The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28168451, 2021-09-14 11:45:45

MESY ALK KOOP KALI 1 SESI 2021-2022

MESY ALK KOOP KALI 1 SESI 2021-2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERDAU
28010 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09-2846044
Fax : 09-2847671
Email:[email protected]
Rujukan Kami: CEA7060 700-4/1/13

Tarikh : 20 SEPTEMBER 2021

KEPADA

-----------------------------------
-----------------------------------
----------------------------------
NOTIS MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) KOPERASI SMK
KERDAU TEMERLOH PAHANG BERHAD KALI PERTAMA SESI 2021/2022

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, ALK Koperasi ingin memaklumkan pihak tuan untuK

mesyuarat tersebut. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:-

Tarikh : 24 SEPTEMBER 2021

Hari : JUMAAT

Masa : 8: 30 PAGI

Pautan : Aplikasi Google Meet

Link / Pautan untuk Google Meet

https://meet.google.com/qqs-trbd-zys

3. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(PN. FAZLIYATON BINTI ISA)
Pengerusi
Koperasi SMK Kerdau Temerloh Pahang Berhad

AGENDA

MESYUARAT ALK KOPERASI SMK KERDAU TEMERLOH BERHAD.

Tarikh : 24 SEPTEMBER 2021

Hari : JUMAAT

Masa : 8: 30 PAGI

Pautan : Aplikasi Google Meet

Link / Pautan untuk Google Meet

https://meet.google.com/qqs-trbd-zys

Agenda:-
1. Aluan Pengerusi Majlis
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
3. Perkara berbangkit
4. Perlantikan rasmi setiausaha baru.
5. Penyata Kewangan 2021
6. Membincangkan Penukaran Bank dan tandatangan setiausaha
7. Membincangkan Penangguhan Mesyuarat Agung Koperasi SMK Kerdau Temerloh

Pahang Kali ke-18
a. tarikh
b. tentatif program
c. ahli jawatankuasa

8. Hal-hal lain

MINIT MESYUARAT ALK KOPERASI SEKOLAH SMK KERDAU TEMERLOH PAHANG BERHAD

KALI KE 4 SESI 2020

Tarikh : 23.03.2021

Hari : SELASA

Masa : 08.30 PAGI

Tempat: Dewan Seri Intan, SMK Kerdau

Kehadiran:

1. Pn. Fazliyaton binti Isa - (Pengerusi)
(Setiausaha)
2. Pn. Nur’ain Bt. Mohamad - (Bendahari)
(AJK)
3. Pn. Norhasnita binti Yusoff - (AJK)
(AJK)
4. Pn. Norizah bt. Hj. Mohd Yusof -

5. En. Muhammad Fadhli b. Aminuddin -

6. En. Muhammad Radzi bin Abdul Razak -

Tak Hadir:- 1.Tuan Haji Mohidin Bin Jafar - ( Timbalan Pengerusi)-Kuarantin
2.Pn.Halizimah Bt. Shamsuddin - (Pengurus Jurujual)- Cuti Rehat Khas

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran AJK.

Untuk makluman

2 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat

2.2 Encik Radzi mencadangkan minit mesyuarat ALK Koperasi Smk Kerdau Temerloh
Pahang Berhad kali 3 2020 disahkan dan Pn. Norizah menyokong.

Untuk makluman
3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Merujuk hal-hal lain 8.5
Pengerusi memaklumkan tentang cenderahati perlu disediakan untuk aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di sekolah.

Tindakan Pengurus jualan

4 LANTIKAN BENDAHARI BARU DAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN
4.1 Pengerusi melantik Bendahari Koperasi yang baru iaitu Puan Nor Hasnita Binti Yusoff
(870716-11-5436)sebagai Bendahari baru untuk menggantikan Puan Siti Saidah Binti
Mohammad Selamat.(810428-08-6656)

4.2 Bendahari membentangkan tentang Penyata Kewangan pada 31 Mac 2020 dan akaun
jualan dan belian pada bulan 10 2020 hingga 2 2021
Beliau memaklumkan tentang keuntungan yang diperolehi dan menyatakan amaun 3
tabungan yang boleh digunakan untuk pengetahuan semua ALK.

4.3 Mandat pengeluaran wajib ditandatangani oleh Pengetua dan salah seorang daripada
Setiausaha atau Bendahari.

5 PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN I-QARD EJEN PERBANKAN, EJEN PERBANKAN CO-
OPBANK PERTAMA (E-CBP) DAN PENGESAHAN PENANDATANGAN BERKUASA BAGI
AKAUN BANK CO-OPBANK PERTAMA TEMERLOH DAN PENUKARAN TANDATANGAN
BENDAHARI DI BANK ISLAM TEMERLOH.
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak koperasi ingin membuat pembukaan akaun
simpanan i-qard ejen perbankan, ejen perbankan co-opbank pertama (e-cbp) dan
pengesahan penandatangan berkuasa bagi akaun bank co-opbank pertama di
Temerloh.Beliau memaklumkan tentang maklumat-maklumat yang perlu disi di dalam
borang dan penyediaan surat-surat yang diperlukan untuk pembukaan akaun.Beliau
memutuskan mengikut persetujuan ALK yang telah ditetapkan di dalam Mesyuarat
dimana beliau mencadangkan untuk Koperasi SMK Kerdau Temerloh Pahang Berhad
membuat penyimpanan dan saham serta menjadi Ejen dengan Bank CO-OPBANK
PERTAMA telah diluluskan dan pihak koperasi bersetuju di dalam mesyuarat ALK
meluluskan RM10150.00 sebagai pembukaan akaun simpanan di bank. Mengikut
persetujuan mesyuarat maka 2/3 pemegang amanah telah ditetapkan iaitu Pengerusi
adalah wajib dan salah seorang adalah setiausaha atau bendahari untuk
menandatangani akaun tersebut. Akaun ini akan dibuat sebelum 1.April.2021.

5.2 Setiausaha memaklumkan tandatangan Bendahari Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Kerdau iaitu Pn. Siti Saidah Binti Mohammad Selamat telah bertukar
kepada Bendahari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau iaitu Pn. Nor
Hasnita Binti Yusoff. Maklumat yang diperlukan untuk penukaran tandatangan ialah
Senarai nama anggota lembaga Koperasi, Minit Mesyuarat ALK, Perakuan Pendaftaran
Koperasi, Surat Penukaran Tandatangan Bendahari, Perlembagaan Undang-Undang Kecil
dan Salinan Kad Pengenalan. Akaun Bank Islam bagi Koperasi hendaklah diuruskan oleh
mana-mana orang iaitu pengerusi (Pn. Fazliyaton binti Isa) atau setiausaha(Nur’ain binti
Mohamad) dan bendahari(Nor Hasnita Binti Yusoff) atau dua orang pegawai lain yang
diberi kuasa oleh lembaga dari semasa ke semasa.

6 MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK KERDAU TEMERLOH PAHANG BERHAD KALI KE 17
2020
6.1 Pengerusi telah memutuskan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Kerdau
Temerloh Pahang Berhad kali ke 17 (2020/2021) akan diadakan pada 12.APRIL.2021
iaitu hari Isnin dan diadakan di Kantin Sekolah. . Mesyuarat akan bermula pada pukul
12.00 Tengahari hingga pukul 1.30 Petang. Murid yang terlibat hanya tingkatan 4 dan 5
Arif, Bestari serta Cendekia . Setiap murid dan guru akan diberi makanan, minuman dan
cabutan bertuah.

6.2 Ahli Jawatan Kuasa telah dilantik untuk memudahkan urusan mesyuarat berjalan
dengan lancer.

Ahli Jawatankuasa Kecil:

Persiapan Tempat dan susun murid En. Muhammad Fadhli b. Aminuddin dan 2
ALK murid
Pengerusi Majlis Pn. Norizah bt. Hj. Mohd Yusof
Siaraya En. Muhammad Radzi bin Abdul Razak
Pendaftaran Pn.Nur’ain Binti Mohamad dan 2 ALK murid
Agihan Makanan Pn. Halizimah Bt. Shamsuddin dan 2 ALK murid
Buku Program dan Cabutan bertuah Pn. Nor Hasnita Binti Yusoff dan 2 ALK murid

7 KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KOPERASI
7.1 Pengerusi memaklumkan supaya Koperasi SMK Kerdau Temerloh Pahang Berhad
menyediakan satu kertas kerja untuk membuat pengubahsuaian tempat yang baru
untuk jualan koperasi dengan memohon sebanyak RM50,000.00 kepada Suruhanjaya
Koperasi Malaysia serta penyediaan pondok di bahagian belakang koperasi untuk papan
kenyataan koperasi serta banner tentang harga barang di Koperasi Sekolah.

8 HAL-HAL LAIN
8.1 Pengerusi memaklumkan kepada setiausaha tentang nama murid tingkatan 1 dan 2
untuk diberi barang sumbangan kepada ahli koperasi yang terlibat dengan banjir.

8.2 Pengerusi memaklumkan tentang pembelian kalkulator dari Panitai Matematik untuk
penggunan kalkulator di kelas untuk pembelajaran matematik.

8.3 Pengerusi mencadangkan agar Pengurus Jurujual untuk mencari idea rekaan baju sukan
bagi murid-murid tahun 2022. Beliau mencadangkan agar warna T-shirt yang sama
tetapi berbeza dengan lengan mengikut warna rumah.

8.4 Pengerusi mencadangkan bendahari dapat menyediakan tempahan melalui guru kelas
untuk tempahan barang koperasi termasuk pengambilan saiz baju dan seluar

8.5 Pengerusi memaklumkan agar tanda nama yang ditempah perlulah mengunakan nama
yang sebenar seperti dalam APDM.

8.6 Pengerusi memaklumkan bahawa murid juga boleh membuat tempahan sempana Hari
Guru 2021 untuk menghargai jasa Guru yang Mengajar di sekolah ini.

Tindakan Semua AJK

PENANGGUHAN MESYUARAT. Disemak oleh:
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 pagi. …………………………………….

Disediakan :

…………………………………………
(NUR’AIN BT. MOHAMAD)
Setiausaha
Koperasi Smk Kerdau Temerloh Berhad


Click to View FlipBook Version