SENI TARIAN
T R A D
I S I O N A L
DI MALAYSIA
KUMPULAN 10
SENARAI AHLI
KUMPULAN 10
MUHAMMAD ARIF NAIM TANG RUI CONG
NO MATRIK: 291435 NO MATRIK: 293132
ADLINA SYAFIKHA BINTI JASNI TOH KUN FENG
NO MATRIK: 292073
WAN DANIA SHAHIRA
NO MATRIK: 292337 NO MATRIK: 291798
SENARAI AHLI
KUMPULAN 10
NUR ALEYSHA
MUHAMMAD AFIF
NO MATRIK: 292548 NO MATRIK: 294910
WAN ERLIANA SOFFIA DARSHINI CHANDRAN
SOFFIA
NO MATRIK: 295070
NURSHALINDA BIBI
NO MATRIK: 294007 NO MATRIK: 292813
PENGHARGAAN
TERLEBIH DAHULU, KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA
TUHAN KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KAMI DAPA
MENYELESAIKAN MALAJAH INI DENGAN SEMPURNA DALAM MASA YANG
DITETAPKAN .
KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA
ENCIK MOHAMAD ISMANDI BIN WASLI SELAKU PENSYARAH SUBJEK
KENEGARAAN YANG BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR DAN BIMBINGAN
SERTA BERKONGSI MAKLUMAT YANG SECUKUP BAGI MEMBANTU KITA
MENYELESAIKAN MAJALAH YANG LENGKAP.
SELAIN ITU, KAMI JUGA INGIN MENGUCAPAKA RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA AHL-AHLI KUMPULAN KAMI ATAS KERIASAMA DAN KOMITMEN
YANG TELAH DIBERIKAN SEPANJANG WAKTU KAMI MENYIAPKAN
MAJALAH INI.
AKHIRNYA, KAMI JUGA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN KAMI KEPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK,
KEDAH ATAS KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN BAGI KAMI UNTUK
SEPERTI KEMUDAHAN PUSAT SUMBER BAGI MENDAPATKAN BUKU
RUJUKAN YANG BERKAITAN DENGAN TUGASAN YANG DIBERIKAN INI.
— — — — — —IISSIIKKAANNDDUUNN GGAANN -
SENARAI AHLI KUMPULAN 1-2
PENGHARGAAN 3
ISI KANDUNGAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 5
PENGENALAN TARIAN 6
DI MALAYSIA
TARIAN CINA 7-12
TARIAN MELAYU 13-20
KESIMPULAN 21-22
RUJUKAN 23-24
TARIAN group 10
PENGENALAN TARIAN
DI MALAYSIA
By wan erliana soffia
Malaysia merupakan negara yang
mempunyai berbilang bangsa yang
dapat hidup dengan harmoni. Antara
tiga kaum utama yang terdapat di
Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Cina merupakan kaum
kedua terbanyak di Malaysia selepas
kaum Melayu justeru terdapat
pelbagai budaya unik oleh kaum cina
dan melayu. Antaranya ialah tarian
singa dan ulik mayang. Tarian
didefinisikan sebagai gerakan anggota
badan yang mengikut rentak muzik.
apa itu tarian ulEk mayang
dan tarian singa?
Tarian ulek mayang merupakan tarian yang berasal dari
Terengganu dan dikaitkan dengan alam mistik. Ada yang
berpendapat bahawa tarian ulik mayang ini merupakan
mentera bagi menghalau roh laut yang jahat.
Tarian singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional
masyarakat cina. Dimana penari akan menari mengikut
pergerakan singa dengan memakai kostum singa.
LATAR BELAKANG TARIAN CINA
Salah satu tamadun tertua dan paling canggih, dengan sejarah menjangkau lebih 5000
tahun, mungkin ditemui dalam budaya Cina. China ialah sebuah negara besar dengan
beberapa wilayah, pekan dan bandar yang berbeza, masing-masing dengan tradisi dan adat
resamnya yang unik. Malah di kawasan berbahasa Cina di luar Tanah Besar China, frasa
"budaya Cina" digunakan secara meluas untuk merujuk kepada asas budaya.
Budaya dan kesenian Cina telah
berkembang tanpa sempadan,
terutamanya apabila ia melibatkan
pertukaran seni persembahan sekali-
sekala dengan negara kita.
Masyarakat Cina kaya dengan
pelbagai seni dan budaya tradisional,
yang menjelaskan mengapa ini
berlaku. Tambahan pula, kekayaan
warisan seni dan budaya masyarakat
Cina adalah sesuatu yang
membanggakan kedua-dua rakyat
Malaysia dan orang dari negara lain.
Dengan ini, terdapat beberapa jenis tarian rakyat Cina di
negara kita. Jika ada program yang setanding, pada
pandangan saya, tarian singa dan tarian naga selalunya
mendapat permintaan yang tinggi, terutamanya pada waktu-
waktu yang menggembirakan seperti Tahun Baru Cina.
Tarian singa juga akan dijemput oleh pemilik kedai tertentu
untuk membuat persembahan sempena majlis perasmian
kedai baharu itu.
Kaum cina di Malaysia juga telah mempopularkan tarian-
tarian rakyat seperti tarian kipas, tarian sapu tangan, tarian
tanglung, tarian teratai dan tarian riben. Secara ringkasnya,
Malaysia merupakan sebuah negara unik yang mempunyai
pelbagai kaum dan budaya. Dengan itu, semua kaum dan
etnik di negara kita mempunyai tanggungjawab untuk
mengangkat budaya kita supaya tarian-tarian tradisional
tersebut dapat dipopularkan.
TARIAN SINGA
DAN TARIAN
KIPAS
Salah satu tarian yang terdapat dalam
budaya masyarakat Cina ialah tarian
singa. Tarian ini memperlihatkan dua
penari yang menggunakan kostum singa
dan meniru gerak-geri singa.
Seorang penari akan mengawal
bahagian hadapan singa iatu kepala
singa manakala seorang lagi akan
mengawal bahagian belakang singa
tersebut.
Tarian ini diiringi bunyi dari gendang
yang dipalu dengan kuat.
Tarian yang dilakukan melambangkan
keuntungan kepada masyarakat Cina.
Tarian singa dilakukan di atas pentas
yang disediakan.
Terdapat juga dentuman mercun, bunyi
dram dan gong semasa tarian singa
dilakukan.
Tarian kipas yang dilakukan oleh
masyarakat Cina amat dikenali dalam
kalangan semua masyarakat di Malaysia.
Tarian kipas oleh masyarakat Cina
menunjukkan bahawa dewa-dewi
menggunakan kipas sebagai alat
keperluan pada zaman dahulu.
Masyarakat Cina mempercayai bahawa
angin merupakan "fung shui" iaitu
kepercayaan masyarakat tersebut
tentang petanda baik dan buruk dalam
hidup mereka.
Tarian kipas dilakukan oleh masyarakat
Cina bagi menyebarkan aura yang positif
kepada masyarakat.
Penari wanita akan meragakan pakaian
tradisional mereka bersama kipas yang
begitu menarik perhatian penonton.
Penari akan menari dengan lemah-
gemalai dan mengikut rentak lagu yang
didendangkan.
Tarian ini amatlah memukau penonton
kerana tarian yang mernarik serta
pakaian yang cantik.
PAKAIAN TARIAN
KIPAS
Pakaian penari Tarian Kipas Cina Pakaian yang biasanya dipakai oleh
ialah pakaian tradisional yang penari adalah "HANFU". Istilah
dipakai oleh kaum Cina. Antaranya "HanFu" diambil daripada Kaum Han
ialah Cheongsam, Samfu, Hanfu kerana kaum Han merupakan kaum
dan pakaian tradisional Cina yang
lain. Selain itu, penari-penari juga pertama yang memakai pakaian
memakai baju kebaya, rambut tersebut. Kemudian, "Yifu" yang
memberi maksud baju dalam
bersanggul dan berdandan dengan Bahasa Cina. Lengan baju yang
suntingan bunga yang disanggul. berkembang serta kolar yang selesa
Kadangkala penari akan memakai amat sesuai untuk Tarian Kipas.
selendang panjang yang disemat
pada bahu mereka.
TARIAN KIPAS
ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM TARIAN KIPAS
Peralatan yang digunakan
dalam Tarian Kipas ialah
Kipas. Kipas yang digunakan
adalah berwarna terang dan
mempunyai corak yang unik.
Terdapat banyak jenis kipas
yang digunakan dalam tarian
ini. Antaranya ialah, kipas
yang berkain panjang,
berbulu-bulu, ada juga yang
diperbuat daripada buluh dan
juga kertas.
Tarian Melayu
LATAR BELAKANG TARIAN
MELAYU
Kaum melayu ditafsirkan sebagai penduduk asal tanah melayu.
Kaum melayu di Malaysia mempunyai jumlah majoriti tertinggi
kemudian diikuti dengan kaum India, Cina, Sabah dan Sarawak.
Mengikut statistik jumlah penduduk bumiputera di Malaysia
pada tahun 2022 adalah sebanyak 69.9%. Masyarakat kaum
melayu mempunyai kebudayaan mereka yang unik serta
mengamalkan budaya dan adat resam mereka yang tersendiri.
Hal ini dapat dilihat dari segi seni tarian masyarakat kaum
melayu yang berbagai dan unik. Tarian melayu telah wujud
sejak zaman kesultanan melayu melaka di mana tarian
merupakan hiburan dan acara yang dilakukan di istana - istana
pada zaman dahulu.
LATAR BELAKANG TARIAN
MELAYU
Terdapat berbagai jenis tarian
melayu tradisional dan ianya boleh
dikelaskan kepada dua kategori
iaitu Tarian Istana dan Tarian
Rakyat. Sejarah telah membuktikan
bahawa terdapat tarian yang
dipersembahkan di istana sebagai
hiburan iaitu Tarian Inang. Tarian
istana yang lain antaranya ialah
tarian asyik, tarian inai dan tarian
mak yong. Tarian istana telah
menjadi satu milik yang mutlak
kepada institusi beraja pada zaman
dahulu. Hal ini kerana fungsi tarian
menjadi satu bentuk hiburan
kepada golongan diraja.
Terdapat juga tarian yang dicipta
dan dibangunkan oleh sekolompak
rakyat dan diamalkan selama
beberapa keturunan. Kaum melayu
telah mengamalkan beberapa
tarian rakyat yang popular
antaranya ialah tarian ulik mayang,
tarian wau bulan, tarian dabus dan
tarian gunungan, tarian
zapin.Tarian tradisional melayu
memperlihatkan pergerakan yang
lemah lembut dan muncul
bersama-sama dengan kegiatan
ritual keaganaan dan magis. Ciri ini
penting untuk membezakan di
antara tarian melayu tradisional
dengan tarian melayu moden.
cerita_ulek_mayang
Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan nelayan yang bertolak ke laut untuk
menangkap hasil lautan. Dalam sekelip mata, mereka terkesan ribut yang
dahsyat sehingga jong (kapal layar) mereka dihantam ombak yang ganas.
Selepas menghadapi tragedi berjam-jam, kesemua nelayan cuba menyelamatkan
diri-sendiri dengan penuh kekuatan. Nasib baik, mereka berjaya balik ke jong
mereka dan terdampar di pantai selepas ribut kembali tenang.
Pada masa itu, seluruh nelayan bersyukur kepada tuhan kerana terselamat
daripada kejadian yang ngeri ini. Pada masa yang sama mereka terkesan salah
satu nelayan tidak sedarkan diri lagi, seorang demi seorang menganggap
nelayan tersebut telah meninggal dunia tapi tubuh badannya masih bersuhu
dan nadanya masih berwujud apabila diperiksa.
Oleh itu, nelayan meminta tolong bomoh untuk menyedarkan nelayan
tersebut. Selepas bacaan mantera, bomoh itu perasaan nelayan tersebut
tertarik oleh semangat laut. Hal ini disebabkan oleh seorang Puteri Bunian
yang ingin menguji golongan nelayan tetapi hanya seorang terpukau olehnya.
Bomoh tersebut percaya nelayan yang tertarik itu diperangkap di alam bunian.
Bomoh mencuba untuk membawa balik semangat nelayan Kembali ke numi nyata
tetapi dihalang oleh puteri tersebut dengan pertolongan 5 orang saudaranya.
#selamatkannelayan... more
cerita_ulek_mayang
#selamatkannelayan
Pertengkaran antara bomoh dengan 6 orang Puteri Bunian menjadi semakin
garang sehingga tanah bumi bergoyang dan laut bergolak. Apabila
pertarungan tersebut semakin garang, tibalah Puteri sulung. Kelihatan Puteri
sulung bijaksana dan lebih kuat jadi bomoh meminta tolong kepadanya agar
mengembalikan roh nelayan tersebut. Puteri sulung memerintah untuk berhenti
pertarungan ini dengan berkata ; “aku tahu asal-usulmu”, “Biarkan yang laut
pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Nelayan sedar selepas semangatnya dipulangkan. Bomoh dengan golongan
nelayan berasa syukur dan terhutang budi kepada Puteri Sulung yang telah
menyelamatkan situasi tersebut. Mereka menyediakan nasi berwarna sebagai
tanda berterima kasih kepada Puteri sulung dan ini juga sebagai penunjukkan
hormat dan penghargaan budi oleh dunia nyata kepada dunia bunian.
Selepas kejadian itu, upacara Ulek Mayang dipersembahkan pada waktu musin
puja pantai kepada penunggu laut agar nelayan yang bertolak ke laut tidak
diganggu dan semangat dipuja dapat diapikasikan untuk merawat pesakit.
Wujud kampung yang kuat memperkembangkan kesenian ini, antara kampung
yang terkenal dalam perkembangan inii Kampung Pasir Panjang, Kuala
Terengganu.
Ulek Mayang
Tarian Tradisinal Melayu
Mayang Pinang
Kemenyan
Gamelan
ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM TARIAN ULEK MAYANG
Ulek Mayang atau dikenali sebagai Ugam Mayang bagi Gong
sesetengah masyarakat ini merupakan sebuah tarian Rebana
tradisional Melayu yang dipercayai berasal dari
Kepulauan Jawa. Oleh hal yang demikian, kebanyakan
alatan yang digunakan dalam tarian ini merupakan
alatan tradisional Melayu yang juga digunakan dalam
kebanyakan persembahan tarian tradisional Kepulauan
Jawa yang lain. Antara alatan yang digunakan untuk
menjayakan persembahan ini ialah mayang pinang,
kemenyan, gamelan, gong dan juga rebana.
Diawal persembahan mayang pinang akan diasap
dengan kemenyan seterusnya dilumur dengan minyak
kelapa kemudian disusuli dengan bacaan doa. Kemudian
lagu Ulek Mayang akan didendangkan bersama-sama
perarakan masuk para penari wanita.
ULEK MAYANG
PAKAIAN
Pakaian penari Ulek Mayang berbeza-beza mengikut watak
yang dimainkan oleh mereka. Enam penari wanita yang
mewakili enam puteri akan berbaju songket sutera berlengan
panjang, berselendang di pinggang, bersanggul, bersubang dan
berkain songket panjang di bahagian bawah badan serta
mengenakan beberapa aksesori lain manakala penari yang
memainkan watak Tuan Puteri Mayang Sari Mayang Mengurai
iaitu puteri ketujuh juga akan mengenakan aksesori yang sama
seperti enam penari yang lainnya tetapi dia akan berbaju
songket sutera berlengan pendek dengan warna yang berbeza
daripada warna yang diperagakan oleh enam puteri yang lain.
Biasanya dia akan memakai baju berwarna
kuning. Para penari lelaki yang memegang
watak nelayan pula akan memakai Baju Melayu
dan turut memakai kain pelekat yang diikat
pada pinggang dan kepala. Selalunya pakaian
penari lelaki adalah berbeza-beza dari segi warna
dan corak.
LIRIK LAGU
ULEK MAYANG
Umbok mayang diumbok, Puteri tujuh berbaju serong,
Umbok dengan jala jemala, Puteri tujuh bersanggul sendeng,
Ulek mayang diulek, Puteri tujuh bersubang gading,
Ulek dengan puterinya dua. Puteri tujuh berselendang kuning.
Puteri dua berbaju serong, Umbok mayang diumbok,
Puteri dua bersanggul sendeng, Umbok dengan jala jemala,
Puteri dua bersubang gading, Nok ulek mayang diulek,
Puteri dua berselendang kuning. Ulek dengan tuannya puteri.
Umbok mayang diumbok, Umbok…
Umbok dengan jala jemala, Mayang diumbok…
Nok ulek mayang diulek, Umbok dengan jala jemala..
Ulek dengan puterinya empat. Ulek …
Mayang diulek…..
Puteri empat berbaju serong, Ulek dengan puteri…jelita..
Puteri empat bersanggul sendeng,
Puteri empat bersubang gading,
Puteri empat berselendang kuning.
Umbok mayang diumbok,
Umbok dengan jala jemala,
Nok ulek mayang diulek,
Ulek dengan puterinya enam.
Puteri enam berbaju serong,
Puteri enam bersanggul sendeng,
Puteri enam bersubang gading,
Puteri enam berselendang kuning.
Umbok mayang diumbok,
Umbok dengan jala jemala,
Nok ulek mayang diulek,
Ulek dengan puterinya tujuh.
KESIMPULAN
Kita anak Malaysia
BY ARIF NAIM
Deduksinya, terdapat pelbagai jenis tarian di
serata dunia dimana ia menonjolkan kesenian
dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa.
Oleh itu, tarian perlulah dijaga keseniannya
agar generasi akan datang dapat mengenali
dan mempelajari tarian secara mendalam dan
tarian tradisional pula tidak akan dilupakan
oleh masyarakat akan datang. Tarian juga
mencerminkan budaya dan identiti sesebuah
masyarakat yang berbilang kaum.
KESIMPULAN
Pada era modenisasi sikap manusia yang
mengagungkan budaya barat menyebabkan
tarian tradisional semakin ditelan zaman.
Generasi muda sekarang tidak lagi pandai
untuk menarikan tarian tradisional seperti
mana mereka menarikan tarian moden.
Kesannya, tarian tradisional kian ditelan
zaman dan kurang mendapat perhatian. Cuba
kita lihat pada masa kini sukar untuk kita
melihat tarian tradisional ditarikan kecuali
dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis
perkahwinan dan majlis-majlis kebudayaan.
Sudah menjadi tanggungjawab generasi muda
untuk memperkembangkan tarian tradisional
dimata dunia supaya ianya dikenali ramai.
Tidak semua tarian baik untuk masyarakat
khususnya masyarakat melayu, contohnya
tarian poco-poco yang dikatakan haram untuk
ditarikan namun sebaliknya jika untuk
senaman. Oleh itu, diharap tarian tradisional
ini akan terus ditarikan oleh generasi muda
tanpa malu supaya tidak ditelan zaman serta
dapat memartabatkan nama negara kita
dipersada dunia.
RUJUKAN
Jon. (2019, June 24). Asal Usul Ulek Mayang. MEREMANG.
https://www.meremang.my/mistik/asal-usul-ulek-mayang/
Warisan Nenek Moyang “ULEK MAYANG.” (n.d.). Warisan Nenek
Moyang “ULEK MAYANG.”
https://budayatradisional1012.weebly.com/index.html
Misteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang - SENTIASA PANAS. (n.d.).
Www.sentiasapanas.com. Retrieved December 18, 2022, from
http://www.sentiasapanas.com/2018/01/misteri-asal-usul-tarian-
ulik-mayang.html#axzz7lhv7a8xW
Ulek Mayang. (2002, November 1). In Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ulek_mayang
Ira Rushdan. (2013, May 24). Tarian Tradisional Melayu.
https://www.slideshare.net/nazraira/tarian-tradisional-melayu
Mr.sundram. (2018, November 23). TARIAN – TARIAN TRADISIONAL
DI MALAYSIA. Unique of Malaysia.
https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tarian-
tradisional-di-malaysia/
Kadir Yusoff, W. A. (1985, January 1). KEDUDUKAN TARIAN MELAYU
TRADISI DALAM PROSES PERUBAHAN BUDAYA SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA [Review of KEDUDUKAN TARIAN MELAYU TRADISI
DALAM PROSES PERUBAHAN BUDAYA SEBELUM PERANG DUNIA
KEDUA]. https://www.ukm.my/jatma/wp-
content/uploads/makalah/SARI/SARI-1985-0301-02.pdf.pdf
RUJUKAN
ADLAN, M. A. (2020, August 16). 7 puteri bunian Ulek Mayang.
Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2020/08/16/7-puteri-
bunian-ulek-mayang/
Syafiqah, L. (2011, April 24). warisan disemai, budaya dikekalkan:
Tarian Kaum Cina. Warisan Disemai, Budaya Dikekalkan.
http://lisasyafiqah.blogspot.com/2011/04/tarian-kaum-cina.html
Malaysiaku. (2015, November 16). Tarian di Malaysia: TARIAN KAUM
DI MALAYSIA. Tarian Di Malaysia.
http://tariandimalaysiac5.blogspot.com/2015/12/tarian.html?m=1
SIA