IDENTITI KORPORAT
CIRI-CIRI IDENTITI KORPORAT
Contoh perkara-perkara dengan identiti korporat sebuah syarikat
pusat seni
IDENTITI KORPORAT
CIRI-CIRI IDENTITI KORPORAT
Sistem identiti korporat yang piawai amat penting untuk
memprojek suatu identiti korporat yang menyatakan atau
menandakan kedudukan sesuatu syarikat dalam bidang tertentu,
justeru meningkatkan imej syarikat dalam dunia perdagangan
Malaysia yang menuju ke aras merealisasikan Wawasan 2020.
KALIGRAFI
KALIGRAFI
Istilah kaligrafi diambil Selepas itu, alat tulis
daripada perkataan seperti buluh, bulu ayam
Yunani yang bermaksud dan berus digunakan
tulisan cantik untuk menulis di atas
kulit kayu atau belulang
Sejarah kaligrafi telah PENGENALAN Sejak rekaan kertas,
pelbagai jenis pen
diperkenalkan sejak digunakan untuk menulis
kaligrafi
zaman :
•Mesir Purba
•China Purba
•Yunani Purba
Pada masa itu, tulisan Untuk menulis rumi dan
diukir atas batu atau tulisan khat, pen yang
kepingan buluh dengan amat sesuai untuk
menggunakan alat kaligrafi ialah pen
yang tajam manuskrip
KALIGRAFI
Contoh tulisan Mesir Purba, China Purba dan Yunani Purba
KALIGRAFI
KALIGRAFI RUMI YANG POPULAR
TULISAN ROMAN
1. Corak pena tegak sentiasa tebal, manakala corak pena melintang
sentiasa nipis.
2. Rupa huruf mempunyai ‘serif’ iaitu corak pena yang halus dan
melengkung.
3. ‘Serif’ didapati pada bahagian atas dan bawah sesuatu huruf.
4. Tulisan Roman sesuai untuk menulis tajuk buku, atur cara, jemputan dan
sebagainya.
Contoh tulisan Roman
KALIGRAFI
KALIGRAFI RUMI YANG POPULAR
TULISAN GOTHIC
1. Corak pena seragam bagi garisan tegak dan lintang.
2. Rupa huruf tidak mempunai ‘serif’.
3. Huruf jelas, mudah dibaca dan sesuai untuk melukis poster, pemberitahu
atau iklan.
Contoh tulisan Gothic
KALIGRAFI
KALIGRAFI RUMI YANG POPULAR
TULISAN ITALIC
1. Tulisan italik merujuk kepada semua huruf yang condong ke kanan.
2. Rupa huruf bagi tulisan italik bergaya dan mempunyai banyak variasi.
3. Jenis huruf ini popular sejak zaman dahulu hingga sekarang dan sesuai
untuk ditulis di kad ucapan atau jemputan.
Contoh tulisan Italik
KALIGRAFI
KALIGRAFI RUMI YANG POPULAR
TULISAN TEKS
1. Terdapat pelbagai jenis tulisan teks. Antarana termasuk :
a) ‘Church Text’ tulisan Inggeris lama
b) ‘Cloister Text’ tulisan huruf hitam
c) Gothic Jerman
d) Gothic Itali dan
e) Unicial Sepanyol, Perancis dan Jerman
2. Rupa huruf tulisan teks mempunyai pelbagai corak pena yang berhiasan. Jenis
huruf ini selalu digunakan untuk kad jemputan atau sampul buku zaman dahulu.
3. Tulisan jenis ini kini tidak begitu popular kerana tulisannya rumit dan bergaya
lebat, sukar untuk dikesan oleh orang yang tidak mahir atau biasa dengan
bentuk huruf jenis ini.
Contoh tulisan Teks
KALIGRAFI
KALIGRAFI RUMI YANG POPULAR
TULISAN KHAT
1. Perkataan khat berasal dari Bahasa Arab yang bererti ‘tulisan’.
2. Tulisan khat merupakan tulisan ang berkaitan dengan kesenian Islam.
Ianya dikatakan bermula sejak turun ayat al-Quran lagi.
3. Di Malaysia, sejarah seni khat bermula dengan penemuan batu bersurat
Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi di Sungai Tersat, Kuala Berang.
4. Tulisan Khat ditulis dari kanan ke kiri dengan alat tulis seperti pensel, pen
dan sebagainya. Ia mengandungi tanda harkat di atas dan bawah.
Gerak baris bersama susunan bahagian huruf yang tegak, baring atau
melengkung menimbulkan irama yang unik, cantik dan menarik.
5. Jenis-jenis tulisan khat :
a) Khat Kufi (Kuvi, Kufic, Koufi)
b) Khat Thuluth (Tulus)
c) Khat Naskh (Naskhi, Neskhi)
d) Khat Parsi (Farisi, Fasi, Farsi)
e) Khat Dewani (Diwani, Divani)
f) Khat Riqaah (Riqu’ah, Riq’ah)
KALIGRAFI
A. KHAT KUFI (KUVI, KUFIC, KOUFI)
1. Corak pena tegak pendek dan garis lintang berjarak.
2. Mempunyai kesan pergerakan yang dinamik.
3. Huruf bersudut hampir berbentuk segi empat.
4. Biasanya digunakan dalam upacara atau istiadat tertentu.
Contoh Khat Kufi
KALIGRAFI
B. KHAT THULUTH (TULUS)
1. Thuluth bermakna ‘satu pertiga’ yang mungkin disebabkan kadar
bandingan antara garis lurus dengan garis lengkungnya.
2. Jarang digunakan dalam tulisan skrip ayat-ayat suci al-Quran.
3. Sering digunakan untuk tulisan tajuk atau gelaran pada skrip hiasan.
4. Juga sesuai diukir pada batu peringatan.
Contoh Khat Thuluth
KALIGRAFI
C. KHAT NASKH (NASKHI, NESKHI)
1. Berbentuk geometri.
2. Corak pena garis lintang pendek, garis tegak lurus sama jarak ke atas dan
ke bawah.
3. Lengkungan huruf dalam dan penuh.
4. Sering digunakan dalam skrip al-Quran.
5. Digemari ramai kerana senang dibaca dan ditulis.
Contoh Khat Naskh
KALIGRAFI
D. KHAT PARSI (FARISI, FASI, FARSI)
1. Huruf berbentuk bujur ang hampir menyamai huruf Naskh.
2. Corak pena tegak ke atas biasanya pendek.
Contoh Khat Parsi
KALIGRAFI
E. KHAT DEWANI (DIWANI, DIVANI)
1. Bentuk huruf yang terlalu kursif.
2. Huruf tidak bertitik.
3. Huruf-huruf disambung-sambungkan tanpa struktur yang tertentu.
Contoh Khat Naskh
KALIGRAFI
F. KHAT RIQAAH (RIQU’AH, RIQ’AH)
1. Rupa huruf berbentuk bulat dan rapat dengan corak pena lintang yang
pendek.
2. Mempunyai kaitan rapat dengan Thuluth.
3. Garis lengkung huruf kecil dan bulat.
4. Jarak antara huruf-huruf sangat jelas.
5. Huruf yang akhir bagi perkataan hadapan biasanya dikaitkan dengan
huruf pertama perkataan yang berikutnya.
6. Dikenal sebagai kaligrafi diraja pada abad ke-9 kerana digunakan untuk
menulis nama dan gelaran raja-raja.
7. Skrip yang paling popular di negara Arab.
8. Biasanya, digunakan untuk surat kiriman.
Contoh Khat Riqaah
KALIGRAFI
SENI KHAT DALAM BIDANG KRAF DAN ALAM SENI
1. Bermula dengan perkembangan Islam di Malaysia.
2. Contoh-contoh yang awal muncul pada ukiran :
a) Batu nisan
b) Ukiran kayu
c) Perak
d) Emas
e) Bekas tembikar
3. Batik yang berhiasan khat juga muncul di Sumatera dalam bentuk sapu
tangan dengan hiasan kalimah Allah serta abjad, lakaran, unggas, ranting
dan lain-lain.
4. Khat Kufi dan Thuluth sering digunakan dalam ukiran batu nisan Aceh.
5. Seni tulisan khat berkembang dengan perkembangan sistem percetakan
surat khabar dan buku-buku Melayu dalam tulisan Jawi.
6. Tulisan seni khat amat popular di Kelantan, Terengganu dan Johor.
7. Pemilihan motif khat selalunya tertumpu kepada ayat-ayat suci al-Quran dan
hadith seperti kalimah Allah, Bismillah al-Kursi Masya-Allah, dan sebagainya.
8. Khattat-khattat yang terkenal di Malaysia :
a) Syeikh Omar Basaree dari Selangor
b) Mohammed Yusuf Abu Bakar dari Kelantan
c) Syed Abdul Rahman dari Johor
d) Ahmad Khalid Yusof dari Kuala Lumpur
KALIGRAFI
ALAT, MEDIA DAN TEKNIK PENULISAN KALIGRAFI
1. Pensel
2. Pen peta
3. Pen manuskrip
4. Berus
5. Bulu ayam yang telah dibentuk
6. Pembaris
7. Pemadam
8. Dakwat atau pewarna (hitam atau warna)
9. Kertas
Alat dan media penulisan kaligrafi
KALIGRAFI
TEKNIK PENULISAN KALIGRAFI
1. TEKNIK TULISAN “FOUNDATIONAL HAND”
a) Mata pena sebesar 30◦ - 35◦ dengan garisan bertulis.
b) Cara menentukan saiz huruf :
i. Empat saiz mata pena untuk badan huruf
ii. Dua saiz mata pena untuk kepala dan ekor huruf
iii. Tinggi huruf besar enam kali saiz mata pena
iv. Jarak antara huruf ditentukan oleh ruang negatif huruf.
v. Jarak antara perkataan ialah saiz satu huruf ‘o’
Teknik Tulisan “Foundational Art’
KALIGRAFI
TEKNIK PENULISAN KALIGRAFI
2. TEKNIK TULISAN ITALIK
a) Mata pena membuat sudut 45◦ - 35◦ dengan garisan bertulis.
b) Cara menentukan saiz huruf :
i. Badan huruf lima kali saiz mata pena
ii. Kepala dan ekor – tiga kali saiz mata pena
iii. Huruf besar lapan kali saiz mata pena
iv. Jarak antara huruf ditentukan oleh ruang negatif
v. Jarak antara perkataan ialah saiz satu huruf ‘o’
Teknik Tulisan Italik
KALIGRAFI
TEKNIK PENULISAN KALIGRAFI
3. TEKNIK TULISAN KHAT
Tulisan khat yang baik bergantung kepada lima unsur yang berikut :
a) Tepat – Setiap huruf mempunyai lorekan yang sesuai dengan bahagiannya.
Corak pena bagi garis yang kejur, lengkung dan lengkok adalah seragam.
b) Padat – Setiap lorekan garis serasi dan sepadan, serta kelihatan sekata dari
awal hingga ke akhir huruf.
c) Tuntas – Setiap huruf diberi ukuran yang utuh dan lengkap dari segi
panjang, pendek dan tebal.
d) Lancar – Corak pena tidak kelihatan terhenti-henti, gambaran keseluruhan
pantas, licin dan seka
e) Sempurna – Setiap lorekan garis gaya tegak, telentang, melengkung atau
memutar haruslah sesuai dengan kecantikan bentuk yang wajar.
Tulisan “Foundational Tulisan Italik
Hand”
KALIGRAFI
CARA MELOREK DAN MEMBENTUK CORAK
Cara Melorek Corak
Membentuk Corak Dengan Pen Manuskrip
KALIGRAFI
PROSES TULISAN KALIGRAFI
1. Tentukan tema dan tajuk.
2. Sediakan skrip yang dikehendaki.
3. Pilih saiz mata pena.
4. Pilih jenis huruf yang sesuai dengan tema.
5. Buat garisan panduan mengikut saiz mata pena.
6. Tentukan jarak di antara garisan.
7. Jangka susunan huruf dan perkataan dalam jarak yang sesuai
untuk memudahkan pembacaan.
8. Tentukan sudut mata pena.
9. Tulis dengan teliti menggunakan pen manuskrip.
10.Buat ilustrasi jika perlu.
KALIGRAFI
CIRI-CIRI GUBAHAN KALIGRAFI YANG BAIK
1. Jenis huruf yang bersesuaian dengan tema.
2. Sudut mata pena dalam jarak yang betul mengikut pilihan
jenis huruf.
3. Ruang atas (kepala), tengah (badan) dan bawah (ekor)
mengikut nisbah yang betul berpandukan jenis huruf yang
dipilih.
4. Corak pena ditulis tebal dan nipis, tepat dan seragam.
5. Gaya huruf tertentu dan gerak bentuk serupa.
6. Huruf dan perkataan disusun untuk memudahkan
pembacaan.
7. Ruang di antara huruf dan perkataan bersesuaian.
8. Ilustrasi berharmoni dengan tulisan.
9. Hasil kerja menarik dari segi pemilihan huruf, reka letak ilustrasi
berkesan dan berkaitan dengan tema dan fungsinya.
KALIGRAFI
FUNGSI KALIGRAFI
1. Kad Ucapan
2. Kulit Buku
3. Nama Kedai atau Syarikat
4. Tajuk Puisi atau Sajak
5. Sijil
6. Menu dan sebagainya
TIPOGRAFI
TIPOGRAFI
Seni memilih dan Muka Taip Papan
mengatur huruf atau Peraga – huruf besar,
muka taip (alphabet) tebal dan gelap. Muka
Taip Teks – huruf kecil
dan lebat.
Alphabet (huruf) dalam PENGENALAN Muka taip dibahagikan
Bahasa Yunani adalah kepada 2 kategori :
gabungan dua huruf 1. Muka Taip Peraga
Yunani iaitu ‘alpha’ dan 2. Muka Taip Teks
‘beta’.
Kefahaman dan pengetahuan tipografi amat penting
kepada seseorang pereka grafik kerana hampir semua
jenis rekaan grafik melibatkan penggunaan muka taip
umpamanya poster, risalah, kad ucapan, iklan,
pembungkusan, papan tanda dan sebagainya.
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP
1. Terdapat beraneka jenis muka taip dan diklasifikasikan kepada
kumpulan tertentu mengikut bentuk huruf dan pereka bentuk
huruf masing-masing.
2. Lazimnya terdapat 4 kumpulan besar muka taip ang sering
diaplikasikan dalam gubahan grafik untuk percetakan iaitu :
a) Muka Taip Serif
b) Muka Taip Sans Serif
c) Muka Taip Kursif
d) Muka Taip Dekoratif
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP SERIF
1. Mempunyai ‘serif’- corak pena halus dan melengkung pada
bahagian atas dan bawah.
2. Corak bagi pena tegak adalah tebal dan nipis bagi pena
melintang.
3. Muka taip serif mudah dibaca. Ia sesuai digunakan untuk tajuk
buku, majalah, atur cara, risalah dan sebagainya.
4. Dikenali sebagai muka taip klasik.
5. Contoh : Bookman Old Style, Century School-book, Georgia,
Times New Roman dan lain-lain.
JENIS MUKA TAIP TIPOGRAFI
MUKA TAIP SERIF
CONTOH MUKA TAIP SERIF/KLASIK
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP SANS SERIF
1. Tidak mempunyai ‘serif’.
2. Corak pena seragam bagi garisan tegak dan melintang.
3. Hurufnya jelas dan mudah dibaca. Ia sesuai untuk tajuk dan teks
poster, pemberitahuan, iklan, tanda jalan, papan peraga dan
sebagainya.
4. Contoh : Arial, Century Gothic, Franklin Gothic, Helvetica,
Verdana, Trebuchet MS dan lain-lain.
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP SANS SERIF
CONTOH MUKA TAIP SANS SERIF
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP KURSIF
1. Tulisan berbentuk tulisan tangan.
2. Corak pena dari halus beransur tebal dan sebaliknya.
3. Rupa huruf bergaya, sukar dibaca tetapi sesuai untuk digunakan
dalam kad jemputan dan sebagainya.
4. Dikenali sebagai muka taip skrip.
5. Contoh : Arioso, Brush Script MT, Monotype Corsiva, Gargoyle,
Garamond, Vivaldi dan sebagainya.
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP KURSIF
CONTOH MUKA TAIP KURSIF
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP DEKORATIF
1. Bergaya dan mempunyai hiasan.
2. Tidak sesuai untuk teks bacaan tetapi sesuai untuk kad ucapan,
kad jemputan, cenderamata dan sebagainya.
3. Contoh : Angelica, Jokerman, Ladybug, Watson, Wooden Nickle
Black dan sebagainya.
TIPOGRAFI
JENIS MUKA TAIP MUKA TAIP DEKORATIF
CONTOH MUKA TAIP DEKORATIF
TIPOGRAFI
SAIZ MUKA TAIP
1. Disebut poin atau points dalam Bahasa Inggeris. Poin digunakan
untuk mengukur kedalaman atau ketinggian huruf. Terdapat 72 poin
dalam satu inci. Saiz normal yang sering digunakan adalah antara 6
ke 72 poin.
2. Ukuran saiz ang biasanya digunakan untuk menaip ialah 12 poin.
Dalam cetakan majalah dan buku, saiz huruf perlu dipilih dengan
teliti untuk menyesuaikan pembaca yang menggunakannya.
Umpamanya buku kanak-kanak tadika haruslah menggunakan
huruf yang lebih besar, biasanya dari 24 poin ke atas. Bagi murid-
murid sekolah rendah, huruf antara 12 poin hingga 24 poin boleh
digunakan. Bagi murid-murid sekolah menengah dan ke atas pula,
huruf antara 10 poin hingga 11 poin sudah mencukupi.
3. Ukuran lebar garisan mendatar huruf disebut pika. Terdapat 6 pika
dalam 1 inci dan 12 poin huruf bersamaan dengan 1 pika.
TIPOGRAFI
SAIZ MUKA TAIP
CONTOH SAIZ MUKA TAIP MENGIKUT POIN
TIPOGRAFI
ANATOMI HURUF DAN RUPA HURUF
1. Terdapat tiga bahagian penting dalam huruf iaitu asender atau
tiang atas, tinggi atau badan huruf dan desender atau tiang
bawah huruf
TIPOGRAFI
ANATOMI HURUF DAN RUPA HURUF
2. Rupa huruf boleh dipersembahkan dalam pelbagai gaya untuk
menimbulkan kesan visual yang tertentu. Antara jenis rupa huruf
yang sering digunakan adalah seperti yang ditunjukkan di
bawah :
CONTOH RUPA HURUF
TIPOGRAFI
SUSUNAN HURUF DAN PERKATAAN
1. Oleh kerana terdapat huruf-huruf yang berbeza saiz dan rupa
bentuk, susunan huruf perlu dibuat dengan teliti, kemas dan
cantik supaya senang dibaca.
2. Cara penyusunan huruf blok :
TIPOGRAFI
SUSUNAN HURUF DAN PERKATAAN
3. Jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain
biasanya satu huruf H. Contoh :
TIPOGRAFI
HURUF BERGAYA
1. Jika pereka grafik mencipta rupa huruf baru untuk menimbulkan
kesan visual tertentu, huruf inovasi dapat dicipta melalui
perubahan garisan grid seperti di bawah :
CONTOH DAN CARA MENCIPTA MUKA TAIP INOVASI
TIPOGRAFI
HURUF BERGAYA
2. Huruf melengkung dapat menimbulkan kesan visual yang
bergerak dan berirama. Dengan adanya perisian-perisian grafik
komputer, pereka cipta grafik dapat menghasilkan pelbagai jenis
huruf dalam susunan melengkung yang amat menarik.
CONTOH SUSUNAN HURUF MELENGKUNG MELALUI PENGGUNAAN
PERISIAN KOMPUTER ‘PHOTOSHOP’
TIPOGRAFI
HURUF BERGAYA
CONTOH SUSUNAN HURUF MELENGKUNG MELALUI PENGGUNAAN
PERISIAN KOMPUTER ‘PHOTOSHOP’
ILUSTRASI
ILUSTRASI
1 Bentuk lukisan @ PENGENALAN Ilustrasi yang berkesan
catan yang jelas dan dapat mencapai tujuan
sempurna bertujuan menjelaskan sesuatu
menyampaikan mesej dengan lebih efektif
@ idea yang tertentu dalam masa yang
singkat
ILUSTRASI
Untuk memberi
maklumat tertentu
Bersama-sama artikel @
rencana dalam akhbar Untuk mengkaji @
& majalah menghasilkan reka
bentuk ciptaan industri.
Pada iklan, poster, label Contohnya, ilustrasi
barangan dan teknikal
sebagainya
FUNGSI Untuk membuat kajian
Pada kad ucapan, kad perincian. Contohnya,
jemputan, kalendar dan ilustrasi perubatan,
sebagainya ilustrasi botani dan
sebagainya
Pada kulit dan sampul Untuk menjelaskan isi
buku kandungan buku,
terutamanya buku-buku
cerita kanak-kanak
ILUSTRASI
JENIS-JENIS ILUSTRASI
1. Ilustrasi Alam
2. Ilustrasi Fesyen
3. Ilustrasi Perubatan
4. Ilustrasi Senibina
5. Ilustrasi Teknikal
6. Ilustrasi Maklumat
7. Ilustrasi Penerbitan
ILUSTRASI
JENIS-JENIS ILUSTRASI 1. ILUSTRASI ALAM
1. Ilustrasi alam awal kebanyakan ilustrasi botani.
2. Ilustrasi alam moden berkecimpung haiwan, serangga dan sebagainya.
ILUSTRASI DARI BUKU LATIN ‘HERBARIUS’, 1484 OLEH PETER SCHOEFFER MELALUI