KERTAS KERJA PERSEDIAAN PASUKAN PANCARAGAM SMKP METHODIST, KUANTAN KE PERTANDINGAN MALAYSIA WORLD BAND COMPETITION (MWBC) 2023
Pendahuluan 2 Pasukan Pancaragam SMK(P) Methodist Kuantan adalah johan pertandingan pancaragam peringkat negeri Pahang dari tahun 1997 sehingga 2022 serta telah mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan pada tahun-tahun tersebut. Pasukan ini juga telah menunjukkan peningkatan dalam mutu persembahannya dari tahun ke tahun sehingga telah dipilih untuk menyertai World Music Contest (WMC), Championship Level, di Kerkrade, Netherlands dan memenangi ‘Silver Medal with Honour’ dalam kategori Marching Show Open Style dan Marching Parade Competition yang disertainya pada tahun 2005. Untuk ke pertandingan tersebut, Almarhum KDYMM Sultan Pahang telah menggantikan sebahagian alat muzik lama dengan peralatan muzik baru bernilai RM 200,000 dan Public Bank Bhd telah menyumbang RM400,000 untuk sebahagian daripada pembiayaan perjalanan ke destinasi dan pertandingan. Dengan prestasi yang cemerlang, pasukan ini telah dianugerahkan anugerah berprestij Public Bank Gold Award dan sebuah bangunan pancaragam berharga RM100,000.00 dari Public Bank Bhd. Manakala kelengkapan bangunan serta persekitarannya, termasuk naik taraf padang sekolah dan pagar batu berjumlah RM199,000.00 oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pasukan ini semakin mantap pada tahun 2008 dan merangkul Anugerah Emas serta Naib Johan Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan. Ia juga telah terpilih sebagai salah satu pasukan terbaik untuk mewakili Malaysia di arena antarabangsa dalam Kuala Lumpur WORLD Marching Band Competition (KLWMBC) serta berjaya memperoleh ‘Gold Award’ . Berdasarkan kecemerlangan, penglibatan dan pencapaian serta pengurusan pasukan yang cemerlang, pasukan ini telah di anugerahkan Johan Badan Beruniform Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009. Pada akhir tahun 2009 pula, pasukan ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia di peringkat Antarabangsa dalam Malaysia World Band Competition dan berjaya mendapat naib johan kategori Nasional dan tempat ke-3 kategori terbuka bagi acara World Marching Show Competition, Persembahan Keseluruhan terbaik dan Johan bagi acara Street Parade pusingan awal dan akhir. Pasukan ini juga telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewakili negara dalam International World Music Festival de Magdalena, di Castellon de La Plana, Sepanyol dan memenangi anugerah Best Appearance Award .
3 Pengurusan yang cekap, komitmen dan kesungguhan ahli pasukan dalam menjalani latihan serta motivasi yang selalu disuntik oleh barisan pentadbiran sekolah, ibubapa, guru-guru dan alumni yang terlibat, banyak menyumbang kepada kejayaan pasukan ini. Walaubagaimanapun tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sesi latihan intensif pra-pertandingan dengan bimbingan jurulatih professional, penyelenggaraan peralatan muzik yang perlu di ‘servis’ dan diperbaiki untuk persediaan pertandingan dan pakaian seragam lusuh yang perlu diganti. Bagi mengembalikan dan seterusnya meningkatkan momentum pasukan ini agar kembali mantap, pada tahun ini pasukan ini telah menerima jemputan dari Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan untuk mewakili Pahang dan Malaysia ke Pertandingan Pancaragam peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Malaysia World Band Competition (MWBC) di Alor Setar Kedah. Kertas kerja ini disediakan bagi memperolehi pembiayaan sebagai persediaan pasukan Pancaragam SMKP Methodist Kuantan ke Pertandingan Pancaragam MWBC peringkat Kebangsaan dan antarabangsa di Kedah Darul Aman. Diharapkan dengan bantuan yang diberi dapat menyuntik semangat kepada ahli pasukan ini untuk menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan tersebut.
Matlamat Persediaan dan penyelanggaraan untuk Pertandingan Malaysia World Band Competition di Alor Setar, Kedah. Presentation title 4
Objektif 5 Pembiayaan untuk : ❑Jurulatih khas pasukan untuk ‘polish up’ , ‘fine tune’ & ‘upgrade’ persembahan sedia ada bagi seksyen: • -‘brass’ • - ‘percussion’ • - ‘colour guards’ ❑Pembiayaan makanan dan minuman ahli pasukan semasa latihan dan sesi latihan intensif pra-pertandingan / ‘band camp’. ❑Pembiayaan perubatan semasa latihan dan pertandingan. ❑Penggantian (peralatan usang) atau‘repair and maintenance’ peralatan. ❑Penggantian (pakaian using) atau ‘repair and maintenance’ pakaian seragam
Pelaksanaan TARIKH AKTIVITI 10 – 12 Disember 2023 Latihan dan persediaan untuk pertandingan 13 Disember 2023 Perjalanan pergi 14 – 16 Disember 2023 Pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 17 Disember 2023 Perjalanan pulang Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.
Jawatankuasa Projek BIL JAWATAN PENGURUSAN / GURU TUGAS 1. PENGETUA PN JOSEPHINE HEZRIN BT AZHAR ‘PRINCIPAL’ 2. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PN NOORISHAH BT ZAIDON ‘DIRECTOR / HEAD TRAINER, QC’ 3 GURU PENASIHAT / PENGURUS PASUKAN PN VANITHA A/P MARIAPPAN ‘COORDINATION, ENROLMENT,ATTENDANCE, TRAINING SCHEDULE, LETTERS 1’ 4. GURU PENASIHAT / PENOLONG PENGURUS PASUKAN PN MASTURA BT MAT HASSAN ‘ SECRETARY, MOTIVATION, DOCUMENTATION, PR 1, CERTIFICATES’ 5. GURU PENASIHAT / BENDAHARI CIK IDA MALINA BT MD ENZAI ‘TREASURER, FUND RASING 1’ 6. GURU PENASIHAT / PEGAWAI PERHUBUNGAN EN ARIS BIN TAMMIJI ‘PR 2, .TRIPS, TRAINING 2, FIELD, PROPS’ 7. GURU PENASIHAT / PAKAIAN SERAGAM PN NIK AMIRAH BT NIK ADNAN ‘UNIFORM, ACCESSORIES, UNIFORM STOCKS,REPAIR & MAINTENANCE’ 8. GURU PENASIHAT / PERTOLONGAN CEMAS PN SHAHRIZAL BT SIDEK ‘FIRST AID, BAND HOUSE’ 9.. GURU PENASIHAT / KAUNSELOR PN NUR HIDAYAH BT SALLEH ‘ ASSISTANT SEC ,COUNSELLOR, WELFARE, SPONSORSHIP / FUNDRAISING 2’ 10. GURU PENASIHAT / MUZIK PN NOORUL AZREEN BT KAMARUDDIN ‘,TRAINING 1, NOTICEBOARD, INSTRUMENTS STOCKS,REPAIR & MAINTENANCE’
Sasaran ❑70 orang ahli Pancaragam bertanding ❑10 orang ahli simpanan dan pembantu (‘crews’) ❑10 orang guru-guru pembimbing / pengiring / pembantu. Presentation title 8
Keperluan PERSEDIAAN PERTANDINGAN, LATIHAN DAN PENYELENGGARAAN BIL PERALATAN BILANGAN KEPERLUAN 1 PERCUSSION - Tonal Base Drum 20” – 26” 04 ‘drum skin’ dan ‘mallets -Snare Drum (baru dan lama) 04 ‘drum skin dan ‘mallets -Cymbal 04 ’ strap’ dan penggilap -Marching bell & Xylophone 02 ’mallets’ dan penggilap 2 Flute dan piccolo - : 04 ‘pad’, ‘key oil’ dan penggilap 3 Trumpet 09 ‘valve oil’ dan penggilap) 4 Mellophone 04 ‘valve oil’ dan penggilap) 4 Clarinet 05 ‘reeds’, ‘pad’, ‘key oil’, ‘cork grease’ dan penggilap 5 Trombone 06 ‘slide oil’, ‘slide cream’ dan penggilap 6 Alto Saxophone : 03 ‘reeds’,‘pad’, ‘key oil’, cork grease’ dan penggilap 7 Tenor Saxophone 03 ‘reeds’,‘pad’, ‘key oil’, cork grease’ dan penggilap 8 Tuba 04 valve oil’ dan penggilap) 9 Euphonium 04 ‘valve oil’ dan penggilap 10 Tongkat Drum Majar [ Mace] 2 String / StrapOne spare 11 Bendera Colourguards 12 x 5set =60 kain parachutebendera 12 Pakaian Colourguards 12 14 Satu set 13 Pakaian seragam 70 set Satu set 14 Props persembahan 5 lagu Special Effects
Anggaran Perbelanjaan : UTAMA BIL PERKARA KUANTITI RM JUMLAH (RM) Penyelenggaraan (‘Repair and maintenance’) peralatan muzik. [rujuk : 7.4] RM 4,500.00 70 200.00 RM14000.00 2 Penyelenggaraan (‘‘Repair and maintenance)’ pakaian seragam. [rujuk: 7.4] 70 100.00 RM 7000.00 3 Skor lagu tambahan 02 500.00 RM 1000.00 4 Carta Formasi : 05 200.00 RM 1000.00 5 Pembiayaan juru latih ‘khas persediaan akhir / ‘fine tune’ / ‘polish up’ : 3 jurulatih x 3 jam x 30 hari 100.00 (sejam) RM 27 000.00 6 Penginapan jurulatih 30 hari 200.00 RM 6000.00 8 Vitamin dan ubat-ubatan ( ‘First Aid’ ) 30 hari 50.00 RM 1500.00 9 Makanan dan minuman semasa latihan 30 hari X 90 ahli,pembantu dan guru 10.00 RM27 000.00 10 Pengangkutan / Bas ke lokasi 3 bas x 5 hari 2 000 RM30 000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 114 500 . 00
Anggaran Perbelanjaan : SEKUNDER BIL PERKARA KUANTITI RM JUMLAH (RM) 1 Pakaian Seragam Ahli Pancaragam i -overcoat 90 set 400.00 36 000.00 ii -bibbers/inner overall 90 set 250.00 22 500.00 iii -gauntlet 90 pasang 50.00 4 500.00 iv -shakos 90 set 150.00 13 500.00 v -Shakos Emblem 90 set 100.00 9 000.00 vi -plum 90 set 80.00 7 200.00 vii -kasut 90 150.00 13 500.00 RM 106 200.00 2 Bendera Colourguards 16 ahli x 3 corak 400.00 RM 19 200.00 3 Peralatan muzik [Lama, buruk dan rosak teruk / tidak ekonomi untuk diperbaiki / perlu diganti] i -Base Drum / Tonal 4 10 000.00 40 000.00 ii -Quad Tom 1 15 000.00 15.000.00 iii -Snare drum [High tension] 2 6 000.00 12 000.00 iv -Trumpet 4 3 000.00 12 000.00 v -Clarinet 6 4 000.00 24 000.00 vi -Tenor Saxophone 5 3 500.00 17 000.00 vii -Alto Saxophone 5 3 000.00 15 000.00 viii -Flute 4 2 000.00 8 000.00 ix -Picollo 2 2 000.00 4 000.00 x -Trombone 3 4 500.00 13 500.00 xi -Melophone 3 10 000.00 30 000.00 xii -Tuba 3 15 000.00 45 000.00 xiii -Euphoneum 3 12 000.00 36 000.00 RM271 500.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 396 900.00
Sumber Kewangan ❑ KERAJAAN NEGERI PAHANG ❑ PERSATUAN IBU BAPA & GURU2 SMKP METHODIST, KUANTAN. [KHUSUS : IBUBAPA PANCARAGAM] ❑ PENDERMA PERSENDIRIAN Presentation title 12
Penutup 13 Kejayaan pasukan SMKP Methodist Kuantan dalam pertandingan Malaysia World Band Competition kelak bergantung kepada keprihatinan pihak-pihak yang mengambil berat tentang remaja aktif yang berminat dalam bidang seni muzik serta badan beruniform untuk menyalurkan minat mereka yang berkumpul dalam pasukan ini. Semoga maklumat dari kertas kerja ini dapat menarik perhatian pihak-pihak bertanggungjawab serta golongan yang prihatin dan bermurah hati untuk menawarkan diri sebagai penderma dan penaja , tampil untuk membantu pasukan pancaragam ini membuat persediaan dan berjaya mempamerkan persembahan yang terbaik dengan pencapaian yang membanggakan di dalam pertandingan yang akan disertai ini.