The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatin09-932, 2021-03-21 06:14:15

PENULISAN AKADEMIK

PENULISAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
EDUP3083

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: FATIN AINA NABIHAH BINTI MARZUKI
NO. KAD PENGENALAN: 980217-06-5574
2017192340117
ANGKA GILIRAN: PISMP C7
KUMPULAN:
TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN
NAMA PENSYARAH
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN: PENULISAN AKADEMIK (NPDL)

TARIKH SERAHAN: 20 MAC 2021

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS :

ISI KANDUNGAN 1
1
1.0 Pengenalan
2.0 Peringkat perkembangan guru Kementerian Pendidikan Malaysia 2
2
3.0 Pelan pembangunan diri dan kerjaya berpandukan 3
peringkat-peringkat perkembangan guru 4
5
3.1 Peringkat Permulaan 6
3.2 Peringkat Beraspirasi 6
3.3 Peringkat Kompeten
3.4 Peringkat Profisien 7
3.5 Peringkat Strategis dan berwawasan

4.0 Penutup

Rujukan

1.0 PENGENALAN
Perkembangan pendidikan abad ke-21 menyebabkan berlakunya peningkatan mutu
pendidikan di Malaysia. Ini kerana pendidikan merupakan medium yang sangat penting dalam
menentukan kualiti masyarakatnya. Oleh itu, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), guru harus mempersiapkan diri dengan lebih utuh bagi menjadi agen
perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
(2012), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjadikan budaya
kecemerlangan merupakan aspek yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia.
Justeru, peningkatan profesionalisme dalam kalangan guru dapat memastikan budaya ini
akan terus berkembang seiring dengan perubahan pendidikan. Oleh itu, penulisan ini
membincangkan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya berdasarkan peringkat-
peringkat yang diperkenalkan oleh KPM bagi membangunkan imej sekolah sebagai guru
baharu di sebuah sekolah kawasan pedalaman yang belum pernah mencapai sebarang
kejayaan.

2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dasar latihan pembangunan profesionalisme keguruan telah diperkenalkan oleh KPM pada
tahun 2016 untuk memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam
meningkatkan kompetensi profesional pada setiap peringkat perkembangan dan laluan
kerjaya guru bermula peringkat permulaan sehingga peringkat berwawasan (KPM, 2016).
Selain itu, dokumen Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)
dihasilkan oleh Bahagian Pendidikan Guru di KPM untuk membantu PPP dalam merancang
pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan mengikut tahap gred
jawatan masing-masing. Selaras dengan lima atribut yang dihasratkan iaitu beraspirasi,
kompeten, profisien, strategies dan berwawasan, dasar latihan ini digubal. Oleh itu, peringkat
perkembangan guru oleh KPM menerangkan enam peringkat peranan, tugas dan
tanggungjawab PPP bermula dari gred 41 hingga gred khas seperti gambar di bawah.
Rajah 1
Enam peringkat perkembangan guru oleh KPM

1

Permulaan Beraspirasi Kompeten Profisien Strategis Berwawasan

3.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA BERPANDUKAN PERINGKAT-
PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Pelan pembangunan diri merupakan satu proses berterusan untuk membentuk peribadi
seseorang guru dalam menghadapi cabaran. Selain itu, pelan pembangunan ini juga dapat
difahami sebagai satu cara untuk menilai diri sendiri dan meningkatkannya ke arah yang lebih
baik. Manakala, pelan pembangunan kerjaya merupakan satu proses berterusan yang
melibatkan pergerakan individu melalui beberapa peringkat kehidupan. Oleh itu, pelan
pembangunan diri dan kerjaya dalam dunia pendidikan dapat dirumuskan sebagai satu
panduan halatuju pencapaian yang dikehendaki untuk diri dan kerjaya sebagai seorang guru.

3.1 PERINGKAT PERMULAAN

Sebagai guru baharu yang berada di DG 41 pada peringkat permulaan, saya
berperanan sebagai pelaksana pengajaran dan fasilitator pembelajaran murid. oleh
itu, pada peringkat ini, saya akan mengikuti program latihan dalam perkhidmatan iaitu
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang diperkenalkan oleh KPM. Program
ini merupakan salah satu program yang dapat membina asas untuk perkembangan
profesionalisme berterusan bagi membantu saya mengadaptasi profesion keguruan
(Juariah & Siti Hajar, 2020). Program ini menggunakan pendekatan pementoran iaitu
seorang guru mentor yang berpengalaman akan membimbing saya selaras dengan
tiga objektif utamanya iaitu mengadaptasi diri dengan persekitaran dan budaya
sekolah, meningkatkan potensi diri dan membangunkan kompetensi profesionalisme

2

keguruan dalam memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 (Bahagian Pendidikan
Guru, 2015).

Contohnya, melalui program ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam
pengurusan bilik darjah iaitu dengan dapat mewujudkan hubungan rapo dengan murid.
Hubungan ini akan wujud sekiranya saya mempunyai pengetahuan yang luas tentang
latar belakang, minat, kekuatan dan kelemahan murid hingga dapat mewujudkan satu
kerjasama yang baik. Aney Marinda dan Norasmah (2019), menjelaskan pengurusan
bilik darjah yang berkesan merangkumi pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan murid. Justeru, saya akan
mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberikan oleh guru mentor melalui program
pembangunan ini dalam membangunkan imej sekolah melalui pengetahuan yang
diperolehi untuk mewujudkan hubungan yang erat dengan murid.

3.2 PERINGKAT BERASPIRASI

Pada peringkat beraspirasi, saya sebagai DG 44 akan berperanan sebagai penggerak
kualiti PdPC. Saya akan meneruskan budaya pembelajaran sepanjang hayat iaitu
dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambahbaik
proses PdPC. Seiring dengan abad ke-21, guru bukan lagi berperanan sebagai
penyampai maklumat semata-mata malah, berperanan sebagai agen perubahan
dalam pendidikan. Pelaksanaan budaya seperti ini dapat membantu saya dalam
menghadapi cabaran dan masalah yang dihadapi berhubung dengan amalan PdPC
dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran profesional guru. Oleh itu, saya
akan melaksanakan penyelidikan berkaitan pembelajaran yang berbantukan aplikasi
digital dalam kalangan murid di bilik darjah.

Amalan ini selaras dengan PPPM 2013-2025 yang telah menggariskan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam salah satu anjakan utamanya.
Berdasarkan anjakan tersebut, saya dapat mendedahkan aplikasi digital dalam bilik
darjah dan secara tidak langsung dapat menggalakkan pedagogi berpusatkan murid
(Liu et. al, 2016). Ini selaras dengan pernyataan yang menunjukkan bahawa
penggunaan aplikasi digital seperti kahoot, quizziz dan wordwall dalam bilik darjah
memberikan kesan positif terhadap pembelajaran secara kolaboratif (Tay, 2016).
Justeru, melalui budaya pembelajaran sepanjang hayat iaitu dengan menjalankan
penyelidikan mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
mengintegrasikan pengunaan teknologi untuk membangunkan imej sekolah.

3

3.3 PERINGKAT KOMPETEN

Pada peringkat seterusnya iaitu kompeten pada DG 48, saya berperanan sebagai
pembimbing dan mentor PdPC. Oleh itu, saya akan membimbing dan menyokong
rakan sekerja melalui amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Siti Nafisah
et. al, (2018), menjelaskan KPP merupakan satu pendekatan guru mempelajari cara
mengajar secara konsisten dan berterusan dalam sesebuah komuniti secara
terancang. Selain itu, KPP turut menekankan elemen kolaborasi dan kerjasama dalam
satu pasukan agar dapat memberikan impak yang besar dalam meningkatkan
kemahiran mengajar guru. Dalam KPP ini, terdapat pelbagai strategi yang boleh
dilaksanakan untuk berkongsi ilmu dan menyokong pembelajaran guru-guru lain
seperti guru pada peringkat permulaan. Antaranya seperti pengajaran bersama rakan
guru, tunjuk cara dalam pengajaran dan sistem sokongan rakan sekerja (Nor Izzati &
Rahimah Embong, 2018). Pada peringkat ini, saya akan menggaplikasikan pengajaran
bersama rakan guru atau dikenali sebagai ‘team teaching’. Nor Azimah et. a, (2017),
pengajaran bersama rakan guru merupakan kaedah pengajaran yang melibatkan dua
orang atau lebih sebagai tenaga pengajar. Kaedah pengajaran ini merupakan
gabungan tenaga pendidik yang berpengalaman dan baru dalam sesebuah mata
pelajaran.

Contohnya, secara berkolaboratif, saya akan melaksanakan perkongsian ilmu
melalui bimbingan yang akan diberikan kepada seorang guru yang akan menjadi
pasangan pengajaran untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Saya dan guru tersebut
akan berbincang mengenai perancangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dari
segi pemilihan aktiviti yang menarik dan sesuai untuk dijalankan. Pada fasa ini juga,
pembahagian slot untuk mengajar akan dibahagikan. Seterusnya, sewaktu PdPC
dijalankan, saya dan ahli kumpulan akan bergilir-gilir mengajar dan memantau murid
berdasarkan perancangan RPH yang dilaksanakan. Pada fasa terakhir, saya dan ahli
kumpulan akan membuat refleksi dari aspek kekuatan, kelemahan dan
penambahbaikan berdasarkan pengajaran yang dilaksanakan. Melalui pelaksanaan
pengajaran seperti ini, saya dapat membantu guru lain dari segi perkongsian idea dan
dapat membentuk nilai kerja berpasukan dalam diri. Pengajaran ini juga dapat
melahirkan guru yang berfikiran kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, melalui
pengaplikasian amalan ini dapat membentuk hubungan dengan rakan sekerja dan
dapat mengamalkan perkongsian budaya secara profesional yang bertujuan untuk
membantu membangunkan imej sekolah.

4

3.4 PERINGKAT PROFISIEN

Pada peringkat profisien, saya merupakan peneraju dan penggerak perubahan
berkaitan PdPC. Pada peringkat ini, saya bercita-cita untuk menyandang jawatan
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches
atau SISC+). Program ini berupaya meningkatkan kualiti para guru dan seterusnya
dapat memberikan impak berkesan terhadap murid dalam sesi PdPC melalui
penyeliaan dan bimbingan yang diberikan (Sarabiah Jusoh & Zamri Mahamod, 2016).
Oleh itu, saya perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang dan memiliki kemahiran
interpersonal serta intrapersonal yang baik kerana program ini melibatkan hubungan
dua hala dengan guru dibimbing (GDB).

Melalui pelaksanaan SISC+, saya akan mendedahkan GDB dengan bimbingan
khususnya dalam proses PdPC di bilik darjah yang lebih menjurus kepada
pembelajaran abad ke-21. Contohnya, saya akan membimbing GDB untuk
melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu dari aspek teknik
penyoalan di bilik darjah. Secara tidak langsung, penerapan ini dapat mewujudkan
suasana bilik darjah yang menarik dan berkesan berdasarkan proses KBAT berlaku
semasa teknik ini diaplikasikan iaitu apabila murid berfikir, berbincang dan memberi
pandangan mereka dalam mencari penyelesaian terhadap soalan yang dikemukakan
(Wong & Nur Ain, 2018). Penerapan teknik ini turut dapat membantu
memperkembangkan potensi dan minda murid supaya lebih berani untuk
mengemukakan hujah dan pendapat semasa proses PdPC berlangsung. Justeru,
saya sebagai jurulatih SISC+ akan memberikan bimbingan kepada para guru untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan khususnya dari aspek pedagogi supaya
lebih efektif, kreatif dan inovatif. Melalui bimbingan yang diberikan dapat memberikan
idea kepada saya untuk melaksanakan penambahbaikan dalam PdPC dalam
membangunkan imej sekolah.

3.5 PERINGKAT STRATEGIS DAN BERWAWASAN

Pada peringkat strategis, saya merupakan suri teladan dalam PdPC. Pada peringkat
ini, saya telah mempunyai kepakaran khusus yang mampu menghasilkan kreativiti dan
inovasi dalam penambahbaikan PdPC. Oleh itu, pada peringkat ini, saya akan
menghasilkan inovasi PdPC. Langkah ini diambil selaras dengan hasrat KPM yang
ingin memastikan guru sentiasa mempunyai kualiti dan prestasi yang terbaik iaitu
dengan menggalakkan guru melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti berinovasi dan
berperanan sebagai guru inovatif. Inovasi yang dihasilkan juga dapat dijadikan sebagai

5

pencetus utama kepada kepelbagaian aktiviti kreatif dan boleh dimanfaatkan oleh guru
terhadap murid.

Contohnya, saya akan menghasilkan satu inovasi yang menggunakan
pendekatan gamifikasi dalam PdPC. Inovasi berbentuk ini dapat menjadikan proses
pembelajaran lebih menarik dan interaktif (Rahimah Wahid, 2019). Selain itu, inovasi
ini turut mewujudkan pengalaman menarik, menggalakkan pembelajaran serta
membina kemahiran melalui setiap peringkat permainan. Ini kerana gamifikasi
menggunakan ciri-ciri seperti sistem mata, lencana pencapaian dan tahap kesukaran
seperti yang terdapat dalam permainan video. Perubahan pendidikan yang berlaku
sering dikaitkan dengan perubahan generasi. Oleh itu, pembelajaran kini memerlukan
pendekatan pendidikan baru dan pendekatan yang bersesuaian dengan ciri
pembelajaran abad ke-21 adalah melalui gamifikasi atau pembelajaran berasaskan
permainan (Sayed Yusoff, 2014). Manakala, pada peringkat berwawasan, saya
merupakan pemikir holistik yang mampu memberi inspirasi kepada murid melalui
budaya amalan inovasi. Oleh itu, melalui penghasilan inovasi ini dapat menambahbaik
PdPC dan seterusnya dapat membangunkan imej sekolah.

4.0 PENUTUP
Tugas guru bukan sekadar untuk mengajar malah untuk mendidik murid agar dapat
melahirkan modal insan yang seimbang. Seiring dengan perubahan pendidikan yang berlaku
pada masa ini, guru hendaklah memainkan peranan penting sebagai agen perubahan
pendidikan. Oleh itu, saya hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21. Hal ini kerana terdapat
hubungan yang signifikan antara kualiti guru dengan prestasi pencapaian murid. Justeru, KPM
sentiasa berusaha untuk memastikan setiap guru dapat mengembangkan profesionalisme
seiring dengan kerjaya keguruan. Berdasarkan PIPPK, setiap PPP telah disediakan satu garis
panduan untuk merancang pembangunan diri dan kerjaya mengikut tahap gred masing-
masing. Kesimpulannya, saya perlu mengambil inisiatif untuk membangunkan kualiti diri
berdasarkan pelan pembangunan diri dan kerjaya yang telah dibincangkan.

6

Rujukan

Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan bilik darjah guru
baharu yang mengikuti program pembangunan guru baharu (PPGB). Jurnal Pendidikan
Malaysia, 44(1), 21-27.

Bahagian Pendidikan Guru. (2015). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Idawati Moin & Wan Azlinda Wan Mohamed. (2018). Efikasi kendiri guru pelatih IPGKTHO
dalam melahirkan guru abad 21. Online Journal for TVET Practitioners.

Juairiah Marjonet & Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2020). Pementoran dalam program
pembangunan guru baharu kementerian pendidikan Malaysia. The Malaysian Journal
of Social Administration, 14(2), 79-95.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme
Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Liu, M., Navarrete, C. C., Scordino, R., Kang, J., Ko, Y., & Lim, M. (2016). Examining teachers’
use of iPads: Comfort level, perception, and use. Journal of Research on Technology in
Education, 48(3), 159–180.

Nor Azimah Ariffin & Dahlia Janan. (2017). Keberkesanan kaedah pengajaran bersama dalam
meningkatkan pencapaian penulisan karangan murid tingkatan 4. PENDETA Journal of
Malay Language, Education dan Literature, 8. 59-65.

Nor Izzati Abdul Latif & Rahimah Embong. (2018). Konsep amalan komuniti pembelajaran
profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam
2018,463-467.

Rahimah Wahid. (2019). Kaedah gamifikasi sebagai alternatif pengajaran dan pembelajaran
dalam kursus berkaitan alam sekitar. Journal of Education and Social Sciences, 12(2),
50-53.

Sarabiah Jusoh. (2018). Persepsi, amalan dan keberkesanan bimbingan jurulatih SISC+ dari
perspektif guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 42-52.

Sayed Yusoff Syed Hussain, Wee Hoe Tan & Muhammad Zaffwan Idris. (2014). Digital game
based learning for remedial mathematics students: a new teaching and learning
approach in Malaysia. International Journal of Multimedia Ubiquitous Engineering,
9(11), 325-388.

Siti Nafisah Ismail, Zuraidah Abdullah, Abdul Jalil Othman & Salwati Shafie. (2018). Amalan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru bahasa Melayu di Selangor.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4), 1-19.

Tay, H. Y. (2016). Longitudinal study on impact of iPad use on teaching and learning. Journal
Cogent Education, 3(1), 1–22.

Wong Su Hong & Nur Ain Elzira binti Abdullah. (2018). Bimbingan dan pementoran
pembimbing pakar peningkatan sekolah (SISC+) menurut perspektif guru dibimbing
(GDB). International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(13), 57-72.

7


Click to View FlipBook Version