The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salsmknaka, 2019-04-02 06:22:36

DOKUMENTASI PIBG 2019

DOKUMENTASI PIBG 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAKA

Dokumentasi06350 ALOR SETAR,KEDAH

Perasmian Oleh :
Encik Ahamad bin Ayub
YDP PIBG SMK NAKA

20 Mac 2019
2.30 petang
Dewan Anggerik, SMK Naka

KANDUNGAN 1

ATUR CARA MAJLIS DAN AGENDA MESYUARAT 2
JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 3

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-39 / 2018 6

LAPORAN KEWANGAN 2018 10

TEKS UCAPAN PENGETUA 12

TEKS UCAPAN YDP PIBG SMK NAKA 16

LAMPIRAN BERGAMBAR 18

RUMUSAN KEDATANGAN WARIS 21
1

2.00 ptg : Pendaftaran waris
2.10 ptg : Ketibaan VIP dan Jemputan Khas
2.30 ptg : Majlis perasmian Mesyuarat Agung
bermula
3.30 ptg : Bacaan Doa
5.00 ptg : Ucapan Penasihat PIBG SMK Naka
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung
Persembahan pelajar/Jamuan
Mesyuarat Agung bermula
Mesyuarat berakhir

1. Ucapan Alu-Aluan Penasihat (Pengetua)

2. Ucapan Alu-aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)

3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu.

4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata
Kewangan berakhir pada Disember 2018

5. Membahaskan usul

6. Hal-hal lain

7. Ucapan Penangguhan 2

Pengerusi Bersama En Ahamad bin Ayob AMK.,BKM.
Naib. Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)
Bersama Puan Hjh Norlela binti Mohd Sahat
(Pengetua SMK. Naka)
Setiausaha Encik Amran bin Salleh
Penolong Setiausaha (Naib Yang Dipertua PIBG)
Bendahari Tn Hj Mohd Taqayuddin bin Musa
(P.Kanan Pentadbiran)
Pn. Hjh Rogayah binti Awang
Hussain(Penolong Kanan HEM)
En Mohd Idris bin Abdul Hamid
(Penolong Kanan Kokurikulum)
En Muhamad Saiti b Ismail
(Penolong Kanan Pend Khas)
Tn Hj Ahmad Sukeri Bin Din
(Penolong Kanan Petang)
En Ramli bin Talib (Penolong Kanan
Ting. 6)
En Rizal Anwar bin Abidin @ Ahmad
En Mohd Tarmizi bin Che Mat
Puan Hajah Sofiah binti Abdul Razab

3

PENYELARAS PENYELARAS
EN JAMALUDDIN BIN AWANG EN MD JELANI BIN NOH

PERSIAPAN PENTAS SIARAYA
Pn Hazita bt Kamis (K) En Muhammad Firdaus bin Khairudin (K)
Pn. Rosnizan bt Murad
Pn Roslaila bt Abd Wahab En Mohd Taufik bin Abdul Rahim
Pn Che Fazailah binti Ishak En Mohd Yusoff bin Abdullah
Pn Hilmiyah binti Zakaria
Pekerja Kontrak sekolah En Mohammad Dawazi bin Zainol

JAMUAN VIP DOKUMENTASI
Pn Nor Hashimah bt Arshad (K) En Azizan bin Md Saman (K)
En. Khairul Anuar bin Salleh
Pn Norhayati bt Aroff
Pn Siti Khadijah bt Ismail Pn Salmah bt Ali
Pn Suzana bt Harun
JAMUAN WARIS
Pn Nur Aina bt Abd Rahman (K)

En Mohd Yusuf bin Abdullah
Tn. Hj. Mohd Fuad bin Md Zain

Pn Hasbibah bt Ahmad
Pn Suhana bt Johari
Pn Noraniza bt Azizan

Pn Noor Azaziah bt Zakaria

PERSEMBAHAN
Pn Nur Faezah bt Ibrahim (K)

Pn Norlela bt Hashim
Puan Faridah binti Md Hassan

Pn Hunaini bt Jaafar
Pn Nurul Huda bt Awang Yaacob

BACAAN DOA
En Mhd Habibullah bin Salleh (K)

En Mustafa b Abd Samat
En Ismail b Hj Said

4

• PENYELARAS • PENYELARAS
• ENCIK MOHD SHUKRI BIN SHUIB • TN. HJ. NOORDIN BIN AHMAD

• KAUNTER PENDAFTARAN WARIS/ KAUNTER • PERSIAPAN DEWAN/ KHEMAH
• En Muhamad Afif Wahdi bin Abdul Wahab
DERMA PIBG/ DERMA TANDASKU CERIA
• Muhd Nasir b Ahmad (K) • En Zakaria bin Saad
• Cik Norfaezah bt Shukri • Encik Ahmad Razali bin Jamaluddin
• Encik Wan Mohd Nakhar bin Wan Ngah
• Pn Nor Habibah bt Mohamad
• Pn Nadiah bt Mansor • Encik Ibrahim bin Mohamad
• Pekerja Kontrak sekolah
• Pn Siti Maryam bt Hasbullah
• Pn Nurul Hidayah bt Yusoff • HIASAN LUAR, KEBERSIHAN DAN

• Pelajar-pelajar Asrama KECERIAAN
• En Mohd Azim bin Abdul Wahab (K)
• PENCATAT MINIT MESYUARAT
• Pn Zaharah bt Awang Ahmad (K) • En Mustapha b. Said
• Tuan Haji Abu Yaziz bin Zainol
• Pn Yusnizah bt Abidin
• Pn Su Chin a/p Pian • En Mohd Zubir b. Ismail
• Pn Noor Adiba @ Adibah bt Kushairi
• Pn Naimah bt Yahya • BANNER
• Pn Asma bt Mohd Noh • En Mohd Ruzuwa bin Ismail (K)
• Pn Zurina bt Deraman • En Nik Amrol Faazol bin Nik Yusuf

• BUKU PROGRAM • En Ali b Abdullah
• Puan Norhanizah binti Abdullah (K)
• PENYAMBUT TETAMU
• Pn Che Zainab bt Yahya • YDP PIBG
• Pn Maziah bt Azmi • Pengetua
• Encik Basir b Musa
• Semua Penolong Kanan
• En. Shahibullah b Hashim • Semua Guru Kanan
• Pn Mardiana bt Mahmud • Semua AJK PIBG

• Pn Siti Mariam bt Isa • PARKIR KERETA
• En Norizan b Aladin (K)
• CENDERAMATA JEMPUTAN DAN VIP • En Mohd Noor bin Dahaman
• Pn Azura binti Ibrahim (K)
• TEKS UCAPAN PENGETUA DAN PERASMI
• Puan Hjh Sofiah binti Abdul Razab • Pn Maazah bt Saad (K)
• Pn Halimah bt Mustafa • Pn Suhaini bt Mohd Noh
• Pn Siti Sara bt Harun
• JURUACARA •
• En Muhammad Zamir b Zulkifli (K)
• Nurul Atiqah Safiah binti Abdullah • KAD JEMPUTAN
• Puan Masliza bt Mustafa (K)
• Siti Khatijah binti Hj Radin @ Kudin

MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG SMK NAKA KALI KE 39

Tarikh : 16 April 2018
Hari : Isnin
Masa : 3.30 petang
Tempat : Dewan Anggerik, SMK Naka
Kehadiran Waris : Rujuk Lampiran

Agenda :

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat

2. Ucapan Alu-aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)

3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.

4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Sehingga Mac 2018

5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada Mac 2018

6. Membahaskan usul

7. Membubarkan Jawatankuasa PIBG 2016-2018

8. MemilihJawatankuasa PIBG 2018-2020

9. Memilih Dua Orang Juru Audit PIBG

10.Menukar Penandatangan Buku Cek

11.Hal-hal lain

12.Ucapan Penangguhan

MINIT MESYUARAT

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
1.1 Mesyuarat melantik En Ahamad bin Ayub
1.2 Cadangan : seorang waris perempuan
1.3 Sokongan : sebulat suara

2. Ucapan Alu-aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)
2.1 Encik Ahamad bin Ayub mengucapkan terima kasih atas lantikan tersebut.

3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke 38 serta
Laporan Tahunan PIBG
3.2 Cadang terima : Mohd Hashim Abdullah
3.3 Sokongan : Mazlan Abd Rahman

4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada Mac 2018
1. Puan Sopiah membentangkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG berakhir Mac 2018.
2. Cadang terima : sebulat suara
3. Sokongan : sebulat suara

6

5. Membahaskan usul
5.1 Tiada usul yang diterima atau diterima untuk dibahaskan pada tahun ini.
5.2 Lima usul yang telah dicadangkan sebelum ini telah ditolak untuk dibahaskan dalam
mesyuarat AJK yang lalu kerana usul-usul tersebut di luar bidang kuasa PIBG.

6. Membubarkan Jawatankuasa PIBG 2016-2018
6.1 Yang Di-Pertua PIBG membubarkan jawatankuasa PIBG 2016-2018.

7. Memilih Jawatankuasa PIBG 2018-2020
7.1 En Mohd Zamri mencadangkan En Ahamad bin Ayub dilantik semula sebagai Yang Di-
Pertua PIBG.
7.2 En Mohd Said mencadangkan En Amran b Salleh dilantik sebagai Naib Yang Di-Pertua.
7.3 En Sombon mencadangkan supaya semua AJK yang lama dilantik semula.
7.4 Sokongan : Sebulat suara
7.5 AJK Guru akan dilantik kemudian oleh Pengetua.
7.6 Senarai lengkap AJK PIBG sesi 2018-2020 di Lampiran A.

8. Memilih Dua Orang Juru Audit PIBG
8.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan juru audit yang lama
8.2 En Ibrahim
8.3 Pn Salfarina

9. Hal-hal lain
9.1 En Sombon mencadangkan supaya PIBG menaja insurans kelompok untuk pengawal
keselamatan yang dilantik untuk menjaga keselamatan dan mengawal lalu lintas di jalan
raya, iaitu di hadapan pintu masuk utama ke sekolah pada waktu pelajar datang ke
sekolah dan balik.
9.2 En Amran mencadangkan supaya dibina tempat menunggu berbumbung di hadapan
sekolah supaya pelajar dapat tumpang berteduh dan selamat.
9.3 En Ismail mencadangkan supaya PIBG mendapatkan tiga unit pendingin hawa untuk bilik guru atas

kerana semua unit pendingin hawa di bilik guru atas tidak berfungsi sepenuhnya..
9.4 En Ismail memaklumkan bahawa ibu bapa boleh membuat semakan online kemasukan ke Tingkatan 6

mulai hari ini.
9.5 En Ismail memohon kerjasama pihak waris supaya tidak membuat pusingan –U di hadapan sekolah serta

memberhentikan kerta jauh dari pintu utama kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan
raya terutama para pelajar.
9.6 En Amran mencadangkan pihak PIBG membuat petak kuning larangan meletak kenderaan di hadapan
pintu masuk sekolah.
9.7 Pn Sharifah Abd Ghani mencadangkan supaya dilantik AJK Kg Belukar Luas yang lain kerana AJK yang
lama tidak hadir pada hari ini. En Mat Said mencadangkan Pn Sharifah dilantik sebagai wakil Kg Belukar
Luas. Mesyuarat sebulat suara bersetuju.

7

10. Menukar Penandatangan Buku Cek
10.1 Bendahari mencadangkan ahli mesyuarat melantik penandatangan cek untuk memudahkan
urusan di Bank Islam.
10.2 Mesyuarat bersetuju untuk menukar penandatangan bagi kedua dua akaun Bank Islam seperti
berikut :
10.2.1 PIBG AKADEMIK SMK NAKA - nombor akaun[ 02075010014034 ]
10.2.2 PIBG SMK NAKA – nombor akaun[ 02075010007493 ]
10.3 Penandatangan baru bagi kedua-dua akaun tersebut mengikut mandat operasi 2/3 yang berkuat
kuasa mulai 16 April 2018 adalah seperti berikut :

BIL NAMA KAD PENGENALAN JAWATAN DALAM PIBG
1 Ahamad bin Ayub Yang Dipertua
2 Mohd Tarmizi bin Che Mat 551025025281 Penolong Setiausaha
3 Sopiah binti Abdul Razab 780919025917 Bendahari
680222025716

1. Mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut.

12. Ucapan Penangguhan
12.1 En Ahamad mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak , para guru dan waris
yang hadir pada hari ini.
12.2 Semua waris, guru, pekerja, staf sekolah,pengawal keselamatan, pekerja kantin dan
hadirin yang hadir menerima sekampit beras untuk di bawa pulang , sumbangan
daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

12.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:25 petang.

________________________ _______________________ _______________________
Tandatangan Pengerusi
(AHAMAD BIN AYUB) Tandatangan Setiausaha Tandatangan Bendahari

(MOHD TARMIZI BIN CHE MAT) (SOPIAH BINTI ABD RAZAB)

8

Senarai AJK PIBG SMK Naka sesi 2018-2020
Berkuatkuasa 16 April 2018

1 Yang Di Pertua En. Ahamad b. Ayub. AMK.,BKM.
2 Naib Yang dipertua En. Amran b. Salleh
3 Setiausaha En Rizal Anwar b Abidin @ Ahmad
4 Pen. Setiausaha En. Mohd Tarmizi bin Che Mat
5 Bendahari Pn. Hjh Sopiah bt Abd Razab
6 AJK Kg Bagan Pn Siti Aisyah bt Abdullah
7 AJK Kg Kubang Juluk En. Fakhrurazi b Lebai Hussin
8 AJK Kg Lebai Saman Pn. Zaiton bt. Ahmad
9 AJK Kg Masjid En Muhayedin b Hussain
10 AJK Kg Datok En Mat Awi b. Taib
11 AJK Pekan Naka En.Mat Said b. Abdul Wahab
12 AJK Kg Pong Selatan En Haiza Nizam b. Mohamad Hanif
13 AJK Keda Bendang Tok Teri Pn. Nor Lina bt Osman
14 AJK Kg Lubuk Rambai Pn Boon Lian a/p Ton Rin
15 AJK Nami Pn. Siti Norriza bt. Salim
16 AJK Nami (Siam) Pn Kanya a/p Eperom
17 AJK Kg Bukit Pn Siti Hajar bt Md Dali
18 AJK Kubang Kenyeng En Shafie bin Latiff
19 AJK Kg Belukar Luas Pn Sharifah bt Abd Ghani
20 AJK Kg Padang Kerasak En Amran b Salleh
21 AJK Pend Khas En Yusof b Ismail
22 AJK ALUMNI SMK NAKA En Mohd Zahid b Zainal Abidin
23 AJK Guru En Ismail b Ahmad
24 AJK Guru Pn Natteroh bt Hasan
25 AJK Guru En Nasir Pk Khas

9

PENDAPATAN JUMLAH

Baki Wang PIBG berakhir pada Mac 2018 RM 15368.00
Kutipan derma PIBG April - Julai 2018 RM 1000.00
Kutipan derma PIBG Ogos-Disember 2018 RM 2500.00
JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATAN RM 18868.00

PERBELANJAAN

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39 2018 RM 3130.00

Sumbangan lawatan guru penanda aras ke Kelantan RM 1000.00

Sumbangan Kem Pelajar SPM – Pusingan 1 RM 1200.00

Sumbangan program Ppda peringkat Sekolah RM 200.00

Sumbangan Program Hari Guru RM 400.00

Sumbangan kem pelajar ke penjara Pokok Sena RM 350.00

Sumbangan program Outreach Ting 1 RM 300.00

Sumbangan Program Minda Juara Ting 2 RM 300.00

Sumbangan lawatan pelajar Ting 2 ke Kuala Lumpur dan C. RM 250.00
Highlands

Sumbangan Sempena Majlis Anugerah Cemerlang RM 900.00

Sumbangan Kem Pecutan PT3 dan SPM RM 1100.00

Sumbangan sempena sambutan bulan Kemerdekaan RM 250.00

Sumbangan Lawatan Pelajar ke SMKA Abdul Malek RM 500.00
Terengganu

Sumbangan Kem Pelajar Fasa 2 RM 1500.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 11380.00

BAKI YANG BERAKHIR PADA DISEMBER 2018 RM 7488.00

JUMLAH BESAR RM 18868.00

10

PENYATA KEWANGAN TABUNG KEBAJIKAN/BANTUAN KES KHAS

PENDAPATAN RM 2791.00
RM 250.00
Baki pada Mac 2018 RM 625.00
Kutipan tabung kebajikan April - Julai RM 3666.00
Kutipan tabung kebajikan Ogos-Dicember 2018
JUMLAH PENDAPATAN

PERBELANJAAN

Sumbangan kepada pelajar yang menerima RM 100.00

musibah

Sumbangan cenderahati kepada guru yang bertukar RM 300.00

Sumbangan program “kita semula” RM 900.00

Sumbangan makan pelajar yang menceriakan RM 200.00

sekolah

Sumbangan program mengecat tangga blok A RM 500.00

Sumbangan kepada pelajar menerima musibah RM 200.00

(pembedahan)

Sumbangan makan pelajar (saraapan ) semasa SPM RM 500.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 2700.00

BAKI YANG BERAKHIR DISEMBER 2018 RM 966.00

11

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang Mulia Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha,
En Ahmad bin Ayob
Pengerusi PIBG SMK Naka

Yang Berusaha,
Penolong Kanan- Penolong Kanan,
Guru-guru,ibu bapa dan hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam
majlis yang mulia ini sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Naka kali ke-40 bagi tahun 2019. Pertama sekali, saya
merakam ribuan terima kasih kepada En Ahmad bin Ayob kerana sudi hadir bagi menyempurnakan perasmian majlis ini
walaupun kita tahu beliau amat sibuk dengan tugasan.

Saya juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan, para ibu bapa yang menggambarkan
kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bunga selasih di tapak tangan,

Dipetik orang harum mewangi,

Segunung kasih kami taburkan.

Keprihatinan tuan dijunjung tinggi.

Sebagai Pengetua di sekolah ini, saya dengan rendah hati memohon kepada tuan/puan agar dapat memberikan
teguran yang membina andai kata terdapat kesalahan dan kekhilafan sepanjang saya menggalas tanggungjawab ini nanti.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam meladeni serta melayani kerenah anak-anak kita di samping
memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka agar sentiasa menanamkan sifat percaya kepada diri sendiri dan
sentiasa berusaha menongkah arus, onak dan ranjau untuk meningkat maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Janganlah
jemu membekalkan anak-anak kita yang sentiasa dahagakan nasihat dan dorongan. Sesungguhnya naluri anak-anak
sentiasa dahagakan itu semua daripada kita sebagai orang tua yang berpengalaman, ibarat kata “orang tua lebih dulu
makan garam”. Tunjukkanlah juga contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak kerana sebagai pemimpin jadikanlah
slogan “Kepimpinan Melalui Teladan” itu sebagai motto diri kita.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu agenda wajib dalam kalendar pendidikan pada setiap tahun. Hari ini
merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa untuk mengetahui apakah agenda yang telah dan akan
dilaksanakan bagi membantu anak-anak di sekolah. Pada masa inilah peluang ibu bapa untuk memberi pandangan serta
buah fikiran bagi membantu sebarang usaha sekolah. Barisan kepimpinan PIBG merupakan sayap kiri di sekolah dalam
membantu melaksanakan agenda yang dirancang. Penglibatan pihak ibu bapa yang aktif dalam PIBG akan dapat
memberikan impak yang positif kepada anak-anak dan seluruh pelajar sekolah ini.

Melalui majlis ini pihak sekolah dan para waris merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan

Jawatankuasa PIBG dan para waris yang sentiasa menyokong apa-apa jua program yang telah, sedang dan akan

dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam memartabatkan pendidikan para pelajar. Semoga jalinan permuafakatan ini akan

terus kita bina dan pupuk demi kecemerlangan SMK Naka.

12

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya ingin berkongsi tentang aspirasi para pendidik di sekolah ini. Kami mempunyai matlamat agar sekolah
ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan sama ada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun
kokurikulum.

Dalam bidang akademik, kami mensasarkan akan mencapai KPI yang ditetapkan dari segi Gred Purata Sekolah,
peratus lulus dan bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM pada tahun 2019.

Dalam bidang HEM pula kami mensasarkan peratus kehadiran murid melebihi 90% setiap hari dan tiada masalah
disiplin yang berat. Sementara dalam bidang kokurikulum pula kami mensasarkan penyertaan yang lebih banyak dalam
pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta meningkatkan lagi bilangan pelajar yang mendapat prestasi
yang tinggi dalam bidang tersebut.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pihak sekolah sentiasa memastikan proses P&P berlaku di dalam bilik darjah, program-program sokongan juga
diadakan seperti kelas-kelas intervensi, teknik menjawab soalan, kelas tambahan hujung minggu atau masa cuti dan
sebagainya bagi tujuan membantu pelajar melonjakkan pencapaian akademik mereka. Untuk menjayakan semua program
ini, pihak sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan dari pihak luar. Oleh itu, besarlah harapan kami agar tuan
puan, dan PIBG serta pihak-pihak luar dapat membantu kami dalam hal ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kurikulum merupakan agenda utama setiap institusi pendidikan. Oleh itu, peperiksaan awam seperti Pentaksiran
Tingkatan 3(PT3),Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dijadikan penilaian tahap
penguasaan kemahiran pelajar di bidang akademik.

Keputusan PT3 2018 mencatatkan 70.33% (52/169 calon) lulus semua mata pelajaran. Calon PT3 yang
mencatat keputusan 5A dan lebih adalah seramai 46 orang.

Pelajar terbaik yang mencatat keputusan straight A’s (10A) adalah Shah Nur Amylia binti Shah Jahan dari
Tingkatan 3Gemilang, manakala 2 orang pelajar yang mendapat 10A 1B dari kelas 3Agama. Mereka adalah Nuraqila binti
Ismail dan Nurinsyirah binti Nurul Hafiz. Seorang pelajar mencatat keputusan 10A 1C, iaitu Nur Alya Syazwanie binti Mohd
Tajul Ariffin juga dari kelas 3Agama

Hadirin dan hadirat sekalian,

Keputusan peperiksaan SPM 2018 yang baru sahaja diumumkan pada minggu lepas telah mencatatkan peningkatan
peratus lulus atau layak sijil. Peratus lulus ialah 71.70% iaitu 114 daripada159 calon yang menduduki SPM 2018 layak
mendapat sijil, meningkat sebanyak 1.34% berbanding dengan tahun 2017. GPS bagaimanapun menurun sedikit iaitu
daripada 6.10 pada tahun 2017 kepada 6.12 pada tahun 2018 .

Pelajar terbaik SPM tahun 2018 ialah Nurul Awatif binti Mat Sait dengan keputusan 7A 1B+ dan 1C+, manakala
Putra Nur Iman bin Mohd Roslan mendapat keputusan 7A 2C+.

Keputusan STPM 2018 telah mencatatkan 95.83% iaitu meningkat sebanyak 0.38 % berbanding 95.45%
pada tahun 2017. Walau bagaimanapun PNGK menurun sedikit iaitu 2.80 berbanding 2.86 pada tahun 2017. Calon yang
mendapat 4 prinsipal ialah seramai 21 orang daripada 24 orang manakala jumlah calon yang mencatat NGMP lebih
daripada 2.50 ialah seramai 18 orang. Sementara pelajar terbaik ialah Muhammad Fitri bin Abdullah yang mencapai NGMP
3.67.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan warga sekolah. Pihak
sekolah turut berasa sangat bertuah kerana mempunyai barisan jawatankuasa PIBG yang prihatin dengan pembangunan
pendidikan anak-anak di sekolah ini.

Semua pihak akan melihat kecemerlangan akademik sebagai salah satu matlamat utama yang perlu dicapai
di samping aspek lain. Oleh itu, pelbagai program akademik dan pemantapan sahsiah dirancang dan dilaksanakan sepanjang
tahun ini. Antaranya ialah Program Peningkatan Akademik dan Program Peningkatan Sahsiah serta Jati Diri Pelajar.

13

Hadirin dan hadirat sekalian,

Program Peningkatan Akademik diadakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar dalam
peperiksaan awam khususnya PMR , SPM & STPM. Pihak sekolah sangat prihatin terhadap masalah yang dihadapi
oleh pelajar dan waris seperti mendapatkan tusyen luar untuk memantapkan lagi pendidikan anak-anak.

Oleh itu pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Kelas Stayback bagi semua kelas
peperiksaan. Manakala Kelas Pemantapan Minda akan diadakan pada masa cuti pertengahan penggal persekolahan
yang akan datang . Begitu juga program untuk calon target ”straight A” telah dirancang dan akan dilaksakan oleh para
guru. Para guru turut menyediakan modul Latihan Masa Cuti (LMC) kepada pelajar.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kawalan disiplin pelajar agar suasana yang kondusif
dan selamat dapat diwujudkan di sekolah. Maka, pelajar akan berminat untuk hadir ke sekolah. Pihak pengurusan
sekolah khususnya melalui unit HEM sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar yang bermasalah.

Melalui program peningkatan sahsiah serta jati diri pelajar, kami mewajibkan pelajar-pelajar Islam
berada di surau untuk mengikuti majlis bacaan Yaasin pada waktu pertama setiap hari Khamis. Manakala pelajar-
pelajar Thai berkumpul di kantin sekolah untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan dipantau oleh seorang guru.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Melalui Sarana Pendidikan, pihak sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa. Masing-masing mempunyai
tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk
pelajar. Hal ini akan meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran pelajar. Program Sarana
Pendidikan adalah untuk memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan
anak-anak mereka.

Oleh itu amatlah penting ibu bapa menilai penglibatan bersama anak dan mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya ingin mengambil perhatian waris mengenai beberapa isu seperti ; ponteng, rokok, dadah dan kelas
tambahan. Ponteng kelas dan ponteng sekolah adalah budaya yang tidak sihat dan menyebabkan pelajar ketinggalan
dalam pelajaran. Pelajar yang kerap ponteng sekolah akan diberi surat amaran dan seterusnya akan dibuang sekolah.

Pelajar yang didapati merokok dalam premis sekolah akan dikenakan kompoun dan digantung persekolahan.
Pihak sekolah juga bekerjasama erat dengan agensi luar seperti AADK dan PDRM dalam mengekang isu penagihan
dadah dalam kalangan pelajar agar tiada pelajar SMK Naka yang terlibat dengan gejala yang tidak baik ini.

Saya juga berharap pihak waris dapat memantau aktiviti anak-anak dan memberi kerjasama kepada pihak
sekolah terutama dalam menjayakan program kelas tambahan pada masa cuti persekolahan akan datang demi
kejayaan anak-anak tuan puan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Selain kecemerlangan akademik, pelajar sekolah ini juga mampu bersaing dan seiring dengan sekolah-sekolah
lain dalam bidang kokurikulum. Pelbagai kejayaan telah dilakar oleh anak-anak pelajar SMK Naka sepanjang tahun
2018 dan awal tahun 2019 dalam bidang sukan, ko-akademik dan unit beruniform.

Keazaman dan kesungguhan anak-anak pelajar dalam bidang sukan telah terbukti apabila Muhammad Azim
bin Mohd Roslan telah ditawarkan tempat di SMK TATAR. Begitu juga beberapa orang pemain bola sepak SMK Naka
turut dipilih mewakili daerah Padang Terap bermain di peringkat negeri (MSSK).

Ahli-ahli unit badan beruniform juga turut melakar kejayaan dalam pertandingan atau aktiviti yang
disertai. Pasukan Kadet Bomba adalah unit beruniform yang paling aktif, disamping unit beruniform yang lain seperti
Kadet Polis, KRS, Pengakap dan lain-lain.

14

Hadirin dan hadirat sekalian,
Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian kokurikulum dan

sukan. Sekali lagi, kerjasama tuan/puan sangat diharapkan agar dapat memastikan dan
membenarkan penglibatan anak-anak dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sebagaimana yang
telah dirancang oleh pihak sekolah.

Saya bagi pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang sentiasa prihatin dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada setiap program
sekolah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
tetapi juga cemerlang dalam sahsiah diri.

Kami juga amat berharap senario di SMK Naka akan berubah menjadi lebih baik dan
kami yakin SMK Naka mampu memacu kecemerlangan atas gandingan dan pemuafakatan kita
bersama.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada En Ahmad bin Ayob kerana
sudi meluangkan masa untuk menyempurnakan perasmian Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Naka
pada kali ini.

Terima kasih juga kepada para tetamu yang sudi menerima undangan kami dan
kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
majlis pada hari ini.

Sekian, saya sudahi dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarokatuh .
Terima kasih.

15

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Mulia Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha,
Pn Norlela binti Mohd Sahat
Pengetua SMK Naka

Yang Berusaha,
Penolong Kanan- Penolong Kanan,
Guru-guru,ibu bapa dan hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan rasa kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana

dengan izinNya dapat kita berkumpul di dewan ini untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Naka kali

yang ke- 40 . Bagi pihak PIBG sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan puan yang telah

hadir pada hari ini. Kami AJK PIBG amatlah berbesar hati menerima kedatangan tuan puan ke majlis ini.

Sayugia diingatkan bahawa kita semua adalah ahli PIBG dan bertanggung jawab untuk hadir ke mesyuarat

ini. Jika kita sendiri tidak mahu hadir atau tidak berminat untuk hadir ke mesyuarat seperti ini, maka

siapalah lagi yang kita harapkan untuk mengambil tahu mengenai hal-hal kebajikan dan persekolahan anak-

anak kita.

Hadirin sekalian,
Kami barisan AJK PIBG sesi 2018/2020 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan

cara yang terbaik. Segala tindakan kami adalah sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak
kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu
program-program sekolah yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita
di sekolah ini.
Hadirin sekalian,

Saya juga ingin menyatakan di sini tentang beberapa perkara di mana sekolah ini amat
memerlukan kerjasama daripada ibu bapa sekalian, umpamanya dalam hal ketidakhadiran anak-anak ke
sekolah dan kelewatan mereka ke sekolah pada setiap pagi. Oleh itu, ibu bapa atau waris mestilah
mengambil berat terhadap anak-anak mengenai hal tersebut.

Keduanya ialah mengenai penyertaan anak-anak tuan puan dalam aktiviti sekolah seperti kelas
tambahan dan aktiviti kokurikulum. Program tersebut penting kerana setiap murid akan dinilai kemahiran
mereka, dan saya rasa amatlah rugi sekiranya anak-anak kita tidak digalakkan untuk menyertai program
yang telah diatur oleh pihak sekolah. Oleh itu, saya menasihati tuan puan agar memastikan anak tuan puan
dapat menyertai segala aktiviti sekolah yang telah rancang.

16

Hadirin sekalian,
Saya juga menasihati ibu bapa agar selalu berjumpa dengan guru-guru anak tuan

puan untuk berbincang tentang pelajaran atau keselamatan anak tuan puan. Saya ingin
mengatakan hal ini kerana terdapat ibu bapa yang lebih rela membuat laporan terus ke Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) apabila wujud masalah daripada berjumpa dengan pihak sekolah. Begitu
juga perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kebajikan anak-anak tuan puan hendaklah
diberi perhatian yang serius. Maka marilah kita cuba selesaikan segala masalah tersebut secara
bersama-sama.

Hadirin sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-

guru sekolah di atas pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM tahun
2018, begitu juga pencapaian dalam aktiviti kokurikulum khasnya ko-akademik serta sukan dan
permainan . Tahniah saya ucapkan kepada pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-
murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat daerah dan negeri
Kedah. Semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Saya sekali lagi ingin merakamkan rasa penghargaan PIBG kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan
Pengetua, Pn. Hajah Norlela Mohd Sahat , barisan pentadbiran sekolah, guru-guru dan kakitangan
sekolah serta semua ibu bapa dan waris yang telah membantu kami AJK PIBG sesi 2018/2020
menjalankan tugas kami.

Terima kasih juga kepada barisan AJK PIBG yang telah banyak menolong saya
menjalankan tugas sebagai YDP dengan sebaik-baiknya. Semoga tuan puan dapat terus
menyumbang usaha dan tenaga demi kepentingan anak bangsa kita.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, dengan lafaz yang mulia “Bismillahirrahmanirrahim” saya

merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 SMK Naka pada tahun ini.

Sekian, terima kasih. Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufiq, walhidayah,
wassalamualaikum wbt.

17

18

19

20

LAPORAN POGRAM/AKTIVITI/MAJLIS/PROJEK
PERINGKAT SMK NAKA ( EVIDEN SKPMg2)

BIL PERKARA LAPORAN

1 Nama Program/Aktiviti / Majlis / MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40 TAHUN 2019
Upacara Sekolah
20 MAC 2019
2 Tarikh 2.00 PETANG
DEWAN ANGGERIK, SMK NAKA
3 Masa PIBG SMK NAKA

4 Tempat LIHAT LAMPIRAN

5 Unit/Jabatan/Penganjur SEMUA WARIS DAN GURU/STAF SMK NAKA

6 Kertas kerja dan Jawatankuasa 1. MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN
terlibat PEMASALAHAN DAN DISIPLIN PELAJAR SMK NAKA

7 Kumpulan Sasaran

8 Objektif 2. MEMBAHASKAN USUL DARIPADA WARIS DAN GURU

3. MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN
PIBG DAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

9 Personalia/Moderator/
Fasilitator/Penyelaras

Laporan Program

Kehadiran Guru : 70 /100
Waris : 285 / 879
Murid : TIDAK TERLIBAT

Butiran Laporan √X

i. Perancangan √

10 ii. Pelaksanaan
Laporan Aktiviti iii. Pemantauan √

iv. Tindakan susulan / √
penambahbaikan KELEMAHAN

v. Laporan bergambar

Refleksi / Post mortem / Penilaian KEKUATAN

11 Penyataan Aspek dalam SKPMg2 1.

2. 21

JUMLAH KEHADIRAN MESYUARAT
AGUNG PIBG KE 40 TAHUN 2019

KEHADIRAN TINGKATAN BILANGAN

1 71

2 43

3 57

WARIS 4 45

5 57

65

PPKI 7

JUMLAH KEHADIRAN WARIS 285/879

PERATUS KEHADIRAN 32.42%

AJK PIBG 11/25

GURU DAN KAKITANGAN 70/100

Terima
kasih

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Dokumentasi
Mesyuarat Agung PIBG ke-40
Tahun 2019

SMK NAKA

21


Click to View FlipBook Version