JUMAAT l 0 8 MEI 2020
ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
Selamat Belajar l Kita Umpama Sehelai DaunlCikgu Sarah
JUMAAT l 08 MEI 2020
Rangkap 1
kita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari
Rangkap 2
andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat
Rangkap 3
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
Rangkap 4
jadilah sehelai daun
hijau melunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
Selamat Belajar l Kita Umpama Sehelai DaunlCikgu Sarah
JUMAAT l 08 MEI 2020
MAKSUD :
Rangkap 1 Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh
diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila
manusia dilahirkan , membesar dan menjadi
dewasa, seharusnya mereka telah mampu
menyumbangkan jasa untuk menerangi
kehidupan insan lain agar keluar dari
belenggu penderitaan
Rangkap 2 Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu
membuat jasa, maka tiadalah ruang dan
peluang bagi mereka yang hidup dalam
kepayahan untuk bergantung harap.
Rangkap 3 Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang
akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah
kita terlalu sombong dan bangga diri
dengan kelebihan yang dimiliki sehingga
melupakan kesusahan hidup orang lain yang
bergantung harap kepada kita.
Rangkap 4 Jadikanlah hidup kita seperti sehelai
daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah
setelah matipun, banyak jasa dan bakti
kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang
lain.
Selamat Belajar l K ita Umpama Sehelai DaunlCikgu Sarah
JUMAAT l 08 MEI 2020
TEMA DAN PERSOALAN
Selamat Belajar l K ita Umpama Sehelai DaunlC ikgu Sarah
JUMAAT l 08 MEI 2020
BENTUK:
GAYA BAHASA :
1. Simile
● Contoh : kita umpamasehelai daun
2. Personifikasi
● Contoh : tempat bercanda unggas meriang
3.Pengulangan baris
● Contoh : kita umpama sehelai daun
4.Asonansi- pengulangan vokal a
● Contoh : andai kikir jasadan bakti
5.Aliterasi– pengulangan konsonan m
● Contoh : hijau menunas menyegar mata
Selamat Belajar l K ita Umpama Sehelai DaunlCikgu Sarah
JUMAAT l 0 8 MEI 2020
NILAI
PENGAJARAN:
1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan
masyarakat
2. Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
3. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana
Selamat Belajar l K ita Umpama Sehelai DaunlCikgu Sarah