The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ara isma, 2020-04-21 00:44:15

KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Keywords: KOMSAS

Cerpen :
Kuih Bakul Limau Mandarin

Nota dari : Cikgu Siti Maisarah Binti Ismail

SINOPSIS :

Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Hasrat Lim Meng yang diberitahu menerusi telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Hasrat Lim
Meng itu ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal demikian, berlaku pertengkaran antara Sim Pau dengan Lim Pooi. Lim
Pooi menganggap Lim Meng telah menyebabkan anak kesayangannya, iaitu Lim Foong yang lemas dalam sungai.

Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong adalah berpunca daripada Lim Foong sendiri yang melarikan diri
daripada orang yang mengejarnya. Orang itu meminta hutang kalah judi. Malah Sim Pau juga menjelaskan bahawa
Lim Foong berperangai buruk seperti berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim Foong mati kerana lemas setelah berusaha
menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan bahawa Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi. Dakwaan
Lim Pooi itu telah disangkal dan ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong kerana
sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga menyebabkan perniagaannya lingkup. Sim Pau mengatakan
bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana
judi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal akan sikapnya terhadap Lim Meng. Dia
berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.

Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim Meng berpelukan dengan ibunya, Lim
Pooi datang dari arah belakang. Pada mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah papanya memanggil namanya dan
meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan memeluk papanya. Bermula saat ini, keluarga Lim Pooi kembali
bahagia. Mereka bersama-sama menyediakan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba.

Tema : Nilai kekeluargaan.

Persoalan
(a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.
(b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak

bersalah.
(c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.
(d) Keinsafan bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya

yang tidak bersalah.
(e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.
(f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota

keluarga berkumpul.

Lim Pooi ● Bapa kepada dua orang anak.
● Peniaga yang tidak jujur dan

tidak berhati perut.
● Amat menyayangi anaknya, Lim

Foong berbanding dengan Lim
Meng.
● Bersikap terburu-buru.
● Bersikap garang apabila
mengamuk dan merotan Lim
Meng seperti orang gila.
● Sedar akan kesilapannya
terhadap Lim Meng dan meminta
maaf akhirnya.
● Seorang yang ego

Sim Pau ● Isteri kepada Lim Pooi.
● Saksama dalam menyayangi dua

anaknya.
● Seorang yang lemah lembut.
● Seorang yang garang dan berani

menentang suaminya, Lim Pooi.
● Amat merindui anaknya yang

dihalau dari rumah oleh suaminya

Lim Meng ● Anak yang baik.
● Berani apabila berusaha

menyelamatkan Lim Foong yang
lemas.
● Bersikap pemaaf
● Lim Meng amat merindui ibunya,
Sim Pau dan merindui papanya,
Lim Pooi.

Lim Foong ● Mencuri duit perniagaan papanya.
● Seorang kaki judi.
● Tidak pandai berenang dan

akhirnya lemas dalam sungai

PLOT : Binaan Plot (d) Klimaks – Lim Pooi terdiam mendengar segala
penjelasan daripada isterinya, Sim Pau. Akhirnya,
(a) Permulaan – Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim dia sedar akan kesilapannya. Dia menanti
Meng akan pulang pada Tahun Baharu Cina. Sim Pau kepulangan Lim Meng dan berusaha mencari Lim
berasa amat gembira kerana kerinduannya mula Meng. Dalam masa menunggu Lim Meng itu, Lim
terungkai. Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya
Lim Meng yang boleh mengubatinya.
(b) Perkembangan – Lim Pooi memberitahu isterinya
bahawa dia tidak membenarkan Lim Meng pulang. (e) Peleraian – Lim Meng pulang ke rumahnya
Kebenciannya terhadap Lim Meng terlalu mendalam. dan dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Lim
Sejak Lim Meng lahir, perniagaannya rugi, berlaku Pooi datang dan berada di belakangnya. Lim Meng
kecurian, dan kedainya terbakar. Bagi Lim Pooi, Lim ingin pergi tetapi bapanya telah memanggil Lim
Meng jugalah yang menyebabkan Lim Foong meninggal Meng dan memohon kemaafan. Lim Meng meluru
dunia. ke arah bapanya dan berpelukan. Akhirnya,
mereka bersama-sama mencari kuih bakul dan
(c) Konflik – Sim Pau yang sopan santun terhadap limau mandarin untuk sambutan Tahun Baharu
suaminya terpaksa berkeras dan menentang Lim Pooi. Cina.
Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya, Lim
Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan
kedainya terbakar.

Teknik Plot : (a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Kejutan.
(e) Saspens.
(f) Monolog.

Gaya Bahasa: (a) Bahasa Cina. Contohnya, tiada onglah.
(b) Bahasa Inggeris. Contohnya, kompelin.
(c) Hiperbola. Contohnya, Air matanya mula

membanjiri pipinya.
(d) Metafora. Contohnya, kandang kemarahan.
(e) Peribahasa. Contohnya, berhati kering;

menegakkan benang yang basah.
(f) Personifikasi. Contohnya, Bebola matanya

sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau.
(g) Simile. Contohnya, Sebaliknya, kata-katanya

itu ibarat racun yang disembur.
(h) Sinkope. Contohnya, tak; nak

LATAR (a) Ambang Tahun Baharu Cina.
Latar masa: (b) Waktu petang

Latar tempat (a) Di sungai.
(b) Di stor.
(c) Di dapur.
(d) Di bahagian hadapan rumah

(a) Masyarakat yang mempunyai

keegoan yang tinggi.

(b) Masyarakat yang berani

menentang suaminya yang garang.

(c) Masyarakat Cina yang hidup

Latar masyarakat: dengan berniaga.

(d) Masyarakat yang berperangai

buruk.

(e) Masyarakat yang bersifat

pemaaf.

(f) Masyarakat majmuk yang

berbangsa Melayu dan Cina

TAMAT

Sekian, Terima Kasih
Selamat Membaca


Click to View FlipBook Version