The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MOHAMMAD AFFIQ BIN EDIN
14DKM20F1015

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by affiqedin239, 2021-03-25 03:20:57

SONGKET

MOHAMMAD AFFIQ BIN EDIN
14DKM20F1015

SONGKET

1.MAKSUD

merupakan sejenis kain tenunan unik dihasilkan dengan alatan tradisional untuk
menghasilkan corak rumit dan sukar menggunakan benang emas atau perak. Ia kain
lazim dibusanakan dalam adat-adat
perkahwinan Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali.
Kain tenunan ini yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta baik
dililit tubuh seperti sarung, disampirkan di bahu, atau sebagai destar
atau tanjak menghiasi kepala. Songket adalah kain tenun mewah yang biasanya
dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta; ia pada dahulunya khusus
dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.
Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan
pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di alam
Melayu sejak abad ke-13 yang lampau

2.BAHAN-BAHAN

CONTOH PERALATAN

 Benang dan pewarna
 Kek tenunan
 Kek mengarat
 Rahak
 Peleting buluh (bobbin)
 Lidi daun kelapa
 Anak kayu
 Dua belira

 Sikat dan jentera
 Jarum culik
 Batang anak kayu
 Kayu kara
 Benang losen
 Lidi nibung atau buluh
 Benang batang bunga songket
 Darwin pakan
 Darwin benang emas
 Cuban
 Pakan
 Torak benang emas
 Sumbi

3.CORAK DAN MOTIF

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus
mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya
dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:

 Susunan bunga penuh
 Susunan bunga bertabur
 Susunan bercorak

4.TEKNIK PEMBUATAN

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik
menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng
(warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit
dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan
untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan
dibuat benang perlu dikeringkan sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Benang-benang ini dililit pada pelenting buluh kecil dilakukan dengan bantuan alat
darwin dan alat pemutar rahat.

Benang loseng diregang di alat penenun (ianian) bagi menentukan saiz panjang
atau jumlah helai kain yang akan ditenun sebelum digulung dengan sekeping papan
loseng untuk disiapkan pada gigi atau sikat jentera. Setelah itu, kerja-kerja
menyapuk dapat dilakukan

Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. Karak dibuat
daripada benang asing yang digelung.

Corak digubah pada benang loseng menggunakan alat "lidi" agar benang loseng
berangka genap dan ganjil dapat diarahkan turun naik secara berselang seli sewaktu
menenun. Sebanyak tiga atau lima lembar benang disongketkan kemudian diikat
dan dikenali sebagai proses ikat butang. Alat torak yang diisi dengan benang pakan
atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng
mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang
telah siap ini dipotong mengikut saiz.

5.KAWASAN PERINDUSTRIAN SONGKET

Di Malaysia: Pantai Timur Semenanjung khususnya industri rumahan di pinggiran

 Kota Bahru, Kelantan
 negeri Terengganu

songket malaysia
Songket indonesia

Songket pengantin


Click to View FlipBook Version