Sejarah dan Memori: Interpretasi Sejarah Melalui Pengalaman Hidup KULIAH HSM320 SEJARAH GUNAAN DAN KAJIAN TEMPATAN
Pengenalan • Apakah yang dmaksudkan dengan; • Sejarah ? • Peristiwa lalu? • Memori ? • Adakah semua memori merupakan sejarah??
• Memori – ingatan atau kenangan seseorang telah menjadi sumber penting dalam pelbagai bidang kajian. • Selain bidang psikologi dan falsafah, memori telah menyediakan maklumat yang sangat penting dalam bidang sejarah. • Sejarah memori juga dikenali sebagai collective memory atau social memory.
• Sumber memori boleh diperoleh melalui perkhabaran atau penceritaan seseorang tentang sesuatu peristiwa. • Semua maklumat pada asalnya tidak ditulis atau dirakam. • Sebaliknya tersimpan dalam ingatan individu. • Melalui temu bual, perbincangan dengan individu berkenaan, maklumat yang diperoleh akan ditulis atau dirakam.
• Walaupun maklumat daripada memori seseorang itu ditulis atau dirakam, ia masih lagi disifatkan sebagai sumber lisan. • Usaha merakam atau menyalin atau mencatat semula memori seseorang sangat penting untuk memastikan maklumat dapat direkodkan dan digunakan untuk masa hadapan. • Tidak semua peristiwa sejarah (peristiwa masa lalu) mempunyai catatan secara bertulis.
Perkembangan Sejarah Memori • Bagaimana memori telah membentuk disiplin akademik – sejarah? • Dalam tempoh tiga dekad yang lalu, memori digunakan untuk menganalisis dan memahami hubungan manusia dengan masa lalu mereka. • Pada asalnya, memori dianggap subjektif dan sukar untuk dipercayai. • Penggunaan memori yang disesuaikan dengan metodologi sejarah lisan mula digunakan oleh sarjana. • Memori berpotensi untuk mengimbangi naratif sejarah rasmi yang sebelum ini tertumpu kepada negara – politik.
• Hasilnya muncul historical memory yang merujuk kepada usaha untuk mengkaji sesuatu peristiwa atau zaman. • Pengkajian memori dalam bidang sejarah bergantung kepada beberapa keadaan: • Memori keluarga • Memori negara. • Memori perang.
• Minat sarjana dalam kajian memori bukanlah sesuatu yang baharu. • Sejak penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, didapati memori telah menjadi satu bentuk idea atau kefahaman untuk menilai perilaku manusia. • Beberapa sarjana seperti Sigmund Schlomo Freud (neurologist/psychoanalysis), Henri Bergson (ahli falsafah) dan Marcel Proust (penulis) melihat kepentingan penggunaan memori dalam menilai pemikiran manusia. • Aby Warburg (ahli sejarah) menggunakan kefahaman terhadap memori sosial untuk menjelaskan bagaimana simbol zaman purba berubah berdasarkan kaedah, zaman dan negara.
Tokoh Tokoh Penting Sigmund Schlomo Freud Henri Bergson (1859–1941) Aby Warburg around 1925
Marcel-Valentin-Louis-Eugène-Georges Proust adalah seorang cendekiawan, novelis, esei dan kritikus Perancis, paling terkenal sebagai penulis "Mencari Waktu Yang Hilang", sebuah karya monumental dalam fiksi abad ke-20 yang berisi tujuh volume yang diterbitkan dari 1913 sampai 1927.
• Antara sarjana yang menggunakan kaedah memori, Maurice Halbwachs. • Beliau merupakan ahli falsafah dan sosiologis. • Beliau telah menerbitkan kajian bertajuk Les Cadres Sociaus de La Memoire pada tahun 1925 yang mengukuhkan hujah hubungan antara kumpulan sosial dengan collective memory. • Menerusi kajian tersebut, beliau menjelaskan bahawa setiap memori dibawa oleh kumpulan sosial tertentu dengan batasan ruang dan waktu.
• Halbwachs, Marc Bloch merupakan antara sarjana yang menggunakan memori dalam penulisan sejarah. • Sekitar separuh pertama abad ke-20, beliau memperkenalkan kajian moden mengenai memori dan mentaliti manusia. (Histoire des Mentalites) • Lucien Febvre dan Bloch merupakan pelopor aliran Annales yang diasaskan pada tahun 1920 menyarankan supaya kaedah baru dalam penulisan sejarah daripada tertumpu kepada perspektif biasa – politik, kerajaan, raja.
Maurice Halbwachs Maurice Halbwachs lahir di Reims pada 11 maret 1877 dan meninggal di Kamp Konsentrasi Buchenwald pada bulan Februari 1945 adalah seorang filsuf, sosiolog Perancis yang mengembangkan konsep kolektif memori. Marc Léopold Benjamin Bloch adalah seorang sejarawan asal Prancis. Ia adalah anggota pendiri Mazhab Annales dari sejarah sosial Prancis. Bloch mengkhususkan diri dalam sejarah abad pertengahan dan banyak menerbitkan karya-karya tentang Perancis abad Pertengahan sepanjang masa kerjayanya
• Bagi Halbwachs, mengingat adalah proses pengorganisasian dan struktur bukan hanya mengingat 'bagian' yang terlepas. • Penataan ini dimungkinkan oleh struktur yang diciptakan oleh hubungan sosial. • Misalnya, kita mungkin mengingat mainan khusus dari masa kanak-kanak karena dikaitkan dengan keamanan, rasa memiliki, dan keakraban berada di rumah bersama ibu. Dengan kata lain, itu milik kelompok yang menentukan apa yang diingat dan bagaimana itu akan diingat. • Melalui kerangka kerja yang dibuat secara sosial, kami menemukan ingatan yang memungkinkan untuk mengingatnya kembali. • Lokasi bekerja dalam dua cara: ingatan ditempatkan dalam kelompok tertentu dengan kebiasaan dan aturan yang berkelanjutan; dan mereka terletak di tempat dan waktu tertentu.
• Justeru mereka memberi perhatian kepada aspek lain seperti sosial dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. • Selain itu, sistem dan kepercayaan, mitos yang dipercayai oleh masyarakat lalu juga penting kerana ia memberi kefahaman kepada dunia mereka.
• Walaupun Halbwachs dan Bloch berusaha memperkenalkan penggunaan memori dalam kajian sejarah, ia tidak mendapat tempat dalam bidang sejarah. • Tahun 1970-an dan 1980-an merupakan titik perubahan yang sangat penting dalam melihat perubahan bidang kajian memori. • Perubahan ini dicetuskan oleh seorang sarjana sejarah dari Perancis iaitu Pieere Nora.
• Pada tahun 1978, beliau mengutarakan idea mengenai kaedah baru dalam sejarah. • Beliau menghasilkan kajian sejarah Perancis berdasarkan kepada identiti dan memori. • Apa yang telah diasaskan oleh sarjana Perancis pada tahun 1920-an telah membawa perubahan besar dalam bidang sejarah menjelang tahun 1980-an. • Kajian Nora telah meluaskan lagi minat secara profesional terhadap kajian memori.
• Memasuki tahun 1997, kefahaman tentang sejarah memori telah mengambil tempat dalam pengkajian sejarah budaya dan sejarah secara keseluruhannya. • Pada tahun 2008, Journal Memory Studies diterbitkan.
Kesimpulan • Penggunaan memori sangat penting dalam penjelasan peristiwa sejarah. • Tidak semua peristiwa masa lalu (sejarah) mempunyai catatan atau ditulis. • Maklumat daripada saksi, mangsa mahupun mereka yang terselamat dalam sesuatu peristiwa sangat berguna bagi sarjana untuk memahami sejarah moden secara keseluruhannya. • Menerusi kajian sejarah yang menggunakan memori membantu tindakan pihak kerajaan – Contohnya Holocaust dan Perang Dunia Kedua.
Sejarah & Memori: Interpretasi Sejarah Melalui Pengalaman Hidup (2) KULIAH HSM320 SEJARAH GUNAAN DAN KAJIAN TEMPATAN
Pengenalan • Kajian mengenai memori telah menyediakan sudut pandang baharu tentang pengalaman manusia tentang masa lalu. • Pengkaji sejarah mula menggunakan memori seseorang untuk membentuk kefahaman peristiwa sejarah pada hari ini. • Dengan menggunakan kaedah sejarah lisan, memori seseorang berpotensi untuk mengisi kekosongan atau mengimbangi naratif sejarah rasmi. • Selain itu, memori seseorang dapat mempelbagaikan lagi sudut pandang sesuatu peristiwa. • Penggunaan memori seseorang dapat menempatkan masa lalu dalam konteks hari ini.
Memori Sebagai Sumber Sejarah • Walaupun memori dianggap bersifat subjektif, namun penggunaannya dalam bidang sejarah sebagai sumber maklumat semakin mendapat tempat. • Terdapat banyak kajian dilakukan untuk merekodkan semula pengalaman / kenangan seseorang. • Penggunaan memori sebagai sumber kajian sama ada secara keseluruhannya atau menjadikan memori sebahagian daripada sumber.
• Penulisan sejarah menggunakan sumber memori terbahagi kepada dua: • Kajian yang dihasilkan oleh sarjana/pengkaji dengan mendapatkan maklumat daripada responden; • Kajian yang dihasilkan sendiri oleh individu yang terlibat. Terbahagi kepada dua iaitu: • Dihasilkan sendiri oleh mangsa dalam sesuatu peristiwa; • Dihasilkan oleh tokoh/penggerak kepada sesuatu peristiwa.
• Buku terbitan Cambridge University Press pada tahun 2007. • Ditulis oleh Zeev W. Mankowitz. • Mengisahkan mangsa yang terselamat dalam peristiwa Holocaust.
• Penggunaan memori daripada tokoh/mangsa/saksi mata dapat mempelbagaikan/memberi maklumat baharu dan berbeza dengan maklumat sedia ada. • Keadaan ini menjadikan penulisan sejarah berbeza daripada sejarah rasmi yang ditulis berdasarkan kepada rekod bertulis yang dihasilkan oleh satu pihak sahaja. • Memberi tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu peristiwa. • Contohnya pembentukan Malaysia sering kali dilihat dari kaca mata pihak pemerintah. Bagaimana pandangan/reaksi penduduk ? • Pandangan tokoh terhadap sesuatu peristiwa. Contoh Dato Onn dan pembentukan UMNO.
• Mempelbagaikan lagi isu /fokus dalam penulisan sejarah. • Penggunaan memori membolehkan kajian sejarah dari bawah dihasilkan. • Kenangan / pengalaman hidup masyarakat dari kelas yang berbeza dapat direkod seterusnya memberi penjelasan sesuatu peristiwa dari perspektif yang berbeza. • Penulisan sejarah tidak lagi tertumpu kepada sejarah rasmi. • Kajian sejarah sebelum ini dilihat lebih tertumpu kepada politik, kerajaan / kelas atasan. • Dengan menggunakan memori dalam kalangan masyarakat umum dapat menghasilkan kajian yang lebih pelbagai seperti budaya; kepercayaan; kehidupan harian dan sebagainya.
• Menerusi memori membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat yang mungkin tidak tercatat dalam mana-mana rekod bertulis. • Terdapat maklumat yang dirahsiakan/dimusnahkan oleh pihak tertentu yang boleh diperoleh menerusi kajian memori. • Contohnya kekejaman pemerintahan Pol Pot di Kampuchea sekitar penghujung tahun 1970-an. • Kekejaman pemerintah sudah pasti tidak dicatatkan dalam manamana rekod tetapi tersimpan dalam ingatan penduduk yang menjadi mangsa.
Keterbatasan Sejarah Memori • Isu penting dan utama dalam sejarah memori adalah, bukan bagaimana ia dipersembahkan tetapi mengapa ia diterima atau ditolak. • Setiap masyarakat berusaha menetapkan gambaran/kenangan masa lalu. • Justeru tidak memadai untuk menentukan bagaimana masa lalu itu dipilih. • Pengkaji perlu berusaha membangkitkan keadaan untuk mendorong seseorang itu membuat penjelasan.
Mengapa masa lalu ada yang berjaya dan ada yang gagal?
Mengapa seseorang itu lebih suka kepada sesuatu memori daripada memori-memori yang lain.
• Dalam memastikan keberkesanan penggunaan memori dalam menjelaskan peristiwa sejarah, pengkaji perlu memastikan: • Menyaring makna daripada sumber memori; • Memperlakukan memori sebagai asas kepada reality sejarah; • Kepelbagaian tahap ingatan.
• Justeru, bagi pengkaji sejarah, sangat penting untuk membangkitkan persoalan bagaimana untuk menapis makna daripada sumber memori. • Proses penyaringan ini sangat penting kerana dalam kajian memori, segala-galanya berdasarkan kepada memori individu yang mungkin tidak tercatat sebagai sumber bertulis. • Tambahan pula, memori terdapat di mana-mana dalam pelbagai keadaan dan tempatan. • Pembinaan masa lalu bermula daripada objek kehidupan seharian yang paling remeh kepada yang paling suci/penting.
• Dalam kajian memori, cabaran/bahaya penggunaannya terletak pada tafsiran. • Terdapat pengaruh untuk membina memori dengan menghubungkan segala-galanya dengan segala-galanya menerusi pentafsiran.
Dalam pembinaan semula peristiwa sejarah berdasarkan sumber memori cabaran besar adalah – tidak jelas tentang apa yang bukan berada dalam ingatan.
Dalam kajian memori, terdapat bahaya/masalah besar dengan menganggap ingatan sebagai asas sebenar kepada realiti sejarah.
• Pengkaji yang menggunakan memori berhadapan dengan cabaran untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang disampaikan oleh responden. • Keadaan menjadi lebih sukar sekiranya tiada responden lain yang boleh dirujuk untuk membuat perbandingan/pengukuhan maklumat yang diperoleh. • Walaupun responden hidup pada zaman tersebut, adakah dia terdedah atau memahami secara keseluruhan yang berlaku.
• Pengkaji turut berhadapan dengan tahap ingatan responden yang dipengaruhi oleh faktor usia. • Emosi atau rasa tidak puas hati responden terhadap isu yang dibincangkan turut mempengaruhi kesahihan sesuatu sumber. • Maklumat yang disampaikan mungkin telah diputar belit.
• Di pihak pengkaji itu sendiri, kegagalan untuk mendorong responden menceritakan pengalamannya menyebabkan tidak banyak maklumat yang diperoleh. • Soalan yang diajukan perlu jelas dan mempengaruhi responden untuk berkongsi maklumat.
• Perlu diberi perhatian mengenai kemungkinan responden untuk menyembunyikan maklumat atau memesongkannya. • Menyebabkan tokoh/individu yang memainkan peranan penting dikesampingkan. • Terdapat juga penjelasan yang diberi secara berlebih-lebihan.