The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CONTOH LAPORAN KAJIAN KAJIAN KES KOKURIKULUM DAN PERSATUAN IPG 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amjad Shahir, 2021-08-28 18:54:29

CONTOH LAPORAN KAJIAN KAJIAN KES KOKURIKULUM DAN PERSATUAN IPG 2020

CONTOH LAPORAN KAJIAN KAJIAN KES KOKURIKULUM DAN PERSATUAN IPG 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN 2:
LAPORAN KAJIAN KES

Nama Pelajar :
Angka Giliran :
No. Kad Pengenalan :
Kumpulan /Unit :
Kod Kursus : MPU 3081
Nama Kursus : Kokurikulum Persatuan
Nama Pensyarah : Puan Florina anak Sigay
Tarikh Hantar : 2020

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan

dimaklumkan tentang kerja

kursus oleh pensyarah.

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

SENARAI KANDUNGAN Muka Surat
2
Perkara 3
SENARAI KANDUNGAN 3
LAPORAN KAJIAN KES 3
1.0 PENGENALAN 3
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
4.0 PERSATUAN 4
5.0 OBJEKTIF PERSATUAN 4
6.0 AKTIVITI YANG DILAKSANA 5
7.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN 5
8.0 ANALISIS SWOT 5
8.1 KEKUATAN 6
8.2 KELEMAHAN 6
8.3 PELUANG 6
8.4 ANCAMAN 7
8.5 CADANGAN 8
9.0 KESIMPULAN
10.0 RUJUKAN

LAPORAN KAJIAN KES

1.0 PENGENALAN
Kelab dan persatuan boleh didefinisikan sebagai kumpulan beberapa orang dalam sebuah

pasukan yang mempunyai tujuan sama (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sebagai contohnya,
Kelab Bola Sepak Malaysia mempunyai pasukan yang bertujuan untuk mengharumkan nama
Malaysia dalam sukan bola sepak. Kelab dan persatuan juga boleh diwujudkan di peringkat
sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Apabila tertubuhnya
sesebuah kelab dan persatuan, perancangan aktiviti akan dilakukan dan setiap aktiviti
tersebut akan disediakan dalam perancangan aktiviti tahunan. Justeru, peruntukan aktiviti
untuk kelab dan persatuan akan memerlukan dana dengan nilai-nilai tertentu bergantung
kepada aktiviti yang dirancangkan.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Sebuah kelab dan persatuan telah dipilih bagi melaksanakan sebuah kajian untuk

memenuhi tugasan kerja kursus. Saya telah memilih sebuah kelab kitar semula yang
ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2. Kelab kitar semula telah ditubuhkan bagi
meningkatkan kesedaran murid-murid Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2 tentang cara
memulihara alam sekitar. Penubuhan kelab ini dapat memberi peluang kepada murid-murid
untuk mengikuti aktiviti dan program dalam memulihara alam sekitar dan kawasan sekolah
(Norhusna Mohamad, 2014).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan beberapa objektif iaitu :

a) Mengenal pasti sejarah penubuhan Kelab Kitar Semula SK Kedai Buloh 2
b) Mengenal pasti matlamat dan objektif utama Kelab Kitar Semula SK Kedai Buloh 2
c) Mengetahui bagaimana persatuan ini mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti yang

dirancang

4.0 PERSATUAN
Bedasarkan maklumat yang telah saya kumpulkan, proses dan kaedah penubuhan kelab

kitar semula ini adalah melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Setiausaha kokurikulum
tersebut akan menyediakan satu kertas kerja untuk disusulkan sebagai permohonan untuk
menubuhkan kelab tersebut di sekolah. Setelah kertas kerja diluluskan, unit kokurikulum telah
mengadakan mesyuarat agung untuk berbincang tentang takwim tahunan di samping
melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab kitar semula tersebut. Antara isu berbangkit yang
dibincangkan ialah mengenai aktiviti yang dirancang, pendaftaran ahli, yuran kelab dan
pelantikan ahli jawatankuasa baru.

5.0 OBJEKTIF PERSATUAN

1) Melatih murid-murid untuk mempratikkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian.

2) Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.
3) Mengurangkan pembuangan sampah merata-rata di dalam kawasan sekolah.
4) Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang

dijalankan

6.0 AKTIVITI YANG DILAKSANA
Antara aktiviti Kelab Kitar Semula SKKB 2 yang telah dilaksanakan adalah aktiviti gotong-

royong dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan guru. Satu taklimat telah
diadakan di perkarangan sekolah sebelum bermulanya aktiviti gotong-royong. Pengisian
aktiviti gotong-royong ini adalah seperti melabelkan ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi &
Aluminium’ di ruang setiap blok kelas dan di ruang legar blok guru serta kantin sekolah. Notis-
notis hebahan telah ditampal pada papan notis untuk menggalakkan para murid meletakkan
barang-barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang
bertanggungjawab telah mengutip hasil barang kitar semula menggunakan beg plastik hitam
dan membawanya ke stor penyimpanan. Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan
dan kerjasama yang diberikan oleh murid dan pihak guru yang terlibat yang telah memilih
untuk mengitar semula barang. Antara aktiviti-aktiviti lain yang turut dilaksanakan adalah
seperti berikut:

 Program Kitar Semula
 Penjimatan Tenaga Elektrik di Sekolah (mengikut tempoh masa tertentu)
 Kempen Alam Sekitar Peringkat Sekolah
 Gotong-royong Bulanan Peringkat Sekolah
 Lawatan

7.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN
Setiap kelab dan persatuan mempunyai pengurusan kewangan bagi memastikan

perjalanan sesebuah kelab dan persatuan adalah dalam keadaan baik (Ahmad Reza, 2011).
Sumber kewangan merupakan punca utama yang dapat menjadikan sesebuah kelab dan
persatuan kekal aktif. Setiap kelab dan persatuan yang ditubuhkan haruslah bijak
menguruskan sumber kewangan dengan baik. Hal ini kerana, setiap aktiviti persatuan yang
perlu dijalankan memerlukan sumber kewangan daripada persatuan tersebut. Berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada Kelab Kitar Semula, sumber kewangan oleh kelab ini telah

diperolehi daripada kebajikan ibu bapa dan murid-murid (ahli kelab). Justeru, sumber
kewangan kelab ini adalah agak terhad. Justeru, pengurus kelab ini membuat inisiatif lain
untuk mengumpul dana kelab mereka iaitu dengan menjual hasil buatan daripada bahan-
bahan kitar semula di pasaran. Perkara ini dapat membantu mereka memperoleh hasil jualan
lumayan untuk keperluan dan kegunaan kelab tersebut. Tambahan pula, kelab ini mengumpul
bahan seperti tin-tin minuman untuk dijual bagi menambahkan lagi pendapatan. Di samping
itu, kelab ini juga menyediakan satu tabung untuk mengumpul dana melalui aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan seperti program kitar semula. Yuran pendaftaran ahli juga merupakan
satu daripada punca utama sumber kewangan kelab tersebut.

8.0 ANALISIS SWOT
8.1 KEKUATAN
Kekuatan kelab ini dalam mengumpulkan dana untuk persatuan mereka ialah melalui

penjualan hasil buatan daripada bahan kitar semula di pasaran dan penjualan bahan seperti
tin minuman terpakai. Hal ini kerana, dana utama yang dikumpulkan oleh kelab ini adalah
melalui kebajikan ibu bapa dan yuran ahli kelab semata-mata. Walaupun kelab ini kekurangan
dana tetapi mereka telah mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi masalah kewangan
mereka. Langkah ini adalah sangat bagus kerana tidak melibatkan pengeluaran kos daripada
kelab. Perkara ini telah banyak membantu kelab ini untuk menjana sumber pendapatan
mereka supaya dapat meneruskan aktiviti kelab dan menjaga kebajikan ahli-ahli kelab.
Mereka boleh menghasilkan bahan tersebut berdasarkan bahan terpakai sahaja dan
menggunakan tenaga dan kreativiti ahli kelab. Justeru, melalui penjualan ini mereka telah
mendapat kutipan yang agak lumayan dan mampu menampung kebajikan ahli dan aktiviti
kelab mereka.

8.2 KELEMAHAN
Kelemahan yang dapat dikenal pasti oleh kelab ini ialah tiada permohonan sumbangan
daripada mana-mana agensi atau pihak penaja yang dibuat. Perkara ini merupakan
kelemahan utama kelab ini kerana mereka tidak dapat memperoleh sumber kewangan secara
sekali gus dan perlu menunggu hasil kutipan jualan sahaja. Kekurangan sumber kewangan
ini telah menyebabkan kelab ini tidak dapat menjalankan aktiviti yang lebih besar iaitu dengan
melibatkan kerjasama dari pihak luar. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dilaksana majoritinya hanya
pada peringkat sekolah sahaja. Sekiranya persatuan ini mendapat sumbangan atau tajaan
dari mana-mana pihak, mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti kitar semula dan mungkin
boleh melibatkan kerjasama pihak luar. Selain itu, kekurangan sumber kewangan
menyebabkan sesuatu organisasi itu lumpuh (Bakhit & Alamin, 2016). Sumber kewangan

daripada pihak inilah yang akan membantu kelab kitar semula untuk terus berkembang dan
giat dalam menjalankan aktiviti kelab.

8.3 PELUANG
Pelbagai peluang boleh digunakan oleh kelab ini dalam usaha meningkatkan
penjanaan kewangan kelab. Antaranya mereka mungkin boleh mengadakan bengkel
berbayar tentang cara-cara menghasilkan bahan buatan yang kreatif menggunakan bahan-
bahan terpakai seperti surat khabar. Contohnya, membuat bakul daripada bahan surat khabar
lama. Perkara ini dapat membantu kelab tersebut dalam mengumpul dana kewangan mereka
apabila orang ramai menyertai bengkel berbayar ini. Mereka juga boleh membuat jualan
bahan terpakai yang telah siap dihias sewaktu bengkel dijalankan. Selain itu, kelab ini juga
boleh mengadakan kempen Nature Run yang disertakan dengan yuran penyertaan. Setiap
peserta yang menyertai kempen ini perlu membayar yuran sebanyak RM50 dan akan
mendapat jersey Nature Run, medal dan keychain. Kempen ini sedikit sebanyak dapat
membantu kelab dari segi penjanaan kewangan serta memupuk kesedaran kepada
masyarakat setempat untuk sentiasa menjaga alam sekitar di sekeliling mereka.

8.4 ANCAMAN
Antara ancaman yang dihadapi oleh kelab ini ialah jadual pengajaran dan
pembelajaran (PdP) adalah padat sehingga aktiviti penjanaan kewangan sukar dijalankan
pada waktu sekolah. Ancaman ini telah menyebabkan sesebuah kelab menghadapi halangan
dalam mencapai matlamat mereka (Emet Gurel, 2017). Apabila aktiviti penjanaan kewangan
dijalankan pada waktu PdP berlangsung, ahli kelab tidak dapat memberikan komitmen
sepenuhnya untuk turut terlibat dalam aktiviti tersebut. Justeru, guru penasihat haruslah
mencari masa di luar waktu PdP supaya dapat memastikan setiap ahli dapat membantu
menjana kewangan bersama. Guru-guru penasihat juga haruslah bekerjasama dan
menguruskan masa kelab dengan baik supaya aktiviti penjanaan kewangan mereka dapat
berjalan dengan lancar.

8.5 CADANGAN
Cadangan penambahbaikan untuk kelab ini adalah dengan membuat surat
permohonan sumbangan daripada mana-mana pihak seperti agensi kitar semula negeri.
Melalui permohonan ini, kelab akan mendapat sumber kewangan yang cukup dan boleh
menambah lagi sumber pendapatan dengan aktiviti sampingan yang telah dijalankan.
Sekiranya permohonan sumbangan diluluskan, kelab ini dapat bergerak dengan lebih aktif
dan mengadakan program atau kempen dengan kerjasama pihak luar. Sumber kewangan
inilah yang akan memelihara kebajikan kelab seperti makanan, kos pelaksanaan aktiviti dan

sebagainya (Che Mas & Zainal Abidin, 2019). Seterusnya, cadangan yang terakhir ialah
dengan mengambil peluang untuk menjayakan program Nature Run. Program ini dapat
membantu kelab mengumpul dana melalui penyertaan masyarakat setempat apabila mereka
membayar yuran. Justeru, sumber kewangan Kelab Kitar Semula SKKB 2 dapat dikukuhkan
dan diperluas lagi.

9.0 KESIMPULAN
Pengurusan kewangan untuk sesebuah kelab adalah sangat penting dalam memastikan

kelancaran persatuan tersebut. Persatuan yang tidak mempunyai pengurusan kewangan
yang baik tidak dapat menjalankan aktiviti tahunan seperti yang telah dirancang dan
persatuan tidak dapat bergerak dengan aktif. Justeru, persatuan haruslah bijak dalam mencari
cara untuk mempelbagaikan cara menjana sumber kewangan mereka. Oleh itu, setiap
persatuan haruslah bersikap proaktif dan berusaha menjana sumber kewangan untuk
memelihara persatuan masing-masing.

10.0 RUJUKAN
Ahmad Reza Ommani. (2011). Strengths, weaknesses, opportunities and threats (SWOT)

analysis for farming system businesses management: Case of wheat farmers of
Shadervan District, Shoushtar Township, Iran. African journal of business
management, 5(22), 9448.

Bakhit, G. R., & Alamin, M. A. (2016). The Role of Financial Management in the Decision-
making of Business. IOSR Journal of Business and Management, 18(6), 111-116.

Che Mas Saud & Zainal Abidin Saad. (2019). Teknik analisis swot dalam meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Jurnal IPDA, 1(26). 36-47.

Emet Gurel. (2017). Swot analysis: a theoretical review. Journal of International Social
Research,10(51). 994-1006. Retrieved from http://dx.doi.org/10.17719/jisr.2017.1832

Norhusna Mohamad. (2014). Penglibatan Dalam Aktiviti Kitar Semula Kertas Terpakai Dalam
Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5355/1/NORHUSNA_BINTI_MOHAMAD.pdf


Click to View FlipBook Version