The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ara isma, 2021-02-23 22:33:55

PANTUN ALAM REMAJA

PANTUN ALAM REMAJA

Keywords: ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA

TINGKATAN 2

Pantun
Alam Remaja

Panitia Bahasa Melayu SEMINDA

PANTUN ALAM REMAJA

1 Elok rupanya kumbang jati, 5 Hanyut batang berlilit kumpai,

Dibawa itik pulang petang; Terdampar di ujung Tanjung Jati;

Tidak terkatakan besar hati, Bonda pulang bapa pun sampai,

Melihat ibu sudah pulang. Kita semua berbesar hati.

2 Dibawa itik pulang petang, 6 Ramai orang bersorak-sorak,

Dapat di rumput bilang-bilang; Menepuk gendang dengan rebana;

Melihat ibu sudah pulang, Alang besarnya hati awak,

Hati cemas menjadi hilang. Mendapat baju dengan celana.

3 Ayam kinantan terbang mengekas, 7 Mahulah kami hendak melapun,

Hinggap di ranting bilang-bilang; Lapun dibawa orang menjaja;

Melihat bonda pulang lekas, Jangan marah kami berpantun,

Hatiku besar bukan kepalang. Budak kecil biasa manja.

4 Kita menari keluar bilik, Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
Sebarang tari kita tarikan; (peny. Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Kita menyayangi adik-beradik, Penerbit Fajar Bakti, 1996.

Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Maksud Rangkap Rangkap 3 Rangkap 6

Rangkap 1 Anak-anak akan berasa sangat Pemberian atau hadiah
gembira jika ibu cepat pulang daripada ibu bapa
Anak-anak akan berasa sangat ke rumah. membuatkan anak-anak berasa
gembira sewaktu menyambut gembira.
kepulangan ibu ke rumah. Rangkap 4
Rangkap 7
Rangkap 2 Adik-beradik menyanyikan
sebarang lagu bersama-sama. Ibu bapa tidak sewajarnya
Ketakutan dan kerisauan anak- memarahi anak-anak yang
anak sewaktu ketiadaan ibu Rangkap 5 gemar berpantun kerana anak-
akan hilang apabila melihat anak yang masih kecil
ibu pulang ke rumah. Kepulangan ayah dan ibu ke biasanya manja.
rumah merupakan detik yang
paling menggembirakan anak-
anak.

TEMA DAN persoalan BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN

Tema (a) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut (c) Ada pembayang dan maksudnya.
kepulangan ibu bapa mereka ke rumah. (d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah

Persoalan kata sebaris.
(e) Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh
(a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan
kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak- suku kata sebaris
anak. (f) Bentuknya terikat

(b) Pemberian hadiah dapat menggembirakan
hati seseorang.

(c) Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu
ketiadaan ibu bapa di rumah.

Unsur Gaya Bahasa dan
Keindahan Bunyi

(a) Imej alam.

Contohnya, itik; kumpai; ayam kinantan;
ranting; rumput.

(b) Peribahasa.

Contohnya, besar hati.

(c) Inversi.

Contohnya, Elok rupanya kumbang jati;
Sebarang tari kita tarikan; Sebarang
nyanyi kita nyanyikan.

(d) Asonansi.

Contohnya, Tidak terkatakan besar hati
(perulangan vokal a).

(e) Aliterasi.

Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai
(perulangan konsonan b).

(f) Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali
a a a a .r a n g k a p k e d u a r i m a a k h i r n y a

NILAI PENGAJARAN

Kasih sayang Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk

Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa mendapat kebahagian keluarga.
dan anak-anak menjamin kebahagiaan
keluarga. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap

Baik hati keselamatan anak-anak.Pastikan bahawa
anak-anak tidak lari daripada perhatian kita
Contohnya, pemberian hadiah daripada ketika berada di tempat awam.Ajar anak-
seseorang dapat menggembirakan hati anak menolak ajakan atau pujukan orang
penerima. yang tidak dikenali.

Kemaafan Kita haruslah bersikap pemurah untuk

Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan mengukuhkan lagi ikatan antara ahli
orang lain sewaktu bergurau senda keluarga.
merupakan sikap yang terpuji.
Kita hendaklah saling bermaafan jika
Tanggungjawab
berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda
Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab
untuk menjaga keselamatan anak-anak. Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana

Hormat-menghormati merekalah yang telah menjaga kita hingga
dewasa.
Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu
diamalkan dalam kalangan anggota Kita hendaklah mengamalkan kemesraan
keluarga.
dalam komunikasi keluarga.

KOSA KATA.... Kumpai - sejenis tumbuhan yang juga

Kumbang - serangga yang berkepak dikenali sebagai rumput
tapak itik
dan berkulit keras
Rebana - sejenis gendang yang sebelah
Bilang-bilang - sejenis tumbuhan
sahaja dipasang dengan kulit
pokok renek
Celana - seluar yang sempit kakinya
Mengekas - mengais (berkenaan
Melapun - menangkap ikan dengan lapun,
dengan ayam)
iaitu sejenis jerat atau
Bukan kepalang - suatu perasaan yang perangkap

melampaui had atau
amat sangat

Tari - gerakan badan serta tangan dan

mengikut rentak muzik

teSrimekaiakna,sih

DARIPADA: CIKGU SARAH, CIKGU SHA, CIKGU ZIRA


Click to View FlipBook Version