KAL3053 (A) I NUR HANISAH BINTI HASSAN I D20191088781
MIKI SI ARNAB
YANG
BERTUAH
Ditulis oleh Hanisah Hassan
ISI KANDUNGAN
i
Isi Kandungan
Pendahuluan ii
Kisah Miki Si Arnab 1
Yang Bertuah
Pengajaran Dalam 11
Kisah Miki Si Arnab
Yang Bertuah
3 Soalan KBAT 12
Langkah Aktiviti Kraf 13
Beg Kertas Arnab 16
Rujukan
i
Pendahuluan
Buku cerita kanak-kanak yang bertajuk "Miki Si Arnab Yang Bertuah" tulisan
Hanisah Hassan ini memaparkan tentang pendidikan moral atau nilai-nilai
murni yang perlu diterapkan dari awal usia lagi. Tajuk cerita ini
mengetengahkan tentang subjek Pendidikan Moral untuk Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Pendidikan Moral memfokuskan tentang pembentukan insan berakhlak mulia
dengan berteraskan tiga domain iaitu penaakulan moral yang merupakan
keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik dan perlakuan jahat.
Seterusnya, emosi moral iaitu perasaan moral melahirkan motivasi dan niat
untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri, orang lain dan
haiwan. Kemudian, Perlakuan moral iatu tindakan moral yang ada kaitan
antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati.
Ketiga-tiga domain tersebut perlu diaplikasi dengan 14 nilai universal iaitu
kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih,
hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan dan toleransi yang menjadi wahana bagi
menghasilkan insan yang berakhlak mulia.
Dalam buku cerita ini, nilai murni yang akan ditonjolkan adalah PM 7.0 kasih
sayang yang bertemakan tentang haiwan. Antara standard pembelajaran
yang ditunjukkan adalah PM 7.1.2 iaitu menunjukkan kasih sayang terhadap diri
sendiri, orang lain dan haiwan.
Kasih sayang merupakan tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang
menunjukkan kasih dan sayangnya kepada orang lain atau haiwan.
Diharapkan buku cerita ini dapat memberi manfaat dan dapat menerapkan
nilai kasih sayang pada awal usia kanak-kanak.
ii
Di sebuah rumah yang cantik,
kepunyaan keluarga yang
bahagia iaitu Encik Ahlan,
Puan Amirah dan anak
mereka yang bernama Aidan.
1
Ruang Makan
saya
Pada setiap pagi, ibu akan
menyiapkan sarapan pagi
untuk Aidan. Aidan akan
bersarapan bersama dengan
keluarganya sebelum ke
sekolah.
2
KASIH SAYANG
Di sekolah, Aidan dan rakan-
rakannya memberikan
sepenuh perhatian kepada
guru yang sedang mengajar
di hadapan kelas.
3
Semasa pulang dari sekolah
bersama ibunya, Aidan
ternampak seekor arnab di
jalan semasa dia ingin pulang
ke rumahnya.
4
Ibunya terus
memberhentikan kereta di
sisi jalan. Kemudian, Aidan
melihat arnab tersebut
mempunyai luka di kaki.
5
Ibu, kasihan
kan arnab
ini.
Selepas itu, Aidan membawa
arnab itu pulang ke rumah
untuk merawat kaki arnab
yang terluka itu.
6
Setelah sampai di rumah,
Aidan mengambil ubat sapu
yang berada di dalam almari
untuk disapukan pada kaki
arnab tersebut.
7
Aidan menamakan arnab itu
dengan nama Miki. Setiap hari,
Aidan akan memberikan
makanan dan minuman untuk
Miki.
8
Beberapa minggu kemudian,
keadaan Miki nampak lebih
sihat. Miki terlihat sangat
lincah dan kaki Miki beransur
sembuh.
9
Kedua ibu bapa Aidan
memberi izin kepada Aidan
untuk memelihara Miki. Aidan
sangat gembira dan berjanji
bahwa akan menjaga Miki
sebaiknya.
10
PENGAJARAN
DALAM kisah miki si arnab yang bertuah
Sayangi haiwan
peliharaan kita dan
jaga lah haiwan
peliharaan tersebut
dengan baik.
Kita perlulah
mengetahui tentang
cara penjagaan haiwan
peliharaan kita dengan
betul dan sihat.
Kita tidak seharusnya
berbuat jahat atau
menganiaya haiwan
kerana perbuatan
tersebut tidak disukai
oleh agama kita.
11
3 soalan Kbat
Aplikasi Bagaimanakah cara untuk kita
menunjukkan perasaan kasih sayang
kepada ibu bapa & keluarga kita?
Jawapan: Dengan mendengar arahan
mereka, membantu dalam melakukan
kerja rumah dan sentiasa memberitahu
mereka bahawa kita menyayangi mereka.
Apakah yang anda perlu lakukan sekiranya ANALISIS
ibu bapa tidak membenarkan untuk
memelihara haiwan peliharaan kerana adik
beradik anda mempunyai alahan?
Jawapan: Memberikan haiwan tersebut
kepada pusat jagaan di beberapa buah
tempat berdekatan atau memberi haiwan
tersebut kepada sesiapa yang ingin
memeliharanya.
PENILAIAN Adakah perbuatan memukul haiwan
peliharaan itu merupakan perbuatan yang
baik?
Jawapan: Tidak, memukul haiwan peliharaan
adalah perbuatan yang tidak baik. Kita perlu
menjaga haiwan tersebut dengan penuh
kasih sayang.
12
Langkah Aktiviti
Kraf Beg Kertas
Arnab
1.Sediakan bahan-
bahan seperti 2 kertas
warna berbeza,
pembaris, gunting,
pensil dan gam.
2. Lekatkan bahagian
penghujung kertas warna
kiri dan kanan. Kemudian,
bahagian yang sudah
dilekatkan akan dibawa ke
bahagian tengah.
13
3. Selepas itu, lipatkan
sedikit di bahagian bawah
kertas warna dan
lekatkan bahagian lipatan
tadi.
4. Ambil kertas warna yang
berlainan, lipatkan kertas menjadi
4 lipatan. Gunting dan ambil satu
lipatan kertas itu. Kemudian,
gunting lipatan kertas itu menjadi
bentuk separa bulat.
14
5. Lekatkan bahagian
separa bulat yang telah
digunting pada bahagian
atas kertas warna yang
pertama tadi.
6. Ambil bahagian
kertas warna yang
berlebihan dan lukiskan
bentuk telinga arnab
seperti yang terdapat
dalam gambar.
7. Akhir sekali,
tampalkan telinga arnab
di bahagian atas beg
kertas dan kanak-kanak
boleh tambahkan
dekorasi seperti telinga,
hidung dan kaki arnab
mengikut kreativiti
mereka.
15
RUJUKAN
Kala Kraft. (2018). Paper Craft For Kids | Art and Craft
With Paper For Kids | Easy Kids Craft. Diperoleh
daripada https://www.youtube.com/watch?
v=C9i9Rl2Ed3A
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaaan. Putrajaya,
Malaysia.
Winarko, R. R. (2020). Makna Kasih Sayang Ayah dalam
Film Keluarga Cemara. Sahafa Journal of Islamic
Communication, 2(2), 125.
16