The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Liman Hashim, 2021-04-24 09:34:50

E BOOK TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH JOHOR

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TAJUK :
Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Raja

Temenggung Tun Daeng Ibrahim

OLEH :
NUR FARAH ALYAA BINTI NEZIR

SK MUZAFFAR SYAH
KOTA TINGGI JOHOR

Nama Peserta : NUR FARAH ALYAA BINTI NEZIR

Kelas : 6 Ibnu Sina

Alamat e-mail : [email protected]
Nama Sekolah : SK Muzaffar Syah

Alamat : Felda Air Tawar 3

81920 Kota Tinggi

Johor

“Muafakat membawa berkat”

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat ilahi dengan kurnianya berjaya saya menyiapkan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor ini. Disini saya ingin mengucapkan
setinggi penghargaan kepada semua mereka yang terlibat dalam menghasilkan penulisan ini terutamanya pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang
menganjurkan pertandingan ini dan memberi peluang kepada Badan Pemimpin Muda Sekolah ‘SLB’ seperti saya menyiapkan tugasan yang di beri. Terima
kasih juga saya ucapkan kepada Pn. Fazilah Bt Hassan, Guru Besar SK Muzaffar Syah serta barisan guru ponolong kanan SKMS. Guru merangkap mentor
saya iaitu Ustaz Liman Bin Hashim, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Muzaffar Syah yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan panduan kepada saya.
Tidak lupa juga kepada ibubapa serta keluarga saya yang banyak memberikan dorongan serta sokongan kepada saya. Selain itu, syukran jazilan diucapkan
kepada guru-guru SKMS yang turut bekerjasama dan memberi pandangan yang bernas dalam penghasilan buku skrap ini serta rakan-rakan seperjuangan .
Semoga Allah memberkati segala usaha dan keikhlasan kalian. Amin.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.

PENDAHULUAN

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Johor adalah adalah usaha yang amat murni dan bermanfaat dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Tinggi Johor.

Saya telah memilih Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim sebagai tokoh Pemimpin Johor. Saya memilih
baginda adalah kerana jasa dan sumbangan baktinya terhadap kemajuan Johor. Baginda juga seorang pemerintah Johor yang amat bijaksana
dan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat sehingga di gelar ‘Bapa Johor Moden’. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar
menyebabkan British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor.

Semoga Buku Skrap Tokoh Pemimpin Johor ini dapat menanamkan kecintaan saya dan pembaca buku skrap ini kepada sejarah negeri Johor
khususnya Sultan Abu Bakar yang telah membangunkan negeri Johor dengan penuh dedikasi, adil, berani dan berdisplin.

Buah Salak di dalam kantung,

Kulitnya keras isinya kelat,

Bulat air kerana pembentung

Bulat manusia kerana muafakat.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

 Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
 Dilahirkan pada 3 Februari 1833 di Istana Lama Teluk Belanga, Singapura
 Anakanda (Tunku Ibrahim Iskandar,Tunku Mariam,Tunku Putri,Tunku Azizah,Tunku Fatimah)
 Pemerintahan : 30 Jun 1868 – 12 Februari 1886
 Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor dan pada tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan taraf

Baginda dikalangan antarabangsa.
 Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun

1877.
 Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran Sultan

Johor.
 Kemangkatan : 4 Jun 1895 (umur 62) di Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom
 Dimakamkan : 7 September 1895 di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

 Wan Abu Bakar dilahirkan pada 3 Februari 1833 di Istana Lama Teluk Belanga, Singapura. Baginda adalah anak
sulung Temenggong Daeng Ibrahim, baginda berketurunan Patrilineal Temenggong Abdul Rahman yang pada
gilirannya adalah keturunan matrilineal Sultan Abdul Jalil Shah IV, Sultan Bendahara Johor yang pertama.

 Abu Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga, Singapura. Pada usia muda baginda
ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional) sebelum dia
dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga, sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin
Peach Keasberry.

 Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh ini, Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain
bahasa Melayu jatinya.

KERJAYA TOKOH

 Sebagai Temenggong (1862–1868)
Baginda mengambil alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall (kini Taman Tyersall
berdekatan Kebun Bunga Singapura). Johor diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah yang digulingkan.

 Sebagai Maharaja (1868–1885)
Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan
kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai
Sultan Johor. Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil.

 Sebagai Sultan Johor
Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak. Dokumen
berupa berlembagaan negeri ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang semakin dicampur urusan petandbiran
dengan pihak British.

SUMBANGAN TOKOH

 Sultan Abu Bakar berjaya bawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan Johor sehingga
British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor

 Baginda telah pergi ke Englang untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik untuk membangunkan Johor.
 Ratu Great Britain telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor ( Sir ) kepada Sultan Abu Bakar (1868).
 Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
 Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui

perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.
 Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan

bukan sebagai penasihat.

SUMBANGAN TOKOH

 Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan berjaya mewujudkan
keharmonian di negeri Johor.

 Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura.
 Membina Masjid Negeri yang di beri nama Masjid Sultan Abu Bakar - dibina dari 1892 hingga 1900.
 Istana Besar ialah salah satu istana Sultan Johor. Istana ini terletak di Johor Bahru, Johor. Sultan Abu Bakar telah merasmikan Majlis Pecah

Tanah Istana Besar Johor pada tahun 1864, dan istana tersebut siap dibina pada tahun 1866 oleh Wong Ah Fook.
 Mewujudkan mahkamah, pos dan Jabatan Kerja Raya di samping membina sekolah, hospital dan jalanraya.
 Menubuhkan pasukan polis dan tentera serta meneruskan Sistem Kangcu.

NILAI KEPIMPINAN

 Bijaksana
Kemampuan diplomatik Sultan Abu Bakar yang sangat baik dan bijaksana, seperti yang disebutkan dalam buku harian
William Napier, pegawai undang-undang kanan Singapura.

 Berpandangan Jauh
Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British.

 Bersifat Adil dan bernas
Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah telah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (Perlembagaan
bertulis pertama).

NILAI KEPIMPINAN

 Beradab Mulia
Pada usia muda dia diajar dan dididik oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional) .

 Berani
Pada tahun 1851, Temenggong telah mewakilkan Abu Bakar yang ketika itu berumur 18 tahun untuk membantunya dalam usaha
rundingan dan menghadap Sultan Ali.

 Bertanggungjawab
Mewujudkan keharmonian penduduk Johor dan membina mahkamah, hospital, pos, sekolah dan jalanraya.

 Berdisplin dan tegas
Menubuhkan pasukan polis dan tentera dalam menjaga keamanan penduduk Johor.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Kegemilangan Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka seringkali dikaitkan dengan kemajuan
ekonominya menerusi perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Johor dimanifestasikan dengan penguasaan kawasan taklukan sehingga
meliputi Pahang, Kepulauan Riau, Lingga sehingga ke kawasan Pantai Timur Sumatera.

Sejarah tanah air mencatatkan bahawa pada separuh kedua abad ke-19, Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor negeri yang moden dan
stabil berbanding negeri Melayu Pantai Barat seperti Selangor dan Perak. Mengikut Rupert Emerson, kemerdekaan Johor pada asasnya
adalah hasil daripada kebijaksanaan dan kematangan politik Sultan Abu Bakar. Baginda dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sosiopolitik yang berubah ketika itu.

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor
Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British hingga baginda digelar ‘Bapa Johor Moden’.

Negeri Johor maju sentiasa ,

Pelabur datang rezeki mencurah,

Sultan berani berpandangan jauh,
Rakyat aman hidup sentosa .

SUMBER RUJUKAN

1. Jabatan Pelajaran Johor, 2011. Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri
Johor Edisi 2011. Jabatan Pelajaran: Johor

2. Kassim Tukiman, 2011. Sejarah Johor Dalam Pelbagai Perspektif. UTM
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Teme

nggung_Tun_Daeng_Ibrahim
4. https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/

LAMPIRAN

LAMPIRAN

ISTANA BESAR JOHOR

LAMPIRAN

HOSPITAL SULTANAH AMINAH

LAMPIRAN

MASJID SULTAN ABU BAKAR

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version