BAHAN PENGAJARAN BERTULIS
TA-011-2:2012
PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
TA-011-2:2012-C01
PENGHASILAN PAKAIAN KONTEMPORARI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TEL: +60388842000
JULAI 2017
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TA-011-2:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L2
TA-011-2:2012-C01 CONTEMPORARY WEAR MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY CONTEMPORARY WEAR MAKING
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
CONTEMPORARY WEAR MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR
CONTEMPORARY WEAR MAKING
4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
CONTEMPORARY WEAR MAKING
5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR
CONTEMPORARY WEAR MAKING
6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR
CONTEMPORARY WEAR MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR
CONTEMPORARY WEAR MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 14
TAJUK / TITLE:
PENGHASILAN PAKAIAN KONTEMPORARI
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang
pengenalan, jenis dan rekaan pakaian kontemporari. Murid juga akan mengetahui
tentang jenis bentuk badan, prosedur untuk menghasilkan pakaian kontemporari dan
fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kontemporari.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
PENERANGAN / INFORMATION : 50
Pakaian kontemporari merupakan pakaian tradisional yang telah dikombinasi dengan
konsep moden termasuk corak yang unik dan menarik. Pelbagai jenis pakaian
kontemporari yang direka dengan pelbagai fabrik, corak dan warna yang menarik yang
menjadi pilihan ramai pada masa kini. Perincian yang indah dengan rekaan yang unggul
menampilkan gaya kontemporari dan eksklusif. Keindahan rekaan ini membuatkan ramai
penggemar fesyen tertarik dengan konsep kontemporari ini dan menyaksikan perubahan
citarasa kaum wanita dalam dunia fesyen semakin berkembang. Pakaian kontemporari ini
biasanya dipakai untuk menghadiri majlis formal atau menjadi pakaian harian ke tempat
kerja. Antara pakaian kontemporari yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:
Kebaya JENIS PAKAIAN Melanau
Moden KONTEMPORARI Moden
Jubah Choli
Sari
Moden
Cheongsam
Moden
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
50
1. JENIS PAKAIAN KONTEMPORARI
Antara empat jenis pakaian kontemporari yang terdapat di Malaysia ialah:
i. PAKAIAN KONTEMPORARI MELAYU
a) Kurung Moden
Baju kurung moden telah mengalami perubahan kerana mengikut trend fesyen
semasa. Potongan badannya mengikut keselesaan si pemakai dan tidak selonggar
baju kurung tradisional. Manakala labuhnya pula adalah mengikut kesesuaian
pemakainya. Leher dan lengan baju telah dipelbagaikan rekaannya. Perubahan
yang ketara sekali ialah cara pemakaian kain sarungnya. Bagi memudahkan
pergerakan si pemakai, kain sarung telah dipelbagaikan potongan seperti sarung
berbelah di tepi, hadapan, belakang serta mempunyai penghilangan gelembung
yang lain seperti lisu terbalik atau lisu beriring di bahagian hadapan.
Rajah 1: Variasi Kurung Moden
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
50
Antara ciri-ciri Kurung Moden adalah seperti berikut:
Labuh baju Dipadankan Lisu
mengikut dengan kain pemadan
keselesaan si cekung
pemakai sarung
pelbagai Belah
Lengan dan potongan berlapik
leher
CIRI-CIRI
pelbagai KURUNG
rekaan MODEN
Zip di
bahagian
belakang
atau di rusuk
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
50
b) Kebaya Moden
Pada tahun 1950an, Baju Kebaya Moden telah diubahsuai tanpa kekek dan
mengikut bentuk badan pemakai. Labuh baju dipendekkan samada di atas atau di
bawah paras lutut. Bagi menghadiri acara rasmi, kebiasaannya Baju Kebaya
Moden dipadankan dengan batik sarung atau songket dan dipakaikan dengan
selendang dibahu. Oleh kerana rekaannya yang menarik dan kreatif, baju ini
menjadi pilihan wanita berkerjaya sebagai pakaian di tempat kerja.
Antara ciri-ciri Kebaya Moden adalah seperti berikut:
Belah di
bahagian
hadapan baju
Kancing yang Dipadankan
pelbagai dan bersama
berfungsi batik sarung
juga sebagai atau songket
hiasan
CIRI-CIRI
KEBAYA
MODEN
Mengikut Lengan dan
bentuk badan leher yang
pelbagai
si pemakai
rekaan
Labuh baju
mengikut
kesesuaian
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
50
Rajah 2: Variasi Kebaya Moden
c) Jubah
Jubah merupakan baju panjang yang labuhnya sehingga paras buku lali. Ia
merupakan pakaian wanita di negara Timur Tengah yang menjadi pilihan wanita di
Malaysia pada masa kini. Rekaan jubah adalah longgar, warna yang pelbagai dan
sesuai untuk pelbagai majlis dan tidak terhad kepada majlis keagamaan sahaja.
Rekaan jubah yang kontemporari dan ekskusif dengan ketelitian hiasan seperti
tenunan dan sulaman corak yang dicipta menjadikan rekaan jubah menjadi pilihan
kaum wnaita untuk menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan mahupun majlis
makan malam.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
50
Antara ciri-ciri Jubah adalah seperti berikut:
Kocek Labuh baju Longgar
tampal sehingga ke
sebagai Belah di
hiasan atau buku lali bahagian
kocek sisi hadapan
CIRI-CIRI
Lengan yang JUBAH atau
pelbagai belakang
rekaan Mempunyai
lisu/ garisan
puteri
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
50
Rajah 3: Variasi Jubah
ii. PAKAIAN KONTEMPORARI CINA
a) Cheongsam Moden
Cheongsam merupakan pakaian yang mula dipakai oleh wanita cina pada
zaman Dinasti Qing (1644-1012) Cheongsam juga dikenali sebagai gipao`. Ia
dipakai pada upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina.
Pakaian ini adalah pakaian sendat yang mempunyai kolar Mandarin berlengan cap
atau panjang berbelah pada kelim (slit) berkancing di bahagian badan kanan.
Labuh Cheongsam juga boleh dibuat pada pelbagai paras. Cheongsam boleh
dipakai sebagai pakaian kasual atau formal. Namun pada masa kini ciri-ciri
cheongsam tradisional telah diubahsuai menjadi lebih moden dengan mengekalkan
perincian asal Cheongsam.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
Antara ciri-ciri Cheongsam Moden adalah seperti berikut: 50
Lengan Kolar Lisu pemadan
selarai Mandarin cekung
pendek
CIRI-CIRI Mengikut
Labuh baju CHEONGSAM bentuk badan
mengikut
kesesuaian si MODEN
pemakai
Belah berzip
di sisi rusuk
atau di
bahagian
belakang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
50
Rajah 4: Variasi Cheongsam Moden
iii. PAKAIAN KONTEMPORARI INDIA
a) Choli Sari Moden
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia adalah
pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada
badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Sehelai
kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna
serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan
dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak - diletakkan pada bahu kiri.
Choli dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian
sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan
rekaan, sari adalah sangat istimewa. Rekaan Blaus Choli pada masa kini telah
digabungkan dengan konsep moden dan terdapat pelbagai rekaan mengikut
citarasa si pemakai dan juga masih mengekalkan ciri asal Choli Sari Tradisional.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
Antara ciri-ciri Chori Sari Moden adalah seperti berikut: 50
Garis leher
yang pelbagai
Kelepet di Mempunyai
bahagian lengan atau
bawah baju
tidak
berlengan
CIRI-CIRI
CHOLI SARI
MODEN
Mempunyai Mempunyai
garis puteri tali rulo
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
50
Rajah 5: Variasi Chori Sari Moden
iv. PAKAIAN KONTEMPORARI ETNIK LAIN
a) Melanau Moden
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang
mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada
pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalinan manik dan
labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan
kekayaan bagi pemakainya. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam
dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang besar, diserikan
dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. Selain itu, wanita Malanau juga
menggayakan baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju Baban ini
merupakan baju kurung pendek berwarna hitam dipadankan dengan kain songket
dengan potongan lengan yang mempunyai belah dari paras siku sehingga ke
hujung lengan. Ia dipadankan bersama kain songket. Di bahagian dada terdapat
dua helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
50
Antara ciri-ciri baju Melanau Moden adalah seperti berikut:
Garis leher
yang
pelbagai
bentuk
Belah berzip Belah pada
di skirt lengan
CIRI-CIRI
MELANAU
MODEN
Belah Slit Mempunyai
berlapik tali pinggang
(bengkung)
Dipadankan
dengan skirt
potongan A
Rajah 5: Variasi Melanau Moden
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
2. REKAAN PAKAIAN KONTEMPORARI 50
i) JENIS KOCEK
Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di
dalamnya daripada terjatuh.
Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu
Bibir
ii) JENIS LENGAN
Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.
Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
JENIS-JENIS LENGAN: 50
A. Lengan kimono asas
B. Lengan Padanan
Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
iii) JENIS GARIS LEHER DAN KOLAR 50
Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan
rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.
Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
Bentuk V Bentuk U Belah Slit
Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat
Bentuk Hati (manikam)
Jenis Garis Leher
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
50
Kolar Rata
Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan
pakaian.
Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton
Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher
pakaian.
Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru
Kolar Gulung
Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan
bergulung serta boleh dilipat balik.
Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever
Jenis Kolar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
3. JENIS BENTUK BADAN 50
Bil. Bentuk Badan Keterangan
1. Berlian (diamond) Mempunyai bidang bahu kecil
Dada yang kecil
2. Jam pasir (hourglass) Bahagian tengah badan berbentuk oval
Pinggang tidak kelihatan berlekuk
3. Epal Lengan dan kaki kelihatan kurus
Bukaan bidang bahu sama dengan peha
Dada yang sederhana
Pinggang yang ramping
Punggung yang besar
Bahu yang besar
Saiz dada yang besar
Bentuk badan memenuhi di bahagian tengah tubuh
badan
Punggung yang kelihatan leper dari sisi tetapi
mempunyai bentuk dari belakang (flattish)
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
4. Segi empat tepat 50
5. Pear
6. Segi Tiga Terbalik Saiz bahu dan pinggul yang sama
7. Segi Tiga Dada yang kecil atau leper
Pinggang yang tidak kelihatan ramping
Punggung yang leper
Saiz bahu lebih kecil dari saiz pinggul
Dada yang kecil
Pinggang yang ramping
Punggung dan peha yang besar
Garisan bahu yang lurus dan persegi
Perbezaan saiz yang tidak ketara antara pinggang
dengan pinggul
Saiz punggung adalah lebih kecil daripada saiz bahu
Mempunyai punggung yang leper
Mempunyai bahu yang kecil
Saiz dada yang kecil
Pinggang yang tidak ramping
Bahagian atas badan lebih kecil daripada bahagian
bawah
Punggung yang besar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
50
2. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN KONTEMPORARI
Untuk menghasilkan sepasang pakaian kontemporari yang lengkap, murid hendaklah
mengikut urutan kerja penghasilan pakaian kontemporari seperti yang berikut:
1. Membuat lakaran
2. Mengambil ukuran badan
3. Mendraf pola
4. Menggunting fabrik
5. Menjahit pakaian
kontemporari
6. Membuat kemasan
7. Acu pakai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
3. JENIS FABRIK 50
Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian kontemporari boleh diklasifikasikan kepada
dua jenis gentian iaitu:
GENTIAN ASLI
Gentian Gentian Haiwan
Tumbuhan
Kapas (Cotton) Linen Sutera Benang Sayat
NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI
Kapas (Cotton) Teguh dalam keadaan basah atau
kering.
GENTIAN ASLI
Penyerap lembapan yang baik.
Tahan tindakan asid lemah dan
alkali.
Merupakan pengalir haba yang
baik.
Tahan cahaya matahari.
Licin, sejuk dan selesa dipakai.
Mudah renyuk.
Tahan pada suhu yang tinggi.
Mudah bertahi lalat jika tidak
dikeringkan dengan sempurna.
Mudah mengecut jika tidak diberi
kemasan yang sempurna.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of
Linen 50
Sutera Tahan lasak dan lebih teguh
daripada kapas.
Merupakan pengalir haba yang
baik.
Tahan pada cahaya matahari.
Tahan tindakan asid lemah dan
alkali.
Penyerap lembapan yang baik.
Tahan pada suhu tinggi.
Mudah renyuk dan berbulu.
Sejuk dan selesa apabila dipakai
dalam cuaca panas.
Mudah bertahi lalat apabila tidak
dikeringkan dengan sempurna.
Mempunyai permukaan yang
berkilat.
Teguh ketika kering, kukuh semasa
basah.
Penyerap lembapan yang baik.
Amat sensitif dengan suhu tinggi.
Merupakan pengalir haba yang
baik.
Tidak tahan pada cahaya matahari.
Mudah renyuk.
Mudah rosak oleh alkali atau asid.
Benang Sayat Teguh apabila kering
Tidak kenyal dan mudah renyuk
Rosak pada suhu tinggi
Gentian menjadi keras dan kering
jika terlalu lama pada sinaran
cahaya matahari
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of
50
Rosak pada alkali dan asid pekat
Penebat yang baik
Tidak mudah terbakar
Mudah diserang gegat
GENTIAN
BUATAN
Selulosa Sintetik
Terjana
Semula
Viskos Asetat Poliester Poliamida Akrilik
NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI
GENTIAN BUATAN Viskos Fabrik sejuk dan selesa dipakai
Asetat Mudah dirosakkan oleh gegat
Haba yang tinggi akan
menukarkan warna
Lemah jika terlalu lama terdedah
pada cahaya matahari
Pengalir haba sederhana baik
Tidak mudah renyuk
Menyerap lembapan sederhana
Mengalami elektrostatik
Tidak mudah dirosakkan oleh
gegat
Lemah apabila basah
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of
Poliester 50
Poliamida
Akrilik Memerlukan suhu sederhana untuk
diseterika
Pengalir haba yang sederhana
Lemah pada asid dan alkali pekat
Penebat haba yang baik
Mudah mengalami elektrostatik
Tidak muah renyuk
Tahan serangan gegat
Tidak bertahi lalat
Sensitif pada haba
Tahan pada sinaran cahaya
matahari
Fabrik elektrostatik
Tidak bertahi lalat
Kekenyalan tinggi
Haba rendah untuk diseterika
tahan pada asid dan alkali
Penebat haba yang baik
Keselesaan sederhana
Tidak renyuk
Penebat haba yang baik
Tahan pada cahaya matahari
Lemah pada alkali
Tahan pada asid
Kurang keteguhan apabila basah
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of
50
4. ASPEK KESELAMATAN
Pakai kasut yang sesuai
semasa berada di dalam
bengkel.
Ikat rambut dengan kemas
supaya tidak mengganggu
penglihatan semasa bekerja.
Jangan letakkan jarum di bibir
semasa melakukan kerja.
Jangan mengacukan alat
jahitan yang tajam seperti
gunting kepada rakan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of
50
Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf
mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola
yang telah didraf.
4. ALATAN MENGUKUR
Pita Ukur
Buku Pembaris
Catatan Lengkung
ALATAN
MENGUKUR
Pen/ Pensel
Pembaris
Sesiku
Pembaris
Lurus
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of
50
Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Pita Ukur Panjang pita ukur 150cm
Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L
memeri atau mengecut
3. Pembaris Lengkung Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
4. Pembaris Lurus mempunyai logam
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
5. Pen atau pensel Digunakan untuk mengukur bahagian badan
6. Buku Catatan / Borang Mempunyai sudut 90˚
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Ukuran Badan Pelanggan Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
Untuk merekod ukuran badan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of
5. MENGAMBIL UKURAN BADAN 50
Memakai pakaian yang Tidak mengikat pita Ikatkan pita atau tali di
ringkas atau nipis ukur terlalu ketat keliling pinggang untuk
untuk mengelakkan
ukuran tidak tepat menanda garisan
pinggang
v. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN
Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
Berdiri tegak semasa mengambil ukuran
badan
Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran
Pakai kasut yang sesuai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of
50
vi. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR
MASALAH CARA MENGATASI
1. Pelanggan memakai pakaian Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar. yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
jelas atau terang. rosak.
3. Pelanggan bergerak atau Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
tunduk semasa ukuran labuh proses mengambil ukuran badan
baju atau labuh lengan dijalankan.
dilakukan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang Pastikan ukuran badan dicatat dengan
telah diambil. betul.
vii. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN
i. Bahu
Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tengkuk
ii. Keliling leher
Ukur kelilling pangkal leher
Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of
50
iii. Keliling dada
Ukur keliling dada dengan melalukan pita
ukur di bahagian mercu dada
Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian
belakang selari dengan lantai.
iv. Keliling pinggang
Ukur keliling pinggang dengan melalukan
pita ukur di bahagian paling ramping.
Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran
v. Keliling pinggul
Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian
yang penuh
Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.
vi. Labuh tengah
belakang
ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras
pinggang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of
vii. Jarak pinggang ke pinggul 50
Ukur dari paras pinggang ke paras punggung
Biasanya antara 20 – 22 cm
viii. Labuh baju
Ukur dari tengkuk melalui garis tengah
belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki
ix. Mercu ke mercu
Ukur dari bahagian dada yang paling tinggi
di sebelah kanan ke bahagian dada yang
paling tinggi di sebelah kiri
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of
x. Bahu ke mercu 50
Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada
yang paling tinggi
xi. Labuh lengan
Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke
pergelangan tangan dan ukur mengikut
labuh / panjang yang dikehendaki
xii. Keliling hujung
lengan
Ukur keliling pergelangan tangan
xiii. Labuh skirt / slek
Ukur dari pinggang hingga ke paras labuh
yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of
viii. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN 50
BORANG TEMPAHAN PELANGGAN
Nama Pelanggan: __________________________ No. Resit: ________
No. Tel.: _________________________________ Tarikh: __________
UKURAN LAKARAN PAKAIAN
BIL BAHAGIAN UKURAN
(cm)
1 Leher
2 Bahu
3 Labuh Lengan
4 Keliling Hujung
Lengan
5 Keliling Pangkal
Lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
9 Keliling
pinggang
10 Keliling pinggul
11 Labuh tengah
belakang
12 Labuh baju
13 Labuh
sarong/skirt/slek
14 Bidang
hadapan
15 Bidang
belakang
16 Jarak pinggang
ke pinggul
17 Keliling hujung
kaki
18 Keliling lutut
19 Keliling peha
20 Kelengkang
21 Labuh duduk
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of
6. ALATAN MENDRAF 50
Kertas Perang
Notcher Pita Ukur
ALATAN
MENDRAF
Pembaris Pembaris
Sesiku Lurus
French Curves Pembaris
Lengkung
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of
50
Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Kertas perang Digunakan untuk mendraf pola pakaian
Panjang pita ukur 150cm
Pita Ukur Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L memeri atau mengecut
Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
3. Pembaris Lengkung
4. Pembaris Lurus mempunyai logam
5. Notcher Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
6. French Curves Digunakan untuk mengukur ukuran badan
Mempunyai sudut 90˚
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat
90˚ pada pola
Panjangnya 60cm
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
Digunakan untuk membuat garisan tegak yang
panjang
Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
Diperbuat daripada kayu atau plastik
Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of
MENDRAF POLA PAKAIAN KONTEMPORARI 50
i) Peraturan mendraf pola
Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.
Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.
Gunakan ukuran yang telah dicatat.
Kertas mendraf bersih dan rata.
Pensel mendraf tajam dan mencukupi.
Draf pola dengan tenang.
Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 37 Drp / Of
50
ii) Tanda-tanda pola
Nama Simbol Keterangan
Ira lurus
Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.
Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada
Tanda imbang lipatan fabrik.
Tanda ini memberi panduan
apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.
Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada
garis ini apabila kerja mencantum dilakukan.
Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.
Basi kelim basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan
Lisu pemadan garis pemadan yang berjarak 15mm hingga
20mm.
Kedudukan lisu pemadan
GTH G Garis Tengah
GTB T Hadapan
H
G Garis Tengah
T Belakang
B
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 38 Drp / Of
7. ALATAN MENANDA 50
Kertas
Karbon
Tukang Jahit
Pensel Roda Surih
tukang jahit
ALATAN
MENANDA
Jarum Peniti Kapur
Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 39 Drp / Of
50
11. MENGGUNTING FABRIK
Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.
i) Peraturan menyusun atur pola :
a) Ratakan pola yang berkedut.
b) Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
c) Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
e) Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
f) Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
kecil.
g) Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala
i) Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim
ii) Peralatan Menggunting
Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 40 Drp / Of
iii) Teknik Menggunting Fabrik 50
Semasa menggunting fabrik,
a) Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata
b) Gunakan gunting fabrik yang tajam
c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola
d) Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus
e) Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting
bahagian kecil dan melengkung.
f) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa
menggunting fabrik.
g) Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
h) Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda
imbang.
i) Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
j) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 41 Drp / Of
iv) Teknik Menanda Fabrik 50
Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah
dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.
Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik
a) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit
tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.
Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untuk
mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.
Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda
garis lurus.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 42 Drp / Of
b) Kapur Tukang Jahit 50
teknik menanda yang cepat
Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola
dipindahkan dengan tepat dan jelas.
c) Jelujur tanda dan jelujur
Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh
sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.
menggunakan dua lembar benang.
mengambil masa yang lama.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 43 Drp / Of
12. MENJAHIT PAKAIAN 50
Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah
menjahit pakaian.
a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:
1. Penghilangan gelembung
Contoh
Penghilangan
Gelembung
Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking
2. Kelim
Contoh
Kelim
Kelim Belah Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan
Kangkung Mesin
3. Belah
Contoh
Belah
Belah Kelepet Belah Berzip Belah Lapik Belah Slit Belah Berkun
Sama Lebar Kain Selari Berlapik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 44 Drp / Of
50
4. Kocek
Contoh
Kocek
Kocek Tampal Kocek Kocek Berkun Kocek Sisi
Tersembunyi
5. Penyudah tepi
Contoh
Penyudah
Tepi
Kelepet Kun Lapik Kasing Penjuru Penyudah
Renda
Kelepet Kelepet
Lurus Melengkung
6. Kancing
Contoh
Kancing
Butang & Lubang Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
Butang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 45 Drp / Of
iv) Peralatan Menjahit 50
Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)
Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung
Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 46 Drp / Of
50
Penetas jahitan Kapur tukang jahit
Snipper Tweezer
Jarum peniti Pita ukur
Benang Gunting fabrik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 47 Drp / Of
50
v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik
vi) Kemasan tepi
Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting
hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya
tidak berjerumbai.
vii) Teknik Menekan
Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila
menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan
profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit
dan memberi bentuk yang elok pada pakaian.
a) Peralatan Menekan
Seterika wap Seterika Elektrik
Bod Menekan Bod Lengan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C01/P(1/1) Muka Surat / Page : 48 Drp / Of
50
b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:
Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
Uji kepanasan seterika sebelum menekan
Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.
13. ACU PAKAIAN KONTEMPORARI
13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengacu pakaian kontemporari pada badan dengan teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
Kedudukan terletak dengan elok pada badan