The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Konvensyen Kokurikulum ILKKM Peringkat Zon D 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MONA BINTI SELI (ILKKMJOHORBAHRU), 2023-09-25 23:51:38

KONVENSYEN KOKURIKULUM ILKKM ZON D

Buku Program Konvensyen Kokurikulum ILKKM Peringkat Zon D 2023

Keywords: ILKKM Zon D

kokurikulum kokurikulum Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Zon D Peringkat Zon D 29 September - 01 Oktober 2023 29 September - 01 Oktober 2023 2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA I L K K M K U A L A P I L A H I L K K M J O H O R B A H R U I L K K M S E R E M B A N I L K K M K U A L A P I L A H I L K K M J O H O R B A H R U I L K K M S E R E M B A N ILKKM Kuala Pilah


Salam Sejahtera Dan Salam Malaysia MADANI, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Konvensyen Kokurikulum Peringkat Zon D dapat dilaksanakan kali ini setelah dua tahun menyepi akibat Wabak COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Namun begitu, ianya kembali diadakan pada tahun 2023 apabila wabak tersebut telah diumumkan sebagai Endemik pada April 2022. Sekalung Penghargaan dan Tahniah di ucapkan buat seluruh jawatankuasa konvensyen ini yang telah bertungkus lumus, berkerja keras untuk menjayakannya. Konvensyen Kokurikulum merupakan antara medium terbaik dalam melahirkan para pelatih yang cergas fizikal dan mental. Latihan yang berterusan dapat membentuk, mengasah dan memantapkan teknik serta disiplin para pelatih. Secara tidak langsung membawa maksud bahawa kejayaan hanya dapat dicapai menerusi usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tiada kejayaan yang mudah dapat dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Aktiviti seumpama ini juga mampu memupuk perpaduan , semangat bekerjasama dan bertoleransi dalam menjayakan konvensyen ini. Kepada para peserta yang mengambil bahagian dan berjaya meraih pingat sekalung tahniah di ucapkan. Kepada yang tidak berjaya, janganlah berputus ada, usaha lagi di tahun akan datang. Insya Allah, potensi dan penglibatan pelatih-pelatih ILKKM dalam bidang kokurikulum akan membantu mencipta kecemerlangan dalam semua lapangan yang disertai. Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar pelatih-pelatih ini sentiasa cerdas dan cergas. Maka akan lahirlah pelatih-pelatih ILKKM minda kelas pertama yang sentiasa kita harapkan. Dengan adanya kerjasama diantara ILKKM Johor Bahru dan ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan) , saya berharap agar Zon D akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar warga ILKKM dan pelatih-pelatih dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang. Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat yang kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa pelatih-pelatih, Ayuh buktikan bahawa keluarga Zon D Hebat! Sekian. Terima kasih. ROSLITA BINTI HJ. UJANG Pengarah ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan), Negeri Sembilan “MELANGKAH BERSAMA-SAMA KEHADAPAN”


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Konvensyen Kokurikulum Peringkat Zon D di atas komitmen dan sokongan padu yang diberikan dalam melaksanakan konvensyen ini demi merealisasikan kecemerlangan fizikal, menjana kekuatan minda dan kecemerlangan spiritual semua pelatih ILKKM. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang telah layak dan terpilih untuk mewakili ILKKM Johor Bahru. Kegigihan, disiplin dan pengorbanan masa serta tenaga untuk berlatih yang dilakukan tanpa mengabaikan kepentingan akademik akan menyerlahkan jati diri pelatih. Justeru pelatih diharapkan boleh menjadi atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili zon untuk ke peringkat kebangsaan. Konvensyen ini merupakan medan terbaik untuk para pengajar memacu semangat pelatih, bagi mencipta momentum yang dapat menjana kekuatan dalaman pelatih dan seterusnya menjadi juara. Akhir kata, saya mengharapkan pelatih-pelatih yang bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum dan seimbang dengan keperluan akademik akan meningkatkan potensi diri dan akan membantu pelatih mencipta kejayaan demi membentuk generasi masa depan yang cemerlang. Semoga berjaya dan bertanding dengan penuh semangat di konvensyen kali ini. Sekian. Terima kasih. JAMALIAH BINTI SALLEH Pengarah ILKKM Johor Bahru, Johor Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,


Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita berkumpul dalam majlis Konvensyen Kurikulum Peringkat Zon D. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana berjaya melaksanakan Konvensyen Kokurikulum ILKKM Peringkat Zon D. Konvensyen Kokurikulum seperti ini diadakan untuk membina semangat kesukanan pelatih ILKKM. Ianya merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan insan yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal,otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seseorang menjadi cergas, patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk jiwa yang berhemah tinggi, bertanggungjawab,berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan yang jitu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Puan Noor Aini binti Ahmad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Jamaliah binti Salleh, Pengarah ILKKM Johor Bahru, Johor dan Puan Roslita binti Ujang, Pengarah ILKKM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Besar harapan saya agar program yang dianjurkan ini dapat melahirkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkualiti dan berketrampilan tinggi.Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. MAT SHATER BIN AWANG Pengarah ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan), Negeri Sembilan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani,


Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan oleh ILKKM merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah dan menjadi pelengkap kepada kitaran pendidikan yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang merupakan wadah bagi pembinaan jasmani, emosi dan rohani. Di samping itu penglibatan pelatih dalam aktiviti tersebut akan dapat menerapkan beberapa elemen penting seperti disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti, inovasi dan kecintaan terhadap alam semula jadi. lanya juga secara tidak langsung dapat memupuk kepada pembentukan semangat kewarganegaraan, kesetiaan kepada bangsa dan negara serta integrasi nasional yang akan membantu pelatih menentukan hala tuju kehidupan kerjaya mereka dan masa depan Negara.


Melahirkan pelatih yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga sihat dan minat dalam bersukan di samping seimbang dari segi fizikal, jasmani, emosi dan spiritual serta mampu menghadapi cabaran dalam masa akan datang. Mencipta peluang dan ruang melalui aktiviti kokurikulum supaya setiap pelatih dapat melibatkan diri dalam meningkatkan ketrampilan, sahsiah dan kemahiran insaniah yang terpuji. Menyemai semangat kekitaan di antara pelatih-pelatih ILKKM dalam memupuk semangat Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan sejajar dengan penerapan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Memanifestasikan saranan kerajaan ke arah amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan bersukan. Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dikalangan pelatih supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh serta saling bekerjasama Sebagai institut kecemerlangan pendidikan bidang kesihatan bertaraf antarabangsa. Melahirkan modal insan ber-IL-mu, ber-K-emahiran, Kompetitif dan berakhlak Mulia melalui pemerkasaan pembelajaran ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berintegriti. Membangunkan kecerdasan intelektual menguasai ilmu. Membangunkan potensi individu secara holistik. Melahirkan paramedik yang seimbang dan harmoni dari aspek spiritual, intelektual, emosional, sosial dan fizikal. Memupuk nilai-nilai pembelajaran sepanjang hayat dan evidence based practice.


7.30 AM Ketibaan Pelatih di Dewan Nightingale 8.00 AM Ketibaan Tetamu Kehormat dan Dif Jemputan Perarakan Masuk Tetamu Kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Kami Sedia Membantu Bacaan Doa Bacaan Ikrar Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola Majlis oleh Ucapan Perasmian oleh Gimik Persembahan Gymball Puan Roslita binti Ujang Pengarah ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) Puan Jamaliah binti Salleh Pengarah ILKKM Johor Bahru Pelatih Fisioterapi ILKKM Johor Bahru 8.15 AM Minum Pagi Pergerakan ke Lokasi Pertandingan Pertandingan Sukan : 9.00 AM 12.30 PM Makan Tengah Hari & Rehat 3.00 PM Pertandingan Aerodance di Dewan Nigthtingale 5.00 PM Bersurai Bola Tampar Bola Jaring Sepak Takraw Futsal Ping pong Badminton 6.00 PM Makan Malam Perlawanan E-Sports (Mobile Legends & PUBG) 2.00 - 6.00 PM 29 SEPTEMBER 2023, JUMAAT 2.00 PM Pendaftaran Penginapan Pelatih di Asrama 4.00 PM Welcoming Drink 4.30 PM Raptai Penuh 5.00 PM Taklimat Pertandingan 6.00 PM Makan Malam & Bersurai 23 SEPTEMBER 2023, SABTU 30 SEPTEMBER 2023, SABTU AturcaraProgram


7.30 AM Ketibaan Pelatih di Dewan Nightingale 01 OKTOBER 2023, AHAD 8.00 AM Ketibaan Tetamu Kehormat dan Dif Jemputan Pantomim Nyanyian Solo 8.30 AM Pertandingan Kebudayaan 10.00 AM Rehat & Minum Pagi 12.15 PM Sesi Bergambar 10.30 AM Penyampaian Hadiah, Cenderahati & Sijil Penyerahan Bendera Zon D dan Pengisytiharan Penutupan Konvensyen Kokurikulum Zon D oleh Encik Mat Shater bin Awang Pengarah ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan) 12.00 PM 12.30 PM Makan Tengah Hari dan Bersurai AturcaraProgram


selamat bertakhta Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita Lirik Lagu *ulang 2 kali Kami penyayang pada semua Bagi kami tiada beza Bertanggungjawab amalan kita Kesihatan dan maruah dijaga Secara profesional, khidmat diberi Kecemerlangan, matlamat kami Di mana pun jua, di setiap waktu* Kami sedia membantu* Bangsa yang sihat aset negara Kualiti hidup dipelihara Berpasukan berganding tangan Pertingkatkan taraf kesihatan Secara profesional, khidmat diberi Kecemerlangan, matlamat kami Di mana pun jua, di setiap waktu Kami sedia membantu


IKRAR konvensyen kokurikulum ilkkm ZON D


JAWATANKUASA I LKKM PROTOKOL, PERASMIAN DAN PERSEMBAHAN I LKKM KUALA PI LAH I LKKM JOHOR BAHRU BUKU PROGRAM I LKKM JOHOR BAHRU KAD JEMPUTAN I LKKM KUALA PI LAH PENYEDIAAN TEMPAT, HIASAN & KEBERSIHAN I LKKM KUALA PI LAH PENYELIA PESERTA I LKKM KUALA PI LAH I LKKM SEREMBAN I LKKM JOHOR BAHRU HADIAH & CENDERAHATI I LKKM SEREMBAN PERALATAN I LKKM KUALA PI LAH KESELAMATAN I LKKM KUALA PI LAH SIARAYA & FOTOGRAFI I LKKM KUALA PI LAH I LKKM JOHOR BAHRU PENGACARA MAJLIS I LKKM KUALA PI LAH PENDAFTARAN PESERTA I LKKM KUALA PI LAH PERSEDIAAN SAJIAN I LKKM KUALA PI LAH PENGINAPAN I LKKM KUALA PI LAH PENGANGKUTAN I LKKM KUALA PI LAH I LKKM SEREMBAN I LKKM JOHOR BAHRU


Penghargaan Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan ter ima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Konvensyen Kokur ikulum ILKKM Per ingkat Zon D 2023 di atas komitmen dan ker jasama yang diber ikan dalam menjayakan program ini.


Click to View FlipBook Version