KISAH AISYAH RAJIN YANG USAHA
Di sebuah kampung terpencil, terdapat seorang budak perempuan yang memiliki banyak kelebihan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Budak tersebut bernama Aisyah. Aisyah sangat aktif seperti budak lelaki.
Di usia kecil lagi, dia sudah pandai memasak dan mengemas rumah tanpa diarah. Aisyah jugalah yang menjaga adik-adiknya ketika ibu bapanya pergi bekerja. Ayahnya bekerja di tempat yang sangat jauh manakala ibunya bekerja di sawah padi.
Apabila bekalan kayu api sudah habis, Aisyah pergi ke hutan untuk memungut kayu api. Kemudian, apabila selesai, Aisyah pergi mengutip sayur di kebun sayur di halaman rumah lalu segera memasak . Apabila makanan sudah siap dimasak, dia memanggil adik - adiknya untuk makan bersama -sama. Sebelum menjelang malam, Aisyah sudah menyediakan makan malam kerana mereka hanya memiliki lampu pelita .
Balik sahaja dari sekolah, Aisyah bergegas untuk pergi menjual sayur ke kampung lain. Aisyah berjalan selama dua jam untuk sampai ke sana. Aisyah memasukkan hasil duit jualan ke dalam tabung buluh yang dibuat oleh ibunya.
Kini, dia sudahpun dewasa. Walaupun dia tidak bersekolah kerana hidup susah namun, dia telah berjaya untuk membantu adikadiknya supaya dapat bersekolah.