Buku Skrap Digital “ Anti Dadah “ “ LEBIH BAIK CEGAH : MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA “ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA MURID : 1. NURSHAFIQAH BINTI MAH PHUZ 2. FATIN IWANNIE BINTI RAHMAT-ALLAH 3. UMMIE UMAIYRAH BINTI RAHIMIE NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN SERI SAUJANA KOD : JEA3055 GURU PEMBIMBING : PUAN NOR ALIAH BINTI HARON ( KAUNSELOR ) Maklumat Diri Murid
Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi. Dadah juga merupakan bahan kimia yang merbahaya kepada individu kerana dadah mampu mengubah pemikiran, fungsi tubuh badan dan gaya hidup seseorang individu. Maksud Dadah
01 • Ganja • Hashish Kanabis 03 06 Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi Dadah Rekaan Jenis - jenis Dadah • Sedatif • hipnotik Opiat Sinetik • Heroin • Morfin • Methadone • Fentanyl 04 Depresen 02 05 • Meskalin • Lyseregic acid diethylamid ( LSD ) Halusinogen Opiat • Candu • Kodein
Mereka mungkin terjebak dengan pengaruh negatif rakan sebaya dan mengambil dadah untuk menjalin ikatan dan terus berada dalam kumpulan yang mengambil dadah. 1. Pengaruh Rakan Sebaya Kecenderungan mencuba dadah meningkat apabila mereka bersama-sama berasa ingin tahu dan kurang memikirkan akibatnya terhadap diri masing-masing. 2. Rasa Ingin Tahu Mungkin tiada atau kurang pengawasan ibu bapa di rumah. Oleh itu mereka mudah terdedah kepada pengaruh negatif. Ramai belia zaman ini tidak mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang mereka. Rasa bosan kerana tidak beraktiviti dengan gaya hidup sihat boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah dan inhalan. 4. Rasa Bosan 3. Sikap Keluarga Terhadap Dadah Punca Penyalahgunaan Dadah
• Kejadian jenayah • Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan Masyarakat • Harapan keluarga tidak dapat dipenuhi • Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga • Melemahkan diri dan menjadi malas • Tidak dapat belajar dengan fokus Diri Kesan Dadah Keluarga
Melakukan aktiviti yang berfaedah pada masa lapang Menguatkuasakan undang - undang negara Mengadakan kempen kesedaran untuk masyarakat Mengenakan hukuman yang lebih berat sebagai pencegahan Menjauhi individu yang terlibat dengan dadah Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah
Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah. Penutup
Bebas Dadah Penghargaan Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK TAMAN SERI SAUJANA , Puan Hajah Asiah binti Mohd Uzir. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru pembimbing iaitu Puan Nor Aliah binti Harun atas tunjuk yang telah diberikan. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang banyak berkongsi idea untuk menyiapkan buku skrap digital ini.
Sekian Terima Kasih “ JANGAN BIARKAN DADAH MEMUSNAHKAN MASA DEPAN ANDA ”