NOTA PSV T4 & 5
BAHAGIAN A | ASAS SENI REKA
PENDIDIKAN SENI VISUAL
2611 / 1
KERTAS 1 | TEORI SENI
CIK HASNI HAJI HASHIM
BAHAGIAN A | ASAS SENI REKA
ASAS SENI REKA
UNSUR SENI PRINSIP REKAAN STRUKTUR REKAAN
(ELEMEN SENI) (CARA PENGOLAHAN) (GAYA PERSEMBAHAN)
•GARISAN •HARMONI •STRUKTUR LINEAR
•RUPA •KONTRA •STRUKTUR
•BENTUK •PENEGASAN
•JALINAN •IMBANGAN PANCARAN
•RUANG •IRAMA DAN •STRUKTUR FORMAL
•WARNA •STRUKTUR TIDAK
PERGERAKAN
•KEPELBAGAIAN FORMAL
•KESATUAN
UNSUR SENI
GARISAN
GARISAN
PENGENALAN
a. Garisan ialah cantuman siri titik.
b. Garisan dihasilkan dengan menggunakan alat atau media yang bermula
dari satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu ruang
atau permukaan.
JENIS-JENIS halus tebal beralun
berduri
a. Garisan halus berbulu bergerigi berpancar
b. Garisan tebal Zig zag berbiji berlingkar
c. Garisan beralun
d. Garisan berpancar
e. Garisan berlingkar
f. Garisan berserabut
g. Garisan bersudut-sudut
h. Garisan bergerigi
i. Garisan berbiji
j. Garisan berbulu
k. Garisan putus-putus
l. Garisan berduri
putus-putus berserabut
GARISAN
FUNGSI
a. Garisan menimbulkan rupa.
b. Garisan menimbulkan bentuk.
c. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
d. Garisan mewujudkan ruang.
e. Garisan menghasilkan jalinan.
f. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
g. Garisan mewujudkan ton.
h. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
RUPA
RUPA
PENGENALAN
a. Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung
garisan dengan permulaannya.
b. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna
dan jalinan.
JENIS-JENIS b. Rupa Organik
a. Rupa Geometri Rupa organik merujuk kepada rupa bebas
yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai
sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
dan lain-lain rupa yang bersudut.
RUPA
OLAHAN RUPA - RUPA POSITIF DAN RUPA NEGATIF
a. Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan
tertentu.
b. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
RUPA POSITIF RUPA NEGATIF
RUPA
PERKEMBANGAN RUPA
a. Rupa boleh diperkembangkan memlalui tindanan, tambahan dan kurangan.
BENTUK
BENTUK
PENGENALAN
a. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu
permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
b. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang
bersifat realistik.
c. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk
seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
CIRI-CIRI
a. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi
ketinggian, lebar dan kedalaman
b. Berstruktur - mempunyai rangka yang
membolehkan membentuk form atau isipadu
dengan tepat dan sempurna
c. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai
lebih dari satu permukaan
d. Terdapat bayangan – mempunyai kesan
cahaya dan bayang
BENTUK
JENIS-JENIS
a. Bentuk Konkrit
Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
b. Bentuk Ilusi
Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna,
garisan dan lain-lain.
Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan
rata (bersifat dua dimensi).
Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.
BENTUK KONKRIT BENTUK ILUSI
JALINAN
JALINAN
PENGENALAN
a. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda,
seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit
kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
b. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan
tampak yang berbeza.
c. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
JENIS-JENIS
a. Jalinan Sentuh
Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan
seperti permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa
teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
JALINAN
b. Jalinan Tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa
melalui sentuhan seperti, dan sebagainya.
JALINAN SENTUH JALINAN TAMPAK
FUNGSI
a. Sebagai penyamaran
b. Menahan geseran
c. Sebagai hiasan
d. Sebagai pengaliran air dan udara
RUANG
RUANG
PENGENALAN
a. Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau
rongga dalam sesuatu objek.
JENIS-JENIS
a. Ruang Nyata
Ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b. Ruang Ilusi
Ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
RUANG NYATA RUANG ILUSI
RUANG
LUKISAN PERSPEKTIF
a. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut
dilihat pada jarak jauh.
b. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
c. Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan
sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis.
d. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi
3 dimensi melalui 3 cara
1 TITIK LENYAP 2 TITIK LENYAP 3 TITIK LENYAP
RUANG
LUKISAN PERSPEKTIF
a. 1 TITIK LENYAP
RUANG
LUKISAN PERSPEKTIF
b. 2 TITIK LENYAP
RUANG
LUKISAN PERSPEKTIF
c. 3 TITIK LENYAP
WARNA
WARNA
PENGENALAN
a. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati
oleh manusia.
b. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama
daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
JENIS-JENIS
a. Warna Asas
Warna asas atau warna primer merupakan
warna dasar sesebuah warna
Warna-warna yang tidak boleh dibuat
daripada campuran warna lain tetapi boleh
menghasilkan warna kedua dan ketiga
Mempunyai kuasa yang hebat
Digunakan dalam penghasilan seni seperti
poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya
WARNA
b. Warna Sekunder
i. Juga dipanggil warna kedua
ii. Warna sekunder dicipta daripada
campuran dua warna asas.
Warna sekunder = Warna asas + Warna asas
iii. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau :
a. jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru
c. Warna Tertier
i. Dicipta daripada campuran warna asas dan
warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
Warna tertier = Warna asas + Warna sekunder
ii. Warna tertier terdiri daripada :
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu
WARNA
GUBAHAN WARNA
a. Warna Harmoni
i. Dikenali sebagai warna sekeluarga – terletak bersebelahan 1 sama lain pada
roda warna.
ii. Menimbulkan suasana selesa, menarik dan seimbang.
iii. Kerap digunakan dalam ciptaan corak kain, kertas pembalut, kertas dinding,
peralatan kegunaan harian, hiasan dalaman dan sebagainya.
Contoh warna harmoni dalam ciptaan
seni visual
WARNA
b. Warna Penggenap
i. Warna yang terletak bertentangan antara 1 sama lain dalam roda warna.
ii. Segar, kaya dan bertenaga dapat menimbulkan kesan kontra, getaran dan
pergerakan amat sesuai digunakan untuk ciptaan hasil karya seni
komunikasi seperti poster, ilustrasi, pembungkusan, iklan, papan tanda,
simbol, logo dan sebagainya.
Contoh pasangan warna penggenap
WARNA
c. Warna Sewarna
i. Dikenal sebagai warna monokrom yang dihasilkan dalam pelbagai ton.
ii. Nilai warna lebih rendah – dicampurkan dengan lebih warna putih.
iii. Nilai warna meningkat – dicampurkan dengan warna hitam.
iv. Menimbulkan suasana harmoni dan selesa serta sesuai untuk ciptaan corak
tekstil, hiasan dalaman, jubin, perabot dan sebagainya.
Contoh sewarna bagi ton merah
Contoh ciptaan corak yang menggunakan gubahan warna sewarna
WARNA
NILAI WARNA
a. Warna Panas
1. Merangkumi ton warna, kroma dan warna neutral.
a) Ton Warna
i. Kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna
ii. Didapati melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar
tertentu iaitu ton cerah atau ton gelap
iii. Warna yang amat berguna untuk mencipta ruang dan bentuk 3D (3 dimensi)
WARNA
b) Kroma
i. Ketulenan sesuatu warna yang boleh menjelaskan warna tersebut
c) Warna Neutral
i. Warna kelabu yang tonnya adalah di antara putih dan hitam. Merujuk kepada
campuran dua warna penggenap dengan nisbah yang menghasilkan warna baru
yang telah hilang nilai kedua-dua warna aslinya. Contoh : Warna perang, khaki, kulit,
kuning air, sawa matang, coklat dan sebagainya.
ii. Tidak mempunyai kuasa langsung tetapi amat berguna untuk menurunkan kuasa
warna-warna lain. Sesuai digunakan bersama-sama warna asas, kombinasi warna-
warna penggenap dan warna-warna yang berkontra untuk melembutkan
kehebatan kesan karya supaya kelihatan lebih selesa dan tidak menyakitkan mata.
WARNA
SUHU WARNA
a. Warna Panas
1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan
kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu,
dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan
sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol
kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan,
kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan
warna panas
WARNA
b. Warna Sejuk
1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti
PRINSIP REKAAN
HARMONI
HARMONI
• Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan
damai
• Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak
unsur seni yang sesuai dan seimbang
• Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
• Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
KONTRA
KONTRA
• Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatu gubahan
• Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
• Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik
dan bahan yang berlainan
PENEGASAN
PENEGASAN
• Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
• Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
dan mengelakkan kebosanan
• Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
IMBANGAN
IMBANGAN
• Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan
• Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
• a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan
bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
• b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
IRAMA & PERGERAKAN
IRAMA DAN PERGERAKAN
• Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun,
berpancar, bersinar-sinar dsb
• Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih
hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan
• Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan
dsb
KEPELBAGAIAN
KEPELBAGAIAN
• Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan
idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
• Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya
tarikan dalam sesuatu gubahan
• Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu
gubahan
KESATUAN
KESATUAN
• Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur
dalam sesuatu gubahan
• Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur
dan selesa
STRUKTUR REKAAN
STRUKTUR LINEAR
STRUKTUR LINEAR
1. Merangkumi garisan grid dan garisan perspektif.
2. Garisan Grid Ulangan – persilangan garisan melintang dan
menegak untuk menghasilkan rupa berpetak-petak. Digunakan
sebagai panduan untuk menyusun motif secara berulang-ulang.
Contoh :
Grid Linear
STRUKTUR LINEAR
Gubahan Corak Berdasarkan Pelbagai Garisan Grid Ulangan Tertentu
STRUKTUR LINEAR
3. Garisan Grid Perspektif – sebagai panduan untuk melukis bentuk
dan menimbulkan ruang. Contoh :
STRUKTUR LINEAR
Grid Perspektif
STRUKTUR PANCARAN
STRUKTUR PANCARAN
1. Merangkumi garisan berpancar dan garisan berlingkar-lingkar.
2. Gubahan yang direka berdasarkan struktur pancaran dapat
menimbulkan irama dan pergerakan.
Gubahan Seni Visual Berdasarkan
Struktur Pancaran
STRUKTUR FORMAL
STRUKTUR FORMAL
1. Kedua-dua struktur linear dan struktur pancaran dikenal sebagai
Struktur Formal kerana mempunyai garisan-garisan panduan
yang tertentu.
2. Gubahan Seni Visual berdasarkan susunan struktur formal dapat
menimbulkan hasil yang harmoni, teratur dan seimbang.
STRUKTUR SEMI FORMAL
STRUKTUR SEMI FORMAL
1. Struktur Semi Formal mempunyai susunan yang agak seragam
tetapi terdapat perubahan atau pertukaran dari aspek saiz, rupa,
arah atau susunan.
2. Gubahan semi formal mempunyai ciri keseragaman yang
bervariasi dan bergaya serta dapat mengelakkan kebosanan.
STRUKTUR TIDAK FORMAL
STRUKTUR TIDAK FORMAL
1. Struktur Tidak Formal ialah struktur yang bebas dan tidak
mempunyai garisan-garisan panduan tertentu.
2. Gubahan Seni Visual yang berpandukan susunan struktur tidak
formal walaupun timbul dengan tidak sengaja dan tidak teratur,
masih boleh mempunyai imbangan, kesatuan dan berharmoni di
samping menggambarkan suasana yang lebih spontan, bebas
dan bergaya.
STRUKTUR REKAAN
SELAMAT MAJU JAYA
CIK HASNI HAJI HASHIM
KETUA PANITIA
PENDIDIKAN SENI VISUAL
SMK PENDING, KUCHING, SARAWAK