iii. Unit Disiplin SMK Taman Tasik dibenarkan mengambil tindakan disiplin, memotong rambut murid yang berambut panjang dan mempunyai potongan rambut yang melanggar peraturan sekolah. Manakala, bagi murid yang lewat hadir ke sekolah akan dikenakan tindakan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Tindakan: Unit Disiplin iv. Pihak sekolah memohon kelulusan mengutip wang untuk melaksanakan aktiviti: a. Unit Kokurikulum b. BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN (SEORANG MURID) 1 Yuran tahunan semua Unit Kokurikulum (Kelab dan Persatuan/ Sukan dan Permainan/ Badan Beruniform) Semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 RM 5 2 Perkhemahan Perdana 2022 80 orang murid tingkatan 1 – 5 yang berminat dengan aktiviti luar RM 100 Tindakan: Unit Kokurikulum c. d. e.
29 f. g. Unit Bimbingan dan Kaunseling BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN (SEORANG MURID) 1 Kem Kepimpinan PRS Semua Ahli PRS RM 80 2 Kem Kokurikulum Ahli PRS, SLAD, dan KERJAYA RM 50 3 Program Murid SUKses Murid SUKses RM 40 4 Program Lawatan Kerjaya Murid tingkatan 1 – 5 yang berminat RM 40 5 Program Lawatan Sambil Belajar Murid tingkatan 1 – 5 yang berminat RM 40 Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling Unit Tingkatan 6 BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN (SEORANG MURID) 1 Program Kokurikulum Tingkatan 6 (baju T’shirt, aktiviti, dan pertandingan) Semua pelajar tingkatan 6 RM 70 2 Bayaran pendaftaran pelajar tingkatan enam rendah (tag nama dan hadiah minggu orientasi) Semua pelajar tingkatan 6 semester 1 RM 20 3 Majlis Hi Tea Pelajar Tingkatan 6 Semua pelajar tingkatan enam yang berminat RM 70 4 Yuran Tahunan MPP Tingkatan 6 Semua pelajar Tingkatan 6 semester 2 RM 5 Tindakan: Unit Tingkatan 6
30 h. Unit Pendidikan Khas i. BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEORANG MURID ) 1 Bengkel Lukisan Semua murid RM 10 2 Program Mobiliti Sosial Murid yang terlibat RM 10 3 Program Bijak Berbelanja Semua murid RM 20 4 Program Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang Semua murid yang berminat RM 300 Tindakan: Unit Pendidikan Khas • Perincian mengenai aktiviti / program akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023. Mesyuarat bersetuju sebulat suara. 8.1.2 Usul-usul Ibu Bapa yang Dibincangkan Pemberi usul : Pn. Yuzalinda Yusof Usul : Mengadakan kelas tambahan bagi subjek-subjek STEM untuk murid-murid tingkatan 4 secara percuma. Gunakan dana PIBG untuk tujuan ini. PK Pentadbiran memaklumkan, semua usul ibu bapa berkaitan Unit Kurikulum akan diperhalusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023. YDP turut memaklumkan, setiap tahun PIBG pasti akan menyumbang untuk program-program yang melibatkan kelas-kelas SPM. Tindakan: PK Pentadbiran
31 Pemberi usul : En. Jaafar Sidek bin Bahrudin Usul : Mengadakan program-program kerjasama dengan universiti-universiti di sekitar Kuala Lumpur sebagai pendedahan kepada murid-murid SPM untuk memilih bidang yang bersesuaian selepas SPM nanti. Program-program seperti ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. En. Jaafar Sidek bin Bahrudin tidak hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2022. Namun, Pn. Yuzalinda Yusof menyokong usul ini dan berharap agar pihak sekolah dapat pertimbangkannya untuk masa hadapan anak-anak. En. Mahmad Zulhasnan bin Abdul Rahim, PK Pentadbiran memaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTT sedang berusaha bagi mengadakan program-program lawatan ke tempat-tempat yang membolehkan anak-anak SMKTT terinspirasi untuk cemerlang dalam pelajaran. Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling Pemberi usul : Pn. Rimi Noor binti Abdul Karim/ Pn. Arifah binti Hussain/ Pn. Tan Siew Fun/ Pn. Lina Farhana binti Naszuar/ En. Nor Farizal/ En. Rusemanan bin Ibrahim/ Pn. Nur Fadzilah binti Salleh/ En. Asmad Azween/ Pn. Kalai Selu/ Pn. Hasnah Darus Usul : Membaik pulih tandas murid perempuan dan lelaki. Berikut adalah masalah tandas murid perempuan yang perlu diatasi segera: i. Tandas gelap kerana lampu tidak berfungsi sepenuhnya. ii. Pam tandas tidak berfungsi. Berikut adalah masalah tandas murid lelaki yang perlu diatasi segera: i. Tiada getah paip disediakan dalam tandas. ii. Pintu tandas tidak boleh dikunci.
32 Pengetua menegaskan bahawa pihak sekolah sentiasa berusaha bagi memastikan semua tandas murid dapat berfungsi sebaiknya dan selesa untuk digunakan. Pengetua memaklumkan bahawa tandas murid kerap tersumbat semenjak sekolah beroperasi sepenuhnya. Tindakan murid-murid yang membuang botol-botol minuman ke dalam lubang tandas merupakan punca utama tandas tersumbat. Pihak sekolah terpaksa mengeluarkan RM 90 untuk bayaran upah kerja-kerja baik pulih tandas yang tersumbat. Masalah ini kerap berlaku menyebabkan pihak sekolah tidak mampu lagi menanggung kos upah membaik pulih tandas. Pihak sekolah terpaksa memohon bantuan daripada PIBG. YDP menegaskan bahawa masalah tandas tersumbat yang kerap berlaku ini berpunca daripada sikap murid-murid SMKTT yang tidak menggunakan tandas secara berhemah. YDP berharap agar ibu bapa dapat mendidik anakanak untuk menggunakan tandas sebaiknya, pendidikan bermula dari rumah. Makluman Pemberi usul : Pn. Faraliza binti Hamzah/ Pn.Roslina Hj. Ramli Usul : Cadangan supaya murid-murid diberi kebenaran untuk membawa telefon ke sekolah bagi memudahkan urusan pengangkutan pulang. Ada murid yang tinggal jauh dari sekolah dan terpaksa menaiki ‘Grab’ untuk pulang ke rumah. Jika ada murid yang menggunakan telefon semasa sesi pembelajaran berlangsung, murid-murid tersebut boleh dikenakan denda. Pengetua menegaskan bahawa murid-murid tidak dibenarkan membawa telefon ke sekolah. Membawa telefon ke sekolah merupakan satu kesalahan disiplin. Namun, pihak sekolah sedar akan keperluan sesetengah murid membawa telefon ke sekolah. Pihak sekolah tidak akan mengambil tindakan ke atas murid yang membawa telefon, selagi mana telefon tersebut dapat disimpan dan tidak digunakan sewaktu sesi persekolahan sedang berlangsung. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan. Ibu bapa juga perlu selalu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematikan telefon sepanjang sesi persekolahan sedang berlangsung. Makluman
33 9.0 Hal-hal Lain 9.1 Pn. Noraini Binti Musa bertanya tentang: i- Pakaian dan penampilan murid sewaktu menghadiri aktiviti kokurikulum. ii- Adakah pemakaian kasut sukan dibenarkan sepanjang hari? Pn. Noorafidah binti Ariffin, PK Kokurikulum memaklumkan bahawa pakaian murid sewaktu menghadiri aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut: Perjumpaan Pakaian Unit Beruniform • Uniform separa atau penuh unit masing-masing Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan • Uniform separa unit masingmasing • Bagi kelas-kelas yang ada subjek PJK pada hari tersebut, murid dibenarkan memakai baju PJK • ( baju t berwarna oren ) Uniform separa merujuk kepada baju t unit masing-masing dipakai bersamasama seluar sekolah. Manakala, uniform penuh merujuk kepada uniform lengkap unit masing-masing. Pn. Noorafidah binti Ariffin memaklumkan, pemakaian kasut sukan sewaktu menghadiri aktiviti kokurikulum adalah dibenarkan. Namun, murid-murid perlu memakai kasut sekolah apabila sesi persekolahan telah bermula. Pengetua menambah, pihak sekolah juga menggalakkan guru-guru memakai uniform separa atau penuh pada hari Rabu. Pengetua turut menegaskan, bagi kelas-kelas yang ada subjek PJK, pemakaian baju PJK sepanjang hari dibenarkan untuk hari Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat. Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin. Bagi kelas-kelas yang ada subjek PJK pada hari Isnin, murid-murid perlu memakai uniform lengkap sekolah terlebih dahulu. Pemakaian baju PJK hanya dibenarkan selepas tamat perhimpunan rasmi. Makluman
34 9.2 Pn. Emelda bertanya tentang: i- Jadual bertugas untuk murid-murid yang menjaga kiosk. ii- Adakah murid-murid yang bertugas di kiosk akan menerima sebarang imbuhan? iii- Waktu solat asar untuk murid-murid sesi petang. Pn. Noorafidah binti Ariffin, PK Kokurikulum memaklumkan bahawa jualan di kiosk hanya fokus pada waktu rehat. Murid-murid yang bertugas di kiosk juga akan menerima imbuhan. Pn. Sia Bee Leng, PK Petang memaklumkan bahawa peruntukan waktu bagi solat Asar hanya dibuat untuk hari Isnin dan Selasa kerana murid-murid akan pulang lewat pada hari-hari tersebut. Murid-murid Islam akan solat Asar di rumah pada hari Rabu, Khamis, dan Jumaat. Ini kerana, murid-murid akan pulang awal pada hari-hari tersebut. Namun, sekiranya ada murid yang tidak sempat untuk menunaikan solat Asar di rumah, ada guru yang bertugas di surau untuk memantau murid-murid. Pada hari Jumaat, tiada peruntukan waktu untuk solat Zohor kerana sesi persekolahan bermula pada pukul 2:10 petang. Murid perlu solat Zohor di rumah. Makluman 9.3 Pn. Imelda memberi cadangan agar pihak sekolah melibatkan murid-murid dalam kerja-kerja penjagaan dan pembersihan tandas. Pihak sekolah boleh mewujudkan jadual bertugas untuk membersihkan tandas yang terdiri daripada murid-murid. Mencontohi amalan kebersihan yang diterap dalam sistem pendidikan Jepun, penglibatan murid-murid dalam aktiviti membersih sekitar kawasan sekolah mampu melahirkan murid-murid yang cintakan kebersihan. En. Safarizul bin Mustafa bersetuju dengan cadangan Pn. Imelda. Cadangan ini akan diperhalusi. Makluman 9.4 En. Mahmad Zulhasnan bin Abdul Rahim, PK Pentadbiran menegaskan bahawa semua usul ibu bapa hanya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dengan kehadiran pemberi usul. Namun, semua usul ibu bapa yang tidak hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tidak akan disia-siakan. Usul-usul tersebut akan diperhalusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. Makluman
35 10.0 Ucapan Penangguhan 10.1 YDP PIBG, En. Safarizul bin Mustafa mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG SMK Taman Tasik sesi 2021/ 2022 kerana kerjasama yang amat baik sepanjang tahun lepas . Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG sesi 2022/2023 yang telah terpilih. Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada hari ini. 10.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Taman Tasik Kali ke-35 yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. 10.3 Beliau menyatakan bahawa perlu ada hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru untuk memastikan kejayaan anak-anak. Beliau menyeru kepada ibu bapa agar dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. 10.4 En. Safarizul bin Mustafa berharap agar semua ibu bapa dapat menjadikan sekolah sebagai sebahagian daripada jiwa. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:30 pagi. Urus Setia, CIK NUR HIDAYAH AISHAH BINTI ZAKARIA PENCATAT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK TAMAN TASIK TARIKH: 4 JUN 2022
36 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2022
37
38
39
40
41
42 LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 1.0 SENARAI NAMA AJK JAWATAN NAMA PEMEGANG JAWATAN PENASIHAT PN. ZAINUN BINTI MUDA YANG DIPERTUA EN. SAFARIZUL BIN MUSTAFA NAIB YANG DIPERTUA EN. SATHASIVAM A/L KALIMUTHU SETIAUSAHA PN. ATINA BINTI AB.MAJID BENDAHARI CIK FUM AI XIA AJK IBU BAPA TN. HJ. MOHAMAD BIN HJ. OSMAN EN. SABRI BIN AB RAZAK EN. P. GANACE SEGAR A/L S.PARAMASIVAM EN. HUSNI BIN MAHMOOD EN. SUHAIRUL AZAM BIN MOHD SHAMSUDDIN PN. PREMALATHA A/P PANDURENGAN AJK GURU PN. MAZLINA BINTI MOHD RIDZUAN EN. KHAIRUL NIZAM BIN JA’AFAR SIDEK PN. PARAMESVARY A/P PERUMAL PN. SITI NOORUL AINI BINTI AB RAHIM PN. SAVANTHALA A/P SAHADAVAN 2.0 CARTA KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 BIL NAMA AJK TARIKH MESYUARAT 2022 2023 17/06 13/01 26/05 16/06 1 PN. ZAINUN BINTI MUDA / THS 2 EN. SAFARIZUL BIN MUSTAFA / / / / 3 EN. SATHASIVAM A/L KALIMUTHU / / / / 4 PN. ATINA BINTI AB.MAJID / / / / 5 CIK FUM AI XIA THS / THS / 6 TN. HJ. MOHAMAD BIN HJ. OSMAN / / / / 7 EN. SABRI BIN AB RAZAK / / THS THS 8 EN. P. GANACE SEGAR A/L S.PARAMASIVAM / / / / 9 EN. HUSNI BIN MAHMOOD / / THS / 10 EN. SUHAIRUL AZAM BIN MOHD SHAMSUDDIN THS THS THS THS
43 11 PN. PREMALATHA A/P PANDURENGAN / / THS / 12 PN. MAZLINA BINTI MOHD RIDZUAN / / / / 13 EN. KHAIRUL NIZAM BIN JA’AFAR SIDEK / / / / 14 PN. PARAMESVARY A/P PERUMAL / THS / / 15 PN. SITI NOORUL AINI BINTI AB RAHIM / / / / 16 PN. SAVANTHALA A/P SAHADAVAN THS / / THS THS: Tidak hadir dengan sebab 3.0 AKTIVITI UMUM Jawatankuasa PIBG yang dilantik untuk sesi 2022/2023 telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program di sepanjang sesi pelantikannya untuk membantu pembangunan sekolah dari aspek kurikulum, kokurikulum, kebajikan murid dan pembangunan infrastruktur sekolah. Di samping itu, Jawatankuasa PIBG turut membiayai dan menyumbang dalam pelbagai program anjuran pihak sekolah. Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 bekerja secara berkumpulan dengan semangat setia kawan, terbuka dan ikhlas. Aktiviti yang dijalankan berdasarkan idea yang praktik mesti mampu menarik ibu bapa mendekati sekolah dan dapat menghubungkan ibu bapa – murid – guru, yang mana murid menjadi penghubung dan sekolah menjadi lapang interaksi. Setiap aktiviti PIBG seboleh-bolehnya mencari sumber kewangan sendiri. Dasar aktiviti hendaklah dengan tujuan sebagai pelengkap, tambahan dan tidak bertindih dengan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Berikut adalah senarai aktiviti PIBG sesi 2022/2023 bermula dari tarikh pelantikannya pada 28 Mei 2022 sehingga 23 Jun 2023: 3.1 MESYUARAT AJK PIBG Bagi merancang, melaksanakan, dan menjayakan program sepanjang tahun PIBG dan sekolah, Mesyuarat PIBG telah diadakan sebanyak empat kali iaitu pada 17 Jun 2022, 13 Januari 2023, 26 Mei 2023 dan 16 Jun 2023. 3.2 PROGRAM SUMBANGAN DUIT RAYA PASCA PERAYAAN DEEPAVALI Program Sumbangan Duit Raya Pasca Perayaan Deepavali merupakan program kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, guru-guru India SMKTT serta PIBG. PIBG telah menyumbang sebayak RM 1 000 untuk program ini. En. Sathasivam a/l Kalimuthu, NYDP PIBG turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 1 000. Seramai 47 orang murid India yang layak telah menerima sumbangan dalam program ini. 3.3 SUMBANGAN MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG Mantan Penolong Kanan Sesi Petang, Pn. Sia Bee Leng telah mencadangkan agar PIBG mengeluarkan peruntukan membina laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan pagar sekolah dengan laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada. Ini kerana laluan pejalan kaki berbumbung yang sedia ada tidak bersambung dengan pagar sekolah menyebabkan apabila hari hujan, murid-murid basah terkena hujan. Atas rasa prihatin, PIBG telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 6 000 untuk membayar kos membina laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan pagar sekolah dengan laluan pejalan kaki berbumbung sedia ada. En. Sathasivam a/l Kalimuthu, NYDP PIBG turut memberi sumbangan peribadi untuk tujuan ini.
44 3.4 LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG DI LUAR PINTU PAGAR SEKOLAH Melalui tinjauan yang dilakukan, murid-murid SMKTT amat memerlukan laluan pejalan kaki berbumbung di luar pintu pagar sekolah. Hal ini demikian kerana, apabila hujan akan menyebabkan kesulitan kepada murid-murid serta ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak. Sehubungan dengan itu, PIBG telah berusaha membuat permohonan kepada MPAJ untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung di luar pintu pagar sekolah. Usaha PIBG akhirnya berjaya apabila MPAJ bersetuju meluluskan permohonan ini. Hasilnya, pada hari ini kita dapat melihat laluan pejalan kaki berbumbung di luar pintu pagar sekolah telah memberi kemudahan kepada muridmurid dan ibu bapa. 3.5 PROGRAM SUMBANGAN DUIT RAYA PASCA TAHUN BAHARU CINA Program Sumbangan Duit Raya Pasca Tahun Baharu Cina merupakan program kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, guru-guru Cina SMKTT serta PIBG. PIBG telah menyumbangkan sebayak RM 2 000 untuk program ini. Seramai 40 orang murid Cina yang layak telah menerima sumbangan dalam program ini. 3.6 MENURAP TAPAK PERHIMPUNAN UNTUK PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 Tapak perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik telah mengalami kerosakan di mana tapaknya yang tidak rata serta berlubang menyebabkan air bertakung ketika hujan. Pihak sekolah akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki. Keadaan tapak perhimpunan yang berlubang boleh menyebabkan kecederaan kepada muridmurid semasa berkawad. Murid-murid SMKTT sentiasa menjadi keutamaan PIBG. Sehubungan dengan itu, PIBG telah membelanjakan sebanyak RM 3 800 untuk menurap tapak perhimpunan. 3.7 PROGRAM SUMBANGAN ALAT TULIS, ROTI DAN AIR MINERAL KEPADA CALON-CALON SPM 2022 PIBG telah membelanjakan sebanyak RM 3 350 untuk Program Sumbangan kepada Calon-calon SPM 2022. Sumbangan yang diberi berupa alat tulis, roti dan air mineral. Usaha murni ini diharap dapat memberikan semangat kepada semua calon SPM 2022 untuk berusaha sehabis baik bagi menduduki peperiksaan ini. 3.8 PROGRAM KASIH RAMADAN PIBG Sesi 2022/ 2023 juga telah mengadakan program kerjasama dengan Unit Kebajikan Tingkatan Enam dan Unit HEM iaitu Program Kasih Ramadan. Program ini dilaksanakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada murid-murid asnaf SMKTT. Dana yang berjaya dikumpulkan adalah sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah ibu bapa dan warga pendidik SMKTT. Sumbangan yang diterima telah diagihkan kepada 298 orang murid asnaf SMKTT. Seramai 6 orang pekerja swasta dan 4 orang pekerja keselamatan di sekolah ini turut menerima sumbangan. Jumlah keseluruhan penerima sumbangan adalah seramai 309 orang. Kesemua penerima sumbangan telah menerima sumbangan duit raya sebanyak RM 150 seorang. Majlis Penyerahan Sumbangan telah diadakan secara sederhana pada 13 April 2023 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, SMK Taman Tasik. Sumbangan disampaikan oleh Pengetua SMK Taman Tasik, Pn. Zainun binti Muda dan YDP PIBG, En. Safarizul bin Mustafa.
45 3.9 SUMBANGAN BAIK PULIH TANDAS PIBG telah menyumbang sebanyak RM 1870 untuk menampung kos baik pulih dua tandas murid arus perdana dan dua tandas pelajar tingkatan 6. 3.10 SUMBANGAN MEMBELI ALAT PEMADAM API Alat pemadam api penting bagi membolehkan tindakan awal diambil sekiranya berlaku kejadian kebakaran. Malangnya, semua alat pemadam api yang sedia ada di sekolah ini tidak dapat digunakan lagi. Atas rasa prihatin kepada semua warga sekolah ini, PIBG telah membelanjakan wang sebanyak RM 1 800 bagi pembelian sembilan buah alat pemadam api yang setiap satunya berjisim 9 kg. 3.11 SUMBANGAN 1 008 BOTOL AIR MINERAL Memandangkan negara kita sedang dilanda cuaca panas yang melampau, PIBG telah menyumbang 42 karton air mineral (1 008 botol) kepada pihak sekolah. Murid-murid yang memerlukan air boleh mengambilnya secara percuma di dewan sekolah. YDP dan seluruh Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 sentiasa berusaha memohon sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menambah dana PIBG. Sumber kewangan PIBG yang kukuh membolehkan sumbangan disalurkan untuk program-program yang telah dirancang oleh pihak sekolah serta membantu kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan dalam kawasan SMKTT. Oleh itu, sumbangan ibu bapa amat bermakna. Secara keseluruhannya, program dan aktiviti yang dilaksanakan di sepanjang sesi 2022/2023 adalah banyak. Impak daripada program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan dibiayai oleh PIBG adalah amat membanggakan. Semoga kejayaan-kejayaan dalam program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi sesi 2022/2023 akan dapat memajukan sekolah sekaligus menyokong warga SMKTT ke arah kecemerlangan pada tahun-tahun seterusnya. 4.0 AKTIVITI BIRO Biro tidak diwujudkan. Laporan disediakan oleh, ............................................. ( ATINA BINTI AB. MAJID ) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2022/2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Bertarikh: 19 Jun 2023
46 LAPORAN KEWANGAN
47
48
49 USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 USUL-USUL PIHAK SEKOLAH 1. Sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM 50 bagi setiap keluarga. 2. Sumbangan untuk pembiayaan semua program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah: SASARAN JUMLAH SUMBANGAN Semua murid tingkatan 1 - 4 RM 30 Murid tingkatan 5 RM 50 3. Semua murid wajib menyumbang RM 5 untuk menampung kos penyelenggaraan tandas. 4. Tindakan disiplin oleh Unit Disiplin SMK Taman Tasik akan dikenakan bagi kes-kes berikut: i. Tidak mematuhi etika kekemasan murid sekolah seperti berambut panjang, rambut berfesyen, berkuku panjang dan lain-lain. ii. Murid hadir lewat ke sekolah: Tindakan melakukan khidmat masyarakat akan dikenakan. iii. Kesalahan membawa dan menggunakan telefon bimbit di premis sekolah. 5. Pihak sekolah memohon kelulusan mengutip wang untuk melaksanakan aktiviti: i. Unit Kurikulum BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEORANG MURID ) 1 Majlis Apresiasi/ Graduasi Murid PPKI, tingkatan 5 dan tingkatan 6 RM 100 2 Perkampungan Ilmu SPM Murid tingkatan 5 RM 50
50 ii. Unit Kokurikulum BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEORANG MURID ) 1 Yuran tahunan semua Unit Kokurikulum ( Kelab dan Persatuan/ Sukan dan Permainan/ Badan Beruniform ) Semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 RM 5 2 Perkhemahan Perdana 2023 100 orang murid tingkatan 1 – 5 yang berminat dengan aktiviti luar RM 100 iii. Unit Bimbingan dan Kaunseling BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEORANG MURID ) 1 Kem Kepimpinan PRS Semua Ahli PRS RM 80 2 Kem Kokurikulum Ahli PRS, SLAD, dan KERJAYA RM 50 3 Program Murid SUKses Murid SUKses RM 40 4 Program Lawatan Kerjaya Murid tingkatan 1 – 5 yang berminat RM 40 5 Program Lawatan Sambil Belajar Murid tingkatan 1 – 5 yang berminat RM 40 iv. Unit Tingkatan 6 BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEORANG MURID ) 1 Program Kokurikulum Tingkatan 6 ( baju T’shirt, aktiviti, dan pertandingan ) Semua pelajar tingkatan 6 RM 100