The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BULETIN SRI RAJANG BIL. 2 (APRIL - JUN 2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syufiqah Rashid, 2022-07-26 10:39:56

E-BULETIN SRI RAJANG BIL. 2 (APRIL - JUN 2022)

E-BULETIN SRI RAJANG BIL. 2 (APRIL - JUN 2022)

E-BULETIN

SRI RAJANG

Bilangan 2
April - Jun 2022

Diterbitkan oleh



Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023

Kata Pengantar

Penyunting e-Buletin Sri Rajang

Salam sejahtera dan Salam Rajang di hati!

Pertama sekali, saya ingin menyatakan perasaan syukur terhadap peluang
yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam penerbitan e-Buletin Bilangan
2 (April - Jun 2022) ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
dan syabas kepada Biro TMP dan semua pihak yang turut serta dalam memberi
sumbangan serta kerjasama bagi menjayakan proses penerbitan e-Buletin pada
kali ini.

Akhir sekali, saya berharap agar semua pihak dapat menghayati e-Buletin ini
dan mengingat kembali memori sepanjang bergelar siswa pendidik di IPG
Kampus Rajang.

Ketua Editor,
Catheren Beda anak Rimong

Assalamualaikum dan Salam Rajang di hati!

Alhamdulillah, adalah wajar bagi saya untuk memanjatkan rasa kesyukuran
yang tidak terhingga atas ruang dan kesempatan yang telah
dipertanggungjawabkan kepada saya selaku penolong ketua editor dalam usaha
menerbitkan e-Buletin Bilangan 2 (April - Jun) 2022 ini. Sekalung penghargaan
ingin saya tujukan buat semua pihak terlibat yang telah memberi seribu satu
sumbangan dalam menjayakan penerbitan e-Buletin yang diharapkan dapat
memberi makna buat semua.
Sudah semestinya tiada apa yang saya pinta melainkan sambutan dan
penghargaan daripada kalangan siswa pendidik sendiri dalam melakar memori
indah di IPG Kampus Rajang.

Penolong Ketua Editor,
Siti Noratikah binti Merasin

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Tinta Kasih e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

YBrs. Dr. Abang Ismail bin Abang Julhi,
Pengarah,
IPG Kampus Rajang

Assalamualaikum dan salam perpaduan sebagai pembuka kata. Pertama
sekali, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Ahli
Jawatankuasa yang terlibat dalam proses penerbitan e-Buletin pada kali ini
kerana telah bertungkus-lumus menghasilkan e-Buletin ini yang saya yakin
dapat dijadikan sebagai amalan dan panduan untuk melestarikan nilai-nilai
murni dalam kalangan siswa dan siswi pendidik IPG Kampus Rajang.

Syukur ke hadrat Ilahi, kita kini beralih ke fasa endemik setelah beberapa
tahun mengharungi pandemik Covid-19 yang begitu dahsyat melanda
seluruh dunia. Dengan itu, IPGK Rajang tidak juga ketinggalan dalam
menganjurkan beberapa aktiviti menarik dengan kerjasama antara jabatan-
jabatan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) begitu juga dengan kelab-
kelab yang sedia ada. Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru agar semua
siswa pendidik mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan, bukan
sahaja untuk tujuan markah semata-mata tetapi juga sebagai kenangan yang
akan terpahat di hati meskipun sudah bergelar seorang guru kelak.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga IPGK Rajang diberikan
kesejahteraan serta turut bersama-sama menjayakan agenda pendidikan
negara dalam usaha melahirkan guru-guru yang kaya dengan integriti dan
kredibiliti bagi mencorak generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan
gemilang.

Sekian dan terima kasih.

Tinta Kasih e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Puan Alice Pu Ting Kosin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Rajang

Salam sejahtera warga Rajang.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Biro Teknologi, Maklumat dan
Penerbitan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 atas kejayaan
menerbitkan e-buletin IPGK Rajang Bil. 2/2022 ini bagi tempoh April
hingga Jun 2022.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya
mengharungi Semester III bagi sesi akademik 2021/2022. Semoga anda
semua beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir bulan Jun
yang lalu. Saya berharap cuti semester nanti dapat dimanfaatkan dengan
melakukan aktiviti yang sihat, selamat dan bermakna bersama ahli keluarga,
saudara mara mahupun kawan-kawan.

Dalam keseronokan bercuti, diharapkan pelajar tidak leka lalu mengabaikan
persediaan untuk memasuki semester baharu pada bulan Ogos 2022 kelak.
Pelajar PPISMP Ambilan Jun 2021 yang akan melangkah ke pengajian
PISMP akan berdepan dengan cabaran pengajian empat tahun lagi yang
pastinya bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Persediaan kognitif perlu
digarap bersama dengan persediaan fizikal serta emosi yang mantap kerana
itulah elemen utama untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Tidak
terkecuali dengan pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 yang akan menjalani
Praktikum Fasa I mulai 8 Ogos 2022.

Sesungguhnya, tempoh selama tiga bulan itu kelak bukan suatu yang mudah e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)
untuk dilalui apatah lagi jika tiada persediaan yang rapi dibuat. Semoga
semua pelajar bersemangat untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu dan
tabah menghadapi apa jua cabaran.

Semester I bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 8 Ogos
2022 dan berakhir pada 9 Disember 2022 merupakan semester panjang.
Aktiviti kurikulum, kokurikulum dan seumpamanya telah dirancang dalam
takwim IPGM mahupun IPGK Rajang. Saya berharap semua pelajar
sentiasa peka dengan tarikh yang telah ditetapkan serta makluman yang
disampaikan dari semasa ke semasa. Semoga kita semua diberikan kesihatan
tubuh badan, emosi dan rohani yang stabil agar kita berjaya mengharungi
semester baharu dengan lebih bersemangat, bermotivasi tinggi, yakin, tenang
dan tabah.
Bak nukilan para bijak pandai, yang bulat tak datang bergolek, yang tipis tak
datang melayang.

Salam sayang selalu.

Tinta Kasih e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Flavin Noel anak Francis
Yang Dipertua Pelajar
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2022/2023

Salam sejahtera, salam Rajang Harum Mewangi saya ucapkan kepada semua
warga IPG Kampus Rajang. Seperti mana yang kita tahu, kita telah beralih
ke fasa endemik yakni semua aktiviti fizikal telah kembali dijalankan seperti
biasa berpaksikan kepada ketetapan norma baharu yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam menjalani fasa baharu ini,
IPG Kampus Rajang juga tidak ketinggalan untuk mengembalikan
kemeriahan dan keceriaan kampus setelah lebih dua tahun sunyi tanpa
aktiviti bersemuka ekoran pandemi Covid-19.

Pada kali ini kami bawakan selayang pandang aktiviti – aktiviti yang
merupakan pembuka tirai kepada kemeriahan semula suasana kampus yang
sekian lama sudah tidak kita rasai. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan tiap – tiap aktiviti yang telah kita jalankan sepanjang semester
ini, begitu juga pada masa akan datang, masih banyak aktiviti yang akan
dianjurkan untuk terus memeriahkan lagi susasan kampus sekali gus
membantu dalam pembentukan modal insan guru yang seimbang dari
pelbagai aspek. Semua pihak diharapkan akan terus memberikan kerjasama
yang lebih padu dan jitu pada masa akan datang dalam meningkatkan lagi
imej IPG agar Rajang kita terus harum mewangi.

Saya akhiri ucapan dengan, sekian terima kasih

Life is not measured by the number of breaths we take,
but by the moments that take our breath away.


Maya Angelou

April

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Tahniah diucapkan

Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022 / 2023



Pada hari Jumaat, 8 April 2022, Majlis Watikah
Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2022/2023 IPG Kampus Rajang telah diadakan pada
pukul 10:30 pagi bertempat di Dewan Sri Rajang.

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Senarai Ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2022/2023

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Klinik Perkhidmatan
Psikologi dan Kaunseling




Unit Psikologi dan kaunseling
telah mengadakan "Klinik
Perkhidmatan Psikologi dan
Kaunseling" pada 5 April 2022,
8:30 pagi sehingga 4:00
petang bertempat di Kafeteria
IPGK Rajang

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Selamat Menjalani
Internship



Pada tarikh 18 April - 20 Mei
2022, siswa pendidik PISMP
Ambilan Jun 2017 & PISMP
Ambilan Jun 2018 telah
menjalani internship dan kami
ingin mengucapkan selamat
maju jaya kepada yang terlibat

Selamat Maju Jaya

"Belajarlah dari pengalaman kerana sejatinya
pengalaman itu adalah guru terbaikmu"

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Program Info Hunt

Program Info Hunt telah
dilaksanakan bersempena
dengan Program Jom
Membaca selama 10 minit
anjuran Pusat Sumber IPGKR
pada 20 April 2022, jam 9:30
pagi sehingga 1:00 tengahari

Jom Baca Bersama 10
Minit 2022

Bertemakan Bangkit Baca dan
Bersyukur pada tahun ini,
program Jom Baca Bersama 10
Minit 2022 berjalan serentak di
seluruh negara pada 21 April
2022, jam 11.00 pagi sehingga
11.10 pagi

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Program Agihan Bubur Lambuk

Institut Pendidikan Guru
Kampus Rajang telah
mengadakan Program
Agihan Bubur Lambuk
kepada semua warga
Rajang secara percuma
pada 23 April 2022, jam 3
petang bertempat di
foyer Dewan Sri Rajang

Program
Ihya Ramadhan

IPG Kampus Rajang Tahun 2022

(Menyantuni Komuniti Muslim Bintangor)

Program Agihan Bubur Lambuk di
Bazaar Ramadhan Bintangor
Program Ihya' Ramadhan di Kampung
Sg. Gemuan
Program Ihya' Ramadhan di Kampung
Muara Lebaan

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Program Agihan Bubur Lambuk di Bazaar
Ramadhan Bintangor

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Program Ihya' Ramadhan di
Kampung Sg. Gemuan

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Program Ihya' Ramadhan di
Kampung Muara Lebaan

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

THE BEAUTY OF

Arts & Cultures

GWEN OMIZ MALSON
PISMP TSLB1 AMB JUN 2021

Person of Hope

The mouth that is a home of comfort words,
The eyes that could see the unexpressed thoughts,
And the nose that reminds each taken breath is meaningful.



Every part of you gives me hope, even by existing alone.




e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

A Rich Guy With Hectares
Of Paddy Fields

LUZYANA JANE ANAK HERMAN

PISMP TSLB1 AMB JUN 2021

It is raining outside and it feels so cold. Sitting there on the
floor is a guy eating kuih penyaram. Thunderstorm is playing its
music in the sky, yet the guy is still enjoying the traditional food.
Derod knows the tradition of ngabang from one house to
another and inviting pingabang to the house, to celebrate Gawai
Dayak and catch up with relatives and friends. Gawai Dayak is a
festival for the Dayak people to give thanks to the gods after the
rice harvesting season is over. Unlike the others, Derod prefers
to not have or join the open house, although it has been a
tradition to ngabang and invite pingabang, which is visiting and
inviting visitors during Gawai Dayak. Enjoying Gawai Dayak in
his house and recalling memories from the past is what he has
been doing for the past 30 years. The memory that never fades.
Perhaps some old folks in the village still remember this story
about him, a rich guy with hectares of paddy fields.

Derod had been planting and selling rice from his paddy
fields to provide everything for his family. Nevertheless, he
made sure that he kept a year supply of rice for his family. The
old folks of the Bidayuh said a house must keep at least a cup
of rice even if there is a shortage of rice. An empty rice bag is
telling the paddy spirit that the house will not receive new rice
when it is time for paddy harvesting.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

It is believed that the paddy spirit will think that the people
in the house are really wealthy and that they do not need new
rice any longer. In other words, the house will not get enough
rice easily. Derod made sure they had enough rice supplies. The
family never experienced a shortage of food supplies. Dinner
was always provided with rice on the table.

The rice harvesting season was almost over, preparation for
Gawai Dayak almost completed. For the upcoming Gawai
Dayak, Derod did not forget to invite relatives and friends to
enjoy his new rice at his house. After coming back from the beri,
he felt so tired from working all day long. Beri is a hut that
Derod used to store the paddy stalks and fresh grains. Then, he
drank tuwak that was prepared for the upcoming Gawai Dayak.
Tuwak is a rice wine that does not easily make someone drunk
since it is slightly more subtle in comparison with the other rice
wines. However, Derod drank bottles of tuwak and became
drunk.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

The next day, he had a slight headache from drinking
tuwak. Decided not to go to the paddy field, he cleaned a
room in his house to store his new rice. One by one, he
brought rice bags to the storage room to store his new rice.
His head felt heavier and he wanted to finish his work
quickly. He did not handle the rice bags gently and quickly
brought the heavy rice bags into the storage room. After that,
he went back to bed.

Waking up in the next morning, Derod was shocked to
see that the rice was no longer there in the storage room.
There were empty rice bags. Shocked that the rice that he got
from his own paddy fields were gone just like that. Quickly
recalled back to what he had done to the rice. “Oh, I
remember now”. Slowly walked to the veranda and sat there.
He did not respect the rice by handling them with care. His
actions made the paddy spirit angry as Derod was unable to
show his respect towards the rice. Paddy spirit gave good
paddy fields and let Derod harvested the rice in order for
Derod to have delicious meals on the table every day. Rice is
a precious food. When someone receives new rice, it means
that the person is overflowing with sustenance and they
should be thankful for it. Disrespecting the rice means
disrespecting the paddy spirit. As a result, the new rice that
was gifted to Derod disappeared magically.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

The action that Derod did in the past become a lesson for
everyone in the community. Derod were not able to enjoy
Gawai Dayak festival like how he used to. He had been
working day and night to get rice from his paddy fields. In the
end, one of his favourite traditional food, essam could not be
served for Gawai Dayak that year. Essam is a chicken rice
dish that Bidayuh people cook in a bamboo. He is now no
longer a wealthy guy. All his rice disappeared and his paddy
fields does not produce good and fresh grains anymore. This
story become a very hot topic especially among the villagers.
Respecting the rice and be thankful for the new rice is really
important in Bidayuh culture.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Spread love everywhere you go. Let no one ever come to
you without leaving happier.


Mother Teresa

Mei

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nabi Muhammad SAW bersabda:



Hiasilah Hari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha)
kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis

(mengingati dan mengagungkan Allah)




Hadis Riwayat Al-Thabrani

Sayembara Puisi
& Lagu

Sayembara ini terbuka kepada semua siswa
pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.
Pertandingan ini telah dijalankan dengan jayanya
pada 13 Mei 2022 bersamaan dengan Hari Jumaat
bertempat di Dewan Sri Rajang bermula pukul 8.30

malam.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

NISHA JONG

PPISMP BIBB AMB JUN 2021

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Selamat Maju Jaya

Chiong Siaw Kit
(PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2021)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Chiong
Siaw Kit, siswa pendidik IPGK Rajang yang telah
berjaya mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan Sea
Hanoi Ke-31 Vietnam 2021 dalam sukan Bola
Tampar. Selamat Maju Jaya diucapkan daripada
warga IPGK Rajang.

Pada hari Jumaat, 20 Mei 2022, Majlis Sambutan Hari
Guru IPG Kampus Rajang telah dilaksanakan secara
bersemuka dan bertempat di Dewan Sri Rajang.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Sesi Randau

Memperkasakan Profesion Perguruan

24 Mei 2022 | 9:00 pagi

Sesi Randau Memperkasakan Profesion Perguruan
bersama YBrs. DR. Abang Hut bin Abang Engkeh



Pada 24 Mei 2022, telah diadakan Sesi Randau Memperkasakan
Profession Perguruan bersama YBrs. DR. Abang Hut bin Abang
Engkeh, Timbalan Pengarah Perancangan dan Pengurusan
PPD Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Sesi randau ini telah
berlangsung di Dewan Sri Rajang dan dihadiri oleh semua
siswa pendidik IPGK Rajang.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Majlis Rumah Terbuka Malaysia

Peringkat IPGK Rajang 2022

25 Mei 2022 | 9:00 pagi

Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Peringkat IPGK Rajang 2022



Pada 25 Mei 2022, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Peringkat
IPGK Rajang bagi tahun 2022 telah berlangsung di Dewan Sri
Rajang dan dihadiri oleh warga kampus dan jemputan khas
daripada komuniti berhampiran. Majlis ini adalah untuk
meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Tadau
Kaamatan. Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan
mewakili ketiga-tiga perayaan yang diraikan di samping para
hadirin yang berpakaian tradisional masing-masing.

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

It is during our darkest moments that we must focus to
see the light.


Aristotle

Jun

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Selamat Hari Gawai
&

Pesta Kaamatan

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Selamat Maju Jaya!

Rajang Handball Club

Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak
Piala Abang Jo dan Piala Dr. Abdul Rahman Junaidi

Tahun 2022

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Tahniah dan Syabas

Selamat Maju Jaya!

Kontinjen IPGK Rajang
KAGUM Permainan 2022

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

FAZLINA BINTI ABD. RAHMAN

PPISMP BMMB1 AMB JUN 2021

Anak Rantau

Aku anak rantau,
Masih meniti-niti,
Masih tercari-cari,
Kemana ingin pergi.
Antara tetap tinggal atau melangkahkan kaki.



Samar-samar aku melihat,
Pandangan nyata yang aku cipta,
Menanti di hadapan seakan melambai.
Seakan menanti diri ini disana.



Aku hanya anak rantau,
Mencari jati diri di benua orang.
Berniat mengubah kehidupan lalu,
Membahagiakan insan yang menanti di hujung juang.



Aku anak rantau,
Tujuanku nyata,
Doa insan tersayang sebagai bekal di dada,
Mencari ilmu untuk mengubah hidup bangsa merdeka

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

SALINA BINTI WAHAB

PPISMP BMMB2 AMB JUN 2021

Lakrimasi Sahabat

Kawan,
Pelbagai tafsiran mengenal erti kawan,
Ada juga yang bilang engkau kasih,
Ada juga yang bilang engkau sayang.
Namun engkau sentiasa menjadi yang terpenting.

Saat bersamamu.
Aku menjadi diriku sendiri,
Kekurangan ini mengajar engkau dan aku,
Bertapa aur dan tebingnya kita.

Mungkin,
Panggilan kawan bertukar sahabat
Saling percaya ukhwah yang kukuh
Pelbagai dugaan menunjukkan erti persahabatan
Bagai hujan yang turun bila waktunya

Bagaimana kita menghadapinya dengan tenang?
Semua perkara perlu difikirkan
Bagaimana kita menanganinya dengan damai?
Untuk menunjukkan erti persahabatan yang sebenar
Sehingga mengalirkan lakrimasi kasih
Tiada penghujung

e-Buletin Sri Rajang Bil. 2 (April - Jun 2022)

Terbitan

Biro Teknologi, Maklumat dan Penerbitan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Rajang

Kumpulan Editor: JPP IPG Kampus Rajang
Catheren Beda anak Rimong @jppipgkr.official
Siti Noratikah binti Merasin JPP IPGKR Official
Syufiqah binti Rashid
Sapphire Rachell Rinai Ryan
Stanley Dunstern anak Alfonso
Jordan Glenn Digat anak Janting


Click to View FlipBook Version