E-BULETIN
Bilangan 3
Julai - September 2022
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Diterbitkan oleh
Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Kata Pengantar Penyunting e-Buletin Sri Rajang
Assalamualaikum dan Salam Rajang di hati!
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas
kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab
sebagai Ketua Editor bagi e-Buletin Sri Rajang Bilangan 3 bagi sesi Julai -
September 2022. Jutaan penghargaan yang tak terhingga juga saya
rakamkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan bahan
untuk dimuatkan ke dalam e-Buletin pada kali ini sebagai panduan dan
memori kita bersama. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada siswa pendidik PPISMP Ambilan Jun 2022 atas
kejayaan anda setelah berjaya menempuhi pelbagai rintangan untuk
menjadi salah satu warga IPGM di IPG Kampus Rajang ini. Akhir sekali,
saya selaku Ketua Editor berharap agar e-Buletin Sri Rajang akan sentiasa
memberi manfaat kepada siswa pendidik sepanjang masa. Ketua Editor,
Syufiqah binti Rashid
Salam sejahtera dan Salam Rajang di hati!
Yang pertama, saya ingin berterima kasih kerana telah diberi peluang
untuk memberi sumbangan dalam penerbitan e-Buletin Bilangan 3
Julai - September 2022 . Saya juga berasa berterima kasih kepada
semua pihak yang terlibat bagi memberi idea dan sumbangan untuk
menjayakan e-Buletin pada kali ini. Semua sumbangan yang telah
diberikan oleh semua pihak amat saya hargai. Tidak dilupakan juga,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar bagi sesi 2022/2023 atas lantikan.
Pada penghasilan e-Buletin kali ini, saya berharap agar e-Buletin ini
dapat menjadi satu kenangan di IPG Kampus Rajang.
Penolong Ketua Editor,
Sapphire Rachell Rinai Ryan
Tinta Kasih YBrs. Dr. Abang Ismail bin Abang Julhi,
Pengarah,
IPG Kampus Rajang
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Rajang Di Hati.
Alhamdulillah, ribuan penghargaan ditujukan kepada
semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam proses
penerbitan e-Buletin Sri Rajang Bilangan 3 (Julai -
September 2022).
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan
selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu iaitu
PPISMP Ambilan Jun 2022 ke IPG Kampus Rajang. Pada
tahun ini, kampus kita telah menerima seramai 47 siswa
pendidik baharu yang akan mengorak langkah sebagai
guru pelatih selama 5 tahun berada di IPG Kampus
Rajang. Diharapkan agar pelajar-pelajar baharu dapat
membiasakan diri dengan persekitaran pembelajaran di
IPG begitu juga dengan persekitaran rakan-rakan
sekelas.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Penerbitan e-Buletin Sri Rajang ini sesungguhnya dapat
dilihat sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk
budaya IPG yang sentiasa mementingkan kegiatan aktif
siswa pendidik dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
sama ada di peringkat kampus ataupun antarabangsa.
Hal ini kerana, e-Buletin Sri Rajang ini diterbitkan untuk
melakar memori indah sepanjang pelaksanaan aktiviti-
aktiviti yang disertai oleh siswa pendidik Rajang.
Dengan itu, saya berharap agar e-Buletin Sri Rajang
akan terus mendapat sambutan dalam kalangan warga
kampus agar terus relevan dalam memacu misi dan visi
IPG.
Akhir sekali, diharapkan agar semua warga Rajang
diberikan kesejahteraan untuk terus bersama-sama
merealisasikan agenda pendidikan negara.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Tinta Kasih Puan Alice Pu Ting Kosin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Rajang
Salam hormat buat semua pembaca e-Buletin Rajang Bil.
3/2022.
Bersyukur kita ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan izin-Nya e-Buletin Rajang Bil. 3/2022 dapat
diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
diucapkan kepada Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 yang telah
menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi sepanjang
proses penerbitan. Terima kasih dan penghargaan juga
kepada warga Rajang, khususnya para pelajar yang telah
terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Jun
hingga September 2022. Sesungguhnya tanpa penglibatan
dan sokongan semua pihak, amat mustahil aktiviti yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Diharapkan
aktiviti sepanjang bulan Jun hingga September 2022 yang
diabadikan dalam e-buletin kali ini menjadi kenangan
istimewa kepada kita semua
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Tanpa disedari, kita sudah melalui sembilan bulan yang
penuh cabaran pada tahun 2022. Menjengah ke bulan
Oktober kelak pastinya akan lebih banyak cabaran,
terutamanya dalam proses menyiapkan tugasan
Pentaksiran Berterusan dan seterusnya menduduki
peperiksaan akhir. Begitu juga pelajar PISMP Bahasa
Iban Jun 2020 yang akan menamatkan Praktikum Fasa 1
pada 4 November 2022. Saya menyeru agar semua
pelajar dapat merancang masa dengan teliti dan
mengimbangi aktiviti riadah mahupun sosial dengan
tanggungjawab menyiapkan tugasan serta membuat
persiapan untuk peperiksaan akhir. Dalam kesibukan
menjalani hari-hari sebagai pelajar, jangan sesekali
mengabaikan kesihatan diri baik dari aspek fizikal
mahupun emosi. Para pelajar juga dinasihatkan agar
sentiasa menjaga keselamatan diri dan imej keguruan
terutamanya apabila berada di luar kampus.
Salam Rajang Harum Mewangi
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Tinta Kasih Flavin Noel anak Francis
Yang Dipertua Pelajar
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2022/2023
Salam sejahtera, salam Rajang Harum Mewangi saya
ucapkan kepada semua warga IPG Kampus Rajang.
Kembali lagi kita kali ini bersama e-Buletin IPG Kampus
Rajang Edisi ke – 3. Seperti mana yang kita tahu,
belakangan ini banyak aktiviti yang menarik dianjurkan
oleh pihak kampus untuk memeriahkan suasana kampus
sekaligus sebagai usaha dalam membantu untuk
membentuk kemenjadian pelajar secara holistik
terutamanya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan juga sosial (JERIS), sesuai seperti mana tuntutan
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin individu dibentuk secara seimbang dari
pelbagai aspek terutamanya dari lima aspek yang telah
dinyatakan sebentar tadi.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Pada kali ini kami bawakan sekali lagi selayang pandang
aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan pada beberapa
bulan yang lepas yang telah memeriahkan sekaligus
menceriakan kampus kita. Pada kesempatan ini juga,
saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih dan jutaan
penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti – aktiviti
yang telah dianjurkan. Tanpa sokongan anda, pasti sukar
untuk aktiviti – aktiviti sebegini dijalankan dengan lancar
dan jayanya sepeti mana yang dapat kita lihat kerjasama
daripada semua pihak kampus yang sentiasa padu dan
hebat merupakan satu semangat yang sangat kita
banggakan dan patut diteruskan. Akhir kata, saya
berharap agar pekara baik sebegini dapat diteruskan
agar Rajang kitai mekar harum mewangi tanpa mengira
apa jua keadaan yang datang pada masa akan datang.
Sekian terima kasih.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
JULAI
"It's not what you achieve, it's what you overcome.
That's what defines your career"
-Carlton Fisk-
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Keputusan KAGUM Sukan dan
Permainan IPGK Rajang
1. Perak- Bola Baling Lelaki
2. Perak- Bola Keranjang lelaki
3. Perak - Hoki wanita
4. Perak - Bola Keranjang wanita
5. Perak - Sepak Takraw
6. Perak - Ten Pin Bowling
7. Gangsa- Bola Tampar lelaki
8. Gangsa- Bola Tampar wanita
9. Gangsa- Bola Sepak
10. Gangsa - Hoki Lelaki
Jumlah: 6 perak, 4 gangsa
Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang
mewakili IPGK Rajang!
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya
Haji/Korban ialah perayaan yang disambut oleh Umat Islam
di seluruh dunia. Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya
Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung
selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13
bulan Zulhijah setiap tahun. Selamat menyambut Hari Raya
Aidiladha diucapkan kepada semua warga Muslim IPGK
Rajang.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Tarikh 17 Julai merupakan Pesawat ini dijadualkan
tarikh keramat yang akan berlepas dari Amsterdam ke
sentiasa diingati oleh rakyat Kuala Lumpur namun telah
Malaysia. Hal ini kerana, pada terhempas berdekatan Torez
tarikh tersebutlah telah di Donetsk Oblast, Ukraine.
berlakunya tragedi yang Kejadian ini telah
sangat menyayat hati iaitu mengorbankan 283
kejadian terhempasnya penumpang dan 15 anak
pesawat Boeing 777-200ER kapal.
ataupun MH17.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Hari Kemerdekaan Sarawak ataupun Hari Sarawak ialah hari
pemerintahan sendiri yang disambut pada 22 Julai setiap
tahun oleh negeri Sarawak di Malaysia. Selamat Hari
Sarawak kepada semua warga Sarawak di IPGK Rajang!
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Pertandingan Tarian Peringkat Zon Tengah
Sempena Festival Tari Sarawak 2022
Pada 23 Julai yang lepas, IPGK Rajang telah menghantar
2 pasukan penari untuk bertanding di Pertandingan Tarian
Peringkat Zon Tengah. Pertandingan ini diadakan
sempena Festival Tari Sarawak bagi tahun 2022 dan
bertempat di Dewan SMK St. Anthony, Sarikei, Sarawak.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Sehubungan dengan itu, pasukan Nak Reis
Rajang telah dinobatkan sebagai Persembahan
Tarian Etnik Bidayuh Terbaik. Tahniah
diucapkan kepada kedua-dua pasukan IPGK
Rajang yang telah mengambil bahagian dalam
pertandingan ini!
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
OGOS
"Finding your passion is the key to your success"
-Tracy Kauffman-
Pendaftaran dan Pengurasan
Pelajar Baharu (PPPB) 2022
Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu telah
dijalankan bagi pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 sepanjang
1 Ogos 2022 - 4 Ogos 2022. Seramai 47 orang siswa
pendidik yang telah terlibat sewaktu minggu Pendaftaran
dan Pengurusan Pelajar Baharu.
Tahniah diucapkan kepada siswa pendidik baharu yang
telah berjaya ditawarkan ke IPG Kampus Rajang.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Program Ikatan Ukhuwah Siswa Pendidik
PPISMP Opsyen Bahasa Melayu Jun 2022
(IKHWAN 2022)
Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan satu program
pada 12 Ogos 2022 - 14 Ogos 2022. Program yang dijalankan
ialah Program Ikatan Ukhuwah Siswa PPISMP Opsyen
Bahasa Melayu Jun 2022 (IKHWAN 2022). Seramai 48
siswa pendidik telah terlibat dalam program ini iaitu siswa
pendidik PPISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2022.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Pelancaran Karnival Bulan Patrioktik
Tahun 2022
Pelancaran Karnival Bulan Patriotik Tahun 2022
telah diadakan pada 16 Ogos 2022. Karnival Bulan
Patriotik merupakan anjuran bersama Jabatan Hal
Ehwal Pelajar dan Jabatan Sains Sosial. Semua
warga IPG Kampus Rajang telah terlibat bagi
memeriahkan pelancaran Karnival Bulan Patriotik
Tahun 2022.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
KAGUM Olahraga MSIPGM 2022
Pada 21 - 23 Ogos 2022, kontinjen IPG Kampus
Rajang telah mewakili kampus bagi sukan olahraga.
KAGUM olahraga diadakan di Stadium USIM,
Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada
kontinjen IPG Kampus Rajang yang telah mewakili
kampus bagi sukan olahraga.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Pelancaran Karnival Bulan Patriotik
Tahun 2022
Gabungan Ahli Bahasa Melayu (GABAM) IPG
Kampus Dato Razali Ismail telah menganjurkan
Pertandingan Busana Merdeka bersama Siswa
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Rajang.
Pertandingan ini diadakan bermula 21 - 31 Ogos
2022. Pertandingan ini telah disertai oleh siswa
pendidik dari IPGKR dan IPGKDRI.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Tahniah
PEMENANG PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
You're as nerve-wracking as a ticking clock,
Awakening every nerves inside,
Not even for a second did it fail,
To circulate and pump faster at rates,
Even stage fright was never one of the lists,
As a worthwhile opponent there is.
Inquiries after inquiries.
Could that be among the sincerest of truths,
At least to those who never beat around the
bush.
For, I
One qualified troop,
Be blessed in a complete loop.
Siti Noratikah binti Merasin
PISMP TESL 2 Intake of June 2021
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
SEPTEMBER
"The only way to do great work is to love what you
do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't
settle"
-Steve Jobs-
Majlis Penutupan Karnival Bulan Patriotik &
Sukan Warga Rajang (SUWARA)
Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal
Pelajar dan Jabatan Sains Sosial
Pada 10 September yang lalu, JPP IPGK Rajang dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Sains Sosial telah
menganjurkan Sukan Warga Rajang (SUWARA) dan Majlis Penutupan
Karnival Bulan Patriotik 2022 yang telah berlangsung selama hampir
sebulan sejak 16 Ogos yang lepas. SUWARA merupakan aktiviti yang
mengandungi pelbagai aktiviti pengisian yang menyeronokkan.
Antaranya ialah, mini games, tarik tali, solekan warna-warni Malaysia
dan aktiviti kayak. SUWARA ini telah dikendalikan oleh Biro Sukan dan
Rekreasi (SUKREK) JPP IPGK Rajang.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Sekitar Majlis Penutupan Karnival Bulan Patriotik
& Sukan Warga Rajang (SUWARA)
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
World Suicide Prevention Day
Anjuran Persatuan Siswa Cakna Kasih Rajang (PERSAKA)
Pada 12 September yang lalu, Persatuan Siswa Cakna Kasih
Rajang (PERSAKA) telah meraikan World Suicide Prevention
Day yang berlangsung di sebelah Kafeteria IPG Kampus Rajang.
Dengan kesempatan ini, kami daripada Persatuan Siswa Cakna
Kasih Rajang (PERSAKA) ingin memberi sekalung apresiasi
kerana telah menyokong program ini.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Bicara Seantero Dunia
Anjuran Biro Akademik JPP IPGK Rajang
Biro Akademik JPP IPGK Rajang telah menganjurkan program
Bicara Seantero Dunia yang telah melibatkan pelajar IPTA, IPTS
serta orang awam. Program ini terdiri daripada 3 slot bersama
dengan 3 panel jemputan iaitu Hafizah Nazirah, Mirza Syahmi
dan Cikgu Sangin. Setiap panel telah membawa tajuk masing-
masing sebagai perkongsian yang bermanfaat kepada peserta.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam
talian melalui platform Zoom.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Do You, Be You
Anjuran Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) JPP IPGK Rajang
Bersempena dengan Karnival JPP Tahun 2022 ini, Biro Helwani JPP
sesi 2022/2023 menganjurkan sebuah pertandingan Do You Be You.
Pertandingan tersebut berinspirasikan konsep Fashion Show. Oleh itu,
para peserta pertandingan perlu menghasilkan busana yang
diperbuat daripada bahan-bahan terpakai mengikut kreativiti masing-
masing.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Selamat
Hari Malaysia
16 September 2022
"Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kemerdekaan inilah
yang menyatukan kita. Ingatlah bahawa toleransi adalah
kekuatan kita sebagai rakyat dan bangsa"
Tunku Abdul Rahman
Perdana Menteri Malaysia yang pertama
FUN FACT
ABOUT MALAYSIA
Malaysia has one of the oldest rainforests in the world
Danum Valley Conservation Area, Sabah
About 80km from Lahad Datu city is the Danum Valley
Conservation Area, considered as one of the world’s most complex
ecosystem and classified as Class 1 (Protection) Forest Reserve
under the Sabah Forestry Enactment 1968. The enchanted forest
serves as a natural home for the unimaginable number of plants
and wildlife species such as banteng, clouded leopard, orang utan,
slow loris, proboscis monkey including the endangered Bornean
pygmy elephant. The world’s tallest tropical tree of Yellow Meranti
tree species (Shorea faguetiana) is also found in Danum Valley,
Sabah. At a recorded height of 100.8m or 330.7ft this giant tree,
known as ‘Menara’ (Malay for Tower) is only 21.2m lower than the
iconic Tun Mustapha Tower in Kota Kinabalu.
Source: https://www.sabahtourism.com/destination/danum-valley-conservation-area/?locale=en
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Selamat
MAJU JAYA
Pasukan forum siswa Jabatan Pengajian Melayu (JPM)
yang bakal bertanding bagi Pertandingan Forum Piala
Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan ke-12.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Program Eksplorasi Bahasa 2022
Anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPGK Rajang
Program Eksplorasi Bahasa 2022 telah dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Melayu IPG Kampus Rajang dan dikendalikan sepenuhnya
oleh siswa pendidik kursus Bahasa Melayu yang melibatkan lima
buah sekolah rendah di kawasan Bintangor
Sekitar Program Eksplorasi Bahasa 2022
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Cerpen : Cikgu ialah Kawanku
Karya: Salina binti Wahap
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera puteri negara kita.
Lagu ini berkumandang di dewan pada Hari Guru ketika itu, mungkin aku
terlalu sibuk bertugas sehingga leka orang-orang. Rakan pengawasku
membuat satu teguran “Eh, rasanya itu seperti guru baru kerana baru saja aku
melihat mukanya!”. Aku juga 4 tahun sudah di sekolah itu, jadi aku ingat muka
guru-guru pendidikku. Aku melihat juga keadaan baju guru itu kelihatan lain
dari yang lain malah guru itu juga diiringi oleh pengetua sekolah. Baru aku
ingat bahawa guru kelasku memberitahu akan kehadiran guru baharu itu
kepada kami.
Kebetulan juga bahawa guru itu mengajar kelasku selang beberapa minggu.
Aku mula menjadi rapat dengannya disebabkan kami mempunyai aktiviti
kokurikulum bersama. Selain itu juga, aku merupakan pengawas yang sering
bertugas dengannya di pagar dan ketika terdapat pemeriksaan disiplin.
Bahkan juga, beliau sering meminta tolong kepadaku.
“Salina, tolong cikgu ambil buku kerja di bilik guru”
“Baik cikgu” kataku kepadanya apabila berada di koridor kelas.
Hari berganti hari, malam berganti malam. Aku dan dua orang rakanku mula
rapat dengannya kerana pada waktu petang kami berada di dalam bilik guru
kerana perlu menyelesaikan tugas. Petang itu beliau mengajak kami makan di
D’simpang.
“Kamu bertiga masih ada kerja yang banyakkah?” Sambil mukanya melihat
kami yang sedang mengira buku.
“Tidak cikgu. Lagipun kami ingin balik bersama Cikgu Fatin selepas ini.” kata
Jodie
“Jom teman cikgu makan di luar” Katanya sambil mengangkat beg galasnya.
“Baik.” kata kami serentak.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Setiba di kedai makan, kami berborak tentang persediaan menghadapi SPM
yang tidak lama lagi. Melihat muka kami yang muram, beliau membuat andaian
bahawa kami masih lagi belum bersedia. Kelihatan kelibat dua orang guru lelaki
makan di kedai tersebut membuat kami berhenti berborak.
“Baru balik dari sekolah ke?” Cikgu latif yang berbaju kemeja menanyakan
soalan kepada kami.
“Ya cikgu.” Jawabku dengan membuat muka tersenyum.
Semenjak dari itu, kami sering makan luar bersama dan beliau banyak mengajar
kami tentang subjek Sejarah. Cikgu Nisa juga sering memahami perasaan kami
sebagai murid yang mempunyai banyak tanggungjawab. Satu bulan lagi
menjelang SPM, menyebabkan aku berasa sedih kerana perlu berjauhan dengan
orang yang banyak membantu serta memberi nasihat kepadaku selama ini.
Mungkin bagi pelajar lain beliau ialah guru biasa tetapi bagiku beliau ialah guru
yang sangat memberi makna dalam hidup. Contohnya berjalan bersama, belajar
bersama, makan bersama dan sering juga bercuti dengannya.
Aku adalah murid yang pertama meminta maaf kepadanya sehari sebelum
peperiksaan kerana banyak mengusiknya.
“Cikgu saya ingin meminta maaf kerana selama ini menyusahkan cikgu, halalkan
semua yang saya pelajari ya cikgu…” kata-kataku membuatkanku mengalirkan air
mata.
“Berilmu dengan guru itu seperti kamu berilmu dengan ibu bapa.” katanya
kepadaku sambil berpelukan.
Mujurlah selepas SPM aku dan kawanku yang dua orang lagi masih bersama-
sama dengannya semasa SPM. Apabila keluar keputusan SPM secara dalam
talian aku mula memberitahu kedua ibu bapaku dan guru pertama yang aku
beritahu ialah beliau. Bukan mudah untuk rapat dengan guru yang sentiasa
menjadi ketakutan pelajar. Aku buntu arah untuk memilih bidang selepas SPM.
Aku hanya mengikut permintaan kedua ibu bapaku yang menginginkanku
menjadi seorang guru. Jadi aku memilih untuk menduduki ujian peperiksaan guru
secara dalam talian. Alhamdulillah, aku dapat membanggakan kedua ibu
bapaku kerana berjaya masuk ke IPG.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Aku terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapaku. Rasa rindu itu mula terdetik di
dalam hati apabila saya mula jauh daripada sisi keluarga. Hari-hari membuat
panggilan kepada ibuku dan guruku itu. Kami hanya mampu berbual dari jauh
sahaja iaitu melalui panggilan telefon.
A ku menangis selama 2 minggu di dalam bilik ketika aku merindui keluarga,
guruku itu dan rakanku yang bernama Jodie dan Masitah. Aku ingin bertemu
dengannya ketika aku berada di kampus tetapi aku terpaksa akur kerana kami
pada masa itu menjalankan kuarantin. Sekiranya, aku bercuti nanti aku akan
berjumpa dengannya lagi. Itulah kata putus yang aku katakan.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Nasib si perantau
Karya : Aliyana Hamiezah binti Abdul Rahman
Si Perantau
Duduk jauh berpisah yang tersayang
menuntut ilmu demimu anak bangsa
harapan keluarga jua negara
Si Perantau
Duduknya jauh beribu batu
Pulang hanya sepurnama
kadang tiada rezeki bertemu
Si Perantau
Jasadnya di tempat orang
jiwanya di kampung halaman
fikirannya senantiasa melayang
Si Perantau
Nasibnya tiada jaminan
tidak sempat bertemu keluarga
yang menemui ajal
Begitulah nasib seorang perantau
pergi untuk menuntut nasib keluarga
hanya duka menemani sunyi malam
Wahai si perantau
aku janji padamu
segalanya akan terbalas
walau banyak yang engkau lalui
malam-malam panjang dengan lakrimasi akan berbalas jua
ibarat pelangi selepas hujan
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Lasar Tanah Air
Karya : Rose anak Jo
Kini,
Tiada lagi kedengaran suara teriakan insan menderita,
Terkapai kapai lemah di lautan darah mencari daratan,
Setengah mati berkorban jiwa dan raga,
Demi generasi yang akan datang merasakan apakah itu
kebebasan yang nyata.
Dulu,
Terhampar sejajar Tanah pusaka,
Yang rakus membaham enak sisa-sisa petualang pahlawan kita,
Menghirup dan meresap setiap titian darah merah
Yang tumpah dengan berani dan gagah,
Darah pahlawan yang tewas,
termusnah di tangan penakluk sengsara,
Tersungkur rebah di bumi yang nyata.
Mati,
Mati yang teramat indah
Mati syahid namanya yang dijanjikan di syurga.
Wahai pemuda pemudi negara,
Marilah kita membuka pelekung di dada,
Melihat segala luka dan kudis yang ada,
Supaya Tanah air tercinta kekal terpelihara dan aman sentosa.
Suntikanlah aura merdeka dalam diri kita Maka bangkitlah rakyat
malaysia,
Berdiri sama Tinggi duduk sama rendah, mengekalkan
kemerdekaan Negara kita.
e-Buletin Sri Rajang Bil. 3 (Julai - September 2022)
Terbitan
Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Rajang
Kumpulan Editor: JPP IPG Kampus Rajang
Syufiqah binti Rashid @jppipgkr.official
Sapphire Rachell Rinai Ryan JPP IPGKR Official
Siti Noratikah binti Merasin
Catheren Beda anak Rimong
Stanley Dunstern anak Alfonso
Jordan Glenn Digat anak Janting