The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2020 - 1.2 - PENGHASILAN SENI VISUAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramze, 2020-11-21 19:41:00

PSV PENGHASILAN SENI VISUAL

2020 - 1.2 - PENGHASILAN SENI VISUAL

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

KAEDAH CETAKAN

I. Cetakan Timbul Lino
II. Cetakan Timbul Potongan/ Kepingan

Kayu

ALAT

a) Alat pengukir
b) Set pemahat
c) Roda penggelek warna
d) Kepingan kaca / cermin
e) Alat penekan
f) Pemampat
g) Pensel
h) Pen fel
i) Berus

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

ALAT

Peralatan Cetakan Timbul

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

BAHAN
a) Kepingan lino/ kayu (blok

cetakan)
b) Warna lino/ dakwat cetak
c) Minyak biji rami/ minyak linsid
d) Kertas surih
e) Kertas lembut (kertas akhbar

atau kertas tepung)
f) Turpentin
g) Minyak tanah

Bahan Cetakan Timbul

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

PROSES

a) Siapkan lakaran imej pada kertas, kemudian pindahkan imej ke atas kertas surih.
b) Ratakan permukaan blok kayu (tidak perlu bagi blok lino).
c) Tekap lakaran pada kertas surih ke atas blok.
d) Tandakan bahagian yang perlu ditebuk dengan pen fel.
e) Mulakan kerja mengukir.
f) Bersihkan permukaan yang siap diukir dengan berus.
g) Sediakan kaca dan dakwat.
h) Ratakan dakwat di atas kaca (campurkan dengan minyak linsid untuk

mencairkannya).
i) Gelek dakwat pada blok terukir.
j) Tekap kertas lembut pada permukaan blok.
k) Gosok kertas dengan pemampat, alat penekan atau penggelek yang bersih.
l) Tarik kertas tercetak perlahan-lahan.
m) Untuk cetakan poli yang pelbagai warna, corak diukir peringkat demi peringkat

dan proses cetakan dimulakan dengan warna yang paling muda diikuti dengan
warna-warna yang lebih gelap.

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

KAEDAH CETAKAN BAHAN
III. Cetakan Timbul Kolograf
IV. Cetakan Timbul Kolaj a) Pelbagai jenis bahan berjalinan
seperti tali, kain tenun, span,
ALAT kadbod bergelugur, kertas pasir,
a) Alat penggelek warna bulu, daun kering dan
b) Kepingan kaca / cermin sebagainya.

b) Papan lapis atau papan lembut
sebagai blok.

c) Warna lino/ dakwat cetak
d) Minyak biji rami/ minyak linsid
e) Kertas lembut
f) Turpentin
g) Minyak tanah

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

PROSES

a) Lukis lakaran di atas papan lapis atau papan lembut.
b) Susun, potong dan gamkan bahan kutipan pada permukaan

papan lapis/ papan lembut berpandukan lakaran anda.
c) Apabila blok kayu telah siap sedia, cetak seperti proses cetakan

kayu atau lino.

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

CONTOH

CETAKAN TIMBULAN ( RELIEF )

CONTOH

CETAKAN BENAM ( INTALGIO )

• Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau
plat.

• Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan,
akuatin dan mesotin.

• Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

CETAKAN BENAM ( INTALGIO )

CIRI-CIRI

a) Cetakan ini menggunakan plat logam.
b) Dakwat berada dalam turisan atau gurisan.
c) Kertas perlu dilembapkan terlebih dahulu sebelum

cetakan dibuat.
d) Cetakan profesional dilakkan dengan menggunakan

mesin cetak.

CETAKAN BENAM ( INTALGIO )

KAEDAH ALAT

a) Turisan (engraving) a) Kertas
b) Gurisan asid (etching) b) Dakwat likat
c) Akuatin (auatint) c) Minyak tanah
d) Mezotin (mezzotint) d) Sabun

ALAT

a) Plat logam
b) Jarum kasar atau besi tajam
c) Pemampat atau penggelek

CETAKAN BENAM ( INTALGIO )

PROSES

a) Plat logam yang licin diguris untuk membentuk garisan atau
jalinan.

b) Apabila gubahan atau corak telah siap, dakat likat disapu
ke seluruh permukaan plat.

c) Pastikan dakwat memenuhi garisan atau jalinan yang telah
diguriskan pada plat.

d) Dakwat yang terdapat pada permukaan timbul kemudian
dibersihkan.

e) Kertas yang telah dilembapkan diletakkan pada
permukaan plat.

f) Permukaan plat kemudian ditekan dengan menggunakan
pemampat atau penggelek yang bersih.

g) Dakwat dalam lurah garisan akan melekat pada kertas
untuk menimbulkan imej cetakan benam.

CETAKAN BENAM ( INTALGIO )

CONTOH

CETAKAN BENAM ( INTALGIO )

CONTOH

CETCAEKTAAKNAPNLDALIANTOTOAGGRRR(AAPFLIFA)(NLOITGORGARFIA/FI )

• Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang
mendatar.

• Dikenali juga sebagai litografi.
• Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
• Menggunakan blok batu kapur.
• Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

CETAKAN DATAR ( PLANOGRAFI/
LITOGRAFI )

CIRI-CIRI

a) Cetakan datar menggunakan blok batu kapur
sebagai blok persembahan imej.

b) Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak
dengan air.

c) Kekalisan antara air dengan minyak dapat
menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensel.

d) Cetakan yang memerlukan kemahiran profesional ini
dibuat dengan menggunakan mesin cetak.

CETAKAN DATAR ( PLANOGRAFI/
LITOGRAFI )

CONTOH

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

• Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu
pemidang.

• Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem
laker atau skrin foto emulsi.

• Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin
pemidang.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CIRI-CIRI

a) Cetakan stensil menggunakan pemidang kain sutera.
b) Imej dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem

laker (profilem) atau skrin foto (foto emulsi).
c) Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat.
d) Imej cetakan teknik stensil mempunyai garisan luar

yang lebih tepat dan tajam.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

KAEDAH

a) Cetakan Potongan Kertas Pendua
b) Cetakan Skrin Profilem
c) Cetakan Skrin Foto

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CETAKAN STENSIL KAEDAH POTONGAN KERTAS PENDUA

1. ALAT :
a) Pemidang skrin
b) Gunting/ pisau pemotong
c) Sekuji untuk meratakan pewarna pemidang skrin

2. BAHAN :
a) Kertas untuk memotong imej
b) Kertas mencetak
c) Pewarna/ Pencelup

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

3. PROSES :
a) Lukis dan gunting/ potong imej di atas kertas pendua.
b) Sediakan kertas cetakan.
c) Letakkan imej yang telah dipotong pada kertas
permukaan dasar yang hendak dicetak.
d) Letakkan skrin di atas kertas pendua.
e) Tuangkan pewarna atau dakwat di sudut atas skrin.
f) Gunakan sekuji untuk meratakan pewarna atau dakwat
di atas pemidang skrin.
g) Angkat pemidang skrin perlahan-lahan.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CONTOH

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CETAKAN STENSIL KAEDAH FILEM LAKER (PROFILEM)

1. ALAT :
a) Pemidang skrin
b) Pensel
c) Pisau pemotong (pisau NT)
d) Seterika
e) Sekuji

2. BAHAN :
a) Kain sutera (kain organdi)
b) Profilem
c) Pewarna
d) Kertas/ kain untuk cetakan

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

3. PROSES :
a) Sediakan lakaran corak.
b) Lukiskan corak pada muka belakang filem laker.
c) Potong bahagian yang hendak diarnakan dengan pisau NT.
d) Letakkan filem yang telah siap di atas permukaan rata
dengan bahagian berlilin menghadap ke atas.
e) Sediakan pemidang skrin.
f) Letakkan pemidang skrin di atas filem laker.
g) Gosok dengan seterika.
h) Gamkan pita pelekat di sekeliling pemidang skrin.
i) Alas meja dengan surat khabar.
j) Ratakan kain atau kertas surat khabar.
k) Letakkan skrin di atas bahagian yang hendak dicetak.
l) Tuang pewarna di bahagian atas pemidang skrin.
m) Berhati-hati apabila meratakan pewarna di atas skrin dengan
sekuji (tarikan seelok-eloknya dibuat sekali sahaja)

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

4. Pemidang skrin tambahan perlu digunakan untuk cetakan
beraneka warna.

5. Kedudukan imej cetakan perlu tepat (terutamanya jika
beberapa jenis warna digunakan).

6. Sentiasa mulakan cetakan dengan warna yang paling
muda.

7. Terdapat dua cara untuk mengubah warna cetak :
a) Satu skrin satu warna.
b) Cara tindih – warna baru dicapkan ke atas warna yang
lain untuk mendapar warna ketiga (Contoh : Biru atas
kuning menghasilkan warna hijau)

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CONTOH

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CETAKAN STENSIL KAEDAH SKRIN FOTO

1. ALAT :
a) Pemidang skrin
b) Pembaris logam
c) Sekuji
d) Lamou (250W – 500W)

2. BAHAN :
a) Filem asitat (filem lutsinar)
b) Foto emulsi
c) Sensitiser (kalium dikromat)
d) Kertas cetak, kain plastik atau kulit
e) Pewarna jenis yang legap seperti dakwat lino, dakwat
poster atau cat poster bagi cetakan atas kertas,
pencelup untuk cetakan atas kain, dakwat P.V.C bagi
cetakan atas plastik atau kulit.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

3. PROSES : Contoh – Permainan tradisional wayang kulit
a) Hasilkan beberapa lakaran berdasarkan tema dan tajuk di
atas.
b) Sediakan lakaran mengikut kesesuaian saiz pemidang.
c) Pilih lakaran yang paling baik.
d) Lukis lakaran pada filem asitat yang lutsinar.
e) Kertas lutsinar dihitamkan pada bahagian-bahagian yang
ditembusi dakwat atau warna semasa proses mencetak nanti
dengan menggunakan dakwat India.
f) Pastikan bahagian hitam menjadi legap.

Contoh beberapa lakaran berdasarkan tajuk pilihan.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

g) Penyediaan bingkai dan bahan saring sutera foto.
i. Basahkan sutera (organdi) terlebih dahulu.
ii. Tegangkan dan klipkan pada semua bahagian tepi
bingkai.
iii. Campurkan kalium dikromat (sensitier) dan emulsi foto
(nisbah 1:10) di dalam bilik gelap ata bilik bercahaya
samar yang minimum, yang tidak menghalang kerja.
iv. Kacau campuran sehingga sebati.
v. Sapukan bahan campuran di permukaan saring sutera
dengan sekuji atau pembaris logam. Sapaun perlu nipis.
Lebihan campuran hendaklah dibersihkan daripada
bingkai.
vi. Gunakan pengering rambut elektrik atau kipas angin
untuk mengeringkan bahan kimia.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

Proses menyediakan bingkai dan bahan saring sutera foto.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

h) Proses dedahan cahaya :
i. Teknik cahaya lampu – waktu pendedahan lampu
mengikut kekuatan kuasa lampu yang dipasang
(biasanya antara 3 hingga 5 minit) mengikut keperluan.
ii. Teknik cahaya matahari – masa dedahan ialah 0.5
hingga 1 minit dalam cahaya matahari panas terik
(mengikut keperluan).

Proses dedahan cahaya cetakan stensil kaedah skrin foto.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

i) Cuci pemidang menggunakan pancutan air. Bahagian
emulsi yang tidak terdedah kepada cahaya akan tanggal
dan bahagian terkena cahaya akan kekal.

j) Kemaskan pemidang dengan pita kerrtas.
k) Ratakan kertas cetak atau kain di atas meja cetakan yang

telah siap.
l) Sapukan warna pada permukaan skrin dengan sekuji.

Pastikan sapuan warna adalah rata.
m) Penggunaan warna kedua dan seterusnya hendaklah

menggunakan pemidang yag berlainan. Pastikan kejituan
imej semasa hendak mencetak adalah tepat.
n) Bilangan pemidang pada suatu karya bergantung pada
warna yang digunakan.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

Contoh teknik mengecap saring foto dua warna.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

KEMASAN, PERSEMBAHAN DAN PEMELIHARAAN

1. Karya dicetak dalam beberapa siri yang kemas dan
menarik.

2. Tuliskan bilangan atau siri cetakan, tajuk atau siri
cetakan dengan pensel atau karbon dan tanda
nama serta tarikh (tahun) dengan pensel atau karbon.

3. Lengkapkan karya dengan dengan lekapan atau
pembingkaian dan pastikan bahagian tepian cetakan
tidak terlindung. Ini bertujuan untuk menentkan
ketepatan (kejituan) pada cetakan.

4. Elakkan hasil cetakan daripada terdedah kepada
cahaya supaya warnanya tidak luntur.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

Kemasan pembingkaian cetakan.

CETAKAN STENSIL ( SARIGRAFI )

CONTOH

SELAMAT MAJU JAYA

CIK HASNI HAJI HASHIM
KETUA PANITIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL
SMK PENDING, KUCHING, SARAWAK


Click to View FlipBook Version