The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by b05spt20f023, 2021-06-17 19:46:32

_BUKU RESEPI 1_

_BUKU RESEPI 1_

BUKU
RESEPI

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
BIL PERKARA 3-6
1 PENGENALAN
2 SENARAI BAHAN DAN 7-12
FUNGSINYA
3 SENARAI PERALATAN 13-23
DAN FUNGSINYA
4 RESEPI MELAYU 24-28
DESSERTS
5 RESEPI NYONYA 29-34
DESSERTS
6 RESEPI INDIAN 35
DESSERTS 36
7 PENUTUP
8 RUJUKAN

2

PENGENALAN

Pencuci mulut(desserts) merupakan hidangan manis
atau hidangan savouri (pedas) yang dihidangkan pada
akhir hidangan utama untuk melengkapkan atau
menyeimbangkan hidangan.
Sekiranya hidangan utama kita sudah berlemak,ia perlu
diseimbangkan dengan hidangan pencuci mulut yang
kurang berlemak.
Pencuci mulut tempatan dihasilkan oleh masyarakat
tempatan di ASIA.Contoh bahan tempatan seperti
pisang,ubi keledek,sagu,tepung beras dan lain-
lain.Ianya juga menjadi makanan bekal sajian untuk
minum pagi dan minum petang.
Dalam buku resepi ini mempunyai pelbagai jenis
hidangan manisan yang boleh anda pelajari.Pencuci
mulut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu,Melayu,Baba
Nyonya dan India.Oleh itu,saya berharap agar ilmu yang
telah dicurahkan di dalam buku resepi ini dapat
membantu para pembaca untuk menghasilkan pelbagai
jenis hidangan dengan lebih mudah dan gembira.

3

SENARAI BAHAN DAN FUNGSINYA

Bil Bahan Fungsi Gambar

1. Tepung Tepung gandum adalah

gandum tepung yang sering

digunakan dan

merupakan tepung ynang

berprotein rendah.Tepung

gandum berfungsi

sebagai agen penyerap

cecair daripada telur atau

air.Akhirnya akan

membentuk struktur yang

lebih kukuh.

2. Santan cecair yang diperah
kotak daripada parutan dalam
isian kelapa dan
berfungsi memberikan
kepekatan dan rasam
manis dalam adunan.

4

3. Gula Gula kastor berfungsi
kastor sebagai rasa manis dan
melembutkan
adunan.Gula kastor ini
membantu lemak
memerangkap sel-sel
udara yang penting untuk
menaikkan adunan.

4. Telur Mengandungi lemak dan
protein.Berfungsi sebagai
memberikan kelembapan
dan struktur pada
adunan.

5. Tepung Mempunyai kandungan
pulut khasiat dan berfungsi
untuk meliatkan adunan
supaya adunan kenyal
setelah dimasak.

5

6 Tepung Merupakan tepung kanji
ubi dan fungsinya meliatkan
kayu adunan.

7 Tepung Merupakan tepung kanji
jagung dan berfungsi untuk
memekatkan adunan.

8 Gula Memberika rasa manis
melaka dan mempunyai aroma.

6

9 Kelapa Merupakan isian daripada
parut kelapa dan diparut juga
berfungsi memberikan
rasa manis dalam kuih.

10 Biji Sejenis kanji yang
sagu dihasilkan daripada teras
berkabus dan berfungsi
untuk mebuat kuih sagu.

7

JENIS-JENIS PERALATAN DAN FUNGSINYA

BIL PERALATAN FUNGSI GAMBAR

1 Mangkuk -Terdiri daripada

adunan pelbagai jenis bahan

seperti

palstik,kaca,seramik

atau kalis karat.

-Berfungsi untuk

menggaul bahan-bahan

seperti menggaul

adunan kek dan

sebagainya.

-Mangkuk yang lebih
besar juga boleh
diletakkan bahan-bahan
basah.

8

2 Penimbang Alat ini sangat tepat dan

digital sesuai untuk

menentukan sukatan

sesuatu bahan masakan

dengan cara yang

mudah.

3 Sudu Digunakan untuk
penyukat menyukat bahan-bahan
cecair atau kering dalam
kandungan yang sedikit.

9

4 Senduk Untuk mengacau
kayu bahan-bahan yang telah
dicampurkan supaya
lebih sebati.

5 Pengukus Untuk mengukus
kuih.Contohnya, puteri
ayu,kuih seri muka dan
kuih talam.

10

6 Bekas acuan Sebagai acuan untuk
membentuk kuih
dengan lebih cantik
seperti kuih puteri ayu.

7 spatula Digunakan untuk
mengikis bahan-bahan
yang telah dicampur di
sisi mangkuk adunan.

11

8 Pengayak -Untuk mengayak
tepung supaya dapat
mengelakkan tepung
daripada menggumpal
dan berketul apabila
adunan dibancuh.
-Ukuran timbangan
tepung juga akan
menjadi lebih ringan dan
lebih tepat selepas
tepung diayak.
-Tepung juga akan
menjadi lebih lembut
dan mudah sebati
bersama adunan yang
lain.

9 Kuali Untuk tujuan
menggoreng kuih .

12

10 Loyang Digunakan untuk
membentuk
kuih.Contohnya kuih
talam dan seri muka.

11 Penapis Untuk menapis bahan-
bahan seperti sagu.

13

RESEPI
MELAYU
DESSERTS

14

PENGAT JAGUNG

Bahan-bahan:
1) 6 biji jagung
2) 8 sudu sagu
3)2 keping gula melaka
4)2 helai daun pandan
5) secubit garam
6)1 kotak santan
7) 3 sudu besar gula

Cara -cara:

1)Rebus isi jagung yang telah dipotong dengan air sehingga
lembut.

2)Masukkan sagu yang sudah dibilas dengan air biasa.Kacau
sehingga jernih.

3)Kemudian,masukkan gula melaka dan daun pandan .

4)Masukkan 1 kotak santan segera dan kacau sebati (klu kuah
terlalu pekat tambahkan sedikit air panas).

5)masukkan garam dan gaul rata.Siap dihidangkan.

15

PENGAT PISANG

Bahan-bahan:
1)Seikat pisang(11 biji)
2)7 cawan air
3)Seketul besar gula
melaka
4)Gula pasir 1/3 cawan
5)200ml santan segera
6)sedikit garam
7)daun pandan

Cara-cara:

-Cabutkan kulit pisang dan pisang dipotong dua bahagian.
-Masukkan seketul gula melaka , daun pandan,gula pasir dan sagu.
-Masak sehingga sagu menjadi jernih.
-Masukkan 200 ml santan segera dan kacau sebati.
-Masukkan pisang dan sedikit garam dan gaul sebati.(kalau suka
pisang tu lembut sikit boleh masak lama sikit) Siap dan boleh
dihidangkan.

16

PENGAT LABU

Bahan-bahan:
1)1/2 biji labu(saiz kecil)
2)1 ½ kotak santan segera
3)gula pasir 1/3 cawan
4)secubit garam
5)sehelai daun pandan
6)1/3 cawan sagu
(rendamkan)toskan.
7)1-2 cawan air (agak2
tenggelam labu masa rebus)

Cara-cara:

1)Potong labu buang kulit,potong dadu dan cuci bersih.

2)Masuk potongan lab uke dalam periuk bersama 1-2 cawan air
,rebus sampai separuh empuk dan masukkan simpulan daun
pandan.

3)Bila labu dan separuh masak ,masukkan santan pekat.

4)Masukkan gula psir dan secubit garam,kacau sampai gula
larut.Kecilkan api dan reneh seketika.

5)Kemudian masukkan sagu,reneh sehingga sagu menjadi
jernih.Jika kuah dan mesra boleh tutup api dan siap dihidangkan.

17

KUIH KETAYAP

Bahan-Bahan untuk inti:
1)1 biji kelapa parut
2)1 cawan gula melaka
3)3 sudu besar gula perang
4)sedikit garam
5)sehelai daun pandan
6)sedikit air
Bahan-bahan kulit ketayap:
1)2 cawan tepung gandum
2)secubit garam
3)1 biji telur
4)2 1/2 cawan air daun pandan
5)sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
1)Masukkan 1 cawan gula melaka,sedikit garam dan 3sudu gula
perang ke dalam kuali lalu dilarutkan di atas api yang sederhana.
2)Kemudian masukkan 1 biji kelapa parut dan daun pandan yang
diikat simpul.Ketepikan.
3)Masukkan 2 cawan tepung gandum ,secubit garam,1 biji telur,2 ½
cawan air daun pandan dan sedikit pewarna hijau ke dalam blender
dan kisar sehingga tekstur menjadi sangat halus.Kemudian
tapiskan.
4)Masak adunan ke dalam kuali leper sehingga masak dan
angkat.Apabila sudah sejuk letakkan inti kelapa tadi ke dalam kulit
ketayap dan gulungkan mengikut saiz yang sesuai.Siap dan boleh
dihidangkan.

18

TALAM SUJI

Bahan-bahan:
Lapisan bawah

1)1½ cawan tepung suji
2) 4 cawan santan cair
3)1 cawan gula pasir
4)sedikit garam
Lapisan atas
1)4 cawan santan pekat
2)1 cawan tepung gandum
3)2 sudu besar tepung
kastard
4)2 sudu besar gula kastor
5)1 cawan gula merah
Cara-cara:
Lapisan bawah
1)rendam tepunh suji selama 10 minit.Kemudian toskan dan
ketepikan dulu.
2)Panaskan kukusan,sapu minyak pada Loyang dan lapik dengan
plastik.
3)Sebatikan garam,gula pasir,santan cair dahulu.Kemudian
tapiskan ke dalam periuk.
4)Masukkan tepung suji yang ditoskan tadi dan kacau di atas api
yang perlahan sehingga adunan mendidih dan pekat.
5)Tuang ke dalam Loyang dan kukuskan selama 25 minit.
Sambungan…

19

Lapisan atas:
1)masuk semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.Tapis
masuk ke dalam periuk dan maasak atas api yang
sederhana.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
2)Kacau sehingga adunan Nampak pekat.Tutup api .
3)Tuangkan atas lapisan bawah.Sebelum tuang adunan ,cakar
cakar dahulu adunan bawah menggunakan lidi atau pisau.
4)Kukuskan selama 25 minit.Tunggu sejuk barulah potong.
TIPS:PASTIKAN AIR KUKUSAN TIDAK MENITIS DI ATAS
LAPISAN.

20

SERI MUKA

Bahan-bahan:
Lapisan pulut

1)400g beras pulut
2)500ml santan segar cair
3)1 sudu besar gula pasir
4)1 sudu kecil garam
5)1 helai daun pandan
Lapisan atas:
1)6-8 helai daun pandan
2)190ml air
3)375ml santan segar
pekat
4)150g gula kastor
5)60g tepung gandum
6)3 sudu besar tepung
jagung
7)3 biji telur saiz B
8)1/2 sudu garam
9)pewarna hijau
10)1/2 cawan air pandan

Cara-cara: (lapisan pulut)
1)Sediakan loyang dan letakkan daun pandan.Kemudian
masukkan semua bahan untuk lapisan pulut ke dalam loyang.
Tips:sukatan santan mestilah melebihi sedkit sahaja daripada
paras pulut.
2)Kemudian kukus sehingga masak selama 25 minit.

Sambungan…

21

Lapisan atas:
1)Masukkan kesemua bahan lapisan atas ke dalam
blender.Kemudian kisar adunan sehingga sebati dan halus.
2)Tapiskan adunan sebelumtuang ke dalam periuk.Jika warna
adunan pucat boleh letakkan sedikit pewarna hijau dan masak
sehingga naik wap.Kemudian tutup api.
3)Gemburkan pulut yang sudah siap dikukus supaya lapisan
hijau dapat melekat dengan lapisan pulut.
4)Tuangkan lapisan hijau ke atas pulut.Tuang dengan cermat.
TIPS:Buang gelembung udara sebelum dikukus supaya
permukaan kuih menjadi licin dan cantik.
5)Kukus selama 25 minit.Siap dan boleh dimakan.
TIPS:Potong kuih seri muka selepas sudah betul-betul sejuk
dan mestilah menggunakan pisau plastik supaya potongan
menjadi kemas.

22

PUTERI AYU Bahan-bahan:
1)1cawan gula kastor
8)2 Cawan tepung gandum 2)2biji telur
9)2½ cawan kelapa parut 3)1sudu kecil ovalette
10)1sudu besar tepung gandum 4)¼ cawan susu cair
11)1sudu kecil garam 5)1/2cawan santan
segar
6)¼ cawan air pandan
7)Pewarna hijau

Cara-cara:

1)Masukkan 1 cawan gula kastor,2 biji telur,1 susu ovalette dan
pukul sehingga gebu dan kembang.

2)Masukkan susu cair,santan ,jus pandan dan pewarna hijau dan
gaul sehingga sebati.

3)Kemudian tapiskan tepung gandum ke dalam adunan tadi dan gaul
sebati menggunakan spatula.Guna kaedah kaup balik.

4)Letakkan kelapa parut ,1 sudu besar tepung gandum dan garam
dan gaul sehingga sebati.

5)Oleskan minyak di sekeliling acuan.Masukkan kelapa parut
secukupnya ke dalam acuan kemudian masukkan adunan hijau dan
kukuskan selama 15 minit.Siap dan boleh dihidangkan.

23

KERIA

Bahan-bahan:

1)500g ubi keledek
2)1/2 cawan tepung gandum
3)1 sudu besar tepung beras
Bahan sira:
1)1/2 cawan gula kastor
2)1/2cawan air
3)2helai daun pandan
4)tepung gandum

Cara-cara:

1)Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul
sebati.Masukkan secubit adunan dan dibulat-bulatkan.

2)Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan
gorengkannya.Bila dah bertukar warna keperangan,dibalik
balikkan.Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.Sedia untuk
disira.

3)Masakkan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula
pekat dan berbuih buih.Kemudian masukkan daun pandan
yang telah diikat.Masukkan kuih keria yang telah disejukkan
dan kacau rata.

4)Apabila air gula bersalut rata dengan kuih keria,taburkan
sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah
cair.Terus kacau rata sehingga kerak gula melekat.Tutup api
dan boleh dihidangkan.

24

RESEPI
NYONYA
DESSERTS

25

ONDE-ONDE

Bahan-bahan air pandan:

1)5-6 helai daun pandan

2)1 ½ cawan air

BAHAN-BAHAN LAIN:

1)Cawan tepung pulut.
2)2 sudu besar tepung beras
3)1/4 sudu kecil pewarna hijau
4)gula melaka secukupnya.
5)air rebusan secukupnya.
6) ½ biji kelapa parut.
7)Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1)Potong dan kisar daun pandan dan kisar sehingga
halus.tapiskan.

2)Masukkan 1 cawan tepung pulut dan 2 sudu tepung beras.

3)Tuang air pati pandan sikit demi sedikit dan pewarna hijau.

4)Potong gula melaka menjadi dadu

5)Kukuskan kelapa parut yang dicampurkan secubit garamuntuk
tahan lebih lama.

6) Bulatkan doh dan letakkan isi gula melaka dalam doh dan
bulatkan mengikut saiz yang dimahukan.

7)Panaskan air dan masak buah melaka sehingga ianya
timbul.boleh angkat dan gaulkan buah melaka dengan kelapa parut
sehingga sebati.

26

KUIH ANGKOR

Bahan-bahan:

1)2cawan tepung pulut
2)1/2cawan tepung gandum
3)1/2 sudu teh gula halus
(optional)
4)secubit garam
5)pewarna merah
6)200ml air sejuk
7)minyak masak
8)pes kacang merah

Cara-cara:

1)masukkan tepung pulut ,tepung gandum ,gula halus dan secubit
garam ke dalam mangkuk.

2)letakkan pewarna merah dan air sejuk dan gaul rata

3)sapukan minyak pada acuan dan masukkan inti kacang merah
yang telah dibulatkan ke dalam doh dan tekapkan menggunakan
acuan.

4)letakkan doh yang telah ditekap di atas daun
pisang yang telah disapukan minyak.

5)kukuskan doh selama 10-15 minit sehingga
masak sepenuhnya.siap dan boleh dihidangkan.

27

TANG YUAN

Bahan-bahan:
1)1cawan tepung pulut
2)1/2 air panas
3)Pewarna merah dan hijau

Bahan-bahan untuk kuah:
1)4cawan air
2)2helai daun pandan
3)½ cawan gula kastor
Cara-cara:
1)Satukan tepung pulut bersama air panas dan uli sehingga
menjadi doh.
2)Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan.Kalau taknak
warna pon boleh.
3)Ambil sedikit doh dan gentel menjadi bulat.
4)Rebus bebola di dalam air mendidih.Ia masak apabila sudah
timbul di permukaan air.Toskan dan rendam di dalam air sejuk dulu
supaya tidak melekat.
5)Satukan kesemua bahan-bahan dan masak hingga gula larut dan
sejukkan seketika.
6)Masukkan bebola pulut ke dalam sirap manis.Hidangkan sejuk-
sejuk.Boleh letak ais jika suka.

28

KUIH BOM

Bahan-bahan:
1)2cawan tepung pulut
2)1/2 cawan tepung gandum
3)2 sudu makan gula kastor
4) Inti kacang merah
5)bijan putih

Cara-cara:

1)Masukkan tepung pulut,tepung gandum,gula dan air sikit demi
sedikit air dan gaul sehingga menjadi doh.

2)Ambil sedikit doh dan leperkan di bahagian tengah untuk
dimasukkan inti kacang merah dan gentelkan bersama bijan putih.

3)Panaskan minyak.Pastikan minyak betul-betul panas barulah
boleh masukkan kuih bom ke dalam kuali dan gorengkan sehingga
menjadi kuning keemasan.Pastikan diterbalikkan sehingga masak
sebati dan boleh dihidangkan.

29

RESEPI
INDIAN
DESSERT

30

KESARI

Bahan-Bahan:
1)2cawan tepung suji
2)kismis
3)kacang gajus
4)Secubit Garam
5)1 ½ Gula kastor
6)Pewarna makanan oren
7)Minyak sapi
8)4 cawan air

Cara-cara:

1)Panaskan kuali dan panaskan minyak sapi dan sangai kacang
gajus dan sangai kismis sehingga menjadi warna gold
brown.Ketepikan.

2)Masukkan 4 cawan air .Masukkan tepung sugi dan secubit garam
ke dalam air yang telah mendidih dan gaul sehingga sebati.

3)Campurkan pewarna oren (optional) dan gaul rata.

5)Masukkan 2 sudu minyak sapi dan gaul lagi sehingga sebati.

6)Masukkan semua jenis kacang gajus dan kismis ke dalam kuali
dan gaul rata.Akhirnya masukan 1 sudu lagi minyak sapi dan gaul
sehingga sebati.

7)Sapukan minyak sapi ke dalam loyang dan tuangkan kesari
kemudian ratakan.Potong bentuk diamond dan siap boleh
dihidangkan.Boleh hiaskan dengan kacang gajus dan kismis untuk
nampak lebih menarik.

31

LADDO

Bahan-bahan:

1)3sudu besar kacang
gajus. Dan potong kecil.

2)1sudu besar kismis
dipotong kecil

3)2biji buah pelage
ditumbuk halus

4)1/4 tsp soda bikarbonat

5)2cawan tepung kacang
kuda

6)1cawan air

7)pewarna hijau,kuning
dan merah

8)1 ¾ cawan gula kastor

9)¾ cawan air

10)Sedikit minyak sapi

Cara-cara:

1)Masukkan 2 cawan tepung sugi ,2cawan tepung kacang kuda
dan 1 cawan air yang dimasukkan sikit demi sikit .Gaul sehingga
betul-betul sebati.

2)Masukkan 1/4tsp soda bikarbonat dan gaul sebati.

3)Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan sedikit pewarna
makanan merah ke dalam mangkuk A,pewarna kuning ke dalam
mangkuk B dan pewarna hijau dalam magkuk C.Gaulkan sehingga
sebati.Ketepikan.

4)Kemudian masukkan 1 ¾ cawan gula kastor dan ¾ cawan air dan
kacau sehingga larut di atas api yang sederhana.Apabila air gula
kelihatan seperti likat boleh tutupkan api.
Sambungan…

32

5)Panaskan minyak dan tuangkan adunan menggunakan senduk
yang berbentuk bulat kecil dan masak selama 30 saat .Kemudian
tapiskan minyak lalu gaulkan ke dalam gula sirap sehingga
sebati.Masak kesemua adunan sehingga habis.
6)Campurkan kesemua boondi ke dalam gula sirap sehingga betul-
betul sebati.Lenyekkan dan sapukan sedikit minyak gee ke atas
tangan dan bentukkan boondi menjadi bulat.Siap dan boleh
dihidangkan.

33

KHEER

Bahan-bahan:

1)1Sudu Ghee
2)2 sudu almond
3)1 cawan susu segar
4)2 sudu makan
beras
5)2 susu gula kastor
6)garam secukup
rasa

Cara-cara:
1)sangaikan dua sudu almond bersama dua sudu ghee
menggunakan api yang perlahan.
2)masukkan 1 cawan susu segar kemudian masukkan 2 sudu
makan beras ke dalam kuali.Masukkan juga 2 sudu gula
kastor dan gaul sebati.
3)masak selama 15 minit dan letakkan garam secukup rasa.
4)Taburkan almond yang telah disangai ke dalam kheer
apabila kheer sudah masak.Kemudian boleh
dihidangkan.Boleh juga taburkan baki almond sebagai
perhiasan.

34

PENUTUP
Saya merafak kesyukuran kerana telah dapat menyiapkan buku
resepi ini dengan lancarnya.Saya telah mengetahui dan dapat
mempelajari bahan-bahan yang perlu ada di setiap hidangan dan
cara-cara untuk membuat hidangan dengan cara yang betul.Saya
juga dapat menyenaraikan jenis-jenis bahan dan fungsi bahan
dengan lebih mendalam,Justeru saya juga dapat melabelkan jenis-
jenis peralatan yang ada di kitchen dengan betul.
Saya berharap agar buku resepi ini dapat memberikan manfaat
kepada orang lain supaya lebih bersemangat untuk membuat
pelbagai jenis kuih di dalam kehidupan seharian.Akhir kata,saya
juga dapat mempelajari pelbagai jenis hidangan seperti makanan
Melayu,Baba Nyonya dan India.Ianya juga secara tidak langsung
dapat mengembangkan lagi tradisi makanan antara semua kaum.
Sekian terima kasih.

35

RUJUKAN
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=12376
63
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Santan
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sagu
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kelapa_parut
https://en.wikipedia.org/wiki/Palm_sugar

36

37


Click to View FlipBook Version