The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fariahazyyati, 2021-06-12 10:18:33

LIBERALISME

LIBERALISME

MPU 31032 – FALSAFAH DAN ISU SEMASA

CABARAN LIBERALISME KEPADA BUDAYA
BANGSA DAN PEGANGAN AGAMA.

NAMA NO PENDAFTARAN
NUR’AFIFAH BINTI FADLULLAH 01BCT20F3012

MUHAMMAD HAFIZ BIN SHAHRIL 01BCT20F3022

NUR AZYYATI FARI’AH BINTI FARIZAL 01BCT20F3030
HARYADI

MAKSUD LIBERALISME

• Liberal berasal daripada perkataan Latin liber
yang bermaksud bebas atau bukan hamba

• Perkataan "liberal" banyak dikaitkan dengan
perkataan Inggeris liberty dan konsep
kebebasan

ALIRAN-ALIRAN LIBERALISME

1. Liberalisme politik
• menekankan perjanjian sosial yang

mana rakyat merangka undang-undang
and bersetuju untuk mematuhi
undang-undang tersebut.
• Liberalisme politik mengandungi semua
lapisan masyarakat tanpa mengira
jantina, kaum atau taraf ekonomi.
• Liberalisme politik juga menekankan
kedaulatan undang-undang dan
demokrasi liberal.

2.Liberalisme budaya

• menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan
dengan cara hidup dan perasaan hati
termasuk kebebasan seksual, kebebasan
beragama, kebebasan pemahaman dan
pelindungan dari campur tangan kerajaan di
dalam kehidupan peribadi

3.Liberalisme ekonomik

• menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda
dan kebebasan perjanjian bertulis

• memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang
mahu membuang semua halangan terhadap
perdagangan dan pemberhentian kemudahan
yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan
monopoli

• Liberalisme ekonomik menerima ketidak
samarataan sebagai hasil semulajadi daripada
persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang
mengacam hak-hak peribadi.

CIRI-CIRI FAHAMAN LIBERAL:

Antara ciri-ciri fahaman liberal:
• Penafsiran al-Quran berlandaskan akal semata-

mata (logik akalP
• Mempertikaikan kesahihan al-Quran
• Mendakwa al-Quran bukan wahyu Allah tetapi

ciptaan Nabi Muhammad
• Menolak Hadis
• Menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan

ASPEK AKIDAH

• Berpegang kepada konsep Pluralisme:
setiap agama mempunyai konsep, persepsi
dan respon tersendiri terhadap Realiti Yang
Agung. Di mana semua agama adalah sama
tarafnya.

• Akal manusia adalah wahyu: wahyu adalah
akal manusia yang menghidupkan teks al-
quean berdasarkan tujuan dalam konteks
suasana zaman

• Meragui ketulinan Al-Quran: al-Quran
diresapi oleh budaya Arab dan sekarang
tidak releven kerana yang tinggal adalah
pesanan budaya Arab.

ASPEK SYARIAH

• Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-
Hadis: mempertikaikan cara pentafsiran al-Quran yang
diguna pakai kini. menggunakan pemikiran takwilan sendiri
terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza
dengan pegangan Ahli Sunah Wal-Jemaah.

• Menggesa tafsiran baru konsep ibadat: ‘membuka dan
membebaskan” tafsiran Al-Quran sebagai alasan untuk
memajukan umat Islam malah menempuh proses
dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

• Mempertikai kriteria dan akhalk kenabian: mengkritik sifat
Nubuwwa

• Sikap-sikap terhadap ilmu Islam: buatan manusia bukan
daripada ilham dari Tuhan

• Sikap terhadap hukum: mengambil tujuan hukum bukan
bentuk hukum.

HUKUM- ISU YANG DIPERTIKAI
FAHAMAN LIBERAL DI MALAYSIA

1.Hukum menutup aurat
Hukum menutup aurat dikatakan bahawa menutup
aurat bukan aurat yang kita fahami tetapi menutup
minda daripada unsur-unsur yang merosakkan
umpamanya. Hal ini dapat dilihat bagaimana
golongan ini cuma menyesuaikan agama dengan
kehidupan moden sehingga mereka tidak mengambil

.kira mana kewajipan serta keperluan

2.Kes murtad Lina Joy
Kes murtad Lina Joy di mana ada golongan
beragama Islam kononnya menyokong tindakan
Lina Joy yang memohon dibuang agama
dalam kad pengenalan. Hal ini dapat dilihat
bagaimana golongan ini berpendirian bahawa
agama itu hal individu seterusnya akan
menimbulkan pelbagai salah faham terhadap
masyarakat Islam lain.

Keratan akhbar Mingguan Malaysia pada tahun 2013

3.Sister In Islam (SIS)
Sister In Islam (SIS) mengatakan isu Kartika Sari Dewi
yang meminum arak. Mereka menggunakan
hujah bahawa ‘Kartika Sari Dewi mengamalkan,
mempraktiskan hak individu dia untuk
minum arak. TIDAK SALAH kerana tidak
mengganggu orang lain.

4.Isu pelaksanaan Hudud
Isu pelaksanaan Hudud di mana ada golongan
ini yang menolak hudud. Isu hudud ini isu
kebolehupayaan kita untuk melaksanakannya,
dan kita sebagai umat Islam tidak perlu timbul
terima atau tidak terima. Hal ini berlaku kerana
golongan ini bimbang pelaksanaan Hudud akan

.mengganggu hal asasi individu berkaitan

5.Agenda Seksualiti Merdeka

Agenda Seksualiti Merdeka yang kononnya mahu menyokong
dan memberi pendedahan kepada masyarakat serta pihak
berkuasa agar mengiktiraf golongan lesbian, biseksual,
homoseksual dan transgender (LGBT).

LANGKAH MENGATASI ISU

LIBERALISME DI MALAYSIA

• Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan 582 aktiviti
melibatkan sesi penjelasan, seminar, konvensyen, risikan dan
siasatan

• Pemantauan media sosial dan penerbitan buku berkenaan fahaman
ini juga dilaksanakan.

• Pemerkasaan bidang kuasa penghukuman Rang Undang-undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau
lebih dikenali sebagai RUU 355 juga perlu diberi perhatian.

• (a) daripada penjara maksimum tiga tahun kepada penjara
maksimum 30 tahun;

• (b) denda tidak melebihi RM5,000 kepada denda maksimum
RM100,000

• (c) dan sebatan maksimum enam kali kepada sebatan tidak
melebihi 100 kali.

KESIMPULAN

• Kesimpulannya, cabaran umat Islam dulu dan kini
serta akan datang sentiasa menjadi polimik yang
berterusan. (Al-Baqarah ayat 120). Tidak
dinafikan bahawa umat Islam sedang bertungkus-
lumus untuk mencapai kemajuan material dan
dalam pada masa yang sama berusaha untuk
menjadikan umat Islam yang berkualiti dari aspek
akidah dan keimanan. Namun cabaran yang cuba
menggugat dengan menggunakan acuan yang
diprojekkan kepada Islam adalah cabaran yang
paling bahaya dan gentir sekali.


Click to View FlipBook Version