PENGURUSAN
PELBAGAI BUDAYA BAB 11
PENGENALAN
Budaya merupakan tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat
manusia. Ia dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi, merangkumi pelbagai
fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat manusia manakala
pelbagai budaya didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengikhtiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah
organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya dan
menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya
yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
1.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID
• Kepelbagaian budaya telah membentuk satu identiti yang harmonis dan
bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ia merangkumi
kepelbagaian pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang,
adat resam dan kebolehan lain serta tingkah laku yang diperolehi oleh
manusia.
• Terdapat beberapa keperluan kepelbagaian budaya dalam kalangan murid,
antaranya adalah untuk:
i. menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan
murid
ii. mewujudkan keterbukaan dan membina hubungan dan interaksi
antara pelbagai kaum dalam bilik darjah
iii. mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid
iv. mengelakkan mempromosikan perspektif sendiri sebagai
pandangan universal
v. merapatkan jurang pendidikan antara kaum
2.0 PENGURUSAN MERENTAS BUDAYA
Guru perlu tahu bahawa setiap murid mempunyai budaya, agama, latar belakang
keluarga, tahap sosio ekonomi yang berbeza. Oleh itu, guru perlu mengambil kira
aspek pengurusan merentas budaya sebagai satu impak yang sangat penting
kepada murid untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran.
Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran koperatif
ASPEK
Program-program di sekolah yang memupuk semangat
PENGURUSAN
MERENTAS kekitaan
BUDAYA
Penerapan nilai murni dan disiplin
Amalan penggunaan bahasa yang sesuai
3.0 ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID
Mempunyai masalah dengan kerja kumpulan
ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA Sukar mewujudkan persefahaman
Masalah komunikasi atau bahasa
Wujud rasa rendah diri
KESIMPULAN
Kepelbagaian budaya murid secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengurusan budaya di sekolah perlu
dititikberatkan untuk mengekalkan perpaduan antara kaum yang berbeza. Kerjasama daripada
pelbagai pihak tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang berbeza sangat penting bagi
menjayakan matlamat sekolah dan negara.
RUJUKAN
Ahmad Nazri. 15 Mei 2015. Keperluan kepelbagaian budaya.
https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/keperluan-kepelbagaian-budaya.
Nawwar Raihan. 15 Disember 2018. Bab 10 Pengurusan Pelbagai Budaya.
https://ryzincsnow.blogspot.com/2018/12/bab-10-pengurusan-pelbagai-budaya.html.
https://pdfslide.net/documents/pengurusan-merentas-budaya-55b51442b00ba.html.