1.1 KONSEP MORAL
KONSEP MORAL MENEKANKAN ASPEK-ASPEK MORAL , KEMANUSIAAN DAN KEMASYARAKATAN.
TUMPUAN KHUSUS DIBERIKAN KEPADA PEMUPUKAN PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI MURNI
YANG TERDAPAT DI DALAM AGAMA , TRADISIS DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM
AGAMA
ADAT RESAM
SUATU CARA YANG TELAH MERUPAKAN AMALAN YANG
DITENTUKAN UNTUK PIAWAI,IAITU ADAT DAN
V MELAKUKAN SESUATU YANG KELAZIMAN YANG DIHARAPKAN
DARIPADA ANGGOTA
TELAH DIAKUI OLEH MASYARAKAT
MASYARAKAT
SETIAP KAUM YANG BERBEZA SESUATU PERKARA YANG
DIWARISI SEJAK TURUN
• MEMPUNYAI ADAT YANG
MENURUN
BERBEZA
MELAYU
Masyarakat Melayu memang kaya dengan adat resam dan pantang larangnya yang
tersendiri. Adat resam merupakan adat yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat secara turun
temurun oleh nenek moyang mereka bagi mengekalkan tradisi kaum mereka. Ia
juga merupakan undang-undang atau hak yang tak tertulis dalam sesebuah masyarakat.
Pantang larang pulak merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau
mengenai sesuatu benda berdasarkan kepercayaan kaum masing-masing. Biasanya
pantang larang orang tua-tua zaman dahulu bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk
membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan.
CINA
Pembersihan Rumah
Sebelum perayaan kerja- kerja pembersihan akan dilakukan di kalangan masyarakat Cina.
Mereka percaya bahawa dengan membersihkan rumah dapat membuang segala perkara
yang tidak baik. Namum demikian, pada hari perayaan pertama Tahun Baharu Cina adalah
tidak dibenarkan membuat kerja- kerja pembersihan seperti menyapu lantai dan pecahan
barangan kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.
Warna Merah
Selepas pembersihan, perhiasan kediaman juga dilakukan. Bersama-sama dengan warna
merah, tanglung, pakaian dan hiasan lain turut disediakan. Merah merupakan simbol
tradisi kemeriahan dan dipercayai membawa tuah. Selain itu, warna merah dan juga
mercun dipercayai dapat menghalau “Nian” (raksasa pemakan manusia) dan juga roh yang
jahat. Malah, warna seperti hitam dan putih yang dilihat sebagai warna berkabung adalah
dipantang sama sekali.
Malam sebelum Tahun Baharu Cina: Makan Besar
Pada malam sebelum Tahun Baharu Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai –
ramai untuk makan bersama. Adat ini menandakan ‘tuan yuan’ atau ‘reunion’ yang
bermaksud berkumpulnya semula semua ahli keluarga untuk mengeratkan jalinan
hubungan sesame keluarga.
Hari Pertama
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Ia juga
merupakan masa untuk menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat.
Kebiasaannya, golongan muda akan melawat golongan tua dan menerima wang Ang Pau
dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik.
Ang Pau
Sepanjang 15 hari sambutan, ahli –ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi
‘Ang Pau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. Ia membawa
pengertian kesejahteraan yang berpanjang.
Buah limau
Buah limau mandarin yang dipanggil “kam” dalam bahasa Kantonis bermaksud emas
merupakan satu kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baharu Cina. Ia
melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Cina.
Hari ke-7
Hari ke-7 dikenali sebagai ‘Hari Jadi Manusia’ (Ren Ri). Yee Sang yang berwarna-warni
akan dilambung setinggi-tingginya dan dimakan pada hari tersebut. Tradisi melambung
Yee Sang, adalah tradisi yang diamalkan di kalangan masyarakat Cina di rantau Asia
Tenggara seperti Malaysia dan Singapura sahaja tetapi jarang diamalkan di masyarakat
Cina di rantau lain.
Hari ke-9
Orang Cina Hokkien akan menyembah Maharaja Jed di Kayangan (Ti Gong). Hari ini juga
dianggap sebagai ‘tahun baharu’ bagi Orang Hokkien.
Hari ke-15: Chap Goh Mei
Penutup kepada perayaan Tahun Baharu Cina yang juga dikenali sebagai Hari Kekasih
versi Cina. Amalan yang paling popular adalah upacara sembahyang dan melontar buah
limau ke dalam sungai atau kolam dengan harapan untuk mencari pasangan hidup.
KRISTIAN
Hari Krismas ialah perayaan terbesar untuk penganut agama kristian disambut setiap tahun
memperingati kelahiran Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab
Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian
mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai
kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya
adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa dilakukan Adam yakni "dosa asal" (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan banyak aliran dan mazhab gereja setiap 25
Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur
yang lain termasuk aliran tertentu di negara Mesir, Habsyah , Rusia dan sebagainya)
menyambutnya pada 7 Januari disebabkan pengikutan sistem takwim yang berlainan (takwim
Julius berbanding takwim Gregorius).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja,
dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau
lakonan semula kelahiran Yesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan
tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas.
Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi
Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada
abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang
bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang
berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan
ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka
Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.
INDIA
Sebelum Perkahwinan
Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau Niccayam
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan
taambuulan maatruthal.
Semasa Perkahwinan
Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air
mawar). Kemudian pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke
pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai
sari pertunangan pada hari perkahwinan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan
upacara perkahwinan.
Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan dan seterusnya pengantin
lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan manakala
bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai cincin pada jari kaki
pengantin lelaki.
Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas
kedalamnya dan meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk
mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menyarungkan pada
jari tangan suami atau isterinya.
Selepas Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki
sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Mereka
akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah banana.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama
tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan
jamuan.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan
kehidupan baru yang bahagia.
KONSEP NILAI
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai
murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi
tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi
baik dan berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)
Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh
pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali
secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran
Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin
Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang
mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan
guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari
segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
CONTOH NILAI
1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2.BERDIKARI
- berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain untuk menolongnya.
3.KERAJINAN
- Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi,
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.3 PERBEZAAN ANTARA MORAL DAN NILAI
1.4 KESIMPULAN
Kesimpulannya, moral dan etika merupakan sesuatu perkara yang
penting kepada masyarakat untuk digunakan kehidupan masyarakat.
Moral dan etika merupakan satu amalan yang perlu ada pada setiap
orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-
norma sosial yang dikehendakai dalam masyarakat. Moral dan etika
yang baik dapat melahirkan insane yang unggul dan utopia. Dalam
pengertian seharian moral atau etika ialah budi pekerti atau kesusilaan.
Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralis’ yang
merujuk kepada hubungan antara manusia. Manakala, etika pula
berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ merujuk kepada perlakuan
seseorang. Pada umumnya, kedua-kedu perkataan itu tidak membawa
banyak perbezaan dari segi maknanya. Kedua-duanya merujuk kepada
tingkah laku baik atau buruk mengikut penilaian dalam masyarakat.
Moral dan etika mempunyai banyak kepentingan dalam masyarat
kerana merupakan peraturan hidup yang perlu dipatuhi. Menurut
Durkheim (1961) menyatakan bahawa kemoralan terdiri daripada
sesuatu sistem peratyran yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang
cara seseorang itu dalam sesuatu situasi. Moral dan etika penting dalam
membentuk panduan hidup seseorang, akhlak seseorang, melahirkan
masyarakat yang harmoni, organisasi yang kukuh dan sebagainya.
1.5 RUJUKAN
.A.Aziz Deraman. 2015. Minda Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
2.Mohd Ridhuan Jamil. 2017.
Masalah etika dan akhlak pelajar kemahiran kejuruteraan: Analisis
keperluan. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. April 2017, Bil. 5, Isu 2.
3.Adibah Abdul Latif. 2013. Pembangunan instrumen penilaian
akhlak pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi Awam. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi
Malaysia. Ahmad Bashir Aziz. 2004. Nilai dan etika pengurusan:
Analisa dari perspektif
agama-agama di Malaysia. Seminar Nilai dalam Komuniti (SIVIC).
Anjuran Jabatan Pengajian
Umum
4.Ahmad Firdaus Mohd Noor. 2017. Pensyarah cemerlang
Pendidikan Islam di Politeknik: Satu
kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia.
Skudai.
5.Bertens, K. 2003. Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.