PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM
(PIMK2313DR)
Kaedah & Teknik
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Sirah
ARTINI . RASHIDAH . HANISAH . RAIHAN
Pengenalan
Kaedah pembelajaran sirah
biasanya berorientasikan sejarah.
Sejarah berhubung erat dengan
fakta, maka guru perlu menguasai
beberapa kemahiran mengajar
supaya ia lebih menarik dan
berkesan.
Kesan Pengajaran Sirah
Pelajar-pelajar dapat mengambil ikhtibar dan
pengajaran daripada kisah-kisah yang dipelajari.
Objektif Pengajaran Sirah
1. Menyedarkan pelajar tentang perjalan hidup dan
perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan agama
Islam.
2. Mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku ke
atas umat yang terdahulu.
3. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang
terbaik.
4. Menanamkan semangat dan cintakan islam
Kaedah & Teknik
PdP
Kaedah & Teknik
Bercerita Kuliah atau Forum
Projek penerangan Soal jawab
Lawatan Simulasi Sumbang
Latih Tubi Penggunaan saran
Perbincangan grafik Didik Hibur
Kumpulan Lakonan Dialog
Kaedah Sumbang
Saran
Kaedah Sumbang Saran
Sumbangsaran merupakan aktiviti perbincangan
Ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan
tujuan menyelesaikan sesuatu masalah
Setiap ahli digalakkan memberikan idea dan idea tersebut akan dikaji
dengan teliti.Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan
perbincangan.
Keputusan yang dicapai merupakan hasil daripada sesi sumbang
saran .
Tujuan Sumbang
Saran
Tujuan Sumbang Saran
Sumbang saran bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau
pandangan yang bernas.
Isborn (1963) menyatakan bahawa terdapat dua tujuan sumbang
saran iaitu Jangka Panjang dan Jangka Pendek.
Jangka panjang: Menyelesaikan satu masalah penting.
Jangka pendek: Mendapatkan sebarapa banyak idea
penyelesaian yang mungkin tentang sesuatu masalah.
Langkah - langkah
Langkah-langkah Sumbang Saran
Topik perbincangan harus sesuai dengan minat dan kebolehan
murid.
Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk
menggalakkan perbincangan.
Murid diberi peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea
atau pendapat yang kritis dan kreatif.
Murid dilarang membuat kritikan atau menilai idea semasa
sumbang saran dilaksanakan.
Langkah-langkah Sumbang Saran
Semua pendapat/idea dicatat dan huraian daripada pihak lain
adalah dibenarkan.
Murid digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar
melahirkan pandangan yang baru.
Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli
dapat berfikir secara pantas
Rumusan perbincangan dibuat dari hasil persetujuan bersama
dalam ahli kumpulan
Kelebihan Sumbang
Saran
Kelebihan Sumbang Saran
Semua murid terlibat dalam memnemukan idea.
Menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid.
Pengelibatan murid secara aktif.
Nilai-nilai murni dapat dipupuk dan murid saling hormat-
menghormati idea atau pendapat orang lain
Didik Hibur
Didik Hibur??
Didik Hibur merupakan satu penerapan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan,
nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan
terancang. KPM (2010)
Didik hibur menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan kerana
terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik,
lakonan dan lain-lain
Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan
ketakutan murid kepada guru kerana konsepnya yang santai
dan berhibur menjadikan murid sentiasa berada dalam
keadaan pembelajaran yang positif.
Kaedah & Strategi
Kaedah & Strategi Didik Hibur
Guru dicadangkan untuk merancang aktiviti berasaskan didik hibur
dahulu.
Pilih jenis didik hibur yang hendak diterapkan dalam pembelajaran
murid bagi mata pelajaran yang hendak diajar.
Murid bebas berlakon, menyanyi, bergerak dan sebagainya dalam
keadaan terkawal.
Aktiviti berkaitan didik hibur yang dipilih hendaklah lebih
menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
agar pelajar dapat mewujudkan semangat sepasukan,
toleransi dan kerjasama
Bercerita
Kaedah Bercerita
Guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita
dalam suasana yang menghiburkan.
Guru perlu mematuhi prinsip bercerita supaya ia bersesuaian dengan murid
yang mendengar.
Guru hendaklah bercerita dengan ikhlas dan ada unsur dakwah yang
bertujuan untuk mendidik murid berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah
Taala.
Cerita mestilah mempunyai unsur didikan dan pengajaran.
Elak bercerita yang berunsur khayalan, seks, karut dan khurafat.
Langkah-langkah
Langkah - langkah Bercerita Supaya
Objektif Pengajaran Tercapai
Sebelum Bercerita
Pilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi pelajaran.
Wujudkan suasana yang memberansangkan dan sesuai dengan
isi cerita
Sediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita.
Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Langkah - langkah Bercerita Supaya
Objektif Pengajaran Tercapai
Permulaan Pengajaran
Gunakan set induksi yang sesuai.
Kemukakan beberapa soalan.
Tunjuk gambar, rajah dan peta.
Membuat kuiz dan teka-teki.
Langkah - langkah Bercerita Supaya
Objektif Pengajaran Tercapai
Semasa Bercerita
Gaya dan nada suara yang sesuai.
Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata.
Gunakan gerak isyarat dan bahasa badan.
Guna soalan apabila pelajar mula bosan.
Libatkan murid dalam aktiviti bercerita.
Terapkan nilai keislaman dalam cerita
Langkah - langkah Bercerita Supaya
Objektif Pengajaran Tercapai
Selesai Sesi Bercerita
Beri peluang murid bertanya soalan.
Menyoal murid tentang pengajaran cerita.
Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan.
Lawatan
Kaedah Lawatan
Melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar
kelas biasa.
Murid memperolehi pengertian yang jelas dengan
apa yang dilihat dialami.
Dapat menimbulkan minat murid untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara yang
tidak dapat dilihat dengan jelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di
dalam kelas.
Ciri - ciri
Ciri-ciri Kaedah Lawatan
Mempelajari sesuatu yang tidak dapat dibawa masuk atau dipindah
ke dalam bilik darjah.
Menarik minat dan menumpukan kepada sesuatu atau masalah yang
memerlukan kajian.
Mendapat gambaran yang sebenar tentang amalan dan tindakan
operasi kerja secara realistik.
Menghubungkan teori dengan praktikal.
Langkah-langkah
Langkah-langkah Kaedah Lawatan
Sediakan senarai tempat lawatan yang sesuai.
Tentukan tugasan secara individu atau berkumpulan.
Menerangkan dengan jelas aktiviti semasa lawatan.
Pastikan murid menghantar tugasan atau laporan selepas
lawatan
Simulasi
Pengertian Simulasi
Simulasi ialag satu situasi pembelajaran dalam keadaan
terkawal yanmg sengaja diwujudkan dalam situasi yang
sebenar.
Kaedah Simulasi
Murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan
Teknik Simulasi
Teknik Simulasi
Murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul
maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan
mencatat isi -isi penting.
Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi
sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Jenis Simulasi
Sosiodrama
1. Berdasarkan cerita yang menggambarkan satu situasi atau isu
konflik.
2. Guru menyediakan skrip berdasarkan topik yang dipilih.
3. Kaedah ini membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan
peranan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas
secara spontan.
4. Watak-watak dalam lakonan akan dianalisis dan rumusan akan
dibuat selepas sesi lakonan.
Main Peranan
1. Satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid
tanpa menggunakan sebarang skrip.
2. Murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkan situasi tersebutu secara spontan. Masa diambil
antara 5-6 minit.
3. Penilaian prestasi pelakon dan rumusan cara penyelesaian
dibuat selepas sesi lakonan.
Lakonan
Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan ialah satu kaedah pengajaran yang berbentuk
drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua
orang pelajar.
Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan
mengikut skrip atau isi pengajaran.
Pelajar-pelajar yang terpilih akan melakonkan babak tersebut dan
pelajar-pelajar lain memerhatikannya
Pada akhir lakonan guru dan pelajar akan membincangkan peristiwa
tersebut dan memberi ulasan dan pendapat masing-masing.
Strategi Lakonan
Strategi Lakonan
Memilih tajuk / topik yang sesuai
Pelakon hendaklah memahami situasi yang hendak dilakonkan
Guru perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang
mereka tonton
Memilih pelakon yang sesuai / berlakon secara sukarela
Biarkan pelajar memainkan peranan dn watak mereka secara bebas
(Pelakon tidak perlu terlalu terikat dengan skrip)
Setelah selesai lakonan, guru dan pelajar hendaklah berbincang tentang
babak yang telah mereka saksikan. Hasil perbincangan ini dapat membantu
pelajar lebih memahami peristiwa yang mereka pelajari.
Dialog
Dialog
Dialog merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pengajarannya melalui penggunaan teknik
berdialog .
Melalui kaedah ini , guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Kaedah & Strategi
Kaedah & Strategi Dialog
Guru harus memilih watak atau dialog yang sesuai dengan minat,
kebolehan umur dan pengalaman murid serta objektif
pelajarannya
Alat bantu mengajar seperti perkakasan yang boleh menarik
perhatian murid harus disediakan sebelum sesi dialog dimulakan.
Sebelum memulakan sesi dialog, pastikan semua murid telah
bersedia untuk mendengar dialog itu.
Guru & murid boleh duduk atau berdiri semasa berdialog.
Kaedah Projek
Kaedah Projek
Murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti
atau kegiatan dalam situasi yang
sebenar.
Melibatkan penyelidikan atau kajian yang
terperinci tentang sesuatu tajuk yang
dilakukan oleh murid di dalam atau di luar
bilik darjah.
Contoh : Membersihkan kawasan surau
sekolah, membuat buku skrap salasilah
keluarga dan lain-lain.
Ciri - ciri
Ciri-ciri Kaedah Projek
Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil
yang akan diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek
hendaklah disediakan terlebih dahulu.
Peranan utama guru sebagai pembimbing dan pendorong.
Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih tajuk.