MODUL
PENGAJARAN
KANAK-KANAK
UNTUK IBU BAPA
(TADIKA)
KAQ3073: HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI DAN
BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
(KUMPULAN B)
PROFESOR MADYA DR. NORDIN BIN MAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
NUR HANISAH BINTI HASSAN
PENGENALAN
Sains adalah satu sistem untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Sistem ini
menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk menerangkan dan
menjelaskan fenomena semula jadi. Istilah sains juga merujuk kepada koleksi
pengetahuan yang telah dikumpulkan melalui sistem itu. Semasa melakukan
penyiasatan, ahli-ahli sains mengamalkan sikap dan nilai-nilai yang tertentu.
Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin tahu yang sedia ada dalam diri
kita tentang alam semulajadi. Melalui sains kita akan tahu jawapannya. Sains
itu bersifat kompleks. Fokus sains adalah tentang alam semulajadi. Selain itu,
sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam
semulajadi berfungsi dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi, sains bukan
hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman. Sains
adalah berkaitan dengan menguji idea dan membuat kesimpulan berasaskan
bukti penyiasatan. Sains juga merupakan ilmu pengetahuan yang teratur iaitu
sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains lebih
merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penaakulan mengenai dunia ini.
Sains diperkembangkan, bukan dengan cara menghafal fakta atau rumus
demi mendapatkan jawapan tetapi dengan cara mengamalkan pemerhatian
dan penaakulan. Sains juga merupakan sebagai proses. Seperti di dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyatakan bahawa
sains awal menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran
proses sains melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam bahan dan
alam fizikal. Fokus modul ini adalah berkaitan dengan tema SA 4.0 menyiasat
alam bahan. Dalam tema alam bahan ini, fokus modul adalah mengenai topik
SA 4.1.5 menyiasat tindakan magnet ke atas pelbagai objek. Di samping itu,
matlamat topik ini adalah memberi kefahaman tentang bagaimana sebuah
magnet itu boleh berfungsi dan bertindak terhadap objek-objek yang tertentu.
Di dalam topik ini juga, kanak-kanak boleh mengamalkan kemahiran proses
sains iaitu memerhati, mengelas, mengukur, membuat inferens, meramal dan
berkomunikasi. Oleh hal yang demikian, modul ini disediakan dengan bertujuan
sebagai panduan kepada ibubapa untuk membantu mereka dalam
melaksanakan aktiviti bersama kanak-kanak di rumah.
KONSEP Mengembangkan sikap ingin
tahu dan minat tentang
dunia di sekeliling mereka.
Membolehkan kanak-kanak
untuk melakukan
penyiasatan dan ramalan
dalam sesuatu eksperimen.
Menggalakkan kanak-kanak
untuk berfikir secara kritis
dan kreatif dalam
menguasai pemahaman
mudah sains awal.
penerangan
kandungan
aktiviti
LANGKAH 1
Langkah pelaksanaan aktiviti yang
pertama adalah ibubapa atau penjaga
perlu memperkenalkan aktiviti yang akan
dilakukan iaitu eksperimen sains.
Ibu bapa menunjukkan kotak misteri dan
memberi penyoalan mengenai objek yang
terdapat dalam kotak tersebut.
Dengan menggunakan kotak misteri, ini
akan meningkatkan sifat ingin tahu dan
keterujaan kanak-kanak untuk belajar.
LANGKAH 2
Ibubapa perlu menyusun objek-objek
tersebut daripada kotak misteri sambil
mengajak kanak-kanak untuk menyebut
nama objek yang disediakan.
Ibubapa perlu menerangkan maksud atau
konsep magnet dengan memberitahu
cara penggunaan dan tindakan magnet.
Antara objek-objek yang digunakan
adalah kunci, buku, klip kertas, botol
plastik, paku dan pemadam.
LANGKAH 3
Demonstrasi eksperimen dimulakan
dengan melakukan eksperimen tindakan
magnet dengan menyediakan kayu, tali
dan magnet dan dijadikan sebagai joran.
Ibubapa perlu menyediakan 6 objek
seperti dalam langkah 2.
Kanak-kanak perlu memegang joran dan
membiarkan tali yang mengandungi
magnet dihujungnya melekat pada objek
besi atau keluli.
Ulangi langkah yang sama dengan objek
yang berlainan dan melihat magnet
tersebut melekat pada objek yang lain.
LANGKAH 4
Perbincangan dijalankan bersama dengan
kanak-kanak mengenai hasil eksperimen
yang dilaksanakan.
Terdapat aktiviti yang perlu dilakukan
oleh kanak-kanak tentang tindakan
magnet.
Dengan menggunakan media PowerPoint
tentang pemilihan objek yang tidak
tertarik dengan magnet.
Kanak-kanak perlu klik dan pilih 4 objek
yang tidak tertarik dengan magnet.
LANGKAH 5
Ibubapa atau penjaga perlu membuat
kesimpulan tentang pembelajaran yang
telah dijalankan.
Ibubapa bersoal jawab tentang objek-
objek yang tertarik dan tidak tertarik
dengan magnet.
Ibubapa perlu meminta kanak-kanak
untuk menunjukkan eksperimen yang
mereka lakukan.
Kanak-kanak menjawab pertanyaan
tersebut dan seterusnya ibu bapa perlu
menanyakan tentang perasaan kanak-
kanak.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN/
AKTIVITI KANAK-
KANAK
(TINDAKAN MAGNET)
Lembaran kerja
PENTAKSIRAN
kit media
Kit media merupakan salah satu teknologi yang boleh digunakan oleh
kanak-kanak sebagai satu bentuk bahan pembelajaran bagi kanak-kanak.
Pada zaman serba moden ini, kanak-kanak juga tidak terlepas dalam arus
pemodenan ini. Dengan penggunaan media teknologi ini sangat membantu
kanak-kanak dalam menarik minat pembelajaran mereka. Antara salah
satu platform yang saya gunakan untuk modul ini adalah dengan
menggunakan aplikasi atau platform yang dikenali sebagai PowerPoint.
Aplikasi pembelajaran ini disedikan sendiri oleh saya sebagai pendidik bagi
memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak
dalam tunjang sains dan teknologi yang bertajuk tindakan magnet sekali
gus platform ini juga membantu ibubapa atau penjaga dalam proses
pengajaran di rumah.
Cara penggunaannya sudah saya sertakan di dalam google drive, ibubapa
atau penjaga perlu memuat turun aplikasi tersebut dan ianya boleh
digunakan untuk ibubapa dan kanak-kanak.
Rumusan
Proses Pendidikan Sains Awal kanak-kanak pada peringkat awal
menekankan konsep pembelajaran yang aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang
dirancang perlulah bercorak Hands-On iaitu dengan melibatkan kanak-
kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana, kanak-kanak belajar untuk
memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan,
rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.
Kanak-kanak perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara
inkuiri untuk memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran 6 proses
sains dengan baik. Bagi memenuhi rasa ingin tahu, menanamkan semangat
cintakan alam, meningkatkan daya kreatif dan imaginasi, meningkatkan
keupayaan menyelesaikan masalah, mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran saintifik dan meningkatkan pemikiran logik dan kritis serta
memupuk minat terhadap sains dan teknologi.
Tambahan lagi, kaedah pengajaran kini sangat menitikberatkan
penggunaan media teknologi. Dengan penggunaan media teknologi,
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan menarik untuk
kanak-kanak. Harapan yang sangat besar diletakkan agar modul ini dapat
memberi manfaat dan kebaikan kepada ibubapa, penjaga serta kanak-
kanak. Semoga dengan terhasilnya modul ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam subjek sains selari dengan
harapan pendidikan negara di Malaysia.
TERIMA KASIH