The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS PROJEK KIPAS BERKUASA SOLAR
SMK IMPIAN EMAS 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abidennf, 2019-04-24 17:36:19

KERTAS PROJEK KIPAS BERKUASA SOLAR SMKIE 2019

KERTAS PROJEK KIPAS BERKUASA SOLAR
SMK IMPIAN EMAS 2019

SEKTOR BEKALAN TENAGA

KERTAS PROJEK
KIPAS BERKUASA SOLAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IMPIAN
EMAS

NAMA MURID NO KAD TINGKATAN

LEE XING LEI PENGENALAN
LOH ZI FENG
TIONG YEWEI 030926011473 4 MUTIARA
030709011469 4 BERLIAN
4 BERLIAN
030128050347

NAMA GURU PENASIHAT
PN MARIANI BINTI TAIN
PN NUR FAIZAH BINTI ZAINAL ABIDEN

ABSTRAK

Tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya
matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak
beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga
lain. Tenaga matahari sekarang digunakan dalam beberapa penggunaan antaranya
pemanasan (air panas, pemanasan bangunan, masakan), generasi elektrik
(fotovoltik, enjin pemanasan) dan penyahmasinan air laut. Kegunaannya semakin
meluas tatkala kesedaran mengenai kos persekitaran dan bekalan terhad oleh
sumber tenaga lain seperti bahan api fosil. Kipas berkuasa solar merupakan satu
alat elektronik yang berfungsi menggunakan sumber cahaya matahari (sistem solar).
Panel solar akan mengumpul tenaga daripada cahaya matahari dan menukarkannya
kepada tenaga elektrik. Malaysia di kawasan khatulistiwa adalah sebuah negara
yang strategik dan sesuai untuk projek ini kerana penerimaan cahaya matahari yang
konsisten sepanjang tahun. Fungsi produk ini adalah untuk menghasilkan kipas
berkos rendah menggunakan bahan kitar semula dan panel solar. Produk ini boleh
digunakan di luar kerana mudah dibawa dan mudah digunakan. Hasil daripada
projek ini, produk ini akan menghidupkan kipas tanpa disambung kepada bekalan
kuasa elektrik yang pegun. Kipas berkuasa solar boleh menguntungkan pengguna
pada masa akan datang kerana ia menggunakan sumber bebas iaitu kuasa solar.

2

1.0 PENGENALAN

Penggunaan sumber berasaskan sumber petroleum merupakan salah
satu kaedah penjanaan tenaga elektrik yang popular dan efektif sejak dahulu
lagi. Semua jenis peralatan elektrik memerlukan bekalan tenaga elektrik untuk
beroperasi. Walaubagaimanapun, situasi sekarang di mana harga petroleum
semakin mahal dan sumber petroleum dijangka akan habis dalam masa
beberapa puluh tahun lagi, tenaga solar merupakan salah satu sumber
tenaga alternatif yang utama.

Malaysia adalah sebuah negara yang menerima banyak cahaya
matahari sepanjang tahun, ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
strategik dan sesuai untuk menggunakan tenaga solar sebagai sumber
tenaga alternatif secara optimum. Tenaga solar merupakan satu teknologi
baharu yang tergolong dalam Tenaga Boleh Diperbaharui untuk menjana
tenaga elektrik.

Kipas berkos rendah dengan menggunakan sumber tenaga solar
secara optimum. Produk yang dibina menggunakan bahan terpakai seperti
kepingan kertas, straw dan botol plastik. Selain itu juga ia dapat menguruskan
sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan
bekalan elektrik sedia ada dan secara tidak langsung dapat memulihara alam
sekitar. Aplikasi penggunaan produk menggunakan tenaga solar di negara
kita kini masih pada tahap yang rendah sedangkan ia berpotensi tinggi untuk
dimanfaatkan. dipilih untuk menyelesaikan salah satu masalah masyarakat
umum pada hari ini menggunakan tenaga solar dan bahan kitar semula.

3

1.1 LATAR BELAKANG PROJEK

Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih
murah selain selamat dan mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi
Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam memacu pembangunan
negara. Projek kali ini memberi fokus kepada Sektor Bekalan Tenaga.

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada
aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari.
Projek kali ini fokus kepada dua tonggak utama dalam DTHK iaitu

a) Tenaga- untuk mempromosikan kecekapan tenaga dan
ketidakbergantungan kepada sumber elektrik habis guna

b) Alam sekitar- dalam meminimumkan kesan pencemaran dan memulihara
alam sekitar dengan mengguna kembali bahan yang sukar terbiodegrasi.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada masa kini hampir 80 peratus daripada sumber-sumber tenaga
adalah daripada tenaga fosil seperti petroleum, arang batu dan gas asli. Pada
masa yang sama, sumber tenaga ini mengambil masa terlalu lama untuk
dihasilkan secara semulajadi . Oleh itu penggunaan sumber tanaga yang
boleh diperbaharui termasuklah tenaga solar mestilah digalakkan. Diketahui
umum bahawa solar adalah murah dan boleh didapati di mana-mana sahaja
di Malaysia dan ianya selamat malah ia tidak berbahaya kepada persekitaran.
Kajian pembinaan kipas berkuasa solar ini, diharap dapat menjadi sumber
alternatif kepada sumber tenaga yang sedia ada.

4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif penghasilan kipas berkuasa panel solar ini, objektif-
objektif berikut perlu dicapai di penghujung kajian ini.

a) Tenaga alternatif daripada tenaga matahari di mana keamatan cahaya
daripada matahari digunakan dalam menghasilkan arus elektrik
seterusnya menghidupkan motor kipas. Di akhir projek, diharapkan murid
dapat memahami konsep panel solar dan menghasilkan produk
berasaskan bahan kitar semula dan menggunakan sumber boleh
diperbaharui seperti tenaga solar.

b) Objektif lain kajian ini adalah untuk mewujudkan gaya kehidupan dengan
tenaga lestari, mereka bentuk dan membangunkan struktur kipas
menggunakan bahan terpakai dalam usaha mengurangkan kadar
pencemaran dan menyokong usaha teknologi hijau.

1.4 TAKRIF ISTILAH

Bahagian ini menjelaskan tentang definisi operasi bagi kajian ini.
Definisi merupakan maksud kepada sesuatu perkataan. Kenyatan
ringkas dan padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep.

5

1.4.1 PANEL SOLAR

Panel solar adalah pemasangan sel suria. Panel solar
menggunakan tenaga cahaya dari matahari untuk menghasilkan
tenaga elektrik melalui kesan Photovoltaic. Kesan fotovoltaik ialah
penciptaan arus voltan atau elektrik dalam keadaan apabila terdedah
kepada cahaya.

1.4.2 TENAGA

Tenaga ditakrifkan sebagai satu objek apabila digerakkan
dengan keadaan melawan daya yang menentang sesuatu pergerakkan
maka ia menunjukkan suatu kerja sedang dilakukan. Maka tenaga
digunakan oleh objek tersebut dalam melaksanakan kerja yang
dilakukan. Oleh yang demikian seseorang yang boleh melaksanakan
sesuatu kerja yang berat dikatakan mempunyai banyak tenaga.

Tenaga juga ditakrifkan sebagai suatu kuantiti yang memberikan
kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja. Tenaga elektrik adalah
pemangkin kepada pembangunan sesebuah negara. Hampir semua
industri bergantung kepada tenaga elektrik secara langsung mahupun
tidak langsung. Pada masa kini di negara ini stesen janakuasa
beroperasi dengan menggunakan sumber tenaga seperti petroleum,
gas asli, arang batu dan hidro iaitu air (Sukki, Iniguez & Mcmeekin,
2011) Secara keseluruhan terdapat 6 jenis stesen janakuasa :
a. Stesen Janakuasa Elektrik Hidro
b. Stesen Janakuasa Elektrik Stim
c. Stesen Janakuasa Elektrik Gas
d. Stesen Janakuasa Elektrik Disel
e. Stesen Janakuasa Elektrik Nuklear
f. Stesen Janakuasa Elektrik Solar

6

1.4.3 BAHAN KITAR SEMULA

Material yang dikitar semula, dijadikan koleksi, diproses dan
dipakai semula. Jika tidak, ia akan dibuang begitu sahaja. Bahan-
bahan seperti kaca, surat khabar lama hingga ke helaian plastik boleh
dikitar semula. Bahan yang menjalani proses kitar semula akan
berbalik kepada material asal dan akan digunakan atau dijadikan
produk baru.

Secara umum, kos untuk mengeluarkan produk baru
menggunakan bahan kitar semula adalah rendah dan hanya
memerlukan sedikit tenaga berbanding mengeluarkan produk
menggunakan material baru. Kitar semula juga dapat mengurangkan
pencemaran udara sama ada dengan mengurangkan permintaan
alternatif untuk peningkatan pencemaran atau dengan mengurangkan
jumlah pencemaran semasa proses pengeluaran. Kitar semula juga
menurunkan jumlah tanah yang diperlukan untuk tempat pembuangan
sampah dengan mengurangkan kadar sisa-sisa pembuangan.

Kitar semula boleh dilakukan secara dalaman atau luaran.
Contohnya, dalam industri kertas, kitar semula secara dalaman berlaku
apabila terdapat lebihan stok dan kertas tidak akan digunting untuk
mengeluarkan lebih banyak produk baru. Oleh kerana produk terakhir
ini dipanggil sebagai preconsumer waste. Manakala kitar semula
secara luaran akan berlaku apabila bahan yang telah digunakan akan
dihantar semula untuk diproses menjadi produk baru. Bahan-bahan
yang sedia untuk dikitar semula secara ini, adalah seperti bekas
minuman yang kosong dipanggil sebagai postconsumer waste.

Dalam projek ini, bahan kitar semula yang digunakan adalah
kepingan kotak sebagai tapak projek, botol plastik sebagai bilah kipas
dan penggunaan straw dan penyepit kayu sebagai tiang penyokong.
Semua bahan ini boleh diperolehi dengan mudah di rumah dan
digunakan dalam kehidupan seharian.

7

1.4.4 KIPAS

Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, kipas didefinisikan
sebagai bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik
utk menyejukkan atau menyamankan keadaan dlm bilik dan lain-lain.

Maka dalam projek ini, produk dibina untuk menghasilkan kipas.
Bilah kipas dihasilkan daripada bahan kitar semula iaitu bahagian
badan botol plastik.

1.5 SKOP DAN BATASAN

Projek ini memberi tumpuan kepada idea inovatif daripada kipas sedia
ada di pasaran. Inovatif utama projek ini ialah penggunaan panel solar. Skop
projek ini juga dihadkan kepada penggunaan bahan kitar semula dan tenaga
solar berskala kecil serta menggunakan kos yang minimum untuk kegunaan
murid di sekolah.

Batasan kajian ini terhad menggunakan bahan kitar semula seperti
botol plastik, straw dan kepingan kotak. Sumber utama bekalan kuasa produk
ini adalah tenaga solar.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah metodologi ini merangkumi reka bentuk dan perincian projek,
bahan dan alatan yang digunakan serta prosedur yang dijalankan. Setiap
perkara yang dirancang sementinya mempunyai kaedah atau prosedur yang
betul bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

8

2.1 REKA BENTUK DAN PERINCIAN PROJEK

Kipas berkuasa solar yang dihasilkan menggunakan litar
penyambungan ringkas .Produk ini menekankan penggunaan bahan
kitar semula juga dalam usaha menyokong usaha teknologi hijau yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan. Bahagian ini akan memaparkan reka
bentuk produk secara umum dan secara lakaran. Berikut disertakan
sambungan secara kasar produk yang dihasilkan dalam proses
pengujian awal dan lakaran 3D untuk penyambungan ringkas yang
dimaksudkan.

Motor

Bilah kipas

Wayar
Panel solar

Gambar 2.1.1 Prototaip awal produk
.

Panel solar Bilah kipas

Wayar Motor

Gambar 2.1.2 Lakaran awal projek

9

2.2 BAHAN DAN PERALATAN

Bahan kitar semula yang digunakan dalam projek ini ialah sebiji botol
plastik 500ml, kepingan kotak yang tidak lagi digunakan dan sebatang straw,
Manakala peralatan untuk penyambungan menggunakan wayar penyambung,
motor berkuasa kecil dan panel solar. Berikut disertakan gambar bagi setiap
bahan dan peralatan yang digunakan dalam projek ini.

Gambar 2.2.1 Botol plastik Gambar 2.2.2 Straw Gambar 2.2.3 Kotak

Gambar 2.2.4 Wayar Gambar 2.2.5 Motor Gambar 2.2.6 Panel
penyambung solar

10

2.3 PROSEDUR YANG DIJALANKAN

Prosedur yang dijalankan merangkumi tiga bahagian utama iaitu

a) Pada peringkat awal , proses pemilihan tajuk amatlah penting .
Ini kerana ia akan mempengaruhi objektif atau tujuan projek
yang sebenar.

b) Proses selanjutnya adalah pelaksanaan projek yang telah
dibincangkan dan kerja-kerja mencari maklumat dan
mengumpulkan bahan dan peralatan yang berkaitan dengan
projek yang ingin dilaksanakan.

c) Proses kerja-kerja mereka bentuk , menguji serta membuat
penambahbaikan sehingga produk dapat berfungsi

3.0 PROSES KERJA

Berdasarkan tiga bahagian yang disebutkan dalam prosedur yang dijalankan,
proses kerja dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil lagi yang lebih
berfokus iaitu:

a) Perbincangan idea dan pemilihan tajuk sebelum projek bermula.
b) Lakaran idea dan pembinaan jadual proses kerja.

(rujuk Jadual 3.1.1)
c) Pengumpulan bahan dan peralatan

(rujuk 2.2 Bahan dan peralatan).
d) Sambungan secara kasar prototaip awal produk yang akan

dihasilkan
(rujuk 2.1 Prototaip awal produk)
e) Pembinaan prototaip produk kipas menggunakan bekalan bateri.
f) Pembinaan prototaip produk kipas berkuasa solar
g) Pemerhatian hasil dan pengujian produk
h) Pendokumentasian kertas projek dan pembinaan poster
i) Latihan pembentangan dan sesi soal jawab
j) Sentuhan akhir produk dan susunan.

11

3.1 JADUAL PROSES KERJA

Berikut merupakan jadual proses kerja sepanjang projek ini dijalankan.
Proses kerja bermula pada awal bulan Mac sehingga akhir April. Walau
bagaimanapun, oleh kerana kekangan masa, mengelakkan murid-murid tidak
diganggu semasa proses PdPc dan penglibatan murid dalam aktiviti lain yang
dianjurkan pihak sekolah, kebanyakan perjumpaan dilakukan pada waktu
yang singkat di luar waktu persekolahan. Ini menyebabkan setiap bahagian
proses kerja mengambil masa yang agak lama.

Minggu 12 34 56 78

(3-7 (10- (17- 21 (24- (31 (7-11 (14-18 ( 21-25
Mac) Mac) April) April ) April)
14 28 Mac- 4
Mac) Mac) April)

Perbincangan

Lakaran idea

Pengumpulan bahan dan
peralatan

Lakaran kasar produk

Pembinaan prototaip produk
menggunakan bekalan bateri.

Pembinaan prototaip produk
berkuasa solar

Pemerhatian hasil

Pengemaskinian dokumentasi
kertas projek

Pembinaan poster

Latihan pembentangan dan
sesi soal jawab

Sentuhan akhir produk dan
susunan

Jadual 3.1.1

12

3.2 PROSES KERJA SEMASA PEMBANGUNAN PROJEK

Berikut juga disertakan gambar semasa proses kerja dijalankan

a) Proses pembinaan prototaip produk menggunakan bateri

Gambar 3.2.1
b) Proses pembinaan prototaip produk menggunakan panel solar

Gambar 3.2.2

13

c) Pengujian kefungsian produk di bawah cahaya matahari

Gambar 3.2.3
d) Sentuhan akhir produk dihasilkan

Gambar 3.2.4

Gambar 3.2.5

14

e) Peserta bersama produk akhir
Gambar 3.2.6

Gambar 3.2.7

15

4.0 HASIL KAJIAN
4.1 ANALISIS DATA

Pembinaan produk ini terdiri daripada satu litar ringkas yang
menghubungkan motor berkuasa rendah dengan panel solar. Litar ini
menerima isyarat keamatan cahaya pada panel solar dan membolehkan
motor berfungsi untuk menggerakkan bilah kipas. Walaubagaimanapun, litar
ini tidak boleh berfungsi sekiranya tidak ada cahaya di sekeliling panel solar
atau suiz litar dimatikan.

Rajah 4.1.1: Litar Skematik

Gambar 4.1.2: Produk akhir

16

4.2 TAFSIRAN KEPUTUSAN

Semasa proses kerja pembinaan produk, produk awal dibina
menggunakan sumber elektrik yang biasa iaitu bateri. Proses ini dilakukan
untuk mengenalpasti kefungsian motor dan arah motor berpusing. Setelah
mengenalpasti susunan penyambungan, produk diolah dan disambungkan
menggunakan panel solar. Apabila penyambungan panel solar dan motor
dibuat, pengujian akhir dilakukan untuk memastikan motor kipas boleh
berfungsi dengan baik dan seterusnya kerja pematerian wayar
penyambungan dilakukan. Proses akhir ialah membentuk badan produk
menggunakan bahan terpakai seterusnya melengkapkan dokumentasi yang
berkaitan.

4.3 HASIL DAPATAN

Semasa produk dibina dan diuji terdapat beberapa masalah yang telah
dikenalpasti. Berikut adalah kekangan yang dihadapi semasa membuat
ujikaji:

a) Cuaca

Semasa proses pengujian produk dijalankan, faktor cuaca
mempengaruhi perjalanan proses. Masalah cuaca seperti mendung
dan hujan juga menjadi faktor utama kerana ia melambatkan
pengujian. Pengujian produk ini bergantung penuh kepada keamatan
cahaya dan sumber yang kami perlukan ialah cahaya matahari.

17

b) Bahan tambah kepada kipas berkuasa solar

Pada peringkat awal, terdapat banyak komponen elektronik yang
disambung pada litar dalam usaha meningkatkan kecekapan
penghasilan arus oleh panel solar. Idea awal menggunakan regulator
dan diod tidak berjaya dilakukan kerana murid memiliki pengetahuan
lanjut yang sangat kurang berkaitan konsep elektrik. Akhirnya,
keputusan perbincangan bersama dan selepas pengujian produk
dijalankan, litar asas penyambungan panel solar dan motor sahaja
digunakan apabila hasil pengujian menunjukkan hasil yang diperlukan.

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Bahagian ini khusus untuk membincangkan analisis keputusan,
kelebihan dan kelemahan penggunaan kipas berkuasa solar. Seterusnya,
kesimpulan dan cadangan penambahbaikan akan dinyatakan pada akhir
bahagian ini.

5.1 PERBINCANGAN ANALISIS

Setelah pengujian produk dan produk akhir dihasilkan, didapati produk
ini tidak terlepas daripada sudut kelebihan dan kelemahan penggunaannya.
Ini dilihat kepada sumber utama yang digunakan iaitu tenaga solar. Berikut
disertakan kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga solar.

5.1.1 KELEBIHAN PENGGUNAAN TENAGA SOLAR
5.1.1.1 Bekalan tenaga tanpa had

Bumi menerima jumlah kuasa yang berterusan dan
mampu digunakan oleh keseluruhan penduduk dunia. Maka,
bekalan tenaga yang akan diterima berpanjangan dan tidak
terbatas.

18

5.1.1.2 Kuasa solar ialah tenaga yang bersih.

Industri elektrik daripada bahan api fosil atau arang batu
adalah sumber terbesar pencemaran udara dan pencemaran
kini membawa kepada pelbagai jenis bencana alam dan juga
penyakit kepada manusia. Maka, penggunaan kuasa solar
mengurangkan tahap pencemaran dan salah satu sumber
tenaga yang bersih.

5.1.1.3 Mengurangkan kos dalam penggunaan bahan api
fosil.

Disebabkan tenaga yang diperoleh daripada matahari
adalah bersih dan juga tiada bayaran, ini sedikit sebanyak
mampu mengurangkan kos penggunaan bahan api fosil.

5.1.1.4 Tidak memerlukan bahanapi.

Tenaga solar menggunakan tenaga semulajadi malahan
penggunaan sifar bahan pembakar seperti gas dan minyak.

5.1.1.5 Mendapat insentif kerajaan.

Melalui Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk
Malaysia (EPP) 10 iaitu membangunkan Kapasiti Tenaga Solar.
Rasional Sasaran tenaga boleh diperbaharui daripada
Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah 5.5% dari jumlah
keseluruhan kapasiti campuran pada tahun 2015 (985 megawatt
kapasiti penjanaan) berbanding tahap kurang dari 1% daripada

19

campuran tenaga masa kini. Daripada 5.5% ini, kuasa solar
akan menyumbangkan sekurang-kurangnya 65 megawatt.
Menjelang tahun 2020, tenaga solar akan menyumbangkan
sekurang- kurangnya 220 megawatt, seperti yang disasarkan
dalam Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional. Oleh itu,
Semenanjung Malaysia perlu membangunkan 3.3 gigawatt
kapasiti kuasa tambahan antara tahun 2015 hingga tahun 2020
untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat sambil
mengekalkan margin rizab tenaga yang mantap. Tenaga solar
harus dipertimbangkan sebagai satu sumber tenaga alternatif
yang berdaya maju kerana kelebihannya seperti
ketakbersandaran kepada bahan api fosil, pengeluaran gas
karbon sifar, peningkatan keselamatan tenaga, potensi
pewujudan pekerjaan dan pelaburan langsung asing yang agak
besar. Selain itu, Malaysia mempunyai bekalan cahaya matahari
asli mencukupi yang tidak digunakan sepenuhnya buat masa ini.
Tindakan Berdasarkan analisis kos penuh penjanaan solar
berbanding alternatif lain yang paling berdaya maju iaitu turbin
gas kitaran gabungan (combined cycle gas turbine atau CCGT),
tenaga solar berpusat yang dijanakan oleh kilang tenaga solar
(berbanding tenaga solar teragih yang dihasilkan daripada panel
yang dipasang di bumbung) dijangka akan menjadi pilihan yang
paling berdaya maju pada tahun 2017 atau 2018. Ini disebabkan
kos modal untuk memasang penjanaan solar dijangka akan
berkurangan pada kadar 4 hingga 10% setahun.

20

5.1.2 KEKURANGAN TENAGA SOLAR

5.1.2.1 Kebergantungan kepada cuaca

Tenaga solar hanya boleh digunakan pada waktu pagi,
siang, tengahari dan petang. Sumbernya terhad mengikut
keamatan cahaya.

Produk juga tidak berfungsi pada waktu mendung dan
hujan kerana tidak mendapat sumber cahaya yang banyak
kerana kebergantungan penuh kepada keamatan cahaya
daripada matahari.

5.1.2.2 Kos permulaan yang tinggi

Pada permulaan penghasilan produk, kos permulaan
untuk memasang panel solar agak tinggi. Kos pengeluaran yang
tinggi disebabkan bahan silikon dan separa konduktor tidak
mudah dicari dan kemunduran teknologi untu mencipta panel
fotovoltaik yang mempunyai kecekapan yang tinggi.

Selain itu, produk perlu mengkhususkan satu bahagian
yang agak besar untuk meletakkan panel papan fotovoltaik yang
bersesuaian untuk menerima keamatan cahaya paling tinggi

21

5.2 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kajian dan penghasilan produk ini boleh membantu masyarakat umum untuk
mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga elektrik sedia ada. Sekiranya
dipasarkan dalam skala yang besar, selain dari penjimatan tenaga elektrik produk
juga boleh diinovasikan lagi kepada variasi peralatan elektrik yang lain. Kipas
berkuasa solar ini berfungsi seperti kipas sedia ada tetapi tidak bergantung kepada
sumber tenaga elektrik sedia ada dan boleh dibawa ke kawasan yang tiada bekalan
elektrik. Namun kekangan yang ada, keadaan cuaca sangat mempengaruhi
kefungsian kipas berkuasa solar ini.

Penambahbaikan yang boleh dibuat ialah litar dalaman produk ini
ditambahbaik lagi di masa akan datang dan disambungkan dengan bateri boleh
dicas untuk ditambah baik kefungsiannya. Kipas berkuasa solar ini boleh
dikomersialkan dalam skala yang lebih besar dan ditambah baik reka bentuknya
untuk kegunaan yang lebih tahan lama.

22

RUJUKAN

[1] Alias. (2017). Pokok Solar Tiruan Untuk Mengecas Peranti Usb, E-
Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition
(iCompEx’17)).
[2] Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik. (2018). Modul Teknologi
Hijau : Fizik (Aktiviti Murid). Pulau Pinang: CETREE. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
[3] Mohd. Yusof H. O., & Kamaruzzaman S. (2002). Teknologi Tenaga
Suria. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
[4] Zulkiffli. (2017). Sistem Tenaga Semulajadi. E-Proceeding National
Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 (iCompEx’17).

23


Click to View FlipBook Version