MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH: PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI AHLI KUMPULAN: 1.NURUL BATRISHIA SYAZLYANA BINTI AHMAD TARMIZI (02DEE21F1065) 2.NURUL AFIQAH BINTI JAMALLUDIN (02DEE21F2012) 4.NUR AQILAH SYAHIRAH BINTI AZRULHISHAM (02DEE21F1019) 3.SITI NUR AFIQAH BINTI SULAINI (02DEE21F2013) 5.NURUL SYAFIKA BINTI MOHD MAZLAN (02DEE21F1085)
RUKUN SOLAT 1.Niat 2.Berdiritegak 3.Takbiratul Ihram 4.Membaca al-Fatihah 5.Rukuk 6.Iktidal 7.Sujud 8.Duduk antara dua sujud 9.Duduk tahiyat akhir 10.Membaca tahiyat akhir 11.Membaca selawat ke atas Rasulullah 12.Memberi salam 13.Tertib
RUKUN SOLAT TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN RUKUN QALBI RUKUN QAULI Rukun qalbi(hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati. Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu: Niat Tertib Rukun qauli(perkataan atau bacaan)ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya. Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu. Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah: Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar) Al Fatihah Tahiyat Akhir Selawat atas nabi Salam yang pertama rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan. Dalam rukun fi’literdapat enam rukun. Rukun tersebut adalah: Berdiri(qiam). Rukuk. Iktidal. Sujud. Duduk antara dua sujud. Duduk tahiyat akhir. Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut. RUKUN FI’LI
Dalam mazhab Imam al-Syafie membaca surah al-Fatihah di dalam solat merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat dan ia wajib dibaca di dalam setiap rakaat samaada solat sunat ataupun fardhu. Sekiranya seseorang itu tidak membaca surah al-Fatihah di dalam mana-mana rakaat maka solatnya itu tidak sah. Ini jelas melalui sabda Nabi SAW:
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT Syarat-syarat sah solat. 1. Mengetahui masuk waktu solat 2. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar: Hadas kecil: Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur. Hadas besar: Keluar air mani, haid, nifas, bersetubuh, wiladah dan mati selain mati shahid. 3. Suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat: Tahi. Darah. Nanah. 4. Menutup aurat: Auratlelaki: Daripada pusat hingga lutut. Aurat perempuan: Seluruh anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan. 5. Menghadap arah kiblat.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT - Sengaja Meninggalkan Rukun Solat Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal. Sekiranya terlupa,tidak terbatal solat. Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali. Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah. Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat - Berkata-kata Dalam Solat Berkata-kata dengan sengaja dalam bahasa manusia selain zikir, doa atau kalimah daripada al-Quran walaupun dengan satu huruf yang difahami dan untuk kepentingan solat. Contohnya seperti berkata kepada imam yang tersalah bilangan rakaat, “jangan berdiri” atau “duduk” - Makan atau Minum Semasa Solat Menelan sisa makanan yang ada di celahcelah gigi akan membatalkan solat. Sekiranya berasa ada sisa makanan di dalam mulut, perlu dibuang atau dikawal supaya tidak tertelan. - Berhadas Semasa Solat Berhadas atau didatangi hadas sama ada hadas kecil atau hadas besar ketika sedang solat. Contohnya terkentut atau terkeluar air kencing walaupun sedikit.
ORANG LELAKI YANG BERMUSAFIR PADA HARI JUMAAT Wajib solat jumaat ketika bermusafir? -Dari Fatwa Kebangsaan 1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith : Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir. Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma" , sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur Mazhab Syafie Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat
HUKUM SEMBAHYANG UNTUK ORANG SAKIT Kemudahan (Rukhsah) Sekiranya tidak mampu berdiri bolehlah sembahyang sambil duduk sama ada duduk di atas lantai, duduk di atas kerusi atau duduk di atas kerusiroda. Jika tidak mampu untuk duduk maka hendaklah mengiring di atas rusuk kanan/kiri serta menghadapkan dada dan mukanya ke arah kiblat. Jika tidak boleh mengiring maka hendaklah baring terlentang dengan kaki menghadap arah kiblat dan kepala ditinggikan sedikit.
SEMBAHYANG UNTUK ORANG SAKIT
Dalil Rukhsah Solat Maksud Hadis : Dari Imran bin Hashin (r.a)telah berkata, Adalah aku menghidap buasir maka aku bertanya Rasulullah s.a.w. dari hal solat, maka berkata Rasulullah s.a.w. “Solatlah dalam keadaan berdiri, maka jika kamu tidak mampu, hendaklah kamu duduk, jika kamu tidak mampu maka hendaklah kamu mengiring. ” . ( Riwayat al Bukhari) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “solatlah kamu dengan cara berdiri, jika tidak mampu hendaklah kamu duduk, jika tidak mampu juga hendaklah solat secara berbaring atau tidurterlentang. “ (Hadis Riwayat Jemaah dan an-Nasai).
1. SOLAT SAMBIL DUDUK • Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud. • Mengadap kiblat. • Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa. • Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud. • Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula. • Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk. 2. SOLAT BARING MENGIRING • Mengiring di atas rusuk kanan. • Muka dan dada mengadap kiblat. • Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk. • Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagirukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata. 3. SOLAT BARING MELENTANG • Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat • Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat. • Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas • Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan caralintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat. • Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja. 4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA • Berada dalam keadaan berbaring sambilterlentang. • Kaki menghala ke arah kiblat. • Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata. 5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI • Menggerakkan ingatan di dalam hati menuruttertib solat.
SOLAT UNTUK ORANG MUSAFIR
Solat ini diberi kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km). Selain musafir ianya juga boleh dilakukan ketika ada halangan atau keuzuran.Contoh orang yang dibenarkan menjamakkan solat termasuk: 1. Doktor yang sedang membedah pesakit. Contohnya waktu pembedahan mengambil masa yang lama. 2. Pesakit yang menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama. 3. Doktor yang sedang membedah pesakit. Contohnya waktu pembedahan mengambil masa yang lama. 4. Pesakit yang menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama Solat Qasar bermaksud memendekkan rakaat solat.Solat yang boleh dipendekkan rakaatnya menjadi dua rakaat ialah solat Isyak, Zohor dan Asar.Subuh & Maghrib tidak boleh dipendekkan & rakaatnya seperti biasa. Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya , Mengumpulkan solat Zohor dengan solat Asar atau solat Asar dengan solat zohor. Solat Jamak terbahagi kepada dua, iaitu Jamak Takdim dan Jamak Takhir.
Jamak Takdim bermaksud melakukan solatjamak dalam waktu solat pertama . Solat Zohor dijamakkan dengan solat Asar dalam waktu Zohor.Solat Maghrib dan solat Isyak dalam waktu Maghrib. Solat Jamak Jamak & Qasar Zohor dan Asar(JAMAK TAKDIM) 1. Setelah masuk waktu Zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berwuduk dan bersedialah untuk solat. 2. Solat Zohor dahulu kemudian Asar. Lafaz niat solatjamak takdim bagi solat Zohor adalah seperti berikut: “Sahaja aku solatfardu Zohor, qasar dua rakaatjamak takdim kerana Allah Taala.’’ 3. Solat seperti solatfardu biasa. 4. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solatfardu tersebut(muwalat) 5. Lafaz niat untuk solatjamak fardu Asar: ‘’ Sahaja aku solatfardu Asar, qasar dua rakaatjamak takdim kerana Allah Taala.’’ 6. Solat seperti solatfardu biasa. Jamak takhir pula adalah melaksanakan solatjamak pada waktu solat kedua. Solat Zohor dijamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar. Solat Maghrib dan solatIsyak dalam waktu Isyak. Solat Jamak & Qasar Asar dan Zohor(JAMAK TAKHIR) 1. Setelah masuk waktu Zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah untuk mengerjakan solat Zohor di waktu Asar nanti. 2. Solat Asar dahulu kemudian Zohor. Lafaz niat solatjamak takhir bagi solat Asar adalahseperti berikut: ‘’ Sahaja aku solatfardu Asar, qasar dua rakaatjamak takhir kerana Allah Taala.’’ 3. Solat seperti solatfardu biasa. 4. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solatfardu tersebut(muwalat) 5. Lafaz niat untuk solatjamak fardu Zohor; ” Sahaja aku solatfardu Zohor, qasar dua rakaatjamak takhir kerana Allah Taala.’’ 6. Solat seperti solatfardu biasa.